Saturday, April 2, 2011

Kalau Tak Boleh Memadam Dendam Kesumat, Baik Sahaja Khalid Ibrahim Berhenti Jadi Manusia

Khalid Ibrahim kalau berdendam, seolah-olah sukar untuk memadamkan dendam kesumatnya. Jika sebelum ini SUK menjadi mangsa, Khalid Ibrahim kini menjadikan Badrul Hisham Abdullah ADUN Pelabuhan Klang sebagai sasaran terbarunya.

Selepas gagal dalam isu-isu ciptaan dirinya sendiri, isu terbaru Khalid ialah menghadapkan Badrul Hisham ke Jawatankuasa SELCAT dengan tuduhan menghina DUN Selangor.

SHAH ALAM 2 April : Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah serta peguam beliau, Mohd Hafarizam akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (SELCAT) atas tuduhan menghina Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam pembentangan usul menghadapkan Badrul ke jawatankuasa tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat tersebut yang ditujukan kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengandungi unsur-unsur yang tidak senonoh, biadab serta bertujuan mengugut.

“Mereka secara berasingan atau bersesama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac 2011 kepada Tuan speaker Dewan ini yanng berbahasa amat tidak senonoh, biadab dan mengugut,” tegas beliau.

Kata beliau, jawatankuasa tersebut perlulah dipengerusikan oleh Adun Kota Alam Shah, M Manoharan menggantikan Chang Khim.

“Tuan Speaker dinamakan di dalam surat berkenaan bukan dalam kapasiti peribadi tetapi dalam kapasiti sebagai Speaker Dewan. Notis yang begitu tidak senonoh, kurang ajar dan bersifat mengugut dengan niat membawa keaiban, menghina, mengejek Dewan atau mengurangkan kuasa dewan jelas merupakan satu tindakan menghina Dewan, terutamanya apabila notis tersebut dihantar semasa persidangan Dewan kali ini,” kata beliau lagi.

Khalid yang menemui wartawan selepas menangguhkan DUN memberitahu Chang Khim telah melucutkan jawatan BAdrul sebagai Adun Pelabuhan Klang selepas berpuashati bahawa Badrul sememangnya tidak hadir ke sidang DUN lebih daripada tempoh yang sepatutnya.

Badrul pula telah membawa isu tersebut ke makhamah serta meminta kos yuran guaman sebanyak RM40 ribu daripada Chan Kim dan menghantar notis mengatakan sekiranya tidak dibayar, Badrul akan mengambil tindakan memfailkan bankrupsi terhadap Chang Khim.

“Kalau tidak dibayar, dia menjalankan usaha bankrupsi. Dari segi etika perundangan, bankrupsi ini langkah paling akhir dalam menuntut bayaran, selalunya notis dihantar dengan mengatakan ‘kalau tidak membayar, akan diambil tindakan selanjutnya’. Tetapi surat itu dikeluarkan semasa persidangan dewan dan persidangan dewan, dia tidak menghantar surat kepada Teng sebagai Teng sendiri, tetapi sebagai peranan speaker,” jelas beliau.

Tambah beliau, tindakan Badrul jelas menampakkan keegoan beliau yang tidak menghormati dewan serta kerajaan negeri Selangor. [Selangorkini]

1 comment:

Anonymous said...

teringat dialog ibu mertua ku...kenapa kau diciptakan ALLAH sebagai manusia kan lebih baik jadi haiwan..alaaa kassssimmmmm..keh keh