Thursday, January 7, 2016

Dengan Selamba Exco Kanan DAP Kitai PAN Kerana Tak Puas Hati Bila Dapat 8 Kuota Ahli Majlis PBT


Khabarnya, Parti Amanah Negara (PAN) Selangor tidak berpuas hati dengan bila hanya diberikan 8 kuota oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada parti itu untuk mengisi jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam reaksi kepada Sinar Harian terhadap kenyataan itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Naib Pengerusi DAP Selangor Dato' Teng Chang Khim dengan nada yang agak keras membidas,
"Kerajaan negeri tidak kisah kalau PAN tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, PAS dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya. Kita tidak ada masa untuk layan semua ini."
PAS Selangor yang turut tidak berpuas hati keatas pemberi kuota kepada PAN, juga tidak terlepas dari dikitai oleh Teng dengan komen berikut,
"Itu (Pas) hanya cakap emosi kononnya tidak mahu mengiktiraf ahli majlis PAN. Pengiktirafan ahli majlis datang daripada undang- undang kerana kerajaan negeri lebih berkuasa."
Bagus punya komen dari 'Abang Besar'!

Ketua Dewan Ulamak Mengepalai Penglaknatan Keatas Parti Amanah Negara


Tidak berdesingkah telinga Mat Sabu apabila 3 sayap PAS Selangor menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai pengamal politik tidak berakhlak dan tidak bermaruah?

Itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh Presiden PAN itu apabila Ketua Dewan Ulamak, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, mengeluarkan kenyataan bersama susulan pemberian 8 kuota kepada PAN untuk dilantik sebagai Ahli Majlis PBT Selangor, yang kenyataan penuh disiarkan oleh Harakah Daily.

Selain dari itu, kenyataan bersama tersebut turut mengungkit betapa kelahiran PAN adalah daripada pengkhianatan terhadap perjuangan Islam.

Dalam perkembangan yang sama, dalam kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman kepada The Star, PAS Selangor menghormati keputusan MB Selangor DS Azmin Ali, disamping memahami dilema yang dihadapinya.

Khairuddin turut mengesahkan bahawa tiada pengurangan kuota kepada PAS meskipun 8 telah diperuntukkan kepada PAN.

Namun begitu, Ketua Pemuda PAN Selangor Abbas Azmi dilaporkan sebagai berkata, parti berkenaan mendapat 10 kuota, termasuk 2 yang diperuntukkan kepada pemuda.

Kemungkinan besar kuota berkenaan adalah atas ehsan DAP, yang bertujuan memberikan platform kepada PAN bagi menggantikan PAS dalam pentadbiran negeri secara keseluruhannya.

Perkembangan ini amat menarik dan kita tunggu sehingga Sabtu (9 Januari 2016), apabila perjanjian bersama Pakatan Harapan bakal ditandatangani oleh ketiga-tiga pemimpin utama DAP, PKR dan PAN.

Perlu diingat jawatan Azmin hanyalah sebagai Timbalan Presiden PKR dan ini bermakna beliau adalah terikat dengan pemetrian bersama berkenaan. Lantaran itu, adalah amat sukar baginya mempertahankan PAS untuk kekal sebagai sebahagian komponen Kerajaan Negeri Selangor.

Wednesday, January 6, 2016

Tak Sia-Sia Kunjungan Utusan Mat Sabu Ke Pejabat Azmin, Bila Pulang Dengan Kejayaan


Meskipun diberikan tentangan keras dari PAS, akhirnya tidak sia-sia utusan yang dihantar oleh Mat Sabu Isnin lepas ke Pejabat MB Selangor, apabila diumumkan hari ini oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah bahawa PAN diberikan 8 kerusi Ahli Majlis PBT Selangor.

Menurut Agenda Daily, kuota 8 yang diberikan kepada PAN ialah untuk PBT yang terdiri dari Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor.

Walau pun bilangan itu jauh tersasar dari permohonan asal, iaitu 24 - 34 kerusi, namun rasanya itu sudah cukup untuk mencetuskan 'panas' kepada PAS. Apatah pula, khusus bagi kawasan Sabak Bernam dan Kuala Langat yang mana kekuatan PAS adalah mengatasi PAN, maka tindakan itu dilihat bagai sengaja dilakukan untuk mengikis pengaruh PAS.

Kawasan parlimen Kota Raja misalnya, adalah antara kubu PAN dan kawasan berkenaan melangkui 3 PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, namun tidak seorang pun wakil PAN diletakkan di salah satu PBT berkenaan.

Majlis Syura Ulamak Putuskan PAS Tidak Akan Sertai BN


Mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) yang bersidang pada 2 Januari 2016 menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN dan keputusan ini dinyatakan oleh Setiausaha badan berkenaan, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh yang disiarkan di Harakah Daily.

Namun demikian, MSU bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

Dari kenyataan tersebut dapatlah kita rumuskan bahawa PAS akan terus mengadakan kerjasama dengan PKR Selangor, bagi menyelamatkan kedudukan 3 exconya yang duduk dalam pentadbiran negeri Selangor, disamping banyak lagi jawatan yang sedang disandang oleh wakil-wakil PAS dalam PBT mahu pun JKKK di negeri berkenaan.

Namun begitu, andainya MB Selangor DS Azmin Ali terikat dengan keputusan tertinggi Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Harap (DAP, PKR dan PAN) yang akan memeteri perjanjian bersama pada 9 Januari ini, maka kesemua-semua kuota jawatan yang diisi oleh PAS bakal gugur keseluruhannya.

Pada tarikh yang sama juga, Presiden PAS DS Hadi Awang akan menyampaikan amanat kepada ahli-ahli PAS berhubung dengan halatuju parti berkenaan berikutnya.

Dalam pada itu, keputusan MSU yang membenarkan kerjasama demi Islam, tentunya memberi ruang kepada Hadi Awang membuatkan keputusan samada menerima huluran kerjasama oleh UMNO.

Pilihan kerjasama Hadi dan PAS kini hanyalah dengan PKR dan UMNO, manakala kerjasama dengan DAP dan PAN kelihatan agak sukar buat masa ini.

Tuesday, January 5, 2016

Selamatkah Kedudukan Azmin Sebagai MB Selepas Kit Siang, Mat Sabu & Wan Azizah Turunkan Tandatangan Pada 9 Jan Ini?


Persoalan kini timbul, samada DS Azmin Ali akan kekal sebagai MB Selangor, apabila persefahaman bersama Pakatan Harapan bakal ditandatangani oleh Lim Kit Siang (DAP), Mohamad Sabu (PAN) dan DS Wan Azizah Ismail (PKR) pada 9 Januari ini?

Menarik sekali apabila ketiga-tiga pemimpin utama parti komponen Pakatan Harapan tesebut telah bermesyuarat di ibu pejabat PAN, yang secara langsung memberi isyarat bahawa PAS tidak lagi diperlukan duduk dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sidang media selepas mesyuarat, tengahari tadi telah meyebut mengumumkan perkara berkenaan.

Dalam sidang media tersebut, Wan Azizah menyifatkan perjanjian berkenaan bakal termetri tersebut sebagai kematangan politik PKR, DAP dan Amanah, yang berjaya mengenepikan kepentingan politik masing-masing, lapor The Malaysian Insider.

Bukan rahsia lagi bahawa Azmin mendapat tekanan dari DAP supaya mengeluarkan PAS dari anggota kerajaan negeri, khususnya melalui tindakan-tindakan KM Lim Guan Eng yang bagai mengajar Azmin untuk menyingkir wakil-wakil PAS dalam kerajaan negeri.

Malahan kelmarin, PAN Selangor telah menghantar senarai nama calon mereka untuk dilantik dalam PBT di Selangor.

Dalam reaksi PAS pula, Pesuruhjaya Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dengan tegas menolak perlantikan wakil-wakil PAN dalam PBT Selangor, malah mengungkit perlatinkan pegawai-pegawai masjid di Selangor sessi 2016/2019, telah memberi keutamaan kepada PAN dan membelakangkan pencalonan dari kalangan ahli-ahli PAS.

Dengan isyarat dari Kit Siang, Mat Sabu dan Wan Azizah sudah cukup PAS Selangor memahami bahawa mereka kini tidak dikehendaki untuk duduk dalam kerajaan negeri.

Melainkan Azmin mengambil sikap berdegil terhadap keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan, Iskandar masih lagi boleh kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor. Namun perlu diingat bahawa jika Azmin berpendirian sedemikian, ia bakal mengundangkan krisis politik di  negeri berkenaan, bila mana Azmin dan PAS tidak mempunyai angka yang cukup bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Dalam keadaan komposisi Adun- Adun di Selangor terdiri dari DAP (15), PKR (13), PAS (13), PAN (2), BN (12) dan Bebas (1), mempertahankan PAS, bermakna Azmin juga akan kehilangan jawatan MB.

Monday, January 4, 2016

Azmin Ali Diserang Oleh Profesor Yang Dilantiknya Sebagai Sebagai Naib Canselor Unisel!


Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman telah dilantik oleh Kerajaan Selangor sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkuatkuasa 1 Januari 2016.

Bermakna, hari ini adalah hari pertama beliau masuk ke pejabat untuk memulakan tugasan. Namun begitu, sempena hari permulaan tugasannya itu, Redzuan secara halus memulakan serangan kepada MB Selangor DS Azmin Ali.

Berselindung disebalik kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Redzuan menyimpulkan penemuan kaji selidik IDE menunjukkan rakyat mengharapkan pembaharuan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor kerana pemerintahan parti pembangkang itu masih jauh daripada sebarang perubahan ketara yang dikehendaki pengundi-pengundi negeri itu.

Malah tambahnya lagi, rakyat tidak melihat bahawa pemerintahan Pakatan membawa banyak perubahan, tetapi lebih marah kepada UMNO kerana banyak isu termasuk GST, dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Untuk rekod, IDE adalah sebuah badan pemikir PKR yang mendapat peruntukan RM5 juta melalui Bajet Selangor 2016.