Beliau mungkin ada iras-iras Karpal Singh, tapi bagi bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Abu Bakar Chik (foto) tidaklah menjadi pemimpin DAP itu sebagai idolanya. Sebaliknya, beliau mahu PAS dikembalikan kepada perjuangan asalnya.
Abu Bakar yang sedekad memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat bagai tidak dapat menerima keadaan apabila unsur-unsur liberal meresapi parti berkenaan, apabila mucul dengan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS.
Setelah tidak bertanding untuk tempoh 15 tahun dalam pemilihan PAS, kemunculan Abu Bakar mengundang andaian terhadap tindakannya itu.
Melihat kepada barisan kepimpinan PAS dikalangan Timbalan dan Naib Presiden (Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin dan Husam), jelas mereka adalah para junior ketika era kepimpinan Abu Bakar dalam Dewan Pemuda PAS.
Tidak dapat tidak, Abu Bakar harus mengakui pengaruh DAP dan PKR yang meresapi PAS adalah alasan utama beliau untuk kembali bertanding.