Saturday, December 31, 2011

Isu Godfather Dalam DAP - Terbukti Sekadar Lakonan Karpal & Ramasamy?


Najib Enggan Bersaing Dengan Khalid Ibrahim - Hantar Muhyiddin Sebagai Ganti

Kalau mengikut jadual, PM DS Najib Razak akan hadir untuk countdown tahun baru 2012 malam ini di kemuncak Karnival Sayangi Selangor anjuran BN. Namun, difahamkan TPM TS Muhyiddin Yasin akan mengambilalih tempat Najib.

Sementara itu, kalau mengikut jadual di Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012, MB Selangor TS Khalid Ibrahim akan bersama para penyokongnya untuk menantikan detik-detik ketibaan 2012.

Menariknya dalam persaingan BN dan PKR ini, Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan sabotaj dari partinya sendiri.


Malam ini juga, bertempat di Padang Kota Raja Klang akan berlangsung program "NGO Pencetus Gerakan Rakyat" anjuran Sekrtariat Prof Aziz Bari.

Mengapa Aziz Bari tergamak mensabotaj program Khalid? Jawapannya, kerana hendak menggerak dan menghangatkan flyer di bawah.


Maka oleh itu, tidak mustahil Khalid Ibrahim bakal keseorangan dan terkapai-kapai malam ini. Malah tidak mustahil juga yang Khalid tidak akan memunculkan diri dikhalayak ramai di Kompleks Sukan Pandamaran.

BN Selangor Dalam Kedudukan Membahayakan!!! : Ceramah Khalid Samad Dapat Sambutan Hangat Di Wilayah Jajahan Ronnie Liu

Kehadiran Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad telah berjaya menaikkan bilangan pengunjung ke Karnival Mega (yang telah 'dituruntarafkan' sebagai Karnival Mini) yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang; iaitu kawasan DUN Exco Selangor Ronnie Liu.

Dengan tampil di pentas ceramah yang turut disertai oleh Ustaz Abdul Ghani dan Ustaz yang 'mengimam Mahadikan Anwar' Badul Amin Bahron, seramai 300 orang telah hadir memenuhi kerusi-kerusi yang sebelum ini kosong di tapak karnival berkenaan.

Tahniah Khalid kerana berjaya membuatkan BN dalam kedudukan membahayakan PR di Selangor!




Persaingan Najib - Anwar di Selangor Pusingan 3

Seperti biasa dilaporkan perkembangan terkini dari lokasi Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 untuk malam ketiga (diambil dari tarikh perbandingan Karnival Sayangi Selangor).

Meskipun karnival mega tersebut kelihatan sebagai karnival mini, rasanya tidak adil hanya dengan laporan yang karnival ini tiada langsung kemajuannya.

Malam ini ada sedikit pertambahan pengunjung, melalui bilangan kereta yang diletakkan di kawasan tapak karnival dengan anggaran pertambahan 5% dari biasa.

Namun, dari relatif perbandingan dengan Karnival Sayangi Selangor anjuran BN, karnival PR masih jauh ketinggalan dibelakang.

Kekalahan hatrik dialami Anwar terhadap Najib!

Lihat dan nilai sendiri foto-foto di bawah.


Objek in ditemui bersepah di kawasan parkir

Friday, December 30, 2011

Mampukah Wakil Rakyat PKR Ni Masuk Gelanggang?

MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne
Hobi - bermain kamera

Kalau tak reti masuk gelanggang jangan jadi wakil rakyat

Masuk Dan Keluar Yang Memalukan!

Tegak-Tegak Khalid Ibrahim Diliwat

Flyer di atas bukan sebarang flyer. Mungkin kepada ramai orang akan menganggap ia sebagai makluman biasa. Namun, sebenarnya ia lebih daripada itu.

Cuba perhatikan dibahagian penganjur, tertera Sekretariat Prof Aziz Bari. Ini bermakna bahawa Aziz Bari telah diberi tugasan dan juga dana oleh oleh Anwar Ibrahim untuk menjalankan kegiatan subversif.

Selain dari itu, cuba perhatikan pula tarikh, masa dan lokasi program. Sebenarnya, lokasi program hanya sejauh 3 km dari tapak Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 yang berlangsung dari 24 Disember 2011 - 1 Januari 2012.

Pada tarikh yang sama MB Selangor Khalid Ibrahim akan berada di karnival anjuran Kerajaan PR Selangor itu untuk bersama rakyat Selangor yang setia dengannya dalam Countdown 2012.

Soalannya apakah dengan 6 speaker untuk program Aziz Bari itu akan dapat diselesaikan hanya dalam tempoh kurang dari 3 jam, dan semua yang hadir bergerak untuk sama-sama memeriahkan sambutan tahun baru bersama Khalid Ibrahim?

Bagi saya, ini adalah satu taktik untuk mengurangkan kehadiran penyokong-penyokong PR dalam program yang Khalid hadiri. Secara tidak langsung juga, ini akan memalukan Khalid kepada PM DS Najib Razak, yang kebetulan akan countdown bersama rakyat Selangor di I-City sempena Karnival Sayangi Selangor anjuran BN.

Mungkinkah Aziz Bari adalah calon MB PR menjelang PRU13?

Persaingan Najib - Anwar Di Selangor Pusingan 2 Saksikan Anwar Terus Ketinggalan

Untuk malam kedua persaingan menarik pengunjung ke karnival anjuran parti masing-masing, sekali lagi menyaksikan karnival PR gagal mengatasi BN.

Foto-foto di bawah menyerlahkan kesuraman pengunjung dan foto yang paling hampir di bawah, menunjukkan ruang niaga yang telah ditinggalkan oleh peniaga. (Mungkin mereka telah beralih ke karnival BN yang lebih ramai pengunjung?).

Anwar kalah untuk kali ke2 kepada Najib!





Ronnie Liu Bukan Mau Tolong Tapi Mau Cari Untung


Cuba perhatikan betul-betul banner di atas.

Exco Kerajaan DAP Selangor Ronnie Liu menaja piala untuk pertandingan karaoke.

Tapi perasan tak, bayaran dikenakan untuk menyertai pertandingan karaoke berkenaan.

So, Ronnie Liu bukan mau tolong, tapi mau cari untung.

Thursday, December 29, 2011

Akan Menyusul Foto-Foto Dari Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 Anjuran PR Yang Bakal Tak Menyaingi Karnival Sayangi Selangor Anjuran BN


Telah terbit foto-foto kehadiran pengunjung di malam ke2 Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor. [Foto dipetik dari blog AAKJ]

Akan menyusul selepas jam 11.00 pm, atau mungkin awal pagi besok foto-foto menarik dari lokasi Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 anjuran PR Selangor.

Tunggu!!!

Kasi Panas~~!! Persaingan Najib-Anwar Di Selangor Pra-Pusingan 2 - Malam Ini 1 (Zahid Hamidi) Lawan 3 (Badrol Amin, Harun Din & Khalid Samad)

Malam ini di Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 PR akan membawa turun Badrol Amin, Dato' Dr Harun Din dan Khalid Samad.

Sementara di Karnival Sayangi Selangor, BN akan menampil cuma seorang, iaitu Dato' Seri Zahid Hamidi.

Begitu juga pertembungan countdown tahun baru 2012 yang bakal menyaksikan kehadiran MB Selangor TS Khalid Ibrahim dan PM DS Najib Razak di lubuk masing-masing, pada malam 31 Disember.

Kalau tiada aral melintang, Akar Umbi akan melaporkan dari tapak Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012, pada setiap malam hingga ke malam tahun baru.

Mari kita saksikan lokasi mana yang lengang!

Pusingan 1, Najib telah pun menang, laporan klik SINI.

Persaingan Najib - Anwar di Selangor Pusingan 1

Berikut adalah perbandingan antara Karnival Sayangi Selangor (Anjuran BN) dengan Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 (Anjuran PR).

Berikut adalah pemandangan lot-lot perniagaan di karnival anjuran PR yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang (24 Dis 2011 - 1 Jan 2012) kelihatan hodoh dan ketinggalan zaman.

Sambutan hambar.




Lagi foto-foto dan liputan karnival PR klik SINI.

Berikut pula foto yang diambil di Karnival Sayangi Selangor anjuran BN yang berlangsung di I-City, Shah Alam (28 - 31 Dis 2011).

Perhatikan lot-lot pameran dan niaga yang kelihatan kemas dengan penampilan terkini. Oleh itu dengan sendirinya mencerminkan pentadbiran dan pengurusan yang lebih baik dari PR.

Sambutan amat menggalakkan.




Lagi foto dan laporan klik blog AAKJ.

Hasan Ali Nafi Laporan Harakah - Pakatan Berlima Untuk Pemulihan Imej PAS?

Amarah Hasan Ali bagai belum terpadam. Baginya, Harakah melaporkan suatu yang tidak tepat berkenaan perjumpaan bak Hang Tuah 5-bersaudara (Hadi Awang, Nik Aziz, Dr Haron Din, Nasharuddin Mat Isa da Hasan).

Bila perjumpaan tersebut tidak melibatkan Naib-Naib Presiden, mungkinkah perjumpaan tersebut untuk mendengar laporan Nasharuddin dan Hasan tentang kerajaan perpaduan?

Wednesday, December 28, 2011

Kalau Khalid Ibrahim Tahu Karnival Mega Selangor Bumper 2011-2012 Tidak Dapat Sambutan, Gerenti Beliau Tidak Akan Hadir Countdown Tahun Baru

Sebenarnya saya sengaja memilih untuk tidak pergi ke majlis perasmian ke Karnival Sayangi Selangor yang berlangsung sebentar tadi di I-City, Shah Alam.

Sebaliknya, saya memilih untuk berada di Karnival Mega Selangor Bumper 2011-2012 yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. Tujuan untuk meninjau sejauh mana terjejasnya karnival anjuran Pakatan Rakyat Selangor, ekoran majlis perasmian karnival anjuran BN. Saya yakin, ramai rakan-rakan blogger yang berada di I-City untuk membuat liputan karnival anjuran Barisan Nasional Selangor, jadi apa salahnya saya membuat liputan terkini di karnival Pakatan Rakyat.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh pengacara majlis, MB Khalid Ibrahim akan berada di kompleks sukan berkenaan untuk turut bersama dalam countdown tahun baru.

Kalau Khalid menatap foto-foto di bawah, apakah beliau sanggup datang ke Klang untuk menyambut tahun baru?




Gerai-gerai kosong yang ditinggalkan peniaga








Shahidan Kassim Jadi Tukang Gunting

'Winnable Candidate' di Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, dengan menggunting rambut kanak-kanak yang bakal memulakan sessi persekolahan 2012, minggu depan.

Apakah ANAK Punya Hak Eksklusif Terhadap FELDA?

Mazlan Aliman telah menubuhkan ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) yang antara lain menuntut hak generasi ke2 dan ke3 Felda keatas tanah-tanah milik Felda yang belum diteroka. Kekadang timbul juga sakit hati bila macam-macam onar dilakukan oleh Mazlan dan ANAK, seolah-olah Felda ini mereka punya.

Persoalannya apakah hak terhadap tanah yang diteroka adalah eksklusif kepada ANAK?

Jika diimbas semula asas dan tujuan penubuhan Felda, adalah tidak lain bertujuan untuk menangani penempatan semula bagi mengurangkan kemiskinan masyarakat luar bandar. Oleh yang demikian, ini bermakna bahawa apa juga tanah yang belum diteroka adalah menjadi hak untuk mereka yang masih dibawah paras kemiskinan di luar bandar, malah juga bandar untuk memohon dan menyertai tanah rancangan Felda.

Adalah tidak adil untuk melayan tuntutan ANAK, kerana Felda bukanlah hak eksklusif mereka.

Sudah sampai masanya bagi kerajaan bagi menyemak semula dari segi perlaksanaan terhadap masa depan Felda yang bukan sahaja terarah kepada anak cucu peneroka Felda, sebaliknya memberi ruang dan peluang kepada mereka yang tergolong dalam kemiskinan tegar untuk mengubah kehidupan mereka.

Nik Aziz Buat Majlis Makan Berdamai Untuk Hasan Ali & Nasharudin Mat Isa

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," - TG Nik Aziz Nik Mat

Bapa Khalid Samad & Shahrir Samad Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Dilaporkan bapa kepada MP Shah Alam dan MP Johor Baharu, meninggal dunia jam 1.20 pagi tadi. Allahyarham berumur 90 tahun.

Solat jenazah diadakan di Masjid UIA, Seksyen 17, Petaling Jaya selepas solat zohor.

Al-Fatihah.