Gambar ni yang Anwar nak guna untuk lobi dana dari Israel.
Saturday, April 28, 2012
Visual Terkini KL Pos - Bukan Tuntutan Pilihanraya Bersih Tapi Nak Jatuhkan Kerajaan Secara Revolusi
Lidah bercabang!
Friday, April 27, 2012
PAS Selangor Minta Nyawa Dari PKR & DAP : Khalid Samad Tidak Yakin Dapat Pertahankan Kerusi Shah Alam - Minta Bertanding di PJ Utara?
PAS Selangor telah dapat melihat wajah sendiri dicermin. Serangan bertali arus JATI yang dikendali bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Dr Hasan Ali sudah sampai keperingkat yang tidak dapat ditangkis lagi.
Jalan selamat adalah dengan meminta nyawa dari PKR dan DAP.
Jika awalnya, PR Selangor mengambil pendirian mengekalkan status quo, namun dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor hari ini, menunjukkan satu permohonan dari PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan bukan majoriti Islam.
Nampaknya, PAS sudah terbayang kekalahan tatkala BERSIH 3.0 belum pun berlangsung.
Angkat bendera putih awal-awal?
Ronnie Liu Main Bangsat - Malukan Pesalah Parkir Dengan Pamer Waran Tangkap Di Pintu Pagar Rumah
Ini sudah kira main bangsat.
Seorang rakan telah dimalukan dengan kaedah ala gangster dan ah long, apabila MPSJ telah menampal secara terpampang di pintu pagar rumahnya untuk kesalahan parkir yang cuma bernilai RM70.00 di depan rumahnya.
Apakah ini idea Exco PBT Ronnie Liu dalam kaedah penyerahan saman?
"Mat Sabu & Din Puduraya punya masalah moral," - Ustaz Hasan Basri
Ustaz Hasan Basri (atas) menyifatkan Mat Sabu dan Din Puduraya punya masalah moral.
Klik SINI untuk mendengar kenyataan beliau.
Thursday, April 26, 2012
AMK Beri Tekanan Kepada MB Selangor
Kenyataan ini juga bermakna isu mansuhkan PTPTN yang didendangkan telah memakan diri Pakatan Rakyat.
Sanggupkah Khalid untuk tunduk kepada tekanan AMK?
Saya yakin bahawa amat sukar bagi Khalid untuk menimbangnya. Seperkara yang saya tidak akan lupa ialah janji Khalid dalam meningkat pendapatan para belia di Selangor yang masih tidak tertunai.
Baca kenyataan Khalid yang berikut:-
“Salah satu yang perlu saya lakukan ialah menyelesaikan masalah pengangguran belia yang berumur 21 hingga 35 tahun.
Saya tidak nampak mengapa belia yang duduk di negeri Selangor tidak boleh mendapat pekerjaan. Ini kerana negeri Selangor mempunyai lebih 1.5 juta orang dari luar negara datang bekerja di Selangor.
Satu daripada objektif kita pada jangka panjang ialah mengurangkan pergantungan kita dengan pekerja asing. Jadi ia satu jawapan yang mesti kita lakukan, kita mesti kurangkan. Ini bermakna semua belia kita ini mesti dilatih untuk mendapat kemahiran supaya mereka dapat bekerja. Jika mereka mendapat pekerjaan maknanya pekerjaan itu akan dapat mengurangkan beban kita untuk mencari pekerja-pekerja asing.
Walau bagaimanapun strategi kita mesti betul sebab kalau belia hendak jadi buruh kasar maknanya rugilah kita sebab pekerja-pekerja asing sanggup bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji yang lebih rendah. Oleh sebab itu, kita mencari latihan-latihan yang sesuai untuk belia-belia kita supaya mereka mendapat kemahiran. Umpamanya sebagai contoh, kalau belia kita dilatih jadi pakar dalam kimpalan, pendapatan mereka adalah pendapatan buruh mahir dan biasanya pada peringkat antarabangsa gajinya melebihi USD2,000 ke USD3,000 sebulan.
Kalau itu berlaku maknanya kita sudah dapat tingkatkan buruh kita. Dengan cara itu kita akan naikkan taraf belia-belia kita walaupun dia tidak lulus dan tidak boleh masuk universiti. Tapi yang universiti hanya 20 peratus, yang 80 peratus yang kita buat.
Kalau itu berhasil maknanya pendapatan per kapita negeri Selangor akan bertambah dan jurang pendapatan antara mereka yang berada dan tidak berada pun dapat dikurangkan.
Jadi saudara akan tanya macam mana kita boleh menyelesaikan. Salah satu cara yang saya nak cadangkan kalau kita ada 1.5 juta pekerja asing yang duduk di negeri Selangor, saya minta setiap majikan bayar saya RM100 setahun dan maknanya RM10 sebulan untuk saya gunakan bagi melatih belia-belia ini sebagai usaha untuk mengurangkan tekanan buruh asing. Saya dapat mengutip RM150 juta setahun. Dari segi skill saya kena ajar. Itu sebab saya kena ada dana untuk mengajar latihan itu semua.
Kalau kita dah ada duit maknanya kita boleh panggil dalam negeri atau luar negeri untuk datang beri pelajaran. Cuba kita perhatikan dia punya konsep sekarang kita kata kita ada masalah dan ini akan menyelesaikan banyak masalah. Kalau ramai belia tak bekerja maknanya harapan untuk masalah sosial lebih tinggi.
Kalau kita dapat kurangkan pendatang haram dan digantikan dengan pekerja-pekerja mahir kita akan dapat menyelesaikan masalah sosial. Jadi kedua-dua projek ini mengatasi masalah belia ini dan menyelesaikan banyak masalah-masalah sampingan.
Kita akan ada beberapa peringkat bila mereka masuk latihan. Kita akan tanya keupayaan dan kemahiran mereka. Jadi kita ada senarai pekerjaan. Ada setengah tu nak jadi pengatur cara, ada setengah tu nak jadi pembawa kapal. Jadi kita sesuaikanlah.
Biasanya pekerjaan-pekerjaan ini lebih daripada buruh kasar. Jadi kita aturkan dia tapi kalau dia dapat pendapatan kurang daripada RM2,000 maknanya kemahiran dia tak diterima. Kalau pekerja mahir dapat kurang dari RM2,000 maknanya ada sesuatu yang tak kena.
Bila semua orang, belia kita dapat gaji RM2,000 atau lebih maknanya dia telah menambah pendapatan per kapita keluarga kita.
Selangor sahaja yang boleh buat projek ini kalau setengah negeri tidak boleh, sebab setengah tu tidak cukup pekerjaan, tidak cukup industri.”
(Nota : Petikan diatas diambil dari portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 30 Jun 2008. Akaun portal berkenaan telah digantung dengan sengaja oleh Kerajaan PR Selangor kerana mengandungi banyak maklumat janji yang tidak tertunai. Nasib baik, saya telah menyalin dan menyimpan kenyataan tersebut sebagai bukti yang regim Khalid adalah pembohong).
Pesuruhjaya PAS Restui Bersekedudukan Dalam Khemah?
Pesuruhjaya PAS Selangor bak memejamkan mata dari pendedahan yang dibuat di media alternatif.
Isu bersekedudukan dalam khemah di Dataran Merdeka ketika 'Occupy Dataran' bagai harus di segi syarak, dari pandangan Dr Rani Osman.
Media rasmi Kerajaan Selangor melaporkan sokongan PAS Selangor.
Hancussss!
Timbalan Pesuruhjaya PAS Hadapi Pertuduhan Di Mahkamah Rendah Syariah
Beliau dituduh mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, dan jika disabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Hakim Norafizi Fitri Ab Manaf membenarkan jaminan RM1,500 dan menetapkan 7 Jun depan untuk sebut semula kes. [Berita Harian]
Sebelum ini, Khalid dalam kenyataannya di Kuala Lumpur dengan angkuh memberitahuseolah-olah dirinya berkuasa untuk memecat Pengerusi Surau, tapi malangnya beliau sendiri gagal mengelak dari dihadapkan ke mahkamah syariah,
Kadir Sheikh Fadzir & Badrolamin Baharon Ada Projek di P.Pinang?
Bab projek di Pulau Pinang, mungkin KM Lim Guan Eng perlukan Pak Kadiaq tapi bukan Badrolamin. Badrolamin dah tak laku sebab ada kes khalwat.
Namun Pak Kadiaq menghadapi ranjau yang sukar.
Kalangan mereka yang rapat dengan Azmin cukup yakin, Kadir tidak akan hidup lama di dalam PKR. Jika seorang yang kaya seperti Zaid Ibrahim mampu Azmin KAYAPKAN – apatah lagi mamak seorang ini. Pada Azmin, tidak ada tempat untuk makhluk bernama Kadir. Wasted. [Baca selanjutnya di Gelagat Anwar]
Wednesday, April 25, 2012
Nasib Baik Tempurung Lutut Dah Pecah - Kalau Tak Mat Sabu Pun Nak Join Merendek Dalam Khemah
Zaman dah berlalu Mat!
Kalau nak sangat mengimbau zaman muda-muda, Mat dengarlah audio ni.......
Perkhemahan Muda-Mudi Yang Direstui Mursyidul Am PAS
Akibat termakan godaan Anwar Ibrahim, sepasang anak muda didapati bersekedudukan dalam khemah. Bukan di Taman Negara, tapi di Ibu Negara.
Oleh kerana tiada sebarang statement dari Mursyidul Am PAS, apakah perkhemahan yang dapat restu Nik Aziz?
Ada Orang Nak Jerut Leher Anwar
Kini yang paling layak mendapat kalungan bunga melor di gambarnya, ialah Anwar Ibrahim.
Dia telah mengelakkan mengadakan pertemuan dengan Hindraf dan seolah-olah telah mempermainkan masyarakat keturunan India.
Tuesday, April 24, 2012
Penampilan Baru Wan Azizah - Kini Berselendang
Hari ini tersebar di blogsefera gambar Anwar dengan wanita berselendang.
Barangkali Wan Azizah telah muncul dengan penampilan dan imej baru. Almaklum, kedudukannya sebagai Presiden PKR, maka wajarlah kelihatan anggun.
Dalam pada itu, tidak kurang menarik ialah gambar Nallakarupan menyerahkan sampul surat kepada peguam Shafee Abdullah yang dilaporkan sebagai bahan bukti di mahkamah dalam berdepan dan menjawab saman Anwar terhadap dirinya.
Bila ditanya kandungan sampul surat berkenaan, Nalla sekadar menjawab "aiskrim".
Barangkali Wan Azizah telah muncul dengan penampilan dan imej baru. Almaklum, kedudukannya sebagai Presiden PKR, maka wajarlah kelihatan anggun.
Dalam pada itu, tidak kurang menarik ialah gambar Nallakarupan menyerahkan sampul surat kepada peguam Shafee Abdullah yang dilaporkan sebagai bahan bukti di mahkamah dalam berdepan dan menjawab saman Anwar terhadap dirinya.
Bila ditanya kandungan sampul surat berkenaan, Nalla sekadar menjawab "aiskrim".
Jawapan Nalla menimbulkan tandatanya. Apakah ada penyelewengan dalam bantuan mesin 'aiskrim goyang'?
Atau ia sekadar mengandungi resepi membuat "aiskrim goyang"?
Foto-Foto Sambutan Hangat Majlis Kenduri Nik Aziz Di Puchong
MB Kelantan Nik Aziz telah diberikan sambutan hangat di Puchong.
Sambutan hangat bukan disebabkan ramainya kehadiran, tetapi disebabkan majlis berlansung ketika cuaca panas.
Laporan klik SINI.
Dengan Kalimah Bismillah Shafie Afdal Mulakan
Semalam Shafie Afdal telah membuat siaran akhbar dalam menjawab laporan berhubung pembayaran amaun wang yang begitu banyak kepada Zahida Rafik
Kenyataan akhbar Shafie telah dimulakan dengan kalimah "Bismillahirrahmanirahim".
Monday, April 23, 2012
Kelantan Kini Sakit - Mereka Yang Balik Kampung Akan Beri Mandat Pada Tok Pa Bukan Pok Nik
Mood ketika itu ternyata memihak kepada BN. Tentu ramai yang masih ingat betapa BN hampir-hampir menguasai Kelantan.
Malang sekali, pada PRU2008 mood tersebut gagal dikekalkan. Persaingan tidak lagi sengit, malah ia lebih memihak kepada PAS.
Seolah-olah telah diatur silih berganti. Kini petanda pengundi-pengundi luar yang bakal memihak kepada BN telah mulai dirasai oleh PAS Kelantan.
Ada sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April 2012 di Puchong Perdana, Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.
Majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.
Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Berbekalkan undangan dari rakan-rakan Facebook, penulis dan empat rakan lain bertolak dari Klang menaiki dua buah kereta dan sampai di sana sewaktu Datuk Nik Aziz baru saja turun dari kereta mewah Mercedes E class mata belalang nombor plate DAT 55 berwarna hitam metallic.
Dari kejauhan kelihatan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang mengiringi Nik Aziz seperti terpinga-pinga melihat sambutan dingin dan agak hambar itu. Mungkin tidak menjangkakannya sama sekali.
Selepas Nik Aziz dan rombongannya selesai bersalaman dengan hadirin, kami menyertai majlis tersebut sambil tiga rakan lain mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran mengikut kawasan DUN tempat mereka mengundi.
Kegagalan majlis tersebut tidak dapat tidak pastinya memberi satu gambaran awal keyakinan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan 22 tahun Pas dan Nik Aziz di Kelantan mungkin hampir sampai ke penghujungnya.
Jika gambaran awal mood pengundi luar sama seperti sambutan dingin yang diterima Nik Aziz dalam majlis temu muka 22 April dijadikan sandaran, besar kebarangkalian untuk Pas Kelantan bakal berdepan dengan masalah yang agak besar menjelang pilihanraya akan datang.
Tak mustahil situasi genting tahun 2004 bakal berulang seperti mana jangkaan ramai pihak ataupun mungkinkah pilihanraya umum kelak menjadi noktah akhir untuk Pas?
Sama-sama kita nantikan.
(Diolah dari tulisan asal Bluber)
Sunday, April 22, 2012
Perangai Wanita Cuba Ganggu Majlis PM Di SRJK (C) Sg Long Akan Dibawa Kepengetahuan YDPA?
Kenalkah anda kepada Lee Kee Hiong?
Beliau ialah Ahli Majlis MPKj yang pernah cuba mencetuskan provokasi di SRJK (C) Sg Long, Hulu Langat ketika lawatan PM Februari lalu. Sebagai penafian dianggap pencetus provokasi, beliau berdalih mengatakan kehadiran beliau di majlis yang disertai oleh PM itu hanya sekadar untuk makan.
Ahli Majlis Kajang Lee Kee Hiong juga adalah saksi dalam kes Teoh Beng Hock dan ketika disoal di bawah sumpah pada Suruhanjaya Diraja (RCI), mengakui yang beliau terlibat dengan dua buah syarikat iaitu WSK Services dan Hong Chae Enterprise. Disamping itu, Lee Kee Hiong juga merupakan bekas pembantu kepada Exco Ean Yong Hian.
Namun begitu, beliau memberikan kenyataan berbeza ketika disoal oleh pihak wartawan dan kenyataan beliau dikeluarkan oleh portal Free Malaysia Today. Beberapa ahli DAP tidak berpuas hati kerana tiada tindakan dikenakan ke atas beliau.Laporan awal menyatakan bahawa WSK Services memasukkan sejumlah wang ke dalam akuan DAP cawangan Serdang Aman.
Kenyataan Lee yang berbeza antara dengan RCI dan dengan portal berkenaan telah menarik perhatian pihak tertentu, yang mungkin akan memanjangkan isu ini ke pengetahuan YDPA.
Peranan Lee juga pernah didedahkan oleh blog The Unspinners, baca SINI.
Subscribe to:
Posts (Atom)