Friday, November 1, 2013

Pengundi Lim Kit Siang Di Gelang Patah Gagal Singkir Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat


Sebelum ini PAS Kawasan Gelang Patah yang berwakilkan Lim Kit Siang sebagai ahli parlimen mereka telah membuat percubaan untuk menukarkan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang kini disandang oleh Ustaz Harun Taib.

PAS Gelang patah telah mencalonkan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamad yang juga Naib Ketua Dewan berkenaan untuk mencabar Harun. (baca TMI)

Namun begitu, menurut pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi, pihaknya hanya menerima nama Harun Taib untuk jawatan Ketua Dewan Ulamak, lapor Harakah Daily.

Dengan pengumuman itu, bermakna Mahfodz tidak punya kelayakan dari segi teknikal untuk menentang Harun dalam pemilihan tersebut. Malahan, pada masa yang sama Harun terselamat dari tersingkir, lantaran pernah terlibat dengan kontroversi, apabila Dewan Ulamak mencadangkan semakan terhadap kerjasama 'Tahaluf Siasi' dengan DAP dan PKR.

Thursday, October 31, 2013

Demi Selamatkan Video Anwar Ibrahim Dipersoal Rakyat, Ahli Parlimen PAS Pohon Maaf Pada Najib


Ahli Parlimen (PAS) Sepang Hanipa Maidin dengan rasminya menarik balik kenyataannya yang mengaitkan DS Najib Razak sebagai berkata "titiskan darah Cina dengan keris", diiring dengan permohonan maaf sidang Dewan Rakyat hari ini.


Dalam kenyataannya itu, Hanipa menyandarkan kenyataan itu berdasarkan Wikipedia. Malah, Hanipa beranggapan dengan tiadanya tindakan Najib menyaman Wikipedia, maka beliau mengambil pendirian bahawa kenyataan Wikipedia adalah betul.

Mungkin menyedari bahaya pendirian yang sedemikian bakal memudaratkan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, lantas beliau menarik balik kenyataan asal dan memohon maaf.


Untuk rekod, sehingga hari ini Anwar belum menyaman Datuk Eskay, berhubung penyebaran video lelaki mirip Anwar bersama seorang Amoi.

Wednesday, October 30, 2013

Mujur Dengan Muhyiddin - Kalau Dengan Anwar Pasti Ditanya "You Pemuda Mana?"


TPM TS Muhyiddin Yasin mengambil pendekatan yang amat mudah dan merendah diri. Jika kata-katanya menyinggung perasaan, maka beliau memohon maaf.

Muhyiddin jelas bertindak sebagai gentleman berdepan sendiri rombongan Dewan Pemuda PAS Kedah yang datang menyerahkan sepucuk surat kepadanya berhubung isu 'gula dan Allahyarham TS Azizan'.


Selain Pemuda PAS menerima permohonan maaf Muhyiddin, menurut laporan Utara News isu yang dibangkitkan dianggap selesai apabila anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie, telah menghantar maklumat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi ini bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang telah dibuat oleh beliau semalam.

Mujurlah mereka berdepan dengan Muhyiddin, kalau dengan Anwar Ibrahim bagaimana pula gamaknya?

Pasti terpacul dari mulut Anwar, "You pemuda mana?"

Hadi Awang Punya Misai & Nampak Gah - Ada Persamaan Dengan Ikan Belukang?


Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi PRK Sungai Limau harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.

"Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," tambah Hadi.

Cuba tatap wajah Hadi di atas, ada ciri-ciri ikan Belukang tak?

Tuesday, October 29, 2013

Misteri Kehilangan Treler Canggih PAS Di PRK Sungai Limau


Ada 2 kekurangan PAS dalam menghadapi PRK Sg Limau.

Pertama ialah misteri kehilangan kelibat treler yang didakwa sebagai canggih oleh jentera propaganda PAS.


Masakan treler yang dilancar pada Februari 2013, tidak dapat digunakan meskipun hanya berusia lebih kurang 8 bulan.

Sementara kekurangan yang kedua ialah hilangnya kelibat Nik Aziz, samada wajahnya di poster-poster kempen PAS mahupun kehadirannya.

Mungkin Nik Aziz uzur lalu tidak dapat membantu kempen.

Atau mungkin juga Mursyidul Am PAS itu tidak relevan sama sekali dalam kempen di Sg Limau.


Idea asal -Beruang Biru

Monday, October 28, 2013

Nik Aziz Ditipu Hidup-Hidup Bila Diyakinkan DAP & PKR Akan Sokong Laksana Hudud


Kesian Nik Aziz. Hidup-hidup ditipu oleh PKR dengan diyakinkan bahawa DAP dan PKR akan menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Samada wacana mahu pun forum acap kali dianjurkan oleh PAS dan lagu yang sama berulang-kali dimainkan, dengan anganan kosong kononnya hukum hudud akan dilaksanakan jika PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

Pada Oktober 2011, orang kanan Anwar Ibrahim berkaitan undang-undang dan perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari meyakinkan PAS terhadap sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terhadap perlaksanaan hudud, dalam Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan.

Selepas 2 tahun, semalam berlansung pula forum 'air liur' tanpa tindakan atas nama 'Hudud dan Penyelesaian Masalah Ummah', yang sekali lagi menampilkan Aziz Bari sebagai ahli penalnya.

Seperti yang berlaku 2 tahun lepas, Aziz memberikan gula-gula untuk dikemam oleh Nik Aziz dengan janji bahawa kemenangan PAS di peringkat Pusat bersama Pakatan Rakyat adalah antara faktor yang penting bagi melaksanakan perkara itu.

Malang sekali bila PAS menerima bulat-bulat janji kosong Anwar Ibrahim, walhal Karpal Singh sendiri telah bersumpah untuk langkah mayatnya dulu, jika hudud hendak dilaksanakan di negara ini.

Bahang Kekalahan - Nasrudin Hassan Umum Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda PAS


Bagai sudah terbayang kekalahan dalam pemilihan parti di mata penyandang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan, lantas beliau telah mengumumkan penarikan diri dari mempertahan jawatan berkenaan.

Berita penarikan diri Nasrudin telah dilaporkan oleh Harakah Daily.

Penarikan diri yang dibuat oleh Nasrudin jelas menunjukkan kegentarannya untuk berdepan saingan sengit dengan 5 calon iaitu Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Riduan Mohd Nor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.

Dengan terbitnya 6 calon untuk jawatan Ketua Pemuda PAS pusat itu, jelas menunjukkan ketidaksepakatan dikalangan pemuda PAS.

Berbeza dengan UMNO yang hanya memerlukan seseorang calon untuk jawatan Ketua Pemuda mengemukakan borang pencalonan masing-masing, sebaliknya PAS masih mengambil kaedah pencalonan dari kawasan-kawasan PAS seluruh negara.

Ini bermakna kawasan-kawasan tidak sekata dalam meletakkan semula Nasrudin di tempat yang disandangnya.

Dari senarai nama-nama calon, hanya seorang iaitu Riduan Mohd Nor yang mempunyai latarbelakang pendidikan Islam. Oleh itu, jika sebelum ini Nasrudin membawa imej 'pemuda sebagai benteng ulamak', kini pemuda PAS sudah terdedah diresapi golongan bukan ulamak.

Untuk rekod, Nasrudin telah kalah teruk dalam pemilihan Naib YDP PAS Kawasan Indera Mahkota September lalu.

Sunday, October 27, 2013

Corat-Coret PRK Sg Limau - Kisah Pemimpin PAS Hampir Lemas Di Sg Limau & Mukhriz Yang Makin Cerdik


Ada 2 kisah yang menarik di Sg Limau.

Dilaporkan ada yang berdoa agar Sg Limau tidak akan dilanda banjir sepanjang kempen dan berlansungnya pengundian di PRK Sg Limau, memandangkan hujan kerap turun disebelah petang.

Mereka khuatir jika banjir berlaku, maka 'buaya Pendang' akan muncul di Sg Limau. (Baca SINI).

Dalam pada itu, meskipun MB Kedah kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO, nampaknya beliau semakin cerdik dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik.

Baca petikan kenyataan-kenyataan Mukhriz di bawah:-