Saturday, March 15, 2014

Apahal Anwar? Kalau Nak Cerita Hal Laksa, Pergi Balik Penang..... Ini Kajanglah!


Menurut laporan blog Darul Ehsan Today, bekas pemimpin UMNO Pulau Pinang Dato' Sharif Omar (foto atas) telah menyertai PKR di satu majlis di Kajang.

Sekali pandang foto berkenaan bagai bukan diambil di Kajang, tetapi di Permatang Pauh.


Ujang Bagong pun satu hal, takkan nak biarkan pakar laksa nak selesaikan masalah sate?

Friday, March 14, 2014

Kalau Macam Ni Punya Ucapan, Mungkin Tonggeng Wan Azizah Di Kajang


Kalau asyik mempertahankan hal-hal dalaman sendiri, tidak mustahil Wan Azizah bakal tertonggeng di gelanggang PRK Kajang.

Ceramahnya pun ternyata tidak bersemangat, mengapa tiada permintaan dari PKR untuk mengadakan debat terbuka antara Wan Azizah dengan calon BN Chew Mei Fun?

Thursday, March 13, 2014

Siling Concorde Shah Alam Runtuh Jadi Modal Kempen PRK Kajang - Sebenarnya Kerja Ubah Suai Sedang Berjalan


Foto atas sedang bersebaran, yang menunjukkan runtuhan siling di ruang lobi Hotel Concorde Shah Alam, yang kononnya berlaku sebentar tadi.

Saya turut menerima foto ini dari Ketua Pemuda salah sebuah cawangan PAS Kawasan Subang, melalui grup media sosial dan berbagai-bagailah andaian dan  komen dibuat oleh juak-juak pembangkang.

Saya menghubungi seorang kenalan yang bertugas di hotel berkenaan dan dimaklumkan bahawa ia sebenarnya adalah sebahagian dari kerja-kerja ubah suai di premis berkenaan.

Dah namanya pun kerja ubah suai, maka siling berkenaan sememangnya untuk diruntuhkan.

Wednesday, March 12, 2014

Sampai Hati Anwar Malukan Azizah - Gambar Bini Tonjol Bola Pun Dimasukkan Dalam Bahan Kempen PRK Kajang


Gambar Wan Azizah menonjol bola adalah sebahagian dari kempen PKR untuk PRK Kajang.

Rafizi Ramli dalam kenyataannya, memasukkan janji Stadium Kajang akan dijadikan venue untuk pasukan bola sepak yang menyertai Liga-M.

Nampak gayanya yang bakal menjadi mangsa ialah PKNS FC dan apa yang boleh ditafsirkan ia adalah sebahagian dari perancangan Rafizi untuk mengeruk duit PKNS.

Dengan kapasiti tempat duduk dan pagar stadium yang ternyata tidak melayakkannya sebagai venue Liga-M, maka perlulah kerja-kerja untuk naik taraf dilaksanakan.

Oleh itu, tanpa diragui MB Selangor Khalid Ibrahim akan diarahkan keluar belanja untuk tujuan tersebut.

Bakal peninglah kepala Khalid yang sebelum ini telah mengarah audit terhadap pengurusan PKNS FC yang beraksi dalam Liga-M, untuk memenuhi kehendak penyamun-penyamun PKR.

)

Kecemburuan Terhadap Khalid Ibrahim - Anwar Menikam Dalam Diam


Acapkali bila bercakap mengenai pelan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang diinisiatifkan oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA), Ketua Umum PKR DS Anwar sering membuat kenyataan bahawa pada dasarnya menyokong usaha Khalid.

Dalam pada itu, Khalid cuba mempopularkan dirinya melalui penandatangan MoU dengan KTTHA, malah dengan bangganya mengatakan bahawa Selangor tidak mengeluarkan 1 sen duit pun untuk tujuan pengambilalihan aset dan operasi air Selangor, meskipun ia adalah melalui bantuan kerajaan persekutuan (baca SINI).

Umum melihat bahawa adalah mudah untuk Khalid mempengaruhi pemegang-pemegang konsesi pembekal air terawat yang terdiri dari Puncak Niaga, ABBAS dan SPLASH serta pemegang konsesi pengagihan air, SYABAS.

Puncak Niaga dan SYABAS (syarikat yang dikuasai oleh Puncak Niaga) yang sering ditekan oleh Kerajaan PR Selangor dalam operasi bekalan air Selangor dan dianggap sebagai syarikat UMNO. Samada suka atau tidak syarikat yang dikuasai oleh TS Rozali Ismail, dilihat bagai tidak sanggup lagi menerima tekanan dari kerajaan dari Khalid Ibrahim.

Sementara ABBAS pula dikuasai sepenuhnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB - GLC Selangor) dan SPLASH pula dipegang oleh Gamuda (40%), Sweet Water Alliance (30%) dan Perangsang-anak syarikat KDEB (30%).

Tarikh akhir bagai pemegang-pemegang konsesi untuk menerima tawaran pengambilalihan yang berjumlah RM9.65 bilion ialah pada 10 Mac 2014. Namun, Khalid menghadapi dugaan yang tidak terjangka olehnya.

Puncak Niaga dan SYABAS telah memberikan persetujuan bersyarat, sementara SPLASH telah menolak tawaran tawaran tersebut.

Di bawah adalah laporan yang dipetik dari The Edge;


Agak memeranjatkan apabila TS Wan Azmi Wan Hamzah menolak tawaran, walhal beliau adalah ahli perniagaan yang rapat dengan Anwar, malah merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Institut Rakyat milik PKR (rujuk SINI).

Gamuda yang menguasai 40% dalam SPLASH sememangnya tidak bersetuju, tetapi jika Wan Azmi melalui Sweet Water Alliance boleh membentuk suara majoriti 60%, jika bergabung dengan Perangsang yang merupakan GLC Selangor.

Tindakan Wan Azmi bagai menarik hand brake bagi pihak Anwar, dengan tujuan merencat perencanaan Khalid.

Atau sememangnya ada campurtangan dari pemimpin PKR untuk pow pemegang konsesi, seperti yang disyakki oleh blog The Unspinners, baca SINI.

Namun begitu menurut laporan The Malay Mail, Khalid dan KTTHA masih punya pilihan melalui penguatkuasaan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan dan Industri Air 2006.

Tuesday, March 11, 2014

Chew Mei Fun Tidak Punya Body Guard Seperti Wan Azizah


Chew Mei Fun Fun tidak mampu menggaji lelaki-lelaki sasa untuk menjaga keselamatan, seperti yang dimiliki oleha Wan Azizah.

Namun, Chew Mei Fun punya prinsip dan semangat dalam pendirian politiknya.

Mungkin kelihatan underdog, tetapi Chew Mei Fun sebagai calon BN akan tetap melawan Azizah dalam PRK Kajang.

Monday, March 10, 2014

Kisah Ustaz Dol KK Kawan Baik Anwar Ibrahim


Agaknya inilah Ustaz Dol KK (foto atas) yang diceritakan oleh A.R Tompel dalam filem Nasib Do Re Mi.

Bukankah Allah itu Maha Mendengar (As- Samii'), tetapi teman DS Anwar Ibrahim, Dr Razali Nawawi a.k.a Ustaz Dol KK bertanya dalam doanya, "Ya Allah, where are you?" yang disebutnya di minit 1.02 dalam video di bawah.

Komuniti Cina Kajang Bersorak Bila Khalid Ibrahim Belit RM9.68 Bilion Dari Najib


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah diberi sambutan wira oleh komuniti Cina Kajang sempena majlis makan malam di Sg Chua, Sabtu lepas.


Perhatikan foto atas, betapa hangatnya sambutan kepada Khalid yang bakal terus kekal sebagai MB Selangor, selepas Anwar Ibrahim 'kalah tanpa bertanding' dalam PRK Kajang.


Dalam penerangan mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dipersetujui antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan, Khalid dengan bangganya memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak mengeluarkan walau 1 sen pun untuk pengambilalihan operasi air Selangor.

Malahan, Khalid tidak sama sekali mengucapkan terima kasih kepada PM DS Najib Razak dan kerajaan pusat, atas pembiyaan RM9.68 bilion yang dikeluarkan untuk perlaksanaan penstrukturan semula tersebut.

Amaun RM9.68 bilion ini adalah mengikut pecahan berikut:-

  • RM2 bilion diberikan kepada kerajaan negeri sebagai pendahuluan untuk tujuan pengambilalihan; dan
  • RM7.68 bilion untuk pegambilalihan pinjaman dan bon pemegang konsesi.

