Friday, October 19, 2012

Nurul Izzah Bimbang Keselamatan Papa - Bekas Tahanan ISA Sanggup Tembak Anwar Sampai Mati


Kalau dinilai dari perjuangan marhaen, Dr Kasim Ahmad adalah antara tokoh yang hebat. Pernah mengetuai Partai Sosialis Rakyat Malaysia, malah pernah menjadi tahanan ISA di era 70an.

Bagi pejuang marhaen ini, dia mengisytiharkan sanggup menembak Anwar Ibrahim sampai mati.

Apakah puncanya? Saksikan video di bawah.

Video Ini Mungkin Tun Dr Mahathir Suka, Tapi.........


Baru-baru ini, saya berpeluang untuk turut serta dalam perjumpaan tertutup dengan Tun Dr Mahathir.

Dalam sesi soal-jawab, salah seorang peserta telah bertanya serta memberi pandangan yang agak kritis terhadap diri Tun M dan UMNO.

Tun M dengan tawadhuk mengakui bahawa beliau juga ada kelemahan dan tidak sempurna. Cuma dalam keadaan sekarang, bukan masanya untuk saling salah menyalah dan menuding jari kepada sesiapa.

Pada pandangan tokoh yang banyak berjasa kepada negara ini, fokus adalah PRU dan yang lebih penting ialah memenangkan BN. Tambah beliau, pandangan kritis seperti yang dilontarkan peserta tersebut lebih elok diucapkan dalam mesyuarat agung UMNO, iaitu masa yang lebih sesuai untuk menegur pemimpin.

Dalam bahasa yang mudah, maksud Tun M ialah menangkan BN dulu dan kalau nak balun pemimpin-pemimpin UMNO, tunggulah ketika mesyuarat agung UMNO.

Hujah dalam video di bawah, mungkin Tun M suka. Cuma masanya yang tidak sesuai. Barangkali (?).

Apa Hal Pulak Media Selangorku Uar-Uarkan Pengerusi SPR Telefon Bomba?


Seburuk-buruk Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya pada pandangan Pakatan Rakyat, akhirnya terserlah juga kebaikannya pada mereka.

Portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Media Selangorku semalam melaporkan jasa Pengerusi SPR.


Dalam kejadian bumbung banglo runtuh ketika dalam pembinaan runtuh di Seksyen 7, Shah Alam, 6 orang pekerja binaan menjadi mangsa dan salah seorang dari mereka disahkan terbunuh.

Thursday, October 18, 2012

Salahudin Ayub Akhirnya Mengaku Kalah Kepada Ghani Othman


Kalau Salahudin Ayub boleh meletakkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat yang mesti dipatuhi oleh pemaju RAPID di Penggerang, mengapa beliau tidak cadangkan terus ia dijadikan precedent di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat?

Misalnya, kalau Khalid Ibrahim ingin teruskan pembangunan padang PKNS di SS 7, Kelana Jaya ia mesti mendapat consent dari BN. Begitulah juga di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan mesti dapat persetujuan BN di negeri masing-masing.

Berbalik kepada isu RAPID, Salahudin telah meletakkan 3 syarat iaitu ia harus tidak melibatkan pemindahan kampung tradisi, pemindahan kubur dan pematuhan piawaian alam sekitar.

Baik apa pun syaratnya, perkara yang lebih utama adalah penerimaan penduduk setempat. Sekiranya majoriti penduduk menerima pembangunan dan bersetuju dengan kaedah pampasan, apa lagi yang perlu dipertahankan oleh Salahudin.

Penentangan terhadap RAPID dan juga yang terawal Lynas di Kuantan adalah lebih kepada sifat semulajadi pembangkang, yang membangkang apa juga projek-projek yang mempunyai kepentingan nasional.

Jika anda mengikuti isu RAPID dari awal, ternyata bahawa Pakatan Rakyat telah gagal mempengaruhi penduduk-penduduk di Penggerang. Jadi tidak hairanlah dari menentang RAPID, kemudiannya cadangan dipindahkan ke Kerteh, berubah pula kepada menyokong RAPID tetapi dipindahkan ke mana-mana tempat yang lebih sesuai di Johor dan akhirnya meletakkan syarat seperti yang dikatakan oleh Salahudin.

Jelas dalam hal ini, Salahudin yang yang enggan berdebat dengan MP Penggerang Azalina Otman Said, malah mencabar pula MB Johor untuk berdebat, akhirnya tewas tanpa debat dengan Ghani Othman.

Malu beb..... Ghani Othman tak pernah respons apa-apa pun dalam isu RAPID kepada Salahudin.

Pendedahan Bekas Rakan Karib - Kelemahan Anwar Ibrahim Ialah Nafsu Tetapi Tak Mampu Bertahan Lama


Wednesday, October 17, 2012

Bunyi-Bunyi Dikalangan Pakatan Rakyat - Kalau Eli Wong Yang Kendalikan Operasi TAWAS Gerenti Tak Rugi


Bila Ketua Audit Negara menegur skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), bukan sahaja kos operasi melebihi dana kendaliannya, malah rupanya hanya 20% bayi-bayi yang layak menyertai TAWAS.

Kerajaan Selangor berdalih kononnya kekangan dari Kementerian Kesihatan yang menyebabkan penyertaan TAWAS kurang mendapat sambutan. (Rujuk video di bawah)


Walhal nama skim tersebut pun sudah cukup untuk menjadikan ia tidak begitu diminati oleh pasangan-pasangan yang mempunyai bayi dan layak untuk skim tersebut.


Tawas sebenarnya adalah bahan semula jadi untuk memutihkan ketiak dan menghilangkan bau badan.

Rasanya dikalangan exco yang paling layak mengendalikan TAWAS ialah Eli Wong, kerana foto-fotonya yang mendedahkan ketiak tersebar di alam siber!

Tuesday, October 16, 2012

Kalaulah Mahfuz Omar Budak Pejabat Sumber Manusia Kilang Biskut, Alamat Kena Terajang Kat Depan Pintu


Begitu sukar untuk mencari butiran biodata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Tidak pasti samada beliau malu untuk mendedahkan biodata atau terlalu tawadhuk hingga sukar untuk mengesan latarbelakang kerjayanya.

Kalau beliau pernah menjadi seorang boss tentunya beliau tidak akan menyoal gaji dan ganjaran CEO Tabung Haji.

The Edge melaporkan Mahfuz telah mendedahkan kepada umum slip gaji dan kelulusan kenaikan gaji CEO Tabung Haji dalam sidang medianya di lobi parlimen.


Perbuatan Mahfuz ini bak perangai budak pejabat yang menyoal gaji bossnya.

Pastinya, bagi Mahfuz tidak pernah mendapat panggilan telefon menawarkan gaji lumayan sepanjang kariernya diluar politik. Adalah lumrah jika seseorang itu punya track record akan ditawarkan dengan gaji dan ganjaran yang lumayan.

Bagi sesetengah syarikat, mereka sanggup membayar pampasan terhadap kehilangan bonus yang bakal dialami oleh calon yang ditawarkan untuk bekerja di syarikatnya. Sebelum adanya skim 'Potongan Cukai Berjadual', syarikat yang menawarkan kerja kepada calon yang mempunyai kelayakan, kecekapan dan prestasi yang tinggi, sanggup membuat income tax clearance bagi calon berkenaan.

Oleh kerana Mahfuz tidak punya pengalaman yang sedemikian, maka tidak hairanlah beliau asyik dan menyibuk kepada mereka yang bergaji tinggi.

Kalau CEO Tabung Haji hanya sekadar RM10,000, lebih baiklah baginya untuk duduksekadar sebagai pengurus cawangan bank. 

Nasib baiklah Mahfuz adalah pembangkang. Kalau di pihak kerajaan, alamat ramailah para profesional berhijrah dan tidak mahu berkhidmat dengan GLC.

Seperkara yang amat mendukacitakan, perangai Mahfuz ini sama sekali tidak beretika. Jagalah adab dan jangan terlalu mudah mendedahkan slip gaji seseorang.

Kalaulah Mahfuz bertugas sebagai budak pejabat di jabatan sumber manusia kilang biskut, alamat siang-siang lagi beliau dibuang kerja gara-gara salahlakunya!

Azmin Nekad - Tak Hingin Naik Bas Khalid Ibrahim


Sejak awal pelancauan Bas Jelajah Merdeka Rakyat tajaan MB Khalid Ibrahim oleh Presiden PKR Wan Azizah, tidak pernah kelihatan Azmin Ali turut bersama, apatah lagi menaiki bas berkenaan.

Tentunya, dengan perangai Khalid dan Setpol Faekah Husin membuatkan Azmin tak HINGIN menjadi penumpang bas Khalid.

Malah dengan kegagalan percubaan 'menguis' Faekah, menambahkan tawar hati Azmin untuk menggunakan kemudahan yang disediakan Khalid.

Baca SINI unuk mengetahui kesukaran Azmin untuk menyingkir Faekah sebagai Setpol MB Selangor.

Aksi 1996 - Saifudin Nasution Hampir Nak Tunjal R. Sivarasa


Dalam isu SUARAM mendapat tajaan dari pihak luar yang dipertahankan oleh Pakatan Rakyat, pendedahan telah dibuat oleh bekas orang kuat KITA Zamil Ibrahim seperti berikut:-

1. Jangan pandang remeh keupayaan SUARAM dalam apa-apa isu yang melibatkan keselamatan Negara ini. Pemerintah wajar tegas. 

2. Kerajaan Indonesia pernah meminta Kerajaan Malaysia pantau kegiatan SUARAM ini kerana menganggu keharmonian Indonesia lewat 90 an. 

3. Campur tangan SUARAM tentang isu Timur Timur dalam Wilayah Indonesia telah menyebabkan Indonesia kehilangan Wilayah tersebut dan kini telah wujud sebuah Negara Kristian – Timor Lestea. 

4. SUARAM telah byk atur program2 , bengkel2 dan mesyuarat2 dan minta campur tangan dunia luar terutama dari Barat dalam isu Timur Timur ini. 

5. Saifuddin ( S U PKR kini ) bersama beberapa Exco Pemuda UMNO ketika itu ( lewat 90 an ) pernah ceroboh masuk dalam sebuah Hotel di Kuala Lumpur kerana marahkan SUARAM sebab mengugat hubungan baik Malaysia / Indonesia. Ketika itu Saifuddin adalah S U Pemuda UMNO. Serbuan / cerobohan dibuat kerana SUARAM buat program isu Timur Timur di Malaysia. Saifuddin ditangkap kerana ceroboh. Saifuddin boleh sahkan isu ini. 

6. Mereka2 yang ada dalam program / kacau Indonesia ketika itu kini ada dalam Parlimen Malaysia dan ada di Dewan2 Negeri terutama di Selangor dan ada yang pegang jawatan dalam PKR – kini mereka bersama dengan Saifuddin. 

7. Mahu rakyat Indonesia tahu – mereka2 ini ada dalam Parti yang di pimpin oleh Anwar Ibrahim yang sebahagian kecil rakyat Indonesia puja ini. 

8. Hairan dalam isu ini sebab – penderitaan umat Islam di Mindanau ( Filipina ). Rohingya ( Burma ) , Selatan Thailand dan di Gaza tidak pulak ada dalam agenda SUARAM. 

9. Tidak terkejut jika fail2 yang Pemerintah inginkan dari SUARAM boleh berada di Negara Timur Lestea kini. 

10. Saya cabar mereka nafikan perkara ini terutama Saifuddin ( S U PKR ). 

ZAMIL IBRAHIM - 012-4624068 / 012-4120230

Dalam pada itu 2 video Massa Voice mendedahkan bagaimana Saifudin Nasution yang ketika itu menjawat Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, menceroboh bilik persidangan Asia Pasifik Untuk Timor (APCET II).



Disamping itu, baca MYKMU untuk menilai perangai 'ular dua kepala' Saifudin yang bertindak bagi pihak Anwar Ibrahim.

Monday, October 15, 2012

Temberang Anwar Ibrahim Pada Orang-Orang Permatang Pauh


Dalam banyak-banyak benda yang Pak Sheikh fikir sewaktu di Sabah, adalah permainan apa yang PM nak main bagi menentukan P167 (N1, N2 dan N3) kekal menjadi kubu kuat BN.

Pada hakikatnya, Pak Sheikh sendiri sudah mengarahkan beberapa pihak bertemu dengan Amir Kahar bagi menentukan Kudat dan 3 DUN yang ada akan dapat ditarik kepada PKR.

Pak Sheikh cukup yakin, dengan ‘amaun’ dan jumlah yang tepat, beberapa pemimpin BN Sabah yang berfikiran ‘RM’ seperti Lajim Ukin akan mudah dilentur dan mula bersama dengan PKR.

Dengar cerita, Pak Sheikh susun strategi yang sangat licik dalam menentukan pemimpin BN akan menyokongnya. Kaedah ugutan juga digunapakai. Khabarnya, itulah yang terjadi kepada Lajim dan beberapa orang bekas pemimpin BN yang kini kononnya membawa panji PKR.

Pak Sheikh nampaknya terlalu yakin bahawa Amir Kahar adalah antara pemimpin yang boleh di RECYCLE dan dijadikan calon Parlimen di Kudat. Malahan, Anwar sanggup menawarkan Amir Kahar ‘double seats’ seperti Lajim sekiranya bersetuju. Tanding Parlimen dan DUN.

Nampaknya, Pak Sheikh gagal membaca semangat  Amir Kahar. Amir bukan calang-calang anak Negeri. Dia punya darah pahlawan dan pemimpin besar di Sabah. Kalau setalat bermain dengan wang ringgit ini bukan permainan keluarga mereka.

Baca selanjut klik SINI.

Sunday, October 14, 2012

Ito Berjaya Jadikan Perhimpunan Paling Aman & Lengang Dalam Sejarah BERSIH


Semalam telah berlansung satu lagi himpunan BERSIH, melalui konsert mini marathon (bermula 4 pm - 12am) di Stadium Kelana Jaya.

Himpunan ini dilihat sebagai paling aman dan lengang dalam sejarah BERSIH.

Portal TMI melaporkan seramai 500 orang hadir ke majlis berkenaan. Sementara blog Jinggo Fotopages pula melaporkan kehadiran mencecah 1,000 orang.


Meskipun sebelum ini dilaporkan PKR telah mengedarkan arahan supaya ahlinya hadir ke himpunanan ini [klik SINI], namun kehadiran nampaknya tetap tidak memberansangkan. Sementara itu blog Jinggo Fotopages menyoal dimana kelibat penyokong-penyokong PAS?

Ini menimbulkan persoalan apakah dalam himpunan-himpunan sebelum ini, peserta-peserta sememangnya berbayar?