Saturday, April 2, 2011

Kalau Tak Boleh Memadam Dendam Kesumat, Baik Sahaja Khalid Ibrahim Berhenti Jadi Manusia

Khalid Ibrahim kalau berdendam, seolah-olah sukar untuk memadamkan dendam kesumatnya. Jika sebelum ini SUK menjadi mangsa, Khalid Ibrahim kini menjadikan Badrul Hisham Abdullah ADUN Pelabuhan Klang sebagai sasaran terbarunya.

Selepas gagal dalam isu-isu ciptaan dirinya sendiri, isu terbaru Khalid ialah menghadapkan Badrul Hisham ke Jawatankuasa SELCAT dengan tuduhan menghina DUN Selangor.

SHAH ALAM 2 April : Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah serta peguam beliau, Mohd Hafarizam akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (SELCAT) atas tuduhan menghina Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam pembentangan usul menghadapkan Badrul ke jawatankuasa tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat tersebut yang ditujukan kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengandungi unsur-unsur yang tidak senonoh, biadab serta bertujuan mengugut.

“Mereka secara berasingan atau bersesama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac 2011 kepada Tuan speaker Dewan ini yanng berbahasa amat tidak senonoh, biadab dan mengugut,” tegas beliau.

Kata beliau, jawatankuasa tersebut perlulah dipengerusikan oleh Adun Kota Alam Shah, M Manoharan menggantikan Chang Khim.

“Tuan Speaker dinamakan di dalam surat berkenaan bukan dalam kapasiti peribadi tetapi dalam kapasiti sebagai Speaker Dewan. Notis yang begitu tidak senonoh, kurang ajar dan bersifat mengugut dengan niat membawa keaiban, menghina, mengejek Dewan atau mengurangkan kuasa dewan jelas merupakan satu tindakan menghina Dewan, terutamanya apabila notis tersebut dihantar semasa persidangan Dewan kali ini,” kata beliau lagi.

Khalid yang menemui wartawan selepas menangguhkan DUN memberitahu Chang Khim telah melucutkan jawatan BAdrul sebagai Adun Pelabuhan Klang selepas berpuashati bahawa Badrul sememangnya tidak hadir ke sidang DUN lebih daripada tempoh yang sepatutnya.

Badrul pula telah membawa isu tersebut ke makhamah serta meminta kos yuran guaman sebanyak RM40 ribu daripada Chan Kim dan menghantar notis mengatakan sekiranya tidak dibayar, Badrul akan mengambil tindakan memfailkan bankrupsi terhadap Chang Khim.

“Kalau tidak dibayar, dia menjalankan usaha bankrupsi. Dari segi etika perundangan, bankrupsi ini langkah paling akhir dalam menuntut bayaran, selalunya notis dihantar dengan mengatakan ‘kalau tidak membayar, akan diambil tindakan selanjutnya’. Tetapi surat itu dikeluarkan semasa persidangan dewan dan persidangan dewan, dia tidak menghantar surat kepada Teng sebagai Teng sendiri, tetapi sebagai peranan speaker,” jelas beliau.

Tambah beliau, tindakan Badrul jelas menampakkan keegoan beliau yang tidak menghormati dewan serta kerajaan negeri Selangor. [Selangorkini]

Khalid Ibrahim Kecundang Lagi

Sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, beliau telah kecundang dalam banyak hal. Antara contoh kegagalan Khalid Ibrahim ialah isu SUK dan isu air.

Umpama Lebai Malang, Khalid umpama insan yang menghadapi kegagalan bersiri. Untuk MENANG begitu sukar bagi Khalid, sebaliknya yang mudah ialah MENANGgung kekalahan.

Semalam, Utusan Malaysia telah melaporkan pertambahan bilangan kegagalan Khalid,

SHAH ALAM 1 April – Mahkamah Tinggi hari ini mengisytiharkan pekeliling yang menghalang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Selangor ditemu bual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan saman pemula yang difailkan Peguam Negara pada 20 Ogos 2009.

Peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang mewakili Selangor memberitahu pemberita bahawa dalam penghakimannya, hakim itu berkata beliau menerima pakai keputusan Mahkamah Persekutuan pada 20 Mei lepas, iaitu SPRM boleh meneruskan amalan sedia ada dan menyoal saksi selepas waktu pejabat.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah terhadap SPRM.

Zaleha turut menolak permohonan Selangor untuk menggantung sementara prosiding mahkamah mengenai pekeliling itu sehingga Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock selesai bersidang.

Fahda Nur berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Peguam Negara memfailkan saman pemula bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan. - Bernama

Friday, April 1, 2011

Khalid Ibrahim Saja Nak Tempah Maut

Jangan ingat bila strategi Khalid Ibrahim untuk tidak turut membubarkan DUN jika parlimen dibubarkan, merupakan tindakan bijak.

SHAH ALAM 1 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 memandangkan mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Selain itu, desas-desus bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya pada persidangan media selepas sidang DUN Selangor yang berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. - Bernama

Bayangkan jika PRU 13 dikuasai oleh BN, Khalid akan menempah maut bila semua jentera BN akan tertumpu di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan akhirnya diri sendiri yang menempah maut.

Buatlah, kalau berani!

Mantan Timbalan Presiden PKR Teruja Nak Menonton Video Terlampau?

Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. [Harakahdaily]

Kalau begitu bentuk soalannya, apa kata kalau Dr Syed Husin Ali sendiri yang tonton demi untuk kepastian?

Clues dah diberitahu oleh Papa Gomo, antaranya seluar dalam ala-ala Mr Bean dan jam tangan jenama Omega. Itu belum lagi bentuk alat sulit.

Kepastian mudah sahaja. Jawapannya ada dihujug jari Wan Azizah.

Cuba-cubalah Dr Syed Husin usyah-usyah sikit!

April Fool Bikin ADUN Lenggeng Jadi Bloody Fool!

Sempena April Fool hari ini, telah menjadikan ADUN Lenggeng, Mustafa Salim menjadi bloody fool.

Mahkamah Sesyen Seremban sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM20,000 terhadap ADUN Lenggeng, Mustafa Salim yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 2008.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana peguambela mahu membuat rayuan. [Berita Harian]

Menunggu Jemputan Produser Sam Ketot

KPN telah mengesahkan video yang dikatakan memaparkan aksi lucah pemimpin pembangkang sebagai tulen.

Harap-harap Sam Ketot akan cepat-cepat memanggil kami bloggger-blogger nyamuk untuk menonton aksi-aksi pemimpin BN pula.

Apa tunggu lagi? Projek super impose masih tak siap lagi ke?

Video Berwajah Anwar Disahkan Tulen!

Khabarnya Ketua Polis Negara sahkan video sensasi berwajah Anwar Ibrahim sebagai tulen.

Pelakonnya tulenkah?

Kalau tulen, solat hajat dah termakbul!

Sumber : RBF

Beranikah Yaakob Sapari ( Exco Pertanian Selangor) Bersaing Dengan Noh Omar?

Bukan main bersemangat Yaakob Sapari, Exco Pembangunan Pertanian, Pengurusan Alam dan Usahawan memberitahun DUN Selangor berhubung peningkatan pengeluaran padi di Selangor. [Selangorkini]

Betulkah ini semua hasil usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

Habis tu, MP Tanjung Karang tak buat kerjakah? Biar betul Yaakob ni; beliau kenalkah siapa MP Tanjung Karang?

Kalau betul ini semua hasil usaha Pakatan Rakyat, PRU13 kelak, elok benar kalau Yaakob berpindah bertanding kerusi parlimen. Kerusi yang paling sesuai ialah Tanjung Karang dan cubalah nasib bertanding dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Noh Omar.

Kelak tahu tinggi rendahnya langit tu!

Thursday, March 31, 2011

Dah Tua-Tua Pun Khalid Ibrahim Masih Berilusi Masked Rider!

Foto: Karmen Rider Faiz (555)

Awak dah tua pun, wahai TS Khalid Ibrahim. Takkan masih nak berilusi lagi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Faiz’ yang wujud dalam kamera intip yang ditemui di pejabatnya Ogos lalu.

[Free Malaysia Today]

Tak ubah macam budak-budaklah Khalid ni. Mungkin Khalid terlalu minat karekter "Karmen Rider Faiz (555)" hingga terbayang-bayang kewujudan Mat Skodeng yang bernama "Faiz"!

Lebai-Lebai PAS Terpukau Dengan Aksi Anwar Ibrahim

"Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya." - Anwar Ibrahim [Harakah]
Lebai-lebai PAS mengangguk-angguk mendengar ucapan Anwar Ibrahim.

Mereka terpukau dalam kebodohan. Tiada yang menyanggah.

Bagus sangatkah Buku Jingga berbanding Al-Quran?

Dr Hasan Ali & Dr Halimah Mohd Ali Lindungi Sekolah Agama Beroperasi Secara Haram?

Kenyataan Exco Pendidikan Dan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berhubung peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat di DUN Selangor, sepatutnya harus diambil perhatian oleh anggota pembangkang BN.

Memetik kenyataan Dr Halimah di Harakahdaily,
Pengakuan Dr Halimah berhubung kewujudan SAR yang tidak berdaftar, dengan sendirinya menunjukkan Kerajaan Negeri melindungi pihak-pihak yang tidak mematuhi peraturan yang termaktub didalam Enakmen No. 2, Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 dan Enakmen No. 7, Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pindaan) 2001.

Saya yakin, SAR yang didakwa oleh Dr Halimah sebenarnya adalah Sekolah Agama Swasta yang berselindung disebalik SAR semata-mata untuk mendapat peruntukan Kerajaan Negeri.

Malah saya yakin juga bahawa punca sekolah berkenaan beroperasi secara haram adalah kerana mereka tidak memenuhi spesifikasi PBT, Bomba dan Jabatan Kesihatan.

Oleh yang demikian ini bermakna Kerajaan PR Selangor melindungi sekolah agama yang beroperasi secara haram!

Wednesday, March 30, 2011

Aktor Bollywood Kena Jel 7 Tahun, Anwar Pula Berapa Tahun?

Di Mumbai, seorang aktor Bollywood telah pun menerima hukuman penjara 7 tahun atas kesalahan pertuduhan yang dihadapinya.

MUMBAI 30 Mac – Pelakon Bollywood yang pernah memenangi anugerah, Shiley Ahuja hari ini dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, kes yang mengemparkan industri perfileman terbesar dunia itu.

Ahuja dibenarkan ikat jamin pada Oktober 2009 dan diarahkan oleh mahkamah agar meninggalkan Mumbai, tiga bulan selepas ditahan atas dakwaan merogol, mengugut dan mengurung pembantu rumahnya, yang sekarang ini berusia 20 tahun.

Pelakon berusia 37 tahun itu akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Mumbai, kata peguamnya Srikant Shivade kepada Reuters. Para wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan tersebut.

Ahuja pernah memenangi anugerah Bollywood menerusi filem “Hazaaron Khwaishein Aisi” pada 2003. Dia tetap mengaku tidak bersalah sehingga proses penghakiman.

Sepanjang lebih 18 tahun sejak ditahan sehingga hukuman dijatuhkan, Ahuja sempat berlakon dalam sebuah filem, “The Accident” yang masih belum ditayangkan. - Reuters[Utusan Malaysia]

Bagaimana pula kes Anwar Ibrahim?

Cukuplah! Jangan Asak Anwar Ibrahim Dengan 5 Soalan Itu

Sudahlah tu. Buat apa diasak Anwar Ibrahim dengan 5 soalan tu. [Kickdefella]

Orang-oran tua ada berkata, hendak tahu kebaikan seseorang, tanyalah musuhnya. Sementara, kalau hendak tahu keburukan seseorangnya tanyalah temannya.

Oleh itu, asaklah soalan-soalan kepada Wan Azizah dengan soalan-soalan berikut:-

1. Berapa helai seluar dalam Mr Bean yang dimilikki oleh Anwar? [Papa Gomo]
2. Betulkah Anwar tak berbulu? [Papa Gomo]
3. Betulkah telur tersorok?
4. Betulkah hebat?
5. Dimana jam Omega milik Anwar?

Muhyiddin Datang Ke Selangor Bawa Buah Tangan

Semalam TPM datang melawat Selangor bukan dengan tangan kosong. Hampir RM5 juta diperuntukkan kepada pendidikan agama.
"Katanya, daripada jumlah itu, RM1.4 juta diperuntukkan untuk SAR dan KAFA di Selangor.

Katanya, terdapat 188 buah SAR dan KAFA di seluruh Selangor yang mempunyai 90,620 pelajar yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan terbabit." [Berita Harian]
Ramai yang keliru, bahawa Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Agama dan Fardu Ain di Selangor, sebenarnya hanya dibantu dari segi tenaga pengajar oleh JAIS. Itu pun separuh dari elaun guru berkenaan ditampung oleh JAKIM.

Berbeaza dengan Sekolah Rendah Agama, mereka mendapat bantuan penuh dari Kerajaan Negeri.

Dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran itu, maka ringanlah bebanan yang ditanggung oleh pihak sekolah.

Alhamdulillah.

Tuesday, March 29, 2011

Nurul Izzah Naik Angin - Anwar Ibrahim Dipersenda

Nurul Izzah mula naik dengan membuat laporan polis ekoran persendaan oleh masyarakat terhadap papanya yang hebat, DS Anwar Ibrahim.

Komik yang berjudul "Kisah Juara Raja Lawak" dikatakan telah memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang tersebut.

Laporan penuh baca di [Malaysiakini].

Anwar Ibrahim Dah Mula Ingat Mati

Sekurang-kurangnya Anwar Ibrahim semakin ingat kepada kematian. Dengan penuh ketegasan Anwar menyatakan hidup dan matinya, ditangan Allah dan bukan ditangan UMNO. [laporan penuh di SINI].

Selain hidup mati, kejatuhan Anwar Ibrahim di dalam UMNO juga adalah gada' dan qadar Allah. Oleh itu, redhalah dengan ketentuan Ilahi.

Cuma, anu-arr mati ditangan Ahmoi!

Apakah Kaitan Afdlin Shauki Dengan Shazril Eskay, Omega, F***, Anwar & Rahim?


Mungkin kebetulan. Idea gila-gila Afdlin Shauki melalui filem Los & Faun, melahirkan watak Tuan SOFAR.

Apakah disebalik nama SOFAR?

Mungkin ia bermaksud - Shazril Eskay, Omega, F***, Anwar Ibrahim, Rahim Tamby Chik!

Monday, March 28, 2011

PAS Hina Sasterawan Negara

Agaknya PAS sudah tidak perlukan para sasterawan untuk bersama mereka. Membaca kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Harakahdaily, penuh dengan bidasan keatas Kementerian Pelajaran yang pada Salahuddin sebagai tidak cermat. Malah, Salahuddin dengan berani menyatakan bahawa ada lagi novel yang lebih layak dari 'Interlok'.

Kenyataan Salahuddin dengan sendirinya mengibaratkan 'Interlok' karya Abdullah Husin sebagai tidak layak menjadi buku teks.

Kepada A. Samad Said, Dinsman dan lain-lain karyawan boleh baca sendiri kenyataan Salahuddin Ayub. Ia bukan disiarkan oleh Utusan Malaysia ataupun Berita Harian tetapi disiarkan oleh Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mempersoal sikap tidak cermat Kementerian Pelajaran dalam memilih teks sastera sebagai rujukan pelajar tingkatan lima sehingga mencetuskan ketegangan di antara kaum.

Merujuk novel Interlok yang mencetuskan rasa tidak puas hati kaum India kerana penggunaan beberapa perkataan yang didakwa menghina kaum mereka, Salahuddin berkata, jika kementerian bijak membuat keputusan, perkara sebegini tidak akan berlaku.

"Dalam isu Interlok ini kenapa Kementerian Pelajaran tak cermat dalam memilih hasil karya ini. Ada banyak lagi karya sastera mengenai perpaduan yang ditulis sasterawan yang layak dijadikan teks di sekolah.

"Kenapa pilih novel yang boleh mencetuskan perbahasan walaupun itu karya sastera yang membuatkan kita resah hari ini," kata beliau dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Tanpa menafikan hak seorang sasterawan untuk berkarya mengikut disiplin ilmu yang dipegang, beliau berkata kementerian tidak seharusnya meminta penulis novel tersebut menarik balik perkataan yang terkandung di dalamnya.

"Saya percaya dan yakin dengan disiplin ilmu. Saya percaya karya yang dihasilkan karyawan negara kita, setiap orang berhak mempertahankannya.

"Tapi ketidakcermatan ini bermula dari awal. Kenapa hari ini ada panel kaji Interlok dan kemudiannya minta seniman negara tarik balik perkataan di dalamnya.

"Ini bukan disiplinnya. Mengikut disiplin ilmu, kalau kita tak bersetuju dengan sesuatu karya, tulis buku yang lain. Bukan minta tarik balik perkataan yang boleh menjejaskan kredibiliti sasterawan negara," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Menyentuh mengenai subjek sejarah yang akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata teks sejarah itu harus ditulis tanpa ada usul penipuan fakta.

Teks ini, katanya perlu disediakan oleh panel bebas yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

"Bagaimana penyediaan teks sejarah itu? Dari mana ia harus bermula? Siapa panel yang bertanggungjawab untuk menggubal atau menyediakan teks sejarah yang bakal dijadikan bahan untuk seluruh pelajar khususnya bagi mereka yang akan mengambil SPM sebagai subjek wajib lulus.

"Sejarah mesti ditulis dengan adil, tepat dan betul supaya setiap rakyat dapat suatu pengetahuan yang akan membentuk minda dan emosi.

Tambahnya, teks sejarah yang sedia ada lebih mengagungkan tokoh barat dan mengenepikan pejuang-pejuang tulen dalam memerdekakan negara.

"Buku teks dahulu banyak mengagungkan tokoh-tokoh penjajah. Tapi apabila kita belajar secara khusus tentang sejarah kita akan mendapati kebanyakan fakta memang tidak adil.

"Sebagai contoh kemerdekaan negara tidak hanya bermula pada tahun 1946 tapi jauh lebih awal dari itu," katanya.

Tambahan pula katanya, dunia hari ini menyediakan pelbagai teknologi yang membolehkan segala fakta didapati di mana-mana sahaja.

"Keluasan ilmu hari ini tidak boleh disembunyikan. Manusia boleh acess dengan hujung jari sahaja.

"Jangan nafikan mana-mana golongan yang memberi sumbangan besar ke arah kemerdekaan negara," katanya.

2 MP PKR Jatuh Bedebab Dari Cabang!

2 MP PKR Selangor gagal menjawat Ketua Cabang PKR di cabang masing-masing.

Maklumat diterima dari FB Pemuda Kuala Langat (foto di atas), melaporkan MP Kuala Langat, Abdullah Sani jatuh berdebab di Cabang Kuala Langat.

Sementara itu, MP Kapar Manickavasagam @ Mike mengelosor dari Cabang Kapar. [Baca SINI].

Lain kali, jangan cuba-cuba bertenggek di cabang.

Kalau dalam parti pun dah susah nak menang, apatah pula semasa pilihanraya kelak!

Wajib Tayang?

Skim Wajib Tayang ialah dasar yang diamalkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk yang memberikan kuasa kepada sebuah Jawatankuasa Skim Wajib Tayang untuk mempertimbangkan dan menerima mana-mana filem tempatan atau filem usahasama (tempatan dan luar negara) untuk ditayangkan secara wajib di dewan wayang gambar oleh pihak pengendali pawagam, mengikut peruntukan peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang) 2005 yang berkuatkuasa pada 23 Jun 2005.

Pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar. Walau bagaimanapun, penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika:

  • bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau
  • bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.

Jika bilangan penonton kurang daripada 15%, pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut. [Wikipedia]

Gerakan Anti Penyelewengan Selangor menyarankan agar rakyat Selangor diberi peluang untuk menonton video seks yang dikatakan sebagai aksi-aksi lucah pemimpin pembangkang. [Warisan 2057]

Ini termasuk dalam istilah wajib tayangkah?

Sunday, March 27, 2011

PRU13 Semakin Mendekati Kita

Tak dapat nak update blog sebab aku telah dihantar ke pendalaman, sejak Jumaat lalu.

Ini pun curi-curi masuk ke bilik komputer dan hanya sekadar dapat menghantar mesej yang ringkas ini.

Biasanya, bila aku dah dihantar bermukim ke pendalaman, biasanya itu bermakna petanda-petanda bakal berlangsung pilihanraya.

Bila? Itu kena tanya orang-orang atas, aku cuma Akar Umbi.