Mengambilkira tawaran pengambilalihan operasi dari pemegang konsesi pada RM9.65 bilion, bermakna lebihan RM30 juta akan masuk kekantung anak syarikat kerajaan negeri Selangor. (Butiran rujuk SINI).

Nampak gayanya, Khalid sudah memberikan isyarat untuk membelit Najib dan komuniti Cina Kajang telah pun bersorak-sorak dengan kejayaan Khalid mengenakan Najib.

Dikhuatiri nanti, jasa tak nampak tapi tikaman yang mendatang. Berhati-hatilah Najib.

Najib kena dengar sendiri apa yang Khalid putar dalam video di bawah.

Sunday, March 9, 2014

Wan Azizah Hentikan Aktiviti Pukul Telur Buat Sementara Waktu


Disaat-saat Wan Azizah menajamkan skilnya memukul telur, demi menyiapkan juadah untuk keluarganya di rumah, Anwar memaksanya kembali menjaja air mata buat kali kedua.

Jika sebelumnya diperalatkan di Permatang Pauh, kali ini dipanggil sekali untuk memberikan khidmatnya untuk menutup masalah peribadi suaminya.


Congakan yang mengatakan Azizah akan melepaskan jawatan Presiden PKR dan akan menumpukan kepada hal-ehwal keluarga, nampaknya setakat ini adalah salah.

Bagi Anwar, keputusan politiknya boleh dibuat sambil baring-baring di atas katil. Azizah kini diarahkan kedepan, untuk meraih simpati dari khalayak, dengan menjadi calon PRK Kajang yang diumumkan tengahari tadi.

Sudah tiba masanya bagi para pengundi Kajang untuk memberikan pengajaran kepada Anwar. DNA semen, yang ditemui dalam dubur Saiful Buhari, kalau bukan Anwar meliwat Saiful, logiknya hanya boleh diperolehi melalui Anwar atau Wan Azizah.

Tidakkah ini terlalu peribadi yang ditunjukkan kepada kita semua? Fikir-fikirkanlah, sebelum bersimpati dengan lakonan air mata Azizah.

Rafizi Tidak Terperanjat Dengan Keputusan Mahkamah - Anwar Sememangnya Menunggu Masa Ke Penjara

“Mark my words, Anwar being jailed was just a matter of time," - Rafizi Ramli
Ungkapan dari Rafizi Ramli di atas, jelas menunjukkan bahawa beliau tidak terperanjat dengan keputusan bersalah oleh Mahkamah Rayuan keatas DS Anwar Ibrahim.

Dari awal kes lagi, seperti dikatakan oleh bekas Setia Usaha Politik Anwar, Mohd Ezam Mohd Nor, adalah sukar untuk meletakkan spesimen semen Anwar dalam dubur Saiful Buhari, andai kerja itu adalah konspirasi untuk mengenakan Anwar.

Sesungguhnya itulah fakta yang digunakan oleh pasukan pendakwaan, dengan memberi fokus teknikal terhadap mempertahankan hujah bahawa DNA sampel berkenaan tidak tercemar.

Tidak ada orang lain yang boleh mengeluarkan semen Anwar, melainkan dirinya sendiri.

Baik Rafizi mahu pun Azmin tentunya tidak terperanjat dengan keputusan Anwar didapati bersalah. Malah jangkaan Azmin adalah tepat, dengan jangkaan mahkamah akan membuat Anwar bersalah selepas solat Jumaat!

Anwar Tak Sanggup Bertentang Mata Dengan Ketua Hakim Negara


Anwar Ibrahim tidak sanggup bertentang mata dengan Ketua Hakim Negara.

Ketika berucap dalam sesi penggulungan di Konvensyen Pakatan Rakyat, Anwar berkata,
“Buat apa nak senyum hipokrit dengan orang yang zalim dan takbur? Buat apa nak hormat ketua hakim negara yang tak hormat perlembagaan dan undang-undang yang menjadi alat perkakas pemimpin?”
Kenyataan Anwar itu adalah susulan dari keputusannya untuk memprotes Majlis Jamuan Diraja yang biasanya turut dihadiri oleh Ketua Hakim Negara.

Kenyataan Anwar itu adalah percubaan untuk mengheretkan Ketua Hakim Negara, dengan gambaran seolah-olah Ketua Hakim Negara terbabit dalam membuat keputusan bersalah keatasnya.

Satu nasihat kepada Anwar, hindari diri anda dari meliwat, agar anda tidak diisytihar sebagai peliwat oleh mahkamah.