Wednesday, December 29, 2010

Pakatan Rakyat Janji Isytihar Barang Kawalan Demi Kesejahteraan Rakyat

Ismail Sabri harus peka dengan permasalahan rakyat bukan asyik berkaraoke. Bukan tak boleh bersuka-suka, tapi sebagai public figure hindarilah aktiviti tersebut. Sebaliknya, cuba-cubalah duduk bertenang memikirkan bagaimana nak kawal harga. Petrol naik, gula pun naik. Semuanya berselindung disebalik pelarasan harga.

Tindakan Ismail Sabri seharusnya pro-aktif. Misalnya, bila Malaysia dah belasah Indonesia 3-0 dalam saingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki janganlah asyik dok sembang kat kedai kopi pasal prestasi pasukan kita. Sepatutnya beliau harus terus turun padang dan cepat-cepatlah isytihar barang kawalan pada 3 barang keperluan terkini.

1. Jersi Pasukan Kebangsaan

Jersi Baru Malaysia, naik mendadak. Minggu lepas di Up Town, Shah Alam harga sehelai cuma RM45, tapi hari ni melambung naik ke paras RM65.

2. Laser Pen

Bekalan laser pen juga semakin sukar diperolehi. Desas-desus mengatakan bahawa banyak yang telah diseludup ke Indonesia kerana permintaan yang naik mendadak di sana, khususnya di Jakarta.

3. Ultraman

Sungguh sia-sia bila high-tech yang diperkenal di era pentadbiran Tun Dr Mahathir gagal diteruskan oleh para penggantinya. Contohnya pengeluaran ultraman berkuasa laser. Disaat-saat genting ini usahkan nak beli, sebaliknya pengeluar sendiri lebih berminat untuk eksport ke negara luar, khususnya di Indonesia.

Nanti, jangan salahkan rakyat sebagai tak patriotik kalau pakai baju biasa duduk depan big screen bersama PM di Bintang Walk malam besok.

Lagi satu, jangan ada yang kutuk pasukan muda negara jika tewas kepada Indonesia di saingan kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.

Yang peliknya, Pakatan Rakyat dah pun tambah janji ke 11 dalam Buku Jingganya, iaitu isytiharkan barangan kawalan ke atas 3 barangan di atas.

Apa pun kami doakan kejayaan pasukan negara demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.

No comments: