Saturday, April 23, 2011

Khalid Samad Perguna Remaja Untuk Penuhkan Kerusi Kosong Ceramah Khalid Ibrahim

Aku kurang pasti twitter Khalid Samad yang dipetik oleh blogger GAP ini bertarikh bila? Dalam agakan aku ia mungkin bertarikh 22/4/2011 sebab aku ada ternampak "camping tents" di belakang pentas utama ceramah umum Khalid Ibrahim. Oleh itu, tidak salah jika aku andaikan remaja-remaja tersebut adalah peserta-peserta Jambori Amal yang dimaksudkan.

Dalam congakan aku tak lebih dari sepuluh khemah. Kalau tak lebih sepuluh khemah, maknannya peserta jambori pasti tidak lebih dari 50 orang.

Sebenarnya, mereka ini dimanipulasi oleh PAS untuk meramaikan jumlah crowd ceramah umum Khalid Ibrahim.

Malangnya, kehadiran mereka tidak dapat memenuhkan kerusi kosong di bawah:


Kebetulan dah bercakap berkenaan Jambori Amal ini, Dr Mariah MP PAS Kota Raja dalam ceramahnya sebelum Khalid Ibrahim, telah melahirkan kekesalannya kerana kurang sambutan dari DAP.

Hallo Dr Mariah, DAP ni jenis tahu memangkah sahaja!

Tutup Skandal Lama, Buka Skandal Baru? Yayasan Selangor Cadang Bina Sekolah Berasrama Penuh

“Saya tanya dia apa sebab tak bagi, sudah 10 bulan kita memohon tetapi tidak ada jawapan bertulis samada ia atau tidak. Sejak bulan Mei dulu, adalah panggil mesyuarat sebanyak tiga kali, minit mesyuarat tidak ada. Saya percaya permohonan kami ini telah dipolitikkan. Dan kita dukacita kerana kita sebenarnya tidak ada agenda politik, ia semata-mata untuk kepentingan akademik pelajar,” Ilham Marzuki, GM YS
Yayasan Selangor (YS) dibawah Ilham Marzuki, memasang angan-angan membina sekolah berasrama penuh, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun begitu, Ilham melahirkan rasa dukacita kerana setelah 10 bulan permohonan dimajukan, tiada sebarang jawapan dari Kementerian Pelajaran.

Disebalik cadangan YS, beberapa soalan perlu dijawab:-

1. Berdasarkan kenyataan Ilham sebuah sekolah dianggarkan kosnya RM50juta. Jadi dananya hendak dicekau dari sumber mana? Yakinkah hanya bersandarkan kenyataan Khalid Ibrahim,
2. Mungkinkah hartanah strategik seperti tapak asrama-asrama Tun Dr Ismail, Toh Puan Norashikin dan Dr Latif bakal dilupuskan untuk mendapatkan sumber dana untuk projek berkenaan?
3. Tidakkah konsep yang sedia ada, memberi ruang kepada pelajar-pelajar dari luar bandar berpeluang membina networking dimasa depan dan mengubah cara berfikir, bila mereka ditempatkan di sekolah-sekolah kawalan?
4. Pembinaan SBP YS hanyalah suatu kaedah mengumpulkan pelajar-pelajar cerdar berasal dari luar bandar tetapi tidak dapat membentuk perubahan minda dan anjakan paradigma pelajar-pelajar berkenaan.

Oleh yang demikian, hentikan idea ini yang hanya bakal mengembungkan poket para pengurusan YS!

Friday, April 22, 2011

Terkini!!! Bukti Bergambar Kehadiran Ceramah Umum Khalid Ibrahim Dibawah 800 Orang

Acara kemuncak sempena lawatan MB Selangor ialah Ceramah Umum bersama Khalid Ibrahim bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran

Dilihat dari layout khemah yang disusun dalam bentuk U, kapasiti maksimum yang boleh diisi untuk ceramah umum tersebut ialah seramai 5,000 orang. Namun kehadiran sebenar, adalah sekitar 800 orang.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, bilangan kereta hanyalah seumpama kehadiran di temasya sukan tahunan sekolah rendah.

Laluan traffik lega dan tidak sesak sama sekali. Anggota RELA dan anggota penguatkuasa traffik MPK ternyata relaks dan cuma duduk bersembang-sembang kerana tidak banyak traffik yang mengganggu lalu lintas.

Kira-kira 10 gerai makanan di lokasi ceramah dengan pelanggan yang amat sedikit. Yang pastinya peniaga terpaksa memakan sendiri makanan yang sepatutnya dijual pada malam ini.

Kemalapan kehadiran, bermakna malaplah masa depan Pakatan Rakyat Selangor!

Kerusi kosong menghiasi kawasan bawah khemah

Tak sampai hati ambil dari depan, cuma curi dari belakang

Sambutan Hambar Ceramah Umum Khalid Ibrahim di Klang

Hari ini MB Selangor mengadakan lawatan rasmi ke daerah Klang. Kemuncak lawatan ialah Ceramah Perdana Bersama MB Selangor, pada malam ini jam 8.00 malam, bertempat di Komplek Sukan Pandamaran.

Memeranjatkan!!! Itu ulasan awal aku. Banyak kerusi kosong, dari orang. Sebelum itu, jalan ke tapak ceramah juga lengang, malah bilangan kenderaan sama banyak bilangan kereta menyaksikan sukan tahunan sekolah rendah!

Menurut laporan petugas-petugas MP Klang, Khalid Ibrahim akan tiba jam 9.00 malam.

Aku terpaksa meninggal tempat itu untuk memenuhi urusan lain.

Insyaallah, akan ke ceramah tersebut semula, untuk melaporkan temberang Khalid Ibrahim kepada penduduk Klang.

Azizan Zalim!!! Lihat Perbandingan Cukai Tanah UUM Dengan Royalti Pulau Pinang Kepada Kedah


Kerajaan PAS Kedah memang zalim.

Sekadar perbandingan, keluasan UUM hanya sekadar 1,061 hektar dan cukai dikenakan (selepas tamat tempoh ehsan) RM1,744,357 berbanding RM100,000 untuk tempoh 2006-2008.

Sementara royalti seluruh negeri Pulau Pinang yang seluas 105,600 hektar, Kedah cuma menerima bayaran tahunan sebanyak RM10,000 setahun.

Azizan gila nak dapatkan title 'Kedah Negeri Cukai Patut'kah?

Thursday, April 21, 2011

Najib Kena Cepat Arahkan Muhyiddin Di China

Memeranjatkan!!! China Doll rupa-rupanya pelajar Kolej Swasta.

DS Najib kena cepat buat phone call ke China, nasihatkan TS Muhyiddin membatalkan MOU Malaysia China.

Nanti Anwar manyak happy mahhh......

Bank Negara Dalam Cengkaman Wanita Tapi Sharizat Masih Merengek Nak Minta Bank

Saya tidak nampak keperluan penubuhan bank khusus untuk wanita, seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Sedangkan suatu ketika, kerajaan menganjurkan penggabungan dikalangan bank-bank tempatan, justeru saya tidak nampak rasional disebalik penubuhan bank wanita.

Tambahan pula, kini ramai pengurus-pengurus bank adalah terdiri dari wanita. Malah Gabenor Bank Negara yang sememangnya diterajui oleh wanita, Dr Zeti Akhtar Aziz telah pun disambung kontrak perkhidmatanya untuk tempoh 5 tahun lagi.

Sebaliknya, apa yang lebih penting bagi Shahrizat ialah meminta pihak bank untuk memperbanyak produk-produk bank khusus untuk wanita.

Cadangan diwujudkan bank wanita diteruskan - Shahrizat

21/04/2011 2:56pm

KUALA LUMPUR 21 April - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan bank wanita bagi membantu usahawan-usahawan wanita di semua sektor.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun kerajaan ketika ini beranggapan penubuhan bank itu bukan keperluan mendesak, pihaknya tidak akan berputus asa sehingga matlamat itu tercapai.

"Saya sebenarnya sudah pohon beberapa kali kepada pucuk pimpinan (Perdana Menteri) sebelum ini, tetapi jawapan yang diberikan ialah ketika ini kerajaan merasakan belum tiba masa untuk bank itu diwujudkan kerana konsep perniagaan adalah konsep yang terbuka untuk semua.

"Tetapi, oleh kerana belum diwujudkan bank untuk wanita ini, kami di kementerian tidak akan berputus asa dalam usaha ini dan akan terus mendesak untuk meminta supaya ia ditubuhkan,” katanya. - Bernama

Auww, Kerajaan Kelantan Tak Rela Dicelah You!

Kerajaan PAS Kelantan membantah Kerajaan Pusat menjadi pencelah dalam samannya terhadap Petronas berhubung royalti petroleum.

Pastinya, mereka tidak tahan telinga mendengar hujah-hujah dari Kerajaaan Pusat.

KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan telah rayuan membantah keputusan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam samannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan royalti minyak.

Kerajaan negeri juga memfailkan satu lagi rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya saman itu dipindahkan semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial (NCC).

Laporan penuh klik [SINI]

Kalau DAP Jadi Pembangkang DI Singapura Pasti Mati Kutu

Rugi menjadi pembangkang di Singapura kerana tidak ada isu yang nak dispinkan.

Nak spin sekolah China? Spin Islam? Spin Melayu pembuli?

Tiada sama sekali.

Jadi tidak nampak keperluan meletak calon berpendidikan tinggi dipihak pembangkang. Baca laporan [Bernama] berkenaan bakal calon pembangkang di Singapura.

Nasihat Ikhlas Kepada Anwar Ibrahim - Jangan Pergunakan Isteri

Di bawah ialah kisah untuk tatapan dan menjadi teladan kepada kita semua.

Bukan sahaja untuk Anwar Ibrahim, tetapi semua para suami dan isteri.

Aku membuat andaian, bahawa si suami memperdayakan isterinya yang berjawatan Pengurus Bank untuk songlap RM14.2 juta.

Silap si isteri juga kerana melanggar BAFIA (Bank & Financial Institution Acts).

GEORGETOWN 20 April - Bekas ketua pusat khidmat pelanggan Bank Muamalat Berhad, Aishah Mohamed Rose, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan pecah amanah jenayah wang milik bank itu berjumlah RM14.2 juta enam tahun lepas.

Suami Aishah, Johari Ahmad, 54, bersama seorang Pegawai Logistik Motorola Technology Sdn. Bhd., Azman Abdul Aziz, 49, pula dihadapkan ke mahkamah yang sama dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Aishah melakukan jenayah itu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula dan membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 setiap seorang dan dokumen perjalanan masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Aishah, 50, dituduh melakukan kelima-lima kesalahan itu di Bank Muamalat Berhad, Universiti Sains Malaysia di Jalan Minden, antara 27 Januari 2005 dan 16 Julai 2009.

Bagi kesalahan pertama, dia dituduh melakukan pecah amanah jenayah wang milik bank itu sebanyak RM3,363,936.94 antara 27 dan 3 Januari 2005. - Bernama/Utusan

Wednesday, April 20, 2011

Mat Sabu, Bukit Bintang & Kelab

Mungkin Mat Sabu semakin teruja dengan Piagam Bukit Bintang yang menggariskan perubahan pucuk pimpinan yang menamakan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PAS disamping Husam Musa yang dicalonkan sebagai Presiden.

Kini, Mat Sabu memulakan langkah baru dengan menubuhkan "Kelab Mohamad Sabu Dot Com" yang bakal dilancarkan pada 6 Mei 2011 di Dewan Perhimpunan China Selangor & Kuala Lumpur. Laporan penuh klik [SINI].

Hantamlah Mat. Dewan tu kan sering digunakan untuk dinner yang menghidangkan arak dan babi!

Selangorkini Sudah Memberi Amaran Kepada Rakyat Selangor Dan Perak

Selangorkini lidah rasmi Kerajaan PR Selangor telah memberi amaran kehadiran ribut petir dan hujan berterusan di Selangor dan Perak.

PETALING JAYA 20 April - Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hilir Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang, Larut, Matang dan Selama), Selangor ( Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan WP Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga awal malam, Rabu 20 April 2011.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak (Daerah Kerian dan Manjung) dan Selangor ( Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Sepang dan Kuala Langat).

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang serta banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berhampiran tebing-tebing sungai. [Selangorkini]

Anwar Ibrahim Tak Perlu Bimbang - Peguam Negara Dah Arah Kertas Siasatan Disemak

Tiada apa yang perlu dikhuatirkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Polis telah pun menyiapkan kertas siasatan dan membayangkan tindakan akan diambil keatas trio Dato' T diatas pengedaran video seks.

Tambahan pula dengan, dengan arahan Peguam Negara kepada polis supaya kertas siasatan disemak semula tentunya memberi kelegaan kepada Anwar.

Namun, perlu diingat bahawa semakan terhadap kertas siasatan mungkin juga bermaksud untuk fokus kepada pendakwaan kepada pelakon video?

Habislah kau Anwar!

Video seks: Peguam Negara arah kertas siasatan disemak

20/04/2011 6:54pm

BUKIT MERTAJAM 20 April – Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis membuat semakan serta penambahan maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara-perkara yang perlu disemak itu. – Utusan

Bila Pak Lebai Lemah, Amoi Bermaharaja Lela Di Atas

Bila Pak Lebai lemah Islam takkan berkembang, tapi Amoi-Amoi akan akan angkat martabat Kristian.

Bila Pak Lebai lemah, Amoi-Amoi akan jadi wakil rakyat.

Pilihanraya bukan hal main-main. Ini hal nak perintah negeri (kalau menang) atau ini hal nak berbahas di dewan (kalau kalah).

Tapi pembangkang suka main-main dengan pilihanraya apatah lagi dengan Amoi!

"Konspirasi Pak Pandir" : Bukan Anwar Yang Jadi PM, Tetapi Mr X

Nak tergelak bila baca entry Tulang Besi.
NOTA EDITOR: Artikel ni Tulang Besi tulis masa Zahrain Lompat mula naikkan isu September 16 sewaktu beliau baru melompat.

Ketahuilah, Tulang Besi sanggup bersumpah dengan nama Allah bahawa maklumat ini benar.

Anwar Ibrahim benar-benar ikhlas sehingga sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Mr.X semata-mata mahu menyelamatkan Malaysia dari gengaman UMNO.

Bukan tujuan beliau mahu menggadai Melayu ataupun untuk menjatuhkan sesiapa. Namun, antara mereka yang mensabotj September 16 adalah PAS sendiri.

Tiada sebab untuk PAS menolak kerajaan sementara yang mahu ditubuhkan Anwar Ibrahim selepas September 16 itu.

Sekian
[Baca laporan penuh di SINI]
Sorry Tulang Besi, gua bukan tak percaya, cuma pada gua, ia seolah-olah dah jadi "Konspirasi Pak Pandir".

Satu lagi yang buat gua nak tergelak, bila calon PM disebut sebagai Mr X. Paper dulu-dulu, dalam laporan kes rogol, menyebut mangsa rogol, sebagai Miss X. Jadi Mr X yang disebut tu, mungkinkah bermakud mangsa liwat (politik)?

Apa pun, terima kasih Tulang Besi atas maklumat yang begitu informatif. Sekurang-kurangnya, beberapa clue yang ditunjukkan dalam beberapa kenyataan sepanjang minggu lepas, telah memperi petunjuk akan identiti Mr X!

Apa pula peranan Anwar? Presiden Repbulik Malaysia kot?

Tahniah juga kepada pemimpin tertinggi PAS yang telah diberi petunjuk oleh Allah swt dan seterusnya menggagalkan "Konspirasi Pak Pandir".

Satu Lagi MOU Yang Bakal Buat Anwar Bertambah Gila

Bakal termetrainya MOU antara Malaysia dan China berhubung pengiktirafan ijazah antara kedua-dua negara menjadikan Anwar Ibrahim bertambah gila.

Tersengih-sengih Anwar membayangkan untuk berdamping dengan sindiket pemalsuan visa pelajar China ke Malaysia dan dengan sendiri memberi ruang pilihan yang besar keatas permintaan China Doll.

Bagi Kerajaan BN tentunya MOU ini amat penting bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi rantau ini.

Malaysia dan China dijangka memeterai satu memorandum persefahaman bagi mengiktiraf ijazah akademik kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia dijangka ditandatangani semasa lawatan Perdana Menteri China Wen Jiabao ke Malaysia pada 27 dan 28 April ini, katanya kepada media Malaysia semasa melawat ke sekolah sukan cemerlang “The Experimental High School attached to Beijing Normal University” petang ini.[Bernama/Utusan]

Tuesday, April 19, 2011

Sorry Najib, Khidmat Anda Tidak Diperlukan Untuk Misi 7 Mei

Khidmat DS Najib tidak diperlukan walau pun parlimen telah dibubarkan. Cuma Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh yang boleh membawa aspirasi PAP, dibenarkan berkempen (?).

Betapa tidaknya, yang dibubarkan sebenarnya ialah parlimen Singapura dan tarikh pilihanraya telah ditetapkan pada 7 Mei 2011.

Pilihan raya umum Singapura 7 Mei

2011/04/19

SINGAPURA: Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan pembubaran Parlimennya, sekaligus membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-11 republik itu diadakan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Presiden Singapura SR Nathan membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong. [Berita Harian]

Anwar Ibrahim Pasti Ke Lubuk - MOU Sudah Ditandatangani Di Saudi

MoU Malaysia, Arab Saudi tangani ancaman jenayah

19/04/2011 5:54pm

PUTRAJAYA 19 April - Malaysia dan Arab Saudi hari ini memeterai perjanjian kerjasama dalam bidang keselamatan bagi menangani ancaman jenayah secara lebih baik dan terancang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menandatangani perjanjian itu bagi pihak Malaysia manakala Arab Saudi diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef Abdulaziz Al-Saud. [Utusan]

Ambik kau Anwar!!!! Hishamuddin dah sign MOU dengan Arab Saudi.

Dah datang jauh-jauh, takkan tak dibawa sekali jam Omega untuk pengecaman?

Mungkinkah Nik Aziz Ikut Jejak Castro?


Fidel Castro telah pun mengumumkan perletakan jawatannya, ketika berumur 84 tahun.

Fidel Castro mengesahkan peletakkan jawatan dalam kepimpinan Parti Komunis hari ini sekali gus menyerahkan kