Friday, February 17, 2012

Gambar Korek Hidung Yang Bukan Menghina PAS

Dewan Pemuda PAS kesal kerana dilabelkan sebagai Parti Ajaran Sesat.


Nasrudin mungkin tidak pernah dengar ajaran Hadi Awang yang tidak istiqamah, tapi MB Terengganu pernah mendengarnya.

Panggilan Ke Talian Pengerusi Pemahaman & Pemantapan Agama PKR Tak Dijawab

Ronnie Liu Hangat-Hangat Tahi Ayam!

Pada penghujung 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Zon Bersih di setiap kawasa PBT. Pelancaran program hebat dan banyak wang diguna untuk papan tanda, banner, tanda arah dan pelbagai lagi.

Malangnya, program ini sekadar program "Hangat-Hangat Tahi Ayam Ronnie Liu".

Kini, dimana-mana PBT pun, masalahnya adalah seperti gambar-gambar di bawah.




Thursday, February 16, 2012

Kalau Hadi Awang Nafikan, Maka Dia Pun 2X5 Anwar Ibrahim


Sahabat blogger Din Turtle mendedah audio ucapan Hadi Awang.

Mana mungkin Hadi Awang nak mengaku kerana dia dah awal-awal video mahu pun CD tak boleh jadi saksi.

Tapi kalau Hadi tak ngaku, maka dia pun 2 X 5 Anwar Ibrahim gak.

Layakkah Kesatuan Pekerja Bank Disokong Walhal Mereka Hasut Pekerja Tidak Bantu Agih BR1M?

Foto asal dipetik dari TMI
Semalam NUBE telah mengadakan piket di hadapan Dataran Maybank, Bangsar.

Perhatikan plakad yang dipegang oleh lelaki yang berbaju hitam seperti dalam foto di atas. Awal-awal lagi telah dijangka, inilah yang akan dilakukan apabila NUBE berpiket iaitu merayu sokongan orang awam [klik SINI].

Baca petikan dari Utusan di bawah yang ternyata NUBE menasihatkan ahlinya agar tidak terbabit dalam program pengagihan BRIM dan mereka hanya mementingkan diri mereka.


Jadi, adakah layak bagi kita sebagai orang awam untuk memberi sokongan mereka?

Di bawah adalah laporan berkenaan piket berkenaan.

Wednesday, February 15, 2012

Palitan Tahi Ayam Dijari Khalid Samad Selamatkan ADUN PAS Bangi Dari Ditunjal

Apa tunggu lagi Khalid Samad?

Jangan guna jari tu untuk korek hidung aja.

Kasi tunjallah muka Dr Shafie Bangi.

(Untuk makluman walau pun Khalid adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS, tapi dia tak kawal pusat hiburan di kawasannya, Shah Alam).


Jika Tak Kena Gaya ABU Kalau Dihembus Boleh Terpercik Ke Mata Anwar Ibrahim

Pelancaran demi pelancaran dan kempen demi kempen dibawah gerakan "Asal Bukan UMNO" (ABU) telah dijalankan dibawah teraju utamanya Badrul Hisham Sahrin a.k.a Che Gu Bard.

Sejauh mana impaknya, belumlah diketahui dan tentunya hanya dapat dinilai dan diterjemah melalui peti undi.

Di atas ialah keratan artikel yang ditulis oleh MatKilau Penang, yang secara umum boleh disimpulkan bahawa gerakan ABU boleh mendatang petaka kepada agama, bangsa dan negara.

Namun begitu, melalui pengamatan saya dari peristiwa pemecahan kerusi di dewan dimana program agen ABU di Kg Idaman, Pelabuhan Klang, saya dapat melihat satu tindak balas yang tidak dijangka telah berlaku. Bagi saya, ia telah membangkitkan suatu tindak balas dikalangan ahli-ahli UMNO.

Tsunami politik yang berlaku dalam PRU2008 mempunyai alasan yang pelbagai, namun seperkara yang tidak dapat ditolak ialah merupakan protes dari kalangan dalam UMNO sendiri, disamping peralihan angin kelompok atas pagar. Akan tetapi, bagi PKR khususnya Che Gu Bard mengambil perubahan ia sebagai berbentuk kekal yang memihak kepada mereka.

Secara kebetulan, hanya dalam tempoh kurang dari 24 jam 'amukan' ahli UMNO berlaku di Pelabuhan Klang, ia telah merebak ke Gadek dan Machap di Melaka. AHli-ahli UMNO seolah-olah ditiupkan dengan semangat baru dan rasa begitu meluap-luap dengan cabaran dari pihak lawan.

Terus terang dikatan PR rakyat telah tersilap baca. Gerakan ABU pada peringkat ini telah menimbulkan rasa sayang yang bertambah dikalangan ahli-ahli UMNO terhadap parti mereka. Kebencian yang cuba disemaikan kepada pengundi-pengundi apatah lagi sebenar meniupkan semangat baru kepada ahli-ahli UMNO untuk bersatu.

Dengan menjadikan DUN Pelabuhan Klang sebagai rujukan, meski pun anggapan umum menyatakan Kg Idaman sebagai kubu kuat BN di Klang, namun hakikatnya BN tidak menang di PDM Kg Idaman. Perhatikan juga kemerosotan mendadak (imej di bawah) terhadap jumlah undi yang diraih oleh BN diantara PRU2004 dengan PRU2008.



Perlu diingat bahawa calon PR2008 sebenarnya tidak dapat menembusi kubu-kubu utama BN, namun takdir Allah juga yang telah membawa kepada keputusan memihak kepadanya. PKR yang meletakkan Badrul Hisham Abdullah ketika itu, serba serbi kekurangan sama ada dari segi jentera mahu pun logistiks. Malah juga tidak pula secara agresifnya menempelak UMNO.

Gerakan ABU yang agresif pada hemat saya, bak ibarat meniup abu yang akhirnya akan terpercik ke muka peniupnya. Dizaman Rasulullah sendiri pun ada dua orang Abu yang menentang baginda, iaitu Abu Lahab dan Abu Jahal!

Walllahualam.

"Jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat naik Mercs) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat,” kata Azizan Razak sambil ketawa

"Itu hak dia (UMNO). Ini negeri bebas...aturlah strategi. Kita dah buat macam-macam...jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat mentadbir) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat,” kata Azizan sambil ketawa. - [Bernama/Utusan]

"Elizabeth Wong Yang Bagi Tahu Dr Hasan Ali" - Khalid Samad


Semakin rancak pertembungan Dr Hasan Ali vs Khalid Samad.

Masing-masing dah saling menikam.

Hujah Khalid bukan setakat memukul Khalid, tetapi juga JAIS. Boleh menangkah Khalid di Shah Alam dengan satu demi satu dicipta?

Tuesday, February 14, 2012

Tindakan Samseng Atau Tersalah Masuk Kandang?

 
Berbalik kepada peristiwa pecah kerusi di Dewan MPK Kg Idaman lantaran bantahan pemuda-pemuda Kg berkenaan terhadap kehadiran Adam Adli & The Gang, punca sebenarnya ialah "salah masuk kandang".

Tonton video di bawah yang tidak ada kena mengena pun dengan sentimen politik, sebaliknya cuma sukan!


"MasyaAllah, satu Malaya dah panggil dia Din Puduraya, kalau bertanding kat sana memang naya" - Ahli PAS Johor

"Bagaimana dengan sahabat kita YB Salahuddin? Ana dengar nak bertanding di Johor?" Satu soalan sinis tiba-tiba terpacul dari mulut Tukang Screw.

"Hahahahahahaha, YB Din Pudu kita dah tetapkan dalam mesyuarat tadi akan bertanding di Johor juga. Jemaah Johor dah setuju eloklah dia bertanding di Johor sahaja dan bukan di Titiwangsa." Jawapan spontan dari salah seorang rakan kepada rakan Tukang Screw yang dinamakan A sahaja.

" Kan elok kalau dia bertanding di Titiwangsa sahaja, banyak sokongan di sana." Celah salah seorang dari kami.

"MasyaAllah, satu Malaya dah panggil dia Din Puduraya, kalau bertanding kat sana memang naya". Jawab A.

"Apa yang nayanya?" Soal Tukang Screw.

"Nanti makin bersambunglag skandal Din Puduraya kat situ nanti, penat kita nak mendengar skandal tu nanti, hahahahahahaha". Disambut dengan deraian ketawa kami. - [Baca selanjut klik SINI]

Dimana Ada Anwar, Disitu Ada Karipap

Sam Ketot faham selera Anwar. Justeru, lawatan Anwar ke Melaka disambut dengan karipap sebagai juadah hidangan.

Tapi banyak ranjau yang terpaksa Anwar lalui sepanjang programnya di Melaka pada 12/2/12.


Anwar Ibrahim Hampir Tersedak & Tak Selera Jamah Karipap Bila Nik Aziz Hentak Meja


Kenyataan keras Nik Aziz membuatkan Anwar hampir tersedak dan hilang selera menjamah karipap.

Lewat malam tadi, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan keras terhadap Anwar, samada menarik balik kenyataannya di WSJ, atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan tersebut palsu.

Kali ini, Anwar terperangkap dengan keterlajakan kenyataannya.


Laporan penuh, klik AgendaDaily.

Monday, February 13, 2012

Kebimbangan Dewan Ulamak PAS Bila Hanya Hadi Awang Yang Berserban

Dewan Ulama PAS Pusat mahu presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus memimpin parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata kepimpinan Abdul Hadi diperlukan bukan saja di peringkat parlimen bahkan di peringkat negeri Terengganu.

Keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh semua anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat pada mesyuaratnya baru-baru ini, katanya dalam satu kenyataan pada laman web rasmi PAS hari ini. [Foto & berita Bernama dipetik dari Malaysiakini]

Kisah Zaman Remaja Rafizi Ramli : Prestasinya Merudum Dari 1st Class Honours Jatuh Ke 2nd Class Lower Setelah Berkasih-kasihan Dengan Anwar?


Butiran peribadi Rafizi Ramli diperolehi di SEL13.

Ternyata ada sesuatu yang mengganggu Rafizi dalam menghabiskan pengajian ijazah pertamanya. Kalau diteliti betul-betul pencapaian akademiknya, bagaimana mungkin seorang pelajar yang mendakwa cemerlang di tahun 1 & 2, hanya sekadar mendapat 2nd Class Lower ketika menamatkan pengajian?

Jelas sekali kemerosotan yang berlaku di tahun 3. Dalam keadaan biasa, faktor-faktor yang boleh mendorong kepada kemerosotan, antaranya kematian ibu-bapa, masalah keluarga, penyakit yang dihidapi mahupun pengaruh negatif rakan-rakan persekitaran atau pun kerana asyik bercinta.

Apa pula masalah yang dihadapi oleh Rafizi?

Keratan di atas dipetik dari blog Sanggah Tok Janggut.

Mungkinkah itu puncanya?

Betulkah Faekah Husin?

Faekahkah ini?

Bukan. Beliau ialah Fatehah Mustapha, wanita pertama Malaysia merangkul emas dalam kejohanan Berbasikal Asia. (Foto/Berita : Bernama/Utusan)

Siapakah pula Faekah? Dr Khir menjawab dalam video di bawah:-

Sunday, February 12, 2012

Adam Adli & The Gang Dakwa PKR Hebat Pada Teori Lembik Pada Realiti


Ternyat terbit penyesalan yang amat sangat oleh Khalid Ismath yang menjadi tulang belakang program "Malam Revolusi Anak Muda" yang mengundang kemarahan penduduk Kg Idaman. Betapa tidaknya, banner program turut mempamerkan logo PKR yang sedikit sebanyak boleh menjadi pelindung kepada kumpulan anak muda yang turut bersama Khalid serta Adam Adli.

Namun, Khalid dan Adam telah mengalami pengalaman yang amat mengerikan dalam di kawasan yang Khalid nyatakan sebagai kubu kuat UMNO Klang. Betapa tidaknya, mereka terkontang-kanting tanpa perlindungan. Apa yang berlaku di lapangan, sebenarnya menunjukkan betapa lemahnya PKR Cabang Klang, khususnya Sekretariat Penyelaras DUN PR Pelabuhan Klang. Hakikatnya, samada grup anak muda dan juga pihak sekretariat Penyelaras DUN PR Pelabuhan adalah bersendirian dalam berdepan dengan penduduk Kg Idaman dan para penyokong UMNO.

Dari pengusaan lapangan di lokasi, jelas penguasaan total para penyokong UMNO. Seperti yang saya jelaskan dalam entri sebelum ini [klik SINI], ranting PKR Kg Idaman sendiri tampak lepas tangan dan tidak ada sebarang usaha untuk menahan mahu pun sekurang-kurangnya mengimbangi keadaan.


Petikan di atas adalah dari blog Khalid yang meluahkan kekecewaan dan kekesalannya yang teramat sangat terhadap PKR yang gagal memberikan perlindungan kepada mereka.

Saya telah menjejaki kedua-dua kumpulan hingga ke Balai Polis Pandamaran dan juga IPD Klang Selatan. Ternyata para penyokong UMNO yang begitu geram dengan provokasi Khalid sebelum ini, adalah lebih ramai dan tidak terlawan oleh mereka.

Di IPD, ketika jam hampir menunjukkan jam 1.00 pagi, barulah kelihatan sebuah demi sebuah kereta sampai untuk melindungi mereka, yang saya anggarkan hampir 20 orang.

Malang sekali, itu pun majoritinya datangnya dari kejiranan Khalid sendiri, yang rumah bapanya terletak sejauh 2km dari IPD. Saya yakin kekesalan Khalid adalah lebih terarah kepada PKR, kerana kebanyakan yang berkumpul di IPD adalah dari PAS yang Khalid dan bapanya Ismath turut menjadi anggota.

Mungkinkah mereka serik untuk berkerjasama dengan PKR?

Macam Mana Kemaluan Eli Wong Boleh Terdedah?

Pelik!

Macama mana kemaluan Eli Wong boleh terdedah?

Aku tak berani dedah, tapi ia terdedah di SINI.

Adam Adli Lari Mencicit Takut Kena Penampar!

Harakah mendakwa program SMM (kalau melalui banner ia sebenarnya program KAMI dan PKR - Penyelaras DUN PR Pelabuhan Klang) telah diserang oleh sekumpulan samseng. Namun, hakikatnya ia bukan diserang oleh kumpulan samseng, sebaliknya kumpulan siswa tersebut telah meminta orang-orang UMNO untuk menyerang mereka.

Petikan di atas adalah dipetik dari blog Timbalan Presiden KAMI Khalid Ismath yang minta untuk diserang.

Disamping itu, Khalid Ismath cuba memberikan gambaran bahawa ahli kumpulan muzik kampung berkenaan telah diugut. Sebenarnya, menurut anggota kumpulan berkenaan bahawa mereka telah dipedaya, kononnya program berkenaan hanya melibatkan student IPT.

Dari temubual dengan penduduk-penduduk Kg Idaman, mereka yakin bahawa program tersebut dibawa masuk oleh anasir luar yang tidak faham dengan suasana komuniti di kampung tersebut. Mereka hidup dengan harmoni dan tiada sebarang aktiviti politik yang radikal antara sesama mereka.

Bayangkan, Bilik Gerakan Ranting PKR Kg Idaman hanya sejarak 30 meter dari gate dewan berkenaan tetapi tidak beroperasi pada petang dan malam sebelum kejadian, maka sahlah bahawa Ranting PKR Kg Idaman juga tidak berminat untuk terlibat dengan sebarang kontroversi. Malah menurut penduduk-penduduk Kg Idaman, tiada petugas-petugas ranting yang bekerja samada sebelum dan semasa kejadian.

Lihat jarak pejabat Ranting PKR dengan gate dewan (anak panah)
Walau pun para penduduk berandaian demikian, ini tidaklah bermakna program berkenaan tanpa sebarang penglibatan PKR. Banner program sendiri secara terang-terang membuktikan seperti tertera di bawah:-

Banner ini dipetik dari blog Khalid Ismath (sudah di padamkan)

Jadi, pihak makna yang terlibat? Jawapannya, sudah pastilah Pejabat Penyelaras DUN PR Pelabuhan Klang yang sebelum ini gagal menembusi Kg Idaman melalui beberapa NGO dan agensi yang didekatinya.