Saturday, January 1, 2011

Khusrin Munawi Pekenakan Azmin Ali Di Tahun Baru

Disaat-saat terakhir pun, Khusrin Munawi masih nak sabotaj Azmin Ali. XPDC Dakwah cekup 11 pasangan di Gombak sempena tahun baru 2011.

Macam direka-reka pula. 11 pangan dicekup ditahun 2011. Tempatnya pula di kawasan parlimen yang di wakili oleh Azmin Ali. Cekap betul Khusrin yang ambil kesempatan ketika Azmin sedang bercuti.

Sehubungan dengan operasi tersebut Harakahdaily turut melaporkan,

"Dalam pada itu, Ahmad Zaidy pula berkata, orang ramai kini terutamanya di Negeri Selangor sudah malu membuat maksiat secara terbuka, menunjukkan kejayaan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus mengadakan berbagai program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS) , Anti Zina dan sebagainya bagi menangani masalah berkaitan terutamanya kepada golongan belia."

Kelakar juga kenyataan di atas. Sekarang maksiat dah tak buat di tempat terbuka. Penasihat dah tunjukkan teladan, kalau nak buat maksiat, pinjam unit kondominium kawan.

Dataran Merdeka Shah Alam Sepi


Jiran saya mungkin ketinggalan kerana menyangkakan ada Sambutan Tahun Baru di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.

Seperti yang diberitahu oleh isteri saya, jiran tersebut dan keluarganya hampa kerana tiada apa-apa acara di Shah Alam. Langsung, beliau terus ke Kuala Lumpur untuk turut sama menyambut kemeriahan sambutan tahun baru di sana.

Hairan juga dah masuk tahun ke 3, pentadbiran PR di Selangor takkan tak tahu yang banyak aktiviti dah berpindah ke I City. Malah, sempena kedatangan 2011, sambutanyan 3 malam. Hebat!

Setahu saya I-City, kalau nak masuk mesti berbayar. Barulah ada untung.

Mahfuz Omar: Rakyat Diminta Bersihkan Barisan Pembangkang

'Mengata Dulang Paku Serpih
Mengata Orang Awak Yang Lebih'

'Tepuk Air Di Dulang Terpercik ke Muka Sendiri'

Naskhah kenyataan dibawah asalnya ditulis oleh Dato' Mahfuz Omar tetapi telah dipinda dibeberapa bahagian untuk disesuaikan dalam konteks memercikkan kembali air di dulang ke muka Mahfuz sendiri.

[Saya memohon rakyat Malaysia bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.

"Ketua Pembangkang sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pengliwatan kejam Shaiful Bahri Azlan dan ketika Ketua Pembangkang dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang Menteri Besar dituduh membuat pengisytiharan palsu menyatakan 'Allah dah maafkan' kes seorang ADUNnya didakwa berzina oleh ahli partinya sendiri."

"Pelbagai peristiwa selepas pengliwatan Saiful menyebabkan Ketua Pembangkang semakin dilihat tidak bersih ekoran pengliwatan teruna Melayu itu manakala visual yang mengaitkan Menteri Besar berkenaan dengan perbuatan pengisytiharan palsunya semakin tersebar.

"Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina,"

Saya yakin rakyat Malaysia tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.

"Sokongan rakyat Malaysia amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi membersihkan nama baik negara ini,"

Saya mengecam keras tindakan Pakatan Rakyat yang semakin jelas memperalatkan Islam bagi memastikan ia merebut berkuasa.

Saya ingin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang jika dipanciskan oleh Pakatan Rakyat yang penuh dengan sejarah kerakusan membakar keharmonian rakyat.

Saya ingin mengingatkan bahawa UMNO dan BN akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Malaysia.]

Friday, December 31, 2010

Khalid Kecut Perut Khusrin Bakal Gulingkan Jawatannya

TS Khalid Ibahim nampaknya betul-betul kecut dengan Dato' Khusrin Munawi. Pelik, seorang MB takut dengan seorang yang berjawatan pegawai kanan kerajaan.

Betulkah Khusrin boleh menumbangkan kerajaan PR Selangor? Wah! Bukan main main hebat bakal SUK Selangor yang penuh dengan kontroversi ini.

Khalid nampaknya bongkak dan memperkecilkan kebolehan Khusrin. Beliau nak freezekan Khusrin dan menyindir beliau sebagai orang yang tak pandai Bahasa Inggeris. Dulu bukan main dia yang berarak dengan kawan-kawannya menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Hari ini, siap perli Khusrin pula.

Kalau nak sangat hak rakyat, kenapa tak jumpa Najib dan Sultan untuk diadakan piliharanraya SUK. Sebenarnya, Khalid hanya hendak jadikan Khusrin kambing hitam. Kalau betul ikhlas, kenapa tak tukar Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang yang dilantik semasa rejim Khir Toyo?

Khalid juga gah kononnya pemilihan harus berlandaskan kuasa rakyat. Tak perasankah dia yang PR berkuasa pun umpama "gol sendiri yang dijaringkan oleh Muslim Ahmad semasa saingan kedua final Piala AFF Suzuki di Jakarta"?

Kenapa Baru sekarang Teo Nie Ching Nak Menunjuk-Nunjuk?

Gambar di atas sebenarnya nak tunjuk apa?

Nak tunjuk yang masjid terbuka untuk aktiviti riadah bagi bukan Islam?

Kalau itu maksud dan tujuan, Masjid Al-Falah Kg Idaman, Pelabuhan Klang dah lama buka untuk semua bangsa dan agama.

Kalau tak percaya, tengok sendiri setiap pagi di masjid tersebut ada ramai Ah So yang beriadah di perkarangan masjid berkenaan. Aktiviti tersebut dah berjalan lama, sebelum PR memerintah Selangor.

Jangan ada pula pihak-pihak tertentu yang ambil gambar Ah So- Ah So tersebut dan kemudian mengaku telah berjaya mentarbiyyahkan Ah So mendekati masjid.

Sebaliknya, Ah So di Serdang hanya nak dapatkan publisiti.

Thursday, December 30, 2010

Nurul Izzah Suka Pemainan Cantik Dan Tolak Diluar Tabii

Seperti juga, Nurul Izzah yang menyimpulkan dalam tulisannya, "Because, like football, shouldn't Malaysian politics be made a 'beautiful game'?" saya juga pada dasarnya seronok memerhati "political game" antara DS Najib dan DS Anwar.

Saya kurang pasti, apakah dimaksud dengan beautiful game oleh Nurul Izzah. Namun bagi saya dan kebanyakan mereka yang terperuk di dasar akar umbi lebih terjurus memerhati dan membuat penilaian ke atas dua watak utama DSN dan DSAI.

Saya secara berkias, mendedahkan tentang watak-watak yang berada dalam pertembungan politik BN dengan PR yang pada saya menjadi penghias dan menghidupkan beautiful game mengikut sudut pandangan saya.

Pernah suatu hari, kerajaan PR Selangor membuat random feedback melalui telefon yang meminta saya memberi pandangan tentang kerajaan PR yang mentadbir Selangor pada hari ini. Jawapan saya mudah, samada PKR mahu pun PAS gagal memberikan satu perubahan yang boleh dianggap terbaik. Sebaliknya, secara terus terang saya memberitahu si pembanci bahawa saya seronok memerhati pertembungan DSN dengan DSAI.

Walau apa pun, saya yakin bahawa Nurul Izzah pasti bersetuju yang beliau, juga seperti saya mengimpikan "permainan politik yang cantik dan menolak politik yang diluar tabii"!

Wednesday, December 29, 2010

Penalti Mandatori Pun Masih Gagal Mencegah


Walau pun mendapat penalti serta dibantu pancaran laser Indonesia gagal memanfaatkan didalam perlawanan akhir saingan kedua yang baru berlangsung sebentar tadi sekadar dengan kemenangan 2-1.

Dengan kedudukan itu, dan tanpa bantuan ultraman Malaysia masih unggul dengan aggreget 4-2 dan Piala AFF Suzuki akhirnya akan diterbangkan ke Kuala Lumpur.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. SYABAS MALAYSIA!


Hassan Ali dan Zahid Hamidi Setuju Perlantikan Khusrin Munawi?


Meskipun Harakahdaily cuba jadi batu api menolak perlantikan Dato' Mohammed Khusrin Haji Munawi sebagai SUK Selangort, namun secara tidak langsung ia menjulang Khusrin sebagai "Hero Baru Selangor".


Sementara kami bekas pelajar sebuah sekolah di Klang, mengalu-alukan perlantikan Khusrin. Salah seorang sahabat menulis di wall FBnya yang berbunyi,

"Makluman untuk semua bekas pelajar2, Insya Allah seorang lagi bekas pelajar akan menjadi YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang Baru menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lama ,juga bekas pelajar. Hebat juge sekolah kita nie ye...!"

Sengaja aku pamirkan sebahagian sahaja, takut nanti bekas pelajar sekolah lain kecil hati pula.

Hakikatnya, kami yang pelbagai ideologi asalnya tetap tumpang berbangga diatas perlantikan Khusrin. Mungkin juga tumpang berbangga ialah Dato' Dr Hassan Ali dan Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang juga produk dari sekolah yang sama.

Pakatan Rakyat Janji Isytihar Barang Kawalan Demi Kesejahteraan Rakyat

Ismail Sabri harus peka dengan permasalahan rakyat bukan asyik berkaraoke. Bukan tak boleh bersuka-suka, tapi sebagai public figure hindarilah aktiviti tersebut. Sebaliknya, cuba-cubalah duduk bertenang memikirkan bagaimana nak kawal harga. Petrol naik, gula pun naik. Semuanya berselindung disebalik pelarasan harga.

Tindakan Ismail Sabri seharusnya pro-aktif. Misalnya, bila Malaysia dah belasah Indonesia 3-0 dalam saingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki janganlah asyik dok sembang kat kedai kopi pasal prestasi pasukan kita. Sepatutnya beliau harus terus turun padang dan cepat-cepatlah isytihar barang kawalan pada 3 barang keperluan terkini.

1. Jersi Pasukan Kebangsaan

Jersi Baru Malaysia, naik mendadak. Minggu lepas di Up Town, Shah Alam harga sehelai cuma RM45, tapi hari ni melambung naik ke paras RM65.

2. Laser Pen

Bekalan laser pen juga semakin sukar diperolehi. Desas-desus mengatakan bahawa banyak yang telah diseludup ke Indonesia kerana permintaan yang naik mendadak di sana, khususnya di Jakarta.

3. Ultraman

Sungguh sia-sia bila high-tech yang diperkenal di era pentadbiran Tun Dr Mahathir gagal diteruskan oleh para penggantinya. Contohnya pengeluaran ultraman berkuasa laser. Disaat-saat genting ini usahkan nak beli, sebaliknya pengeluar sendiri lebih berminat untuk eksport ke negara luar, khususnya di Indonesia.

Nanti, jangan salahkan rakyat sebagai tak patriotik kalau pakai baju biasa duduk depan big screen bersama PM di Bintang Walk malam besok.

Lagi satu, jangan ada yang kutuk pasukan muda negara jika tewas kepada Indonesia di saingan kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.

Yang peliknya, Pakatan Rakyat dah pun tambah janji ke 11 dalam Buku Jingganya, iaitu isytiharkan barangan kawalan ke atas 3 barangan di atas.

Apa pun kami doakan kejayaan pasukan negara demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, December 28, 2010

SIRIM Berhad : Kalau Tak Untung, Kembalikan Sebagai Agensi Kerajaan

Khabarnya, SIRIM Berhad yang suatu ketika dulu agensi kerajaan yang kemudiannya dikorporatkan, tidak mendapat sebarang amaun wang ehsan seperti mana dinikmati oleh kakitangan kerajaan mahu pun bonus bagi kakitanagn swasta.

Amat malang meskipun hampir menjangkau 15 tahun dikorporatkan, kakitangan SIRIM hanya menikmati 2 kali sahaja bonus dari majikan mereka.


Pak Menteri malah PM mahupun TPM tolong tengok-tengok SIRIM Berhad ini. Kalau tak untung apa salahnya dikembalikan sebagai agensi kerajaan. Sekurang-kurangnya berhaklah mereka menikmati seperti mana kakitangan kerajaan.

Meleleh air liur kakitangan SIRIM bila mendengar drebar van sekolah yang menjadi kerani banci sambilan, walau hanya untuk beberapa hari pun menerima habuan RM500 seperti dinikmati kakitangan tetap, kontrak dan pesara kerajaan.

Monday, December 27, 2010

Pengarah JAIS - Khusrin Munawi Bakal MB Selangor?

Dato' Mohammed Khusrin Hj Munawi bukan orang politik, sebaliknya beliau ialah seorang pegawai kanan kerajaan. Tetapi bagi PAS mungkin beliau dilihat sebagai pro-UMNO. Atau PAS melihat Khusrin sebagai calon MB Selangor?

Nampaknya, Harakahdaily cuba memburuk-burukkan Khusrin disamping mempengaruhi agar beliau yang telah pun diumumkan sebagai SUK yang baru (berkuatkuasa 1 Januari 2011) oleh KSN tidak akan dilantik ke jawatan tersebut. Pada masa yang sama Pejabat MB dalam satu kenyataan, memaklumkan perlantikan tersebut belum muktamat.

Harakahdaily sepatutnya memahami Enakmen Pentabiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 khususnya Bahagian VII (Masjid). Satu lagi yang amat penting diketahui oleh Harakahdaily, kedudukan Khusrin sebagai Pengarah JAIS, dengan secara automatik berfungsi sebagai Setia Usaha Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Harkahdaily "Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi." adalah silap sama sekali.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah, masjid mahu pun surau cuma membuat pencalonan kepada MAIS dan dalam konteks ini MAIS mempunyai kuasa mutlak melantik seperti yang diperuntukkan dalam enakmen yang berkenaan.

Sunday, December 26, 2010

Kalau 1Malaysia Politik Lama Dan 'Double Standard', 'PAS For All' Itu Apa?

Kalau 1Malaysia disifatkan oleh Dr Lo'lo sebagai politik lama UMNO dan 'double standard', bagaimana pula dengan 'PAS For All'? Apakah ia lambang penggadaian maruah agama atau lambang kebodohan PAS?

Buku Jingga PR yang PAS turut sama dokongi, lebih banyak ilusi berbanding realiti.

Sedarkah Dr Lo'lo dan seluruh saf kepimpinan, apakah mungkin kebetulan namanya apabila ada 10 perkara yang dijanjikan dalam Buka Jingga sementara 10 essei pula yang tertulis di dalam 'Orange Book'. Bukankah itu menunjukkan kecenderungan?

Nak tanya sekali lagi ni..... Satu kebetulan atau satu suratan?

Bambang Gagal Bantu: Tumpas Angkara Laser


Kemasukan Bambang Pamungkas di 8 minit terakhir gagal membantu Indonesia dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010. Sebaliknya, mereka tumpas kepada Malaysia 0-3, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol-gol Malaysia dijaring oleh Safee Sali (2) dan Ashari Shamsudin (1).

Kedua-dua pasukan akan bertembung untuk perlawanan berikutnya di Jakarta, Rabu ini.

Perlawanan hampiran tergendala, angkara gangguan sinaran laser dari penonton.

Tanpa Sedar Nik Aziz & Hadi Awang Diperbodohkan Anwar & Guan Eng

Kalau nak katakan 'diperbodohkan' mungkin terlalu kasar, jadi kita gunakan 'dipermainkan'. Begitulah yang terjadi kepada Nik Aziz, Hadi Awang dan nama-nama besar lain yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka.

Sebenarnya, mereka telah dipermainkan oleh Anwar dan Lim Guan Eng. Mereka tabur janji dalam "Buku Jingga" yang berkiblatkan "Orange Book" yang bukan pun ditulis oleh orang Islam.

Dulu Nik Aziz tak setuju dengan fahaman sosialis tapi sekarang bukan main puji "Buku Jingga" yang meniru buku tulisan para ahli politik Parti Lebiral Demokrat di Britain yang menjadikan 'social liberalism' sebagai asas perjuangan mereka.

Habislah para ustaz-usataz dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP!