Saturday, August 30, 2014

Mat Taib Gertak PAS - Akan Hilang 10 Kerusi Kalau Sekadar Dengan Sentimen 'Allahu Akbar' Sahaja


Bekas MB Selangor Mat Taib bukanlah ahli PKR, sebaliknya adalah ahli PAS.

Namun bila belaiu memberi amaran yang PAS akan kehilangan 10 kerusi di DUN Selangor, jika menarik diri dari Pakatan Rakyat, seolah-olah membayangkan kenyataannya dari seorang pemimpin PKR, malahan juga bermiripkan kenyataan pemimpin DAP.

Celupar benar beliau, walhal baru setahun lebih menjadi ahli PAS.

Apakah agaknya komen ulamak PAS bila membaca kenyataan Mat Taib di bawah yang dipetik dari laporan TMI?
"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS (jika PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat). Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja."

Friday, August 29, 2014

Semakin Gila - Lim Kit Siang Dirayu Damaikan Anwar & Hadi


Zaman dulu, jika bila perkaian antara pembesar-pembesar Melayu, maka orang putih akan dipanggil, samada untuk mendamai mahu pun mengerjakan pihak yang satu lagi.

Lim Kit Siang seharusnya mendabik dada kerana dizaman serba canggih, peranannya sebagai mediator untuk mendamai 2 pembesar Melayu, Anwar Ibrahim dan Hadi Awang amat diperlukan.

Bagai jenaka yang mengundang tawa, apabila bekas Ketua Pengarang Harakah Zulkifli Sulong membuat rayuan melalui surat terbukanya kepada Lim Kit Siang.

Antara lain Zulkifli menulis di kolum pendapat The Malaysian Insider,
Namun begitu saudara Lim, kita hanya sepakat untuk menamatkan khidmat Khalid tetapi tidak sepakat dengan Dr Wan Azizah. Pemimpin PAS kurang bersetuju dengan beliau berdasarkan apa yang saya katakan sebelum ini. Apa salahnya kita mencari kata sepakat. Kalau tidak sepakat dengan Dr Wan Azizah, kita cari calon lain yang membolehkan kita capai kata sepakat.
Di sinilah peranan saudara sangat diperlukan. Saudara perlu menjadi orang tengah dan faktor pendamai. Ketika PAS dan PKR tidak mencapai kata sepakat, saudara sebagai orang tua perlu memainkan peranan mendamaikan kedua-duanya bukan memihak kepada mana-mana pihak.
Semakin gila jadinya!

Sudah Sampai Masanya Hadi Awang Tinggal PAS Dan Sertai PERKIM


DS Hadi Awang sudah tidak relevan lagi mengetuai PAS. Dari seorang ahli politik yang begitu garang untuk mendirikan mendirikan negara Islam yang berlandaskan 'Ad-Deen Wad-Daulah', kini mengendur dan hanya bertindak sebahai seorang pendakwah yang menyelia dan mengelola para mualaf dalam PERKIM.

Penglibatan Hadi dalam PAS selama lebih 35 tahun, bolehlah dianggap sebagai sia-sia. Hadi dilihat gagal dalam dakwah dan tarbiyahnya dalam merealisasikan landasan yang dilaluinya dalam membawa 'Ad-Deen Wad-Daulah' yang bermatlamatkan tegaknya sebuah negara Islam di Malaysia.

Didalam 'Dokumen Negara Islam PAS' 2003, Hadi menegaskan bahawa menegakkan Negara Islam adalah sama dengan kewajiban ibadat-ibadat wajib yang lain, berpandukan kepada kaedah fiqh makruf;
“Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka yang itupun menjadi wajib.
Pendirian Hadi berubah, apabila pada Muktamar PAS 2011 beliau telah memperkenalkan gagasan baru 'Negara Kebajikan PAS'. Bagai menyedari kesilapannya selama lebih 30 tahun menyerang dasar UMNO yang berbaik-baik dengan parti-parti bukan Islam, Hadi berkata;
"Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”
Hadi sudah tidak lagi berpegang pada fiqh mkruf tapi berpandukan pula pada fiqh awlawiyat, yang mengutamakan kepada keutamaan semasa.

Liew Chin Tong (Ahli Parlimen DAP) dalam mengalu-alukan kekenduran Hadi dari perjuangan asalnya, sempat pula mendedahkan bahawa 'Dokumen Negara Islam PAS 2003' adalah berlawanan sama sekali dengan "Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21" yang deraf asalnya dirangka dibawah Presiden PAS sebelumnya, Ustaz Fadzil Noor.

Menurut Liew (tulisannya disiarkan di blog AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad), Majlis Syurah Ulama PAS telah menerima pakai dokumen Hadi berbanding memorandum Fadzil.

Kecelaruan dalam pendirian Hadi sepanjang memimpin PAS adalah amat jelas menunjukkan bahawa sikap Hadi dan PAS terhadap UMNO adalah bentuk serangan, tohmahan dan fitnah yang bersifat politik. Malah kecelaruan Hadi semakin terserlah ketika mengendali isu penggantian MB Selangor. Tindakan tidak menamakan calon MB dari PAS sudah cukup untuk membuktikan bahawa Hadi sudah tidak berminat lagi dengan 'Ad-Deen Wad-Daulah'.

Justeru, sudah sampai masanya Hadi memikirkan untuk bersara, disamping bertanggung-jawab memperbetulkan kerosakan-kerosakan yang dilakukannya sepanjang penglibatannya dalam PAS, melalui badan dakwah dan kebajikan seperti PERKIM.

Thursday, August 28, 2014

Kemungkinan Sultan Akan Serahkan Kepada Rakyat Untuk Pilih MB Selangor - PRN Semakin Tak Dapat Dielak


Surat rasmi dari pihak istana telah pun diutus kepada PKR, DAP dan PAS, yang kandungannya menyebut untuk mencadang 3 nama bagi tujuan perkenan Sultan sebagai MB Selangor.

PKR dan DAP awal-awal lagi hanya menamakan DS Wan Azizah untuk dilantik sebagai MB.

Dalam kenyataan di pihak PAS malam tadi, mereka akan mencadangkan 3 nama dari kalangan Adun PKR untuk pertimbangan perkenan Duli Tuanku.

Namun begitu, hari ini Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli memberi amaran bahawa tindakan PAS malah menyifatkan sebagai bukan pendirian konsensus Pakatan Rakyat, lapor Malaysikini.

Kenyataan Rafizi itu jelas mendesak PAS supaya mengikut telunjuk PKR dan DAP agar menamakan calon tunggal untuk dipersembahkan kepada Sultan.

Dalam pada itu, game Pakatan ini jelas dengan sengaja melanggar titah Sultan. Perbuatan biadap ini tentunya bertujuan untuk mencemar institusi raja.

Hakikatnya, Sultan masih punya alternatif dengan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.Jika itulah pilihan Sultan, maka PRN di Selangor pasti berlaku. Sementelahan pula, MB Selangor, TS Khalid Ibrahim masih memegang jawatan dan punya autoriti menasihati Sultan untuk pembubaran DUN.

Jom Tonton - Kompilasi Terbaekkk Klip Video Amanat Mursyidul Am





Wednesday, August 27, 2014

Kalaulah Anwar Ibrahim PM Pada Hari Ini, Alamat Bergari Tangan Khalid Ibrahim Dikerjakannya.........


Ketika punya kuasa, Anwar Ibrahim pernah didakwa melakukan salah guna kuasa dengan niat menakut-nakutkan mangsa liwat Azizan Abu Bakar dan saksi Umi Hafilda Ali. Malah kes berkaitan telah didengar dimahkamah pada 1998.

Jika diamati kemelut politik dalaman PKRdalam isu posisi MB Selangor, Khalid Ibrahim dilihat bernasib baik kerana berdepan dengan Anwar yang tanpa sebarang kuasa eksekutif. Suasana mungkin berlainan, jika Anwar punya kedudukan sebagai PM pada hari ini.Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa Khalid pasti bergari tangannya dengan pelbagai tuduhan salah laku dan penyelewengan terhadapnya.

Namun begitu, Khalid yang pada awalnya dilihat mahu mengisytiharkan perang terhadap Anwar akhirnya longlai apabila KETUM PKR itu cekap melarikan sokongan 2 Adun PAS, Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin untuk memihak kepadanya.

Langkah longlai Khalid nyata amat berbeza dengan tindakan MB Selangor Dato' Harun Idris yang menghadapi tekanan untuk meletakkan jawatan hingga keperingkat usul tidak percaya di Dewan Undangan Selangor. Penulis politik Mokhtar Petah mencatatkan di blognya (baca SINI), Harun kecundang dengan 25 menyokong usul tidak percaya terhadapnya, 1 menentang dan 4 berkecuali. Manakala 2 Adun tidak ketika pengundian dibuat.

Semalam, Khalid telah pun mengumumkan pengundurannya.Pengumuman itu sudah cukup untuk menggambarkan penyerahan kalah olehnya.Meskipun Khalid sebelum ini dipotretkan sebagai MB yang berintegriti serta terbaik, akhirnya terbuka juga pekung yang beliau bukanlah terbaik dihasilkan oleh Pakatan Rakyat.

Siri ceramah penerangan oleh PKR berkenaan alasan mengapa Khalid perlu ditukar, sudah memadai untuk menonjolkan kebobrokannya serta menafikan yang Khalid bukanlah MB terbaik di Selangor.

3 Lelaki Mangsa Anwar Di Pelabuhan Klang Didedahkan


Gambar ini dirakam pada Februari 2009 iaitu hampir setahun selepas berlangsung PRU12 (2008), dengan paparan wajah-wajah riang ini terdiri dari Badrul Hisham Abdullah (berdiri), TS Khalid Ibrahim (depan - kiri) dan Dato' Dr Hasan Ali (depan - kanan).

Keriangan mereka tidak lama, kerana masing-masing telah menjadi mangsa tekanan Anwar Ibrahim.

Badrul Hisham Abdullah bekas Adun PKR Pelabuhan Klang telah diberi tekanan untuk mengosongkan kerusinya oleh Anwar. Namun beliau telah berdegil dan akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas pada hujung Oktober 2009, sebelum melompat untuk menyertai BN hingga penggal perkhidmatannya berakhir.

Nasib yang serupa diterima oleh Hasan Ali (anak kelahiran Pelabuhan Klang) yang dikaitkan penyingkirannya pada Januari 2012 dengan Anwar Ibrahim.

Mangsa terbaru ialah Khalid Ibrahim, yang diturunkan dari jawatan MB Selangor dan kini sekadar bertaraf bebas sebagai Adun Pelabuhan Klang.

Kejadian berturut-turut keatas Adun-Adun PKR Pelabuhan Klang yang bertukar status kepada Adun Bebas, sewajarnya menjadi pengajaran yang bermakna kepada mana-mana ahli-ahli PKR yang berangan menjadi calon mewakili parti tersebut di kawasan berkenaan.

Begitu juga khusus kepada para pengundi, sewajarnya anda memilih Adun BN kerana semua Adun PKR bakal berdepan nasib malang di Pelabuhan Klang.

Tuesday, August 26, 2014

Kini Perlantikan MB Selangor Terletak Ditangan Sultan - Redhakah Anwar?


Mengamati kenyataan akhbar Istana Selangor yang boleh dibaca SINI, terdapat 2 perkara yang diberikan penekanan oleh pihak istana, iaitu;

  • Kuasa budi bicara mutlak Sultan dalam perlantikan MB Selangor yang selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959; dan
  • Amalan perlantikan yang sejajar dengan convention terdahulu.
Mengimbas kembali perlantikan-perlantikan terdahulu, berlaku 2 keadaan bila mana cadangan MB Selangor disaring begitu ketat oleh istana.

Pertama, ialah ketika mencari pengganti berikutan perletakan jawatan oleh TS Muhamad Mohd Taib dan yang kedua ialah pengganti kepada TS Abu Hasan Omar.

Apabila Muhamad meletakkan jawatan pada Ogos 1997, perlantikan adalah tidak serta merta. Abu Hasan bukanlah calon yang disebut-sebut sebagai MB kerana beliau mempunyai jawatan dalam kabinet. Telah menjadi cerita umum pada masa itu, pihak istana telah tidak memperkenankan calon-calon yang dikemukakan. 

Selangor tidak mempunyai MB hampir 2 bulan kerana perlantikan Abu Hasan terpaksa melalui PRK kawasan DUN Permatang, bagi membolehkannya dilantik kejawatan berkenaan. Abu Hasan hanya mengangkat sumpah pada Jun 1997.

Sekali lagi berlaku situasi yang sama, apabila Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih jawatan MB dari Abu Hasan pada Ogos 2000. Khir dikatakan bukanlah pilihan utama, malah adalah paling junior setelah calon-calon terawal gagal melepasi saringan mengikut kehendak pihak istana.

Meskipun perlantikan-perlantikan tersebut bukan dibuat oleh Sultan Idris, namun baginda telah pun menzahirkan pendiriannya untuk mengikut convention terdahulu.

Tentunya pendirian baginda itu adalah untuk kepentingan Selangor dan seluruh rakya jelatanya.

DAULAT TUANKU!

Wajarkah DAP Menamakan Adun Sekinchan Ng Suee Lim Sebagai MB Selangor?


DYMM Sultan Selangor telah mengambil langkah yang bijaksana dalam kemelut jawatan MB Selangor.

Baginda telah memperkenankan perletakan jawatan TS Khalid Ibrahim, tetapi menitahkan supaya MB berkenaan meneruskan tugasan sehingga perlantikan MB yang baru.

Menariknya, baginda telah menitahkan kepada PKR, DAP dan PAS mencalonkan lebih dari 2 nama, yang bermakna setiap parti mesti menamakan sekurang-kurangnya 3 nama.

Baca kenyataan akhbar pihak Istana di bawah:-


Jika diamati perenggan terakhir kenyataan akhbar di atas, ternyata arahan kepada semua parti dalam PR untuk menamakan sekurang-kurang 3 nama daripada parti masing-masing.

Ini bermakna, DAP turut berpeluang menamakan calon dari kalangan Adun parti berkenaan untuk jawatan berkenaan. Soal pencalonan yang bercanggah dengan kelaziman dan tidak selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor adalah perkara lain.

Setidak-tidaknya, DAP boleh mencalonkan Adun Sekinchan yang fasih berbahasa Jawa, Ng Suee Lim sebagai MB Selangor.

Apa salahnya mencuba?

Pukul 12.00 UMNO Isytihar Parti Islam, 12.01 PAS Bubar Untuk Sertai UMNO...... Tapi 12.05 Parasit Akan Tubuh Parti Baru


Hakikatnya bagi majoriti rakyat Selangor, khususnya dikalangan Melayu/Islam untuk melihat perdamaian dan kerjasama UMNO - PAS. Namun begitu diakui bahawa untuk merealisasikannya adalah amat sukar.

Dua minggu lepas, ketika berbual dengan seorang sahabat yang juga merupakan aktivis PAS di utara Selangor, beliau mengulangi ikrar Mursyidul Am PAS, "Kalau pukul 12.000 UMNO isytihar sebagai parti Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, pukul 12.01 PAS akan akan bubar dan sertai UMNO".

Saya terus memintas hujah sahabat berkenaan dengan menambah, "Kalau pukul 12.000 UMNO isytihar sebagai parti Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, pukul 12.01 PAS akan akan bubar dan sertai UMNO. Tapi 12.05 minit akan tertubuh parti baru yang menggunakan nama Islam untuk menentang UMNO!".

Alasan yang saya berikan adalah kerana pendapat Nik Aziz sudah tidak laku, memandangkan dalam PAS kini, telah dikuasai oleh anasir-anasir yang tidak menghormati ulamak.

Dalam krisis dalaman PKR berhubung jawatan MB Selangor misalnya, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terang-terang melanggari keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.

Mengapa semangat menghormati ulamak tidak lagi wujud dalam PAS? Jawapannya boleh dibaca SINI.

Monday, August 25, 2014

Saari Sungib Bakal Menteri Besar Selangor?


Apabila mesyuarat khas AJK PAS Pusat hari ini membuat ketetapan untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan individu yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, maka Adun Hulu Klang Saari Sungib sudah boleh memasang angan-angan untuk dilantik kejawatan berkenaan.

Antara faktor yang meletakkan Saari Sungib dalam keadaan paling sesuai untuk dilantik sebagai MB Selangor ialah beliau merupakan salah seorang dari kalangan Adun PAS yang terawal untuk memihak kepada keputusan PKR untuk melucutkan Khalid dari jawatannya,

Mengambil kira setiakawan Saari yang begitu kuat terhadap PKR dan DAP, hingga sanggup membelakangkan keputusan Majlis Syurah Ulamak PAS maka tidak sukar baginya untuk mendapatkan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tentunya amat sukar bagi PAS untuk menolak Saari, tambahan pula beliau belum lagi dikenakan tindakan tata tertib oleh Majlis Syurah Ulamak yang merupakan lembaga tertinggi yang mengatasi Lembaga Disiplin PAS.

Jika merujuk kepada kepada krisis-krisis MB Selangor yang terdahulu, seperti undi tidak percaya kepada Dato' Harun Idris dan penunduran sukarela TS Abu Hasan Omar, kedua-dua mereka telah digantikan oleh Adun dari berketurunan Jawa.

Harun telah diganti oleh Dato' Hormat Rafie sementara Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih tempat Abu Hasan yang kebetulan kedua-dua mereka berketurunan Jawa.

Kalau perkara itu diteladani, maka tidak hairanlah Saari boleh tersenyum dan mengangkat jari jempul sambil memasang angan-angan agar dirinya diperkenankan!