Apabila Dr Hasan Ali dijadualkan akan mengadakan perhimpunan di Meru malam semalam, khabarnya Dr Rani Osman yang kebetulan adalah ADUN Meru dan juga Pesuruhjaya PAS Selangor, turut cuba menganjurkan program pada tarikh dan waktu yang sama, yang bertujuan menggagalkan program Dr Hasan.
Bila mendengar khabar Dr Rani juga akan mengadakan program untuk menyaingi Dr Hasan, saya pun bertanya kepada penduduk tempatan untuk mengetahui lokasi program Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Lantas dengan selamba penduduk tempatan memberitahu, "Program Dr Rani dibatalkan kerana tak cukup orang". Saya sekadar tersenyum mendengar jawapan itu.
Kebetulan terjumpa sahabat lama yang telah hampir 22 tahun tidak bersua muka dan berborak-borak panjang. Sahabat ini berasal dari KL dan pernah sama berkhidmat di institusi kewangan di Petaling Jaya. Saya tidak menjangka akan bertemu di Meru (kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman). Rupanya dia kini tinggal di kawasan DUN Selat Klang, yang diwakili oleh seorang lagi ADUN PAS merangkap Exco Selangor Dr Halimah Ali.
Mungkin dia menjangka saya penyokong tegar PAS kerana selesai solat Isyak, tanpa menukar jubah dan ketayap, saya terus ke Meru untuk menyaksi dan mendengar sendiri isu-isu yang diketengahkan dalam siri road-show Dr Hasan Ali ke seluruh negara. Alkisah, maka dia mendedahkan perihal kewujudan video aksi lucah pemimpin PAS peringkat negeri. Sahabat ini memberi hint bahawa ia melibatkan seseorang yang berjawatan Timbalan Pesuruhjaya ke atas.
Sedang asyik mendengar cerita sahabat ini, terdengar lantang di pembesar suara, Ustaz Hasan Basri Mohamad (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) membuat cabaran yang amat ringan kepada Pengerusi porfolio Hal Ehwal Islam Selangor, TS Khalid Ibrahim dihadapan 1,500 orang yang hadir di majlis berkenaan. Cabarannya ialah sekadar membaca doa di majlis-majlis yang dihadirinya.
Tapi, sahabat blogger Gerakan Timur mendengar lebih dari itu. Untuk mengetahui cabaran Ustaz Hasan Basri terhadap Khalid Ibrahim, klik SINI.
Tidak pasti di kawasan parlimen mana mereka yang dalam foto di atas (foto Utusan Malaysia) berada.
Kalau mereka berada di dalam kawasan parlimen Baling, maka apa jadahnya Abdul Azeez Rahim mengembara samapai ke Somalia mencari orang susah?
BALING 20 Jan. - Akibat kesempitan hidup, dua keluarga seramai 12 orang, terpaksa hidup berhimpit-himpit di dalam sebuah rumah yang serba kekurangan.
Lebih malang apabila enam daripada mereka yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun masih bersekolah dan ada antaranya pula yang tidak mempunyai sijil kelahiran.
Ibu tunggal, A. Roslee, 37, berkata, dia dan lima anaknya terpaksa menetap bersama kakaknya, E. Flominah Marrre, 40, di Kampung Kuala Temeka, Kuala Ketil dekat sini selepas bercerai beberapa tahun lalu.
Menurut Roslee yang tidak dapat bekerja kerana masalah jantung, keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa mengharapkan sumbangan orang ramai. [Utusan]
"Saya sudah ada Facebook baru dalam bahasa Mandarin, Ah Jib Gor. Dalam tiga hari sudah ada 12,000 (pengikut).
"Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi akan bertambah lagi penyokong Ah Jib Gor. Jadi sebagai Ah Jib Gor, saya kena bagi ang pow besarlah pada sekolah ini.
Hakikatnya, apabila saya menulis bahawa PAS dalam bahaya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor menggantikan Dato' Dr Hasan Ali ternyata disahkan benar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Attantawi.
SHAH ALAM – Pemuda Pas khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Adat Resam, Belia dan Sukan, kelmarin.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri. [Sinar Harian]
Video di atas mendedahkan bagaimana Dr Ahmad Yunus Hairi, baling batu sembunyi tangan terhadap keputusan Nazir dan Jawatan Kuasa Masjid yang menggantung tugas imam. Malah main kenyit mata pula dengan rakan-rakan seperjuangannya dalam UMNO.
Oleh kerana SMS 12:46 dari Dr Ahmad Yunus kepada Imam Humaidi ditulis dalam bahasa Jawa, maka terjemahan lebih kurang begini:-
"Minta maaf Pak Cik Humaidi - Bulan Ramadhan digegar dengan isu pak cik dengan masjid. Macam-macam ceritanya. Kalau semuanya politik maka pening. Kalau dipandang dari sudut Islam maka selesai. Alhamdulillah, sedikit masa akan dengar pak cik tadarus dan nasihat pun banyak manfaatnya. Teruskan yang termampu"
Sementara itu SMS 12:57 (terjemahan untuk bahasa Jawa sahaja):-
"SMS kepada kawan-kawan UMNO....... (berikutnya, dengar keseluruhan dari video)"
Jadi sah Dr Yunus adalah 2X5 Dr Hasan Ali! Bila pula giliran Dr Yunus dipecat dari PAS?
Bila terbenamnya matahari di ufuk timur maghrib ini, maka ia akan menjadi Jumaat pertama bagi Pengerusi baru Portfolio Hal Ehwal Islam Selangor TS Khalid Ibrahim.
Malam ini juga amat bermakna dan bakal menyaksikan masjid atau surau yang pertama dikunjungi oleh Pengerusi Porfolio Hal Ehwal Islam selepas pemecatan Dr Hasan Ali.
Pasti ramai para jemaah yang bakal menyambut pengerusi baru merangkap MB demi mengalu-alukan beliau.
Ada laporan mengatakan bahawa pihak Kesatuan Sekerja Bank telah mengarahkan ahli-ahlinya supaya tidak terlibat dengan pengagihan BR1M yang dilaksanakan di luar premis bank, atas alasan keselamatan.
Jika benar kewujudan pekeliling yang berkenaan, ternyata bahawa pihak kesatuan lebih mementing diri mereka sendiri. Mengimbau kembali kaedah pembayaran gaji di dekad 70an, dimana kakitangan bank membuka kaunter dibawah khemah untuk membuat pembayaran gaji kepada para pekerja, khususnya untuk institusi atau syarikat-syarikat besar.
Jelas bahawa arahan yang dibuat adalah bertujuan untuk mengkhianati rakyat, disamping menimbulkan kesusahan kepada golongan berpendapatan rendah. Kalau sedemikianlah pendirian kesatuan, bermakna mereka hanya berjuang untuk kepentingan mereka sahaja.
Justeru apakah mereka layak untuk disokong dan diberi simpati?
Dari semua 8 kerusi milik PAS di Selangor, DUN Sijangkang yang diwakili oleh Dr Ahmad Yunus Hairi merupakan kerusi DUN tunggal yang terletak di kawasan luar bandar dan pengundi Melayu adalah mewakili lebih 60% dari keseluruhan pengundi di situ.
DUN Sijangkang bukanlah pertama kali diwakili oleh pembangkang, kerana rakyat disitu pernah melakukan protes peti undi pada PRU1990, apabila mereka memberi kemenangan kepada calon pembangkang (Tarikh Junid - Semangat 46) lantaran calon BN datangnya dari MCA.
Kini dengan duduknya Ahmad Yunus di kerusi Exco Selangor, mampukah beliau membawa agenda Melayu seperti Dr Hasan Ali? Andainya beliau membawa pendekatan seperti Dr Rani dan Khalid Samad, maka tidak mustahil beliau akan dihukum oleh pengundi-pengundi di kawasannya.
Beliau tidak boleh bergantung kepada jasa utama di kawasannya, iaitu mengkhatankan anak-anak pengundinya. Sebaliknya beliau harus mengambil kira sensitiviti orang Melayu yang diwakilinya. Ahmad Yunus akan dikenang sepanjang zaman, andai sebagai tok mudim, beliau berjaya memotong ko** Ronnie Liu!
Ada 2 perkara yang berlaku semalam, yang harus dipandang oleh Presiden PAS dengan mata makrifat.
Pertama, demontrasi pelajar-pelajar seluar terlondeh berdemontrasi di hadapan ibu pejabat PAS dan kedua, PKR mengambil tanggungjawab portfolio agama Negeri Selangor dari PAS.
Merujuk kepada demontrasi di hadapan ibu pejabat PAS, ternyata ia adalah ditujukan kepada MB Kedah Ustaz Azizan. Hakikatnya, demontrasi ini merupakan suatu serangan karekter terhadap golongan ulamak oleh anak-anak muda yang mendapat asuhan dari Anwar Ibrahim.
Telah terbukti di banyak tempat dan keadaan, apabila gerombolan anak muda ini membuat onar, pasti kelihatan kelibat pemimpin-pemimpin PKR. Samada ketika demo di Masjid UIA dan juga di PWTC, malah ketika laporan polis oleh Adam Adli dibuat di Bukit Aman, terbukti bahawa mereka diiringi oleh pemimpin PKR.
Oleh yang demikian, adalah sukar untuk menolak bahawa pelajar-pelajar ini (yang mendakwa mereka adalah mahasiswa) mendapat tajaan dari PKR.
Sementara itu, apabila dalam rombakan portfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, PAS tidak lagi dipertanggungjawabkan dalam hal-ehwal Islam, dengan sendirinya menyerlahkan kebenaran dakwaan bekas exco Dr Hasan Ali.
Jika ini masih lagi tidak dapat dikesan oleh Ustaz Hadi Awang, maka dengan sendiri membenarkan dakwaan Hasan yang PAS kini dipenuhi parasit.
Satu soalan kepada Hadi, apakah beliau akan kembali ke laut menjadi nelayan, memandang Khalid Ali layak memegang portfolio agama dan harakah perjuangan Islam?
SHAH ALAM 18 Jan. - Kerajaan Negeri Selangor membuat rombakan kecil dalam pentadbirannya dengan portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketika mengumumkan demikian hari ini, Abdul Khalid berkata, portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi. [Bernama/Utusan]
Kini tercatat sejarah di Selangor, apabila Tok Mudim dilantik sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Dr Ahmad Yunus Hairi, sebelum ini merupakan seorang pengamal perubatan, turut menawarkan khidmat berkhatan di klinik beliau yang terletak di Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat. Malah kesemua 3 orang anak lelaki saya telah dikhatankan oleh beliau.
Perlantikan beliau, sekurang-kurang meredakan keadaan yang boleh bertambah terhakisnya kepercayaan pengundi terhadap PAS. Beliau, khabarnya sebelum ini bertatih dalam UMNO membuat penampilan sulungnya dalam PRU, dengan bertanding di DUN Sijangkang pada tahun 2004 atas tiket PAS.
Berdasarkan komposisi kaum yang diwakilinya bermajoritikan Melayu, maka pasti ia lebih Melayu dari Dr Rani yang begitu berharap terhadap undi bukan Melayu di DUN Meru yang diwakilinya. Sekiranya Dr Rani dilantik sebagai Exco, saya yakin beliau menggali kubur politiknya sendiri.
Cuma bagi Dr Ahmad Yunus, tugas berat menanti beliau dan apa juga tindakan yang tidak menggembirakan PKR dan DAP akan mendedahkan dirinya dilabel sebagai Trojan Horse UMNO.
Kepada Tok Mudim Dr Ahmad Yunus, tahniah untuk anda!
Menurut cerita dari sahabat di Tanjung Karang, semasa penyampaian BR1M di Tanjung Karang, ada dikalangan masyarakat Cina di sana merasa terharu dan mencium tangan DS Noh Omar.
Bila menonton video di bawah, mungkin kesungguhan Noh Omar mempertahankan hak mereka yang mendorong Noh dihormati sedemikian rupa.