Wednesday, April 9, 2014

Calon Ketua AMK Dianggap 'Ngok' Oleh Exco DAP


Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad akan bertanding untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan PKR akan datang.

Dalam sidang DUN Selangor hari ini, Nik Nazmi telah berselisih pendapat dengan bekas Speaker yang kini adalah Exco Kerajaan Selangor, Dato' Teng Chang Khim.

Selaras dengan dasar kiasu DAP, Teng ternyata terlalu berpegang pada prinsip bahawa dirinya sahajalah yang betul, manakala yang lain termasuk PKR adalah 'ngok' belaka, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah:-
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang khim hari ini dilihat cuba 'mengajar' Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad tentang peraturan tetap dewan. 
Ia berlaku ketika Teng diminta membenarkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor Azmin Ali meneruskan hujah mengenai penstrukturan air negeri bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).
Teng, kini exco, yang pada mulanya mencelah bertegas untuk meneruskan penjelasannya namun ditegur dengan tegas Nik Nazmi.
Beliau berkata, berpegang pada peraturan tetap, penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.
"Penjelasan tafsiran perlu supaya kita tidak keliru, kalau tidak kita akan membahas pada asas undang-undang itu sahaja...," katanya sambil membaca peraturan tetap.
ADUN Sungai Pinang itu kemudian membaca peraturan tetap untuk mendapatkan ruang bagaimanapun tetap ditolak Nik Nazmi.
"Ya, saya faham Sungai Pinang (Teng), Sungai Pinang pun pernah menjadi speaker dan sekarang saya jadi speaker dalam sidang ini.
"Kalau ikutkan peraturan tetap, tafsiran saya sebagai speaker adalah tafsiran akhir dalam sebarang rujukan.
“Saya faham, sekarang saya sebagai speaker minta Sungai Pinang tolong duduk," kata Nik Nazmi.
Teng terus membaca peraturan tetap namun sekali lagi Nik Nazmi meminta beliau supaya duduk.

Era Pentadbiran Nik Aziz Sebagai MB, Paling Mudah Penyamun Tarbus Larikan Hasil Mahsul Negeri Kelantan


Tidak dapat disangsikan bahawa pentadbiran TG Nik Aziz ketika menjadi MB Kelantan cuba dipotretkan sebagai yang terbaik di Kelantan oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Dengan gelaran ulamak, maka dengan sendirinya menjadi mudah bagi mereka untuk melihat luaran bahawa Nik Aziz adalah yang terbaik, walhal hakikatnya beliau adalah lemah dan mudah dipedaya oleh penyamun-penyamun tarbus di Kelantan.

Jika memandang dari segi niat, pentadbiran Nik Aziz dilihat begitu berhasrat melihat Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dapat menjana sumber bagi menaja anak-anak negeri Kelantan melanjutkan pelajaran, apabila menghadiahkan kawasan perlombongan manganese kepada pertubuhan berkenaan.

Akan tetapi atas kejahilan Nik Aziz dalam hal-ehwal pentadbiran, maka telah berlaku ketirisan dalam hasil negeri, apabila sebahagian darinya telah dilarikan oleh penyamun-penyamun tarbus di negeri berkenaan.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013, penemuan audit mendapati bahawa bayaran tribute yang diterima oleh YAKIN tidak mengikut kuantiti manganese yang dilombong. Jabatan Audit Negara gagal mendapatkan rekod perlombongan, hingga terpaksa membuka stastik jumlah eksport bagi mendapatkan anggaran kuantiti pengeluaran lombong berkenaan.

Malah pihak audit juga mendapati 2 tapak lombong tidak mempunyai mesin penimbang meskipun bertahun-tahun telah beroperasi di tapak berkenaan.

Tindakan ini bagai disengajakan, bagi memberi ruang yang besar untuk hasil mahsul Kelantan diangkut keluar dari negeri berkenaan.

Nik Aziz Hanya Menangis Minta Maaf Kepada Rakyat Kelantan Tetapi Tetap Tidak Betulkan Keadaan .Munafik!

Jadi, tidak hairanlah Nik Aziz menangis dihadapan Anwar Ibrahim mengakui kesilapan-kesilapan sebagai MB Kelantan hujung bulan Mac yang lalu.

Anda boleh periksa sendiri Laporan Ketua Audit Negara mengenai Kelantan di SINI.

Tuesday, April 8, 2014

Banglo Exco Yang Pernah Seorang Ahli PKR Ditemui Separuh Bogel Dan Tidak Sedar Diri Ditegur oleh Ketua Audit Negara


Di atas ialah sebahagian dari unit-unit banglo di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Kompleks perumahan berkenaan telah siap dibina dan diduduki oleh anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Namun selepas PR mengambilalih pemerintahan, mereka dengan angkuh tidak mahu anggota exco kerajaan PR menduduki di kompleks perumahan berkenaan.

Sebaliknya, kompleks perumahan berkenaan telah dijadikan pusat perkaderan PKR, hinggalah tercetusnya kegemparan apabila seorang pemimpin masyarakat dan pemimpin cawangan PKR ditemui dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedar diri, dipercayai terjatuh dari tingkat satu, salah sebuah unit banglo di dalam kompleks perumahan berkenaan. [Laporan baca SINI].

Malahan ada cakap-cakap yang mengatakan ia berpunca dengan pengaruh bahan yang memabukkan.

Berbalik kepada isu kompleks perumahan berkenaan, tindakan dangkal oleh kerajaan PR Selangor yang enggan menduduki di unit-unit banglo berkenaan, akhirnya ditegur oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan KAN 2013.

Penemuan audit yang dibangkitkan oleh laporan berkenaan ialah Kerajaan Selangor tidak mendapat 'value for money', ekoran kegagalan memanfaatkan kompleks yang diwarisi dari Kerajaan BN sebelumnya.

Laporan itu turut mendedah sejumlah RM6.24 juta dibelanjakan oleh kerajaan PR sepanjang 5 tahun pertama pemerintahan mereka, yang akhirnya menyaksikan hasilnya hanyalah penemuan seoarang aktivis PKR ditemui pengsan dan separuh bogel terjatuh dari tingkat satu banglo di kompleks berkenaan!

Laporan KAN 2013 boleh dibaca SINI.