Saturday, January 12, 2013

Imam Selipar Main Sarkas Dengan Isterinya Kat Atas Pentas Di Malam Countdown HKR#112


Selain Mahfuz Omar dan Ustaja Abby berpasangan menjadi badut di atas pentas funfair sempena Countdown HKR#112 di Kg Baru [ tengok SINI], turut membuat persembahan sarkas ialah 'Imam Selipar' dan isterinya.

Eeehhhhh..... geli...... Dah macam tiger show!!!

Penyokong Bukan Islam PAS Yang Sertai HKR#112 Isytihar Jihad - Malangnya Tetap Akan Ke Neraka


Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS di atas, mendakwa dirinya berjihad. Namun ia tidak menjanjikan syurga untuknya.

Daripada No'man Bin Basyir Radhiallahu anhu berkata :-
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api Neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dasyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya" 
H.R. Bukhari & Muslim
Namun peluangnya ke syurga masih terbuka jika beliau menerima dan mengaku keesaan Allah serta beriman kepadaNya.

Tapi kalau sekadar menerima izin dari Hadi Awang dan Nik Aziz untuk menggunakan kalimah  Allah seperti dalam Bible Lim Guan Eng, maka neraka jua yang menunggunya.

Pakej Penginapan Rumah Tumpangan Percuma Sempena HKR#112 Di Petaling Street - Pak Haji Anak Beranak Berselubung Bendera DAP


Tengok foto Pak Haji anak beranak yang dirakamkan oleh blogger CTS di depan sebuah rumah tumpangan (hotel murah) di Petaling Street.

Termakan budi, maka tergadai bodi. Mereka anak beranak terpaksa mengenakan bendera DAP  di badan masing-masing, gara-gara mendapat penginapan percuma yang ditaja DAP!

Berebut Uncang Kutipan Derma Menjelang Subuh HKR#112 - Che Bard Guna Pembesar Suara Tuntut Unit Amal PAS Serah Uncang


Gara-gara tiada keseragaman dalam uncang kutipan derma dalam Countdown HKR di Kg Baru malam tadi, Che Gu Bard terpaksa menggunakan pembesar suara dalam menuntut Unit Amal PAS menyerahkan wang kutipan kepada pihaknya.

Unit Amal PAS menggunakan uncang yang berbeza dari yang digunakan oleh Che Bard. Secara terang-terang, Che Gu Bard meragui kutipan tersebut dan mahu semua kutipan dituntut supaya secara keseluruhannya dibawah pengendaliannya.

Belum pun HKR berlansung, menjelang subuh dah mula bermasam muka pasal uncang duit.

Che Bard ragu pada Unit Amal PAS?

Video PDRM : Deepak Ditabal Hero Baru Pakatan Rakyat - Anwar Akan Bagi Immuniti?


Deepak telah menuntut immuniti dari Anwar Ibrahim, kalau PR menawan Putra Jaya.

Kini Deepak adalah hero baru PR.

Antara Dua Darjat Peserta HKR#112 - Marhaen Tidur Masjid, Tajaan Korporat Tidur Apartment


Yang paling tinggi martabat dikalangan peserta-peserta HKR#112 ialah kumpulan R.

Bila awal pagi dah terpacul di depan KLCC, maka maknanya mereka menginap samada di apartment atau hotel-hotel di persekitaran. Ada yang murah ke?

Bagi kumpulan R, wang tidak jadi masalah kerana ada penajaan korporat. [Baca SINI].

Yang kesiannya adalah kumpulan marhaen yang sekadar bermalam di Masjid Negara.

NONE

Foto-foto dipetik dari Malaysiakini.

Funfair Pakatan Rakyat Di Kg Baru - Tampilkan Pasangan Mahfuz & Abby


Countdown HKR pembangkang dan bertukar jadi funfair.

Bukannya semangat yang naik, sebaliknya dah umpama jadi program berseronok-seronok.

Munculnya Mahfuz Omar dan Abby, kelihatan bak pasangan badut di atas pentas.

Friday, January 11, 2013

Gara-Gara Kontroversi Pembangunan Padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, Khalid Ibrahim Izinkan Pemaju Cabul Tapak Rumah Orang Miskin


Setahu saya lokasi di atas adalah sebuah tanah yang diperuntukkan perumahan kos rendah yang terbengkalai sejak hujung 90an atas nama Taman Permai Indah, Pandamaran, Pelabuhan  Klang.

Ia terletak antara Jalan Pendamaran Jaya (menghubungkan Pendamaran Jaya dengan Kg Idaman) di sebelah barat dan Jalan Banting, Pendamaran di sebelah timur.


Fasa pertama projek perumahan kos rendah tersebut telah siap mengikut jadual dan telah pun diduduki.

Walau bagaimana pun untuk fasa berikutnya,  projek telah terbengkalai dan telah diambilalih oleh TPPT Sdn Bhd (syarikat yang ditubuhkan oleh Bank Negara untuk projek perumahan terbengkalai.

Tanah ini kemudiannya telah dibeli oleh Melati Ehsan Consolidated Sdn (anak syarikat Melati Ehsan Holdings Bhd) pada 11/9/2011) dan ini disahkan oleh pengumuman syarikat induk kepada KLSE. (Rujuk SINI)


Malangnya apabila papantanda projek ditegakkan, bukan rumah kos rendah yang bakal didirikan, sebaliknya sejumlah 254 unit rumah teres 2 tingkat (22' X 75') yang pastinya berharga lebih RM350,000 seunit, walhal masyarakat dipersekitaran sedia maklum bahawa tanah tersebut adalah tapak perumahan kos rendah.

Jadi tidak hairanlah kerajaan PR Selangor sering menyepi bila ditanya mana rumah kos rendah yang dibina PR? Rupa-rupanya mereka yang mengizinkan pencabulan keatas tanah-tanah yang dizonkan untuk perumahan kos rendah.


Tentunya dalam hal berkaitan izin pembangunan dan syarat kelulusan transaksi keatas tanah berkenaan adalah dibawah kuasa PBT dan Kerajaan Negeri Selangor, maka bermakna MB Khalid Ibrahim dan anggota exconya terlibat dalam menukar syarat keatas tanah berkenaan.

Untuk makluman, Melati Ehsan Hodings Bhd adalah rakan kongsi PKNS untuk projek pembangunan ke atas Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya yang penuh dengan kontroversi. [Baca SINI]

Apakah dengan keizinan pencabulan keatas tapak perumahan kos rendah maka ia adalah bentuk pampasan keatas Melati Ehsan?

Teman Nurul Izzah Datang Dari US Menginap Santai Di Holiday Villa


Lelaki tua berumur 73 tahun ini datang ke Malaysia atas jemputan temannya Nurul Izzah Anwar.

Namanya Dr Inayat Malik, seorang urologist dan mendakwa hadir sebagai pemerhati pilihanraya Muslim Amerika.

Tidak pasti samada kehadirannya bersama beberapa anggota rombongan benar-benar membuat kajian berkenaan perjalanan pilihanraya di Malaysia.

Rasanya, ia lebih kepada duduk sembang-sembang dengan ahli-ahli politik pembangkang dan  beberapa kerat pertubuhan sivil yang pro-pembangkang.

Akhir sekali, mereka panggil sidang media yang diatur oleh Nurul Izzah dan jadilah ia suatu majlis pembacaan skrip yang disediakan Pakatan Rakyat.

Saya mengatakan demikian kerana tiada penemuan baru yang dibaca oleh Inayat dan keseluruhan kenyataannya umpama lagu lama yang telah biasa didendangkan oleh Pakatan Rakyat, dalam konteks perjalanan PRU di Malaysia.

Malahan semakan kami menunjukkan bahawa tiada sebarang maklumat berkenaan Inayat sebagai pemerhati pilihanraya di USA, melain lebih banyak maklumat berkenaan profesyennya.

Thursday, January 10, 2013

Bekas Pegawai Khas Adun PKR Batu Caves Sertai UMNO


Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat Syamsul Hidayat Moh Sharif hari ini mengistyiharkan menyertai UMNO.

Dari semakan yang dibuat, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Adun PKR Batu Caves Amirudin Shari.

Disamping itu beliau pernah mewakili Pasukan Debat Alam Sekitar Antara Universiti UIA yang menjadi johan pada tahun 2000. Beliau turut dinobatkan sebagai pendebat terbaik pada tahun tersebut.

Beliau telah meninggal PKR sejak 2009.

3 Hari Menjelang HKR Di Stadium Merdeka, 2 Bekas Exco Agama Berkomplot Nak Jatuhkan Pesuruhjaya PAS Selangor


Gambar ini dirakam malam tadi di satu lokasi dalam kawasan DUN Meru, yang Adun kawasan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Kelihatan adalah 2 bekas Exco Agama Selangor iaitu Dato' Abdul Rahman Palil (tengah), Dato' Dr Hasan Ali (kiri) dan Dato' Ibrahim Ali. Mereka kini dalam satu komplot yang bakal memastikan Pesuruhjaya PAS Selangor itu kalah dalam PRU13.

Ditengah-tengah kesibukan Dr Rani menggerakkan ahli dan penyokong PAS ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12/1/2013, kawasannya sendiri telah diserang oleh ketiga-tiga tokoh berkenaan.

Saksikan sendiri foto-foto solidariti kebangkitan rakyat di Meru, yang menolak Dr Rani sebagai Adun di kawasan berkenaan, klik SINI.

Wednesday, January 9, 2013

Anwar Tegak, Hadi Tunduk & Lim Kit Siang Bongkok Di Tibai Khalid Ibrahim


Mungkin sudah tidak tertahan dengan karenah pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, khususnya bossnya Anwar Ibrahim, MB Selangor TS Khalid Ibrahim hari ini secara terbuka memihak kepada kenyataan Sultan Selangor dan MAIS.

Berikut adalah laporan yang dipetik dari Media Selangorku;


SHAH ALAM, 9 JAN : Kerajaan Selangor mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan penggunaan kalimah Allah dalam lagu Selangor sebagai suatu isu besar kerana tiada unsur penghinaan dan penyalahgunaan kalimah tersebut.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penggunaan kalimah Allah hanya menjadi suatu kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama.
Abdul Khalid berkata, ia sejajar dengan fatwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010).
“Wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, ia perlu disekat mengikut undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
“Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.
Abdul Khalid turut menambah, DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut.
Semalam, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam dan orang bukan Islam diharamkan untuk menggunakannya.
Manakala pimpinan Pakatan Rakyat menerusi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pandangan bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ‘Allah’.

Tentunya Khalid dalam posisi yang amat sukar, apatah lagi menampung tugasan sebagai Pengerusi Portfolio Agama Sel angor.

Berdiam diri bermakna dirinya bersetuju dengan perlekehan tehadap Sultannya dan MAIS. Malah, perwartaan warta tersebut dibuat semasa beliau menjadi ketua pentadbiran negeri.

Lihat warta rasmi Kerajaan Negeri Selangor seperti di bawah:-



 Dengarkan kenyataan Anwar mengenai MAIS dalam video di bawah,

Mampukah 2 Ekor Melayu Ini Menjadi Benteng Terakhir Agama & Bangsa?


Tenung dan telek wajah 2 ekor Melayu yang sanggup berbuat apa sahaja demi mengejar survival politik masing-masing.

Sedangkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible pun mereka begitu lembik untuk menentang malah memberi izin, apatah lagi bab duniawi?

Tak dapat dibayangkan betapa beberapa deklarasi DAP, yang terang-terang menjadi visi dan misi parti berkenaan, akan mudah diterima oleh 2 ekor pemimpin Melayu berkenaan.

Mari kita amati dan periksa, apakah matlamat DAP yang boleh dibaca di laman web DAP.


DAP adalah tegas dengan pendirian menolak negara Islam, bagaimana pula lelaki berkopiah putih dan berjanggut itu dapat meyakinkan pengikutnya dalam jihad menegakkan negara Islam.

Apakah kerana takutkan DAP maka matlamat menubuhkan Negara Islam maka lelaki lesu yang berkopiah putih dan janggut didagu itu berkompromi menegakkan Negara Kebajikan.

Malang sekali, si lelaki berkopiah putih itu yang lantang suaranya didekad 80an, kini menerima konsep Negara Kebajikan, walhal ia adalah idealisme barat yang didokong oleh sahabatnya yang telah 2 kali berdepan dengan kes sodomi di mahkamah. Negara Kebajikan hakikatnya adalah sebahagian dari fahaman Liberalisme. [Rujuk SINI]

Bukan itu sahaja, si lelaki berkopiah putih telah diperbodohkan dengan menerima Buku Jingga. Dek kerana terpesona dengan keindahan Putra Jaya, maka impian Negara Islam terpadam sekelip mata. Tidak tahukah ia, Buku Jingga adalah adaptasi daripada Orange Book yang menjadi pegangan pendokong Liberal? [Rujuk SINI]

Kalau nasionalisme dihukumkan haram, apakah liberalisme halal?

Akhirnya, anak-anak muda yang menjadi mangsa kerana dalam keadaan terpaksa menerima idealisme baru yang diterapkan oleh pemimpin mereka.

Fikir-fikirlah kerana kini cuma tinggal 100 hari sahaja lagi untuk kita berdepan dengan PRU13.

Hadi Awang Berada Disisi Anwar Ketika MAIS Dibedal - Walhal Tanpa MAIS Dah Lama PAS Terbogel Di Selangor


Ketika sidang media Anwar Ibrahim yang membidas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Hadi Awang kelihatan berada disisi Anwar.

Kehadiran Hadi, dengan sendiri membawa maksud bahawa beliau setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang tersebut.

Seperkara yang Hadi mungkin terlupa atau sengaja buat-buat lupa, dalam pemilihan Jawatankuasa Masjid yang lalu, orang-orang PAS telah gagal dalam pemilihan di kebanyakan masjid seluruh Selangor.

Jika tanpa MAIS yang memberi muka kepada mereka (dengan mengambil pertimbangan bahawa kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat), saya yakin kemungkinan besar sejumlah besar masjid-masjid di Selangor tentunya ditadbir oleh orang UMNO.

Sesungguhnya adalah memalukan bagi PAS, apabila seorang YDP PAS kawasan telah tewas dalam pemilihan sebagai Nazir masjid di kariahnya. [Baca SINI].

Kalau MAIS tidak memberi muka kepada pemimpin PAS ini apakah beliau akan dapat menjawat jawatan tersebut?

Tuesday, January 8, 2013

Kesian Azmin Ali...... Projek Kantoi, Bakal Kempunan!


Tapak projek yang dirakamkan dalam foto di atas ialah Laman PKNS yang bakal menjadi ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, terletak di tengah-tengah Bandaraya Shah Alam.

Foto ini dirakam pada jam 5.30 petang tadi. Jelas menunjukkan bahawa projek ini tidak berjalan mengikut jadual.


Kalau mengikut dari papantanda projek, sepatutnya bangunan tersebut dijadualkan siap pada 23 Julai 2013. Ini bermakna, cuma berbaki 6 bulan bagi kontraktor projek Kesuma Murni Sdn Bhd untuk menyiapkan mercutanda baru di Shah Alam.

Dari awal lagi, projek ini telah bermasalah [Baca SINI]. Khabarnya Kesuma Murni kini menerima tekanan untuk ditamatkan kontrak mereka.

Dengan prestasi Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang semakin tidak diyakini oleh rakyat Selangor, maka Azmin Ali bakal kempunan untuk menduduki kompleks tersebut, gara-gara kegagalan kontraktor pilihannya menyempurnakan projek mengikut jadual.

Bekas Anggota Komplot Bunuh Tun Dr Mahathir Sifatkan Pemimpin-Pemimpin PAS Lebih Zalim Dari UMNO


Veteran Jihad Afghanistan, C.N Al-Afghani yang lebih dikenali sebagai Cikgu Non menyifatkan  dalam konteks tragedi Memali, ulamak-ulamak PAS lebih zalim dari Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, Cikgu Non pernah berkomplot untuk membunuh Dr Mahathir (Baca SINI). Namun setelah sekian lama berlalu, beliau mengubah pendirian terhadap negarawan ulung Malaysia tersebut.

Peringatan Kepada Rakyat Kelantan - Kereta Ini Adalah Milik Penyamun Tanah Kelantan & Bukan Milik Pejuang Rakyat


Semalam blog The Unspinners mendedahkan perihal kereta dimiliki pemimpin gerakan menuntut royalti minyak untuk rakyat Kelantan telah disimbah dengan cat merah.

Bagi The Unspinners berkenaan, ini adalah percubaan untuk menarik perhatian umum dan satu dari tricks untuk mengenakan UMNO.

Dari semakan blog berkenaan, Kereta WQQ 7537 itu adalah kepunyaan Nazri Deraman yang merupakan Presiden Royalti Minyak. Didaftar bawah nama Noble Residence Sdn Bhd dan merupakan kenderaan syarikat yang beralamat di Suite 12A 03-05 Level 12A Plaza Permata, Jalan Tun Razak 55400 Kuala Lumpur. [Baca SINI]

Tidak dapat dipastikan samada Nazri adalah anggota pengurusan Noble Residence atau sekadar penggunaan kenderaan tersebut oleh Nazri adalah sebagai penajaan untuk membuat huru-hara.

Saya telah membuat semakan keatas Noble Residence dan memeranjatkan apabila syarikat tersebut menerima habuan ratusan ekar tanah di Kelantan. Antaranya adalah tanah-tanah dibawah Perbadanan Bandar Baru Tunjong. [Semak SINI]

Berikut adalah keratan yang dipetik dari laman web PBBT.

 

Bukan itu sahaja, Noble Residence turut memiliki sebidang tanah 13 ekar dan telah mengadakan JV dengan Naim Indah Corporation Berhad (dulu dikenali sebagai Arus Murni). JV antara Noble dan Naim Indah dikesan di SINI.

Suatu ketika dulu Naim Indah (Arus Murni) pernah menjadi kontroversi oleh skandal dan ia boleh dirujuk di SINI. Dari semakan, Naim Indah punya kawasan balak di Gua Musang.

Seperkara yang boleh dikaitkan, alamat pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh Nazri kelihatan sama dengan alamat berdaftar Naim Indah. Apakah ini bermakna Naim Indah turut terbabit? Lihat screen capture yang diambil dari laman web Naim Indah.


Jika ini berlaku, maka sia-sialah tuntutan terhadap royalti minyak oleh rakyat Kelantan. Jerung-jerung telah menunggu untuk menunggu habuan, andai tuntutan kumpulan ini berjaya.

Kesian bila melihat lebai-lebai kain pelikat turut berdemo, yang jelas jadi kuda tunggangan oleh pihak-pihak berkepentingan dan ingin mengaut keuntungan.

Monday, January 7, 2013

Nga Kor Ming Naik Angin Tak Ngaku Anak Saudara Chin Peng - Syorkan Blogger Dapatkan Rawatan & Dimasukkan Ke Tanjung Rambutan


Nga Kor Ming naik angin.

Dalam reaksinya kepada soalan portal The Mole yang ingin mendapatkan pengesahan samada beliau mempunyai pertalian dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, Nga berkata "Mengarut! Saya syorkan blogger yang menulis demikian supaya mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke Tanjung Rambutan."

Tidak dapat dipastikan disebalik ajuan pertanyaan portal berkenaan kepada pemimpin DAP Perak yang sedang berdepan dengan kontroversi pemilikan lebih 4,000 hektar tanah di Kelantan itu.

Mungkin didorong oleh tekanan apabilah berita tersebutkan diperkatakan di media, lantas Nga amat sensitif dan mudah melenting.

Baca laporan selanjutnya di The Mole.

Salah Guna Kuasa Timbalan Exco Agama Selangor - Alihkan 5 Pembangunan Sekolah Rendah Agama Ke Kawasannya


Adun PAS Bangi Dr Shafie Abu Bakar pun boleh dianggap seorang yang bijak dalam bab putar belit.

Dalam kenyataannya di Media Selangorku, beliau cuba putar belit dengan angka. Baca kenyataannya di bawah.
Seperkara yang Shafie tidak bercakap ikut fakta, Bandar Baru Bangi yang jadi pemangkin kemajuan kawasan DUNnya, hanya wujud tidak sampai 40 tahun. Sebelum ini, ia hanyalah West Country Estate, yang ladang luas mata memandang tanpa penghuni.

Seperkara lagi, untuk daerah-daerah yang maju seperti Petaling, Klang dan Hulu Langat sendiri (yang Bangi termasuk dalam daerah tersebut), sememangnya kurang SRA. Sebagai alternatif KAFA Integrasi (Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan oleh kariah) dan sekolah-sekolah agama swasta menawarkan perkhidmatan.

Bagi saya, Shafie telah menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Exco Agama Selangor. Beliau banyak mengalihkan pembangunan sekolah hanya tertumpu di kawasannya. Mana keadilan beliau?

Seperkara yang rakyat Selangor perlu tahu, dari keseluruhan peruntukan tahunan JAIS, 70% adalah diperuntukkan kepada Unit Pendidikan JAIS. Sementara dari keseluruhan peruntukan Unit Pendidikan, 70% disalurkan untuk pendidikan rendah.

Dalam pada itu, SRA dan KAFA Integrasi adalah berbeza dari segi operasi, kerana KAFA lebih independent dalam hal pengurusan. Meskipun tidak mendapat peruntukan JAIS dari segi pembangunan, namun pihak lain seperti Kementerian Pelajaran, MAIS, badan korporat/perniagaan dan individu turut membantu dari segi tersebut.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal JAIS, pemikiran Shafie masih sempit dan berfikiran lama. Dengan mengambil contoh pendekatan yang dibuat oleh Kelantan, tidak sepatutnya Shafie menumpukan pendidikan rendah. Di Kelantan, mereka tidak memberi tumpuan kepada pendidikan rendah agama. Sebaliknya, Kelantan lebih menumpukan kepada pendidikan menengah agama. 

Hakikatnya, itulah kekurangan yang berlaku di Selangor iaitu tidak cukup SMA untuk menampung permintaan yang tinggi terhadap sekolah tersebut. SRA tidak sepatutnya dibina lagi, kerana tugasan tersebut boleh diambil oleh KAFA dan swasta.

Jadi, kenapa bazirkan wang membina SRA yang sepatutnya membina SMA?

Dalam Masa Sehari, RM4,000 Melayang Dari Poket Husam


Hanya dalam masa 1 hari, Naib Presiden PAS Husam Musa telah kerugian RM4,000.

Kerugian pertama, berpunca apabilan Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi berjaya mengenepikan sapina Husam yang memanggilnya untuk menjadi saksi dalam kes sivil tuntutan gantirugi fitnah RM 5 juta Husam terhadap Wan Mohd Azri Wan Deris dan Mohamad Salim Iskandar, yang didakwa oleh Husam sebagai blogger Papa Gomo dan Parpu Kari.

Menurut laporan Harakah Daily, Husam sebagai plaintif telah diarahkan membayar RM2,000 kepada Zahid.

Sejumlah RM2,000 lagi terpaksa dikeluarkan dari poket Husam, apabila beliau menarik balik saman terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan.


Banyak duit Husam. Dalam masa sehari, beliau berbelanja menyamai gaji 2 bulan seorang kakitangan awam di Kelantan.

Sunday, January 6, 2013

Majlis Ceramah PAS Di KTC Tertangguh - Mereka Pakat Pasang Layar Besar Tayang Piala Sumbangsih Kelantan Vs ATM


Khabarnya Majlis Ceramah PAS " Gadai Tanah: Menjawab Fitnah Umno" yang berlansung di Kelantan Trade Centre (KTC) semalam, telah menjadi medan menonton pertandingan Piala Sumbangsih 2013 diantara Kelantan dengan ATM.

Oleh kerana perlawanan berlanjutan hingga ke tendangan penalti, bermakna majlis ceramah hanya bermula selepas jam 11 malam.

Cukupkah masa untuk menerangkan kepada rakyat?

Harakah dalam laporannya menyifatkan akhbar UMNO mengutip apa sahaja di atas jalan, dalam merujuk kepada pendedahan Pisau.Net.

Namun walau pun begitu, bila memanggil sessi menjawab di KTC menunjukkan betapa kelam kabutnya PAS terhadap perkara dibangkitkan.

Walaupun Harakah memperkecilkan pendedahan Pisau.Net, namun pada saya ia telah mendedahkan sesuatu. Dari pendedahan yang dikutip di atas jalan itulah, maka saya telah memperolehi maklumat ada sesuatu yang tidak kena dengan transaksi YIK - Upayapadu. [Baca SINI].

Seperkara lagi, saya melihat betapa tidak cerdiknya Nik Aziz bila ditipu oleh pemilik Upayapadu. [Baca SINI].

PAS Kelantan kelihatan degil dan bagai tidak serik dengan transaksi sebelum ini. Apa kriteria mereka memilih pemilik Upayapadu yang baru iaitu Ngeh & Nga, hingga mereka sanggup meneruskan pajakan kepada syarikat berkenaan? Walhal mereka tahu Ngeh & Nga tidak punya pengalaman dalam industri pembalakan mahupun perladangan.

Mungkin kesanggupan Ngeh & Nga membayar RM1.5 juta menjadikan mereka terbeliak mata untuk meneruskan pajakan, yang mana telah gagal sebanyak 2 kali. Maka tunggulah kegagalan buat kali ke 3.

Menjejak Misteri Kemalangan Maut Jurufoto Peribadi Anwar Ibrahim - Apakah Foto-Foto Ini Menjadi Punca?


Di atas dan 2 lagi di bawah adalah sebahagian dari koleksi foto-foto yang sempat dirakam dan diabadikan oleh Allahyarham Mohd Salman Nasaruddin, jurufoto peribadi Anwar Ibrahim.

Beliau telah meninggal dunia dalam satu kemalangan langgar lari di hadapan rumahnya, hanya beberapa hari sebelum PRU12.

Dalam nota peribadi terhadap foto di atas, Salman menulis "Don't let USA rule Malaysia".


Sementara foto di atas pula, Salman meninggal nota untuk tatapan kita "Anwar Ibrahim Club (AIC) dengan Kerjasama Blog Bus dan Friedrich Naumann Foundation".

Friedrich Naumann Foundation (FNF) adalah yayasan Jerman yang ditubuhkan untuk mempromosi politik liberal. Baca artikel The Unspinners  yang mendedahkan hubungan FNF  dengan PKR dan Anwar Ibrahim.


Lebih menyayat hati, Salman seolah-olah tahu akan mengalami nasib seperti kucing ini. Beliau memberikan tajuk foto ini sebagai 'Dead Cat', sementara dalam nota yang ditinggalkannya, beliau menulis "Dead cat found on the road".

Anda boleh melihatkan 38 keping foto yang ditinggalkan oleh Salman di SINI.

Gambar yang paling atas, jelas membuktikan ketegasan pendirian Salman, bahawa beliau tidak mahu 'Malaysia mengikut telunjuk Amerika'.

Mungkinkah telah berlaku pertelingkahan pendapat diantara Salman dengan teman-temannya sehingga membawa kepada kemalangan maut kepada Salman?

Baca cerita awal mengenai misteri kematian Salman di SINI.