Cuba perhatikan dibahagian penganjur, tertera Sekretariat Prof Aziz Bari. Ini bermakna bahawa Aziz Bari telah diberi tugasan dan juga dana oleh oleh Anwar Ibrahim untuk menjalankan kegiatan subversif.
Selain dari itu, cuba perhatikan pula tarikh, masa dan lokasi program. Sebenarnya, lokasi program hanya sejauh 3 km dari tapak Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 yang berlangsung dari 24 Disember 2011 - 1 Januari 2012.
Pada tarikh yang sama MB Selangor Khalid Ibrahim akan berada di karnival anjuran Kerajaan PR Selangor itu untuk bersama rakyat Selangor yang setia dengannya dalam Countdown 2012.
Soalannya apakah dengan 6 speaker untuk program Aziz Bari itu akan dapat diselesaikan hanya dalam tempoh kurang dari 3 jam, dan semua yang hadir bergerak untuk sama-sama memeriahkan sambutan tahun baru bersama Khalid Ibrahim?
Bagi saya, ini adalah satu taktik untuk mengurangkan kehadiran penyokong-penyokong PR dalam program yang Khalid hadiri. Secara tidak langsung juga, ini akan memalukan Khalid kepada PM DS Najib Razak, yang kebetulan akan countdown bersama rakyat Selangor di I-City sempena Karnival Sayangi Selangor anjuran BN.
Mungkinkah Aziz Bari adalah calon MB PR menjelang PRU13?
No comments:
Post a Comment