Friday, September 26, 2014

Sudah Ketahap Penghinaan Kepada Ulamak PAS, Hinggakan Lulusan Timur Tengah Pun Tidak Layak Jadi Exco Agama Di Selangor


Malang sungguh PAS apabila lulusan agama pun tidak diiktiraf sebagai berkelayakan untuk ditimbangkan menjadi Exco Agama di Selangor.

Perlu diketahui bahawa antara 4 Exco PAS yang berkhidmat semasa regim Khalid Ibrahim, 3 adalah profesional iaitu Iskandar Samad (Arkitek), Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah (Doktor Perubatan), serta lulusan pengajian Islam universiti Timur Tengah, Sallehen Mukhyi.

Dalam tempoh 6 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, belum ada lagi seorang pun Adun PAS menghabiskan keseluruhan penggal mereka hingga ke tarikh pembubaran dewan.

Dato' Dr Hasan Ali misalnya, hanya dapat bertahan kurang 4 tahun selepas disingkirkan dari PAS diawal 2012 sementara Sallehen pula lebih malang kerana sekadar bertahan kurang setahun setengah, bila digugurkan hari ini.

Mungkin untuk menutup gerakan menghina ulamak dalam Pakatan Rakyat, Dr Halimah turut digugurkan. Dengan pelantikan yang berkurangan satu kepada PAS untuk jawatan exco, Iskandar dan Dr Yunus kekal, tetapi muka baru Zaidy Abdul Talib yang berkelulusan sarjana muda sains (fizik) telah diketengahkan.

Jika portfolio agama kekal diberikan kepada exco dari PAS, bermakna ia bakal disandang oleh yang bukan dari lulusan agama. Atau pun, mungkinkah MB Selangor Azmin Ali sendiri akan mengendalikan portfolio, yang telah pun menunjukkan 'skill'nya bila mengimamkan solat Zohor di kampungya, Kg Klang Gate Baru, sejurus dilantik sebagai MB, Isnin lalu?

Sebenarnya sejak awal September 2013, blog Akar Umbi telah meramalkan nasib Presiden PAS DS Abdul Hadi akan menjadi bagai 'melukut di tepi gantang' (Baca SINI), apabila KeTum PKR DS Anwar Ibrahim memperlihatkan kecenderungannya bukan fokus terhadap tekanan penggulingan Ikhwanul Muslimin di Mesir, sebalik lebih meneladani pertukaran regim di Tunisia.

Pertukaran regim di Tunisia dipelopori oleh An-Nahdah, gerakan Islam yang dipelopori oleh profesional dan cendiakawan yang bukan dari golongan ulamak.

Malah ketika Muktamar PAS Pusat di Johor minggu lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagai menyahut seruan Anwar, menyebut betapa keperluan PAS mencontohi kejayaan An-Nahdah di Tunisia dalam ucapan penggulungannya. Kenyataannya itu adalah sebagai jawapan terhadap polemik ' kepimpinan ulamak' yang dibahaskan oleh puak Anwarinas dengan puak pro ulamak, sepanjang muktamar berlangsung.

Anwar bagai menyusun pengguguran 'Islamic Scholar' dari pentadbiran Selangor, apabila awal-awal pagi sebelum pengumuman barisan exco baru diumum, menyiarkan artikel bertajuk 'Political Islam & Post-Islamism Era' tulisan Setia Usaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di blog peribadi miliknya.

Artikel berkenaan, meskipun menyebut secara umum, namun adalah sukar menolak untuk mengatakan bahawa ia adala seruan kepada PAS supaya beranjak dari kedudukan yang sedia ada, dari bergantung dengan ulamak kepada bergantung kepada profesional yang lebih progresif.

Jelas terbukti akhirnya, pengumuman barisan exco yang dibuat oleh Azmin adalah menepati hasrat dan kehendak Anwar, apabila tidak memasukkan wakil 'golongan ulamak' Sallehin dalam pentadbiran baru di Selangor.

Sesungguhnya tindakan adalah melampau, seolah-olah meletakkan ulamak ke tahap yang paling hina, hingga tidak layak memegang portfolio agama di Selangor.

Walau bagai mana pun ini adalah langkah pertama dan kita bakal melihat langkah-langkah seterusnya, samada dari Anwar, Mat Sabu dan Lim Guan Eng.

Untuk setakat ini, mereka boleh merayakan kejayaan awal mereka, seperti dipaparkan oleh Mat Sabu dan Guan Eng dalam foto atas.

Ujian Pertama Azmin - Sultan Murka Kepada DAP & PKR Tapi Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat

"Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan menteri besar di negeri Selangor dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini (perlantikan MB Selangor)," - Sultan Sharafuddin Idris Shah
Dalam majlis Angkat Sumpah Jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang menyokong baginda dalam penyelesaian kemelut perlantikan MB Selangor.

Namun baginda kelihatan bernada murka terhadap ahli-ahli poltik, khususnya PKR yang mengelirukan rakyat, malah mempertikaikan kuasa baginda seperti dimetrikan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Baginda turut kecewa apabila bekas MB TS Khalid Ibrahim ditohmah dengan pelbagai tuduhan, malah berlarutan hingga dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Kebetulan, menjelang majlis angkat sumpah petang tadi, saya menyaksikan sendiri Sultan apabila berselisih di Plaza Tol Sg Rasau, yang saya yakin baginda dalam perjalanan ke Istana Shah Alam, Klang.

Kemudian saya berselisih pula dengan MB Selangor Azmin Ali, di Lebuhraya Perseketuan bertentang dengan kampus UiTM, Shah Alam. Bermakna, Azmin dibelakang Sultan.

Dalam keadaan itu, apakah Azmin yang menyambut Sultan, atau Sultan yang menyambut Azmin di istana?

Thursday, September 25, 2014

Mengejutkan Hadi Awang - Azmin Ubah Pendirian, Berkira-kira Nak Kurangkan Anggota Exco PAS


Dalam laporan awal berhubung komposisi perlantikan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, MB Selangor memaklumkan kepada media bahawa ia adalah kekal seperti yang terdahulu iaitu 4 PAS, 3 DAP dan 3 PKR.

Malahan The Malaysian Insider melaporkan, Azmin dipetik sebagai berkata,"Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak."

Namun begitu, bagai ada tekanan kepada Azmin apabila beliau mengubah pendiriannya, lihat bawah:-


Mungkinkah Azmin menerima tekanan kuat dari DAP dan PKR supaya mengurangkan jumlah Exco yang diperuntukkan kepada PAS?

Jika Azmin membuat pindaan cadangan anggota Exco seperti yang telah dipersembahkan kepada Sultan, hal ini bagai sengaja untuk mencetus krisis dengan istana.

Masakan Dapat Selindung Wajah Di Sebalik Lengan, Walhal Memang Berpakat Dengan DAP & PKR Nak Jatuhkan Hadi Awang


Sejurus Azmin Ali menerima sepucuk surat yang memperkenannya sebagai MB Selangor oleh Sultan, DAP melalui Lim Guan Eng terus membuat kenyataan menyokong Azmin dan pada masa yang sama melabelkan 4 Exco PAS yang meneruskan perkhidmatan dalam kerajaan sementara Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Maka terkial-kiallah exco-exco berkenaan menjawab, walhal mereka bertindak atas arahan parti, malah sempat juga Sallehin Mukhyi dan Iskandar Samad menempelak kenyataan Guan Eng.

Dalam pada itu dari Guan Eng sendiri dan juga dari kenyataan Anthony Loke, menjelaskan bahawa itu adalah pendirian bersama DAP.

Justeru kenyataan itu adalah mewakili DAP, bermakna kenyataan itu adalah serangan secara langsung terhadap PAS.

Begitu juga dengan 2 kenyataan berturut dari Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang mencadang kepada Azmin supaya mengurangkan perutukan jawatan exco kepada PAS dengan alasan kegagalan parti berkenaan menuruti cadangan PKR dan DAP yang hanya mencadang nama tunggal, Wan Azizah Ismail.

Kemudian, dituruti pula tuntutan maaf oleh Zuraida keatas Presiden PAS Hadi Awang terhadap kenyataan-kenyataannya yang memperkecilkan kebolehan Wan Azizah.

Serangan demi serangan yang ditujukan kepada PAS kalau diperhalusi terjemahannya, sebenarnya adalah bentuk tekanan untuk menjatuhkan Hadi dari jawatan yang disandangnya.

Bab perlantikan exco, perlu diakui adalah kuasa Azmin sebagai MB.

Jika Hadi dijatuhkan, maka mudahlah DAP dan PKR merencana perancangan mereka, kerana dalang-dalang mereka dalam PAS telah siap sedia untuk beraksi sekadar menjadi 'pak turut' dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Hadi pula, bukanlah sukar untuk mengenal pasti pemimpin-pemimpin PAS yang wala' melebihi kepada Guan Eng dan Anwar Ibrahim berbanding dengannya, sebab mereka ini hanya menyelindung wajah disebalik lengan ketika berbaiah dengan kedua-dua tokoh pembangkang berkenaan.

Wednesday, September 24, 2014

Berhenti Secara Sukarela Adalah Antara Opsyen Buat Azmin, Bila Peguam Mendakwa Ada 'Cacat' Dalam Perlantikannya


Peguam perlembagaan Tommy Thomas mendakwa ada 'cacat' dalam perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor, malah menafsirkan ia jelas salah dari sudut perlembagaan, jika merujuk kepada kes United Kingdom, Australia dan India.

Thomas memberi pandangan tersebut di Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia hari ini.

Pandangan Thomas tersebut, dilihat selari dengan resolusi Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) berhubung perlantikan Azmin MB dan bukan melantik DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, seperti yang mereka cadangkan, dengan dakwaan ia adalah tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.

Andai MPP bersetuju dengan kenyataan Thomas, maka Azmin mempuyai 3 opsyen untuk menyelesaikan kebuntuan tersebut;
  1. Berhenti secara sukarela; atau
  2. Berdepan dengan 'undi tidak percaya' di sidang DUN Selangor pada November depan; atau
  3. Mendapatkan endorsement perlantikan melalui 'undi percaya' di sidang DUN.
Kalau PKR benar-benar berprinsip, maka opsyen 1 dan 2 wajar menjadi pilihan. Tetapi kalau muka tak malu, maka lakukan opsyen 3 yang secara langsung mengiktiraf pemilihan Sultan.

Selesai Pastikan Tiada Kamera Tersembunyi Dalam Pejabat MB, Azmin Terima Mesej Arahan Pinda Perlembagaan Hapuskan Kuasa Sultan


Perkara pertama yang menjadikan ketakutan untuk Azmin Ali memulakan tugasan sebagai MB Selangor ialah memastikan tiada kamera tersembunyi di Pejabat MB, seperti yang pernah berlaku kepada TS Khalid Ibrahim.

Tambahan pula gambar Azmin tengah 'aiskrim' yang pernah tersebar dialam siber, sudah cukup untuknya supaya beringat dan berhati-hati.

Malang bagi Azmin, meski pun belum kering dakwat yang ditandangani pada dokumen aku janji terhadap Sultan, beliau telah menerima mesej arahan berikut;
"Saya menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat, terutamanya Azmin Ali, untuk menggunakan peranan baru beliau sebagai Menteri Besar Selangor, untuk memulakan reformasi perlembagaan (meminda kuasa eksekutif Sultan) serta-merta untuk mengelakkan krisis yang lain masa depan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor," - Gooi Hsio Leung (Ahli Parlimen PKR Alor Setar)
Hasrat amat mudah dilaksana, memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai 43 Adun, yang jumlahnya lebih dari dua per tiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

4 Exco PAS Cemas Bila Pecah Lobang Bersekongkol Dengan Khalid Ibrahim Tutup Pejabat Anwar


PAS ternyata tersilap langkah, apabila menjangka Azmin hanya akan mendapat sokongan mereka dan 3 lagi Adun PKR yang akan mengikuti MB Selangor itu.

Dengan tanggapan bahawa Azmin berpaling tadah dari Anwar Ibrahim, dihari terakhir Khalid Ibrahim sebagai MB, 4 Exco PAS (gambar atas) telah terlibat bersekongkol dengan bekas MB berkenaan dalam membuat keputusan menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.


Kini dengan sokongan padu yang diperolehi Azmin dari Adun-Adun DAP dan PKR, menjadikan kedudukan mereka (sebagai Exco) tidak menentu.

Malam terakhir menjelang majlis angkat sumpah Azmin sebagai MB, DAP dengan lantang melabelkan 4 exco berkenaan sebagai pengkhianat, atas tindakan masih meneruskan khidmat meski pun 6 rakan Exco yang lain telah dipecat.

Tidak mustahil PKR dan DAP akan mula mencari bukti demi bukti yang boleh mensabitkan keempat-empat mereka untuk tidak dilantik semula.

Dari berdepan dengan sindiran dan tohmahan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, maka jalan terbaik bagi mereka ialah menarik diri dari menyertai kerajaan baru dibawah pentadbiran Azmin.

Apatah lagi semasa Muktamar PAS Pusat minggu lalu, sesama dalam PAS menyindir mereka sebagai 'Orang Kaya Berempat'.

Dari riak-riak yang ditunjukkan oleh PAS Selangor, menunjukkan pengharapan yang amat sangat agar mereka punya wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Jika sebelum ini mereka menjadikan alasan untuk selamatkan kerajaan Pakatan di Selangor untuk kekal bersama kerajaan sementara Khalid Ibrahim, mungkin kali ini mereka akan memberi alasan untuk selamatkan Melayu dan Islam untuk menyertai kerajaan baru Azmin.

Alasan itu sudah pasti digmunakan, memandangkan 15 Adun DAP semuanya bukan Melayu dan bukan beragama Islam, sementara PKR mempunyai 14 Adun tetapi hanya 11 yang berbangsa Melayu/Islam.

Tuesday, September 23, 2014

Aku Janji Azmin Pada Sultan - Bersumpah Tak Akan Ulangi Perbuatan Tak Sopan


Selain melafazkan ikrar angkat sumpah jawatan sebagai MB Selangor, Tuan Mohamad Azmin Ali turut melafazkan '10 Aku Janji' terhadap DYMM Sultan Selangor.


Antara '10 Aku Janji' tersebut, 2 daripadanya ibarat terkena batang hidung Azmin.

Pertama ialah aku janjinya terhadap pemeliharaan institusi raja dari dicemari dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Suatu perkara yang perlu diakui oleh Azmin, pihak yang sedang giat mencemari institusi raja, datang dari Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Soalnya, mampukah Azmin menangani Anwar?

Kedua ialah aku janji Azmin terhadap menjaga adab istana. Mungkin ini berpunca dari perlakuan kurang sopan Azmin ketika Majlis Pertabalan YDPA.

Ada pihak mendedahkan betapa tidak sopannya Azmin ketika berada dalam majlis berkenaan, yang dilaporkan seperti berikut;
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua. 
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“. - AIDC
Bermakna dari apa yang dilafazkan melalui aku janji Azmin itu, dengan sendirinya mengikatnya dari melakukan sesuatu yang diluar akhlak sebagai MB.

Akhirnya Tersisihlah PAS Umpama Melukut Di Tepi Gantang - Azmin Ucap Terima Kasih Khusus Kepada 15 Adun DAP Tanpa Sebut PAS


Peranan PAS dalam menaikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor adalah besar, khususnya dalam menamakan calon kepada pihak istana.

Namun peranan besar PAS itu tidak diiktiraf oleh DAP, malah dilabelkan pula 4 Exco PAS yang meneruskan perkhidmatan bersama bekas MB TS Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Walhal, tanpa sokongan DAP terhadap Azmin pun sudah memadai untuk MB Selangor itu dari terselamat untuk mendapat kepercayaan dari majoriti Adun.

Malah dalam ucapan terima kasih Azmin melalu media yang disiarkan di TMI, tidak sama sekali mengucapkan terima kasih secara khusus kepada PAS. Sebaliknya, Azmin memberi perhatian yang lebih kepada DAP dengan ucapan penghargaan kepada 15 Adun DAP.

Azmin kini dalam keadaan selesa dengan sokongan kuat PKR dan PKR, hingga tidak perlu lagi memberikan penghargaan kepada PAS, khususnya DS Abdul Hadi Awang.

Selepas Azmin mengangkat sumpah jawatan, maka tinggal PAS umpama melukut di tepi gantang.


Tak Guna Cakap Berdegar-degar Kalau Akhirnya Anwar Terpaksa Menonggeng Pada Azmin


Begitu berdegar-degar sekali resolusi Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dalam menyalahkan istana dalam isu perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor, yang mengatasi calon favorite Wan Azizah.

Antara lain resolusi itu menyebut, MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

Mereka turut mendakwa,memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini adalah tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

Walau sekeras mana pun resolusi PKR, rakyat telah menyaksikan bahawa seluruh MPP Keadilan termasuk Anwar Ibrahim terpaksa menonggeng kepada Azmin.

Dek kerana tak mampu mengalahkan Azmin, lebih baik bersekongkol dengannya.Tak gitu Ketum Anwar?

Satu lagi yang MPP kena faham, angkat sumpah jawatan Azmin pagi ini adalah angkat sumpah terhadap Sultan dan Kerajaan Selangor dan bukan terhadap Anwar. Jadi jangan nak cakap besar!

Monday, September 22, 2014

PRK DUN Pelabuhan Klang - Khalid Bayangkan Nak Berhenti


Bekas Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim membayangkan akan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang menangi pada PRU 2013 yang lalu.

Dalam kenyataannya kepada TMI Khalid berkata, "Saya tidak akan melepaskan kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen (Bandar Tun Razak), tetapi saya akan menunggu hingga sidang DUN (November depan) sebelum membuat keputusan samada akan meletakkan jawatan sebagai Adun".

Barangkali beliau menunggu sejauh mana ketahanan emosi beliau untuk bertentang mata dengan Adun-Adun PKR yang mengkhianatinya.

Sah Memang PKR Nak Mengenakan PAS - Wan Azizah Isytihar Sokong Azmin


Dari awal lagi kami di blog Akar Umbi sudah menjangka Anwar memasang strategi akan korbankankan Wan Azizah dalam memastikan Adun PAS tidak terlantik sebagai MB, seperti yang kami dedahkan SINI.

Akhirnya terbukti kebenaran kami melalui kenyataan akhbar Wan Azizah sebentar tadi, dipetik dari Malaysiakini, seperti berikut:-
Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.  
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.  
Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.  
Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.  
Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.

Dah Tak Tertegak Benang Basah - Mana 30 Adun Tu Kak Wan?


Apa lagi upaya Kak Wan nak tegakkan benang basah? Mana dia 30 Adun yang didakwa sokong Kak Wan?

Bila Azmin menerima tawaran menjadi MB maka dengan sendiri jumlah sudah berkurang menjadi 29 Adun.

Malah Adun PAS, Hasnul Baharudin dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia, sokongan terhadap Kak Wan sudah tidak berbangkit, kerana Kak Wan bukan yang diperkenan oleh Sultan untuk jawatan tersebut. Maka bermakna sudah berkurang menjadi 28 orang.

Surat sumpah yang Adun-Adun Pakatan Rakyat sign hanyalah fasa pertama untuk guling Khalid Ibrahim. Bab itu 30 Adun memamng sepakat setuju.

Tapi bila Azmin yang dipilih, game dah jadi lain.

Untuk makluman Kak Wan, Sultan amat teliti orangnya, bukan seperti suami Kak Wan.Gerenti baginda tanya Azmin, berapa orang Adun PKR yang boleh sokong?

Kalau Azmin lone-ranger takkan Sultan akan perkenankan Azmin.

Malam ni, cuba Kak Wan buat head count berapa lagi Adun yang sokong Kak Wan? Azmin tengah melambai-lambai dia orang tu.

Satu lagi kami nak tanya, betul ke Bang Non jatuh kat bilik air?

Persiapan Terakhir Menjelang Majlis Angkat Sumpah MB Selangor Esok


Tentunya Duli Tuanku Sultan telah mempertimbangkan dengan bijaksana.

Saya masih ingat pada tahun 2002, ditahun pertama baginda menganugerah pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda.

Hinggakan pingat sekecil PJK pun baginda beri perhatian dan penelitian sebelum memperkenankan senarai calon, apatah lagi untuk melantik Menteri Besar, tentunya bukan sekadar tangkap muat demi kebaikan dan kesejahteraan negeri pemerintahan baginda.

Mungkin pilihan ini bukan yang terbaik, tetapi baginda pasti mengambil kira kemungkaran yang lebih besar jika melantik orang lain.

Kini persiapan terakhir sedang rancak berjalan, bagi menyempurnakan 'Majlis Angkat Sumpah' yang bakal berlangsung esok.

Siapakah yang bernasib baik esok? Anda beleklah sendiri foto atas.

Jika ini masih juga tidak menyelesai isu kemelut MB, maka PRNlah jalan penyelesaiannya.

Pilihan Terakhir - Gabungan Hadi Awang & Azmin Ali Gempur Anwar Suami Isteri & Anak Beranak


Hanya dalam tempoh 24 jam, MB Selangor akan diumumkan dan seterusnya mengangkat sumpah jawatan pagi esok di Istana Alam Shah, Klang.

Dalam hubungan itu, Tuanku Sultan akan menggunakan kuasa eksekutif baginda yang sememangnya ujud menurut perkara 50 dan perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 dan seterusnya memperturunkan kuasa baginda kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh seorang Menteri Besar.


Perlu diingatkan bahawa perlantikan MB Selangor untuk tempoh 1948 - 1959 bukanlah melalui pemilihan dikalangan Adun, sebaliknya perlantikan itu adalah dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan.

Hanya selepas pilihan raya negeri diperkenalkan pada tahun 1959, barulah perlantikan dibuat oleh Sultan, tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.


Azmin Ali telah pun dikatakan mengadap Sultan secara berasingan dengan 2 lagi Adun PAS iaitu Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus, yang apa disifatkan sebagai 'temuduga' untuk jawatan berkenaan.

Walau pun Azmin dikatakan mempunyai peluang yang melebihi dari 2 Adun berkenaan, namun Azmin kini mendapat tentangan dari PKR.

Semalam, seteru Azmin dalam pemilihan Timbalan PKR, Saifudin Nasution Ismail, atas kapasitina sebagai Setia Usaha Agong memerangkap Azmin dengan kenyataan  bahawa PKR tetap berpegang kepada pendirian asal, iaitu hanya mengemukakan calon tunggal, DS Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan tersebut.

Kemudian ia dikuti oleh kenyataan berterus terang Naib Presiden PKR Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh M-Star yang menyebut PKR tidak menyokong Azmin Ali.

Oleh yang demikian, jika Azmin ingin meneruskan hasrat untuk mentaati perkenan Sultan jika dilantik sebagai MB, maka pilihan terakhirnya ialah bergabung dengan DS Abdul Hadi Awang, disamping membawa penyertaan sekurang-kurangnya 3 Adun PKR, untuk menggempur Anwar Ibrahim suami-isteri dan anak beranak.

Sunday, September 21, 2014

Permainan Saifudin Nasution Dalam Menutup Peluang Azmin Ali Jadi MB Selangor


Setia Usaha Agong PKR Saifudin Nastion bertindak pantas untuk menutup peluang Azmin Ali untuk dilantik menjadi MB Selangor.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Saifudin yang dipetik dari Keadilan Daily antara lain berbunyi,
"Calon PKR bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang.  
“Sebarang berita kononnya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat"
Kenyataan Saifudin itu turut menambah, KEADILAN berpegang teguh kepada keputusan parti sebelum ini termasuk mesyuarat Biro Politik minggu lalu.

Adalah sukar untuk menyangkal bahawa kenyataan Saifudin itu adalah bias dan punya kaitan dengan rasa 'dendam yang tak habis' ekoran kekalahannya kepada Azmin dalam saingan pemilihan Timbalan Presiden PKR.


Meskipun pun Saifudin tewas dalam pemilihan, regunya dalam team 'Masa Depan Bersama", iaitu Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi telah memenangi jawatan masing-masing.

Dalam keadaan Ketua Penerangan dan Bendahari yang dilantik oleh Presiden, disamping Naib Presiden-Naib Presiden dan Ketua Wanita, adalah merupakan komponen utama dalam biro politik, selain Presiden dan Timbalan Presiden.

Oleh yang demikian, dengan kekuatan Wan Azizah yang dibantu oleh Saifudin dan regunya, adalah terlalu sukar bagi Azmin untuk mempengaruhi keputusan Biro Politik.

Sesungguhnya inilah cabaran dan dilema Azmin dalam menerima tawaran menjadi MB Selangor.

Menolak tawaran bermakna Azmin telah membunuh sendiri hayat politiknya, seperti yang telah ditulis SINI.

Hayat Politik Azmin Akan Terbunuh Dengan Sendiri Jika Tolak Jawatan MB


Jika teori yang mengatakan bahawa strategi 'berkeras' oleh PKR yang kononnya mahukan Wan Azizah dilantik sebagai MB, adalah bertujuan memastikan Azmin dipilih dan 2 pesaing dari PAS (rujuk SINI) adalah salah, apakah pula pendirian Azmin Ali jika ditakdirkan dipanggil ke istana esok untuk menerima maklum akan perkenan Sultan keatas dirinya sebagai MB Selangor?

Katakan, Azmin akur dengan pendirian PKR dan menolak jawatan maka sudah pasti pemilihan Sultan akan terarah kepada Adun-Adun PAS, iaitu Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Perlantikan salah seorang Adun PAS di atas, besar kemungkinan membawa kepada usul undi tidak percaya di DUN Selangor.

Andai ini terjadi, saya tidak nampak melalui pembubaran DUN dan PRN di Selangor boleh membuka ruang kepada Wan Azizah untuk dilantik menjadi MB Selangor.

Sementara itu dipihak Azmin pula, beliau pasti tidak akan ditimbangkan sekali lagi oleh pihak istana.

Maka pilihan terbaik Azmin ialah bersara terus dari politik dari menanggung natijah kerana mengikut arahan Anwar Ibrahim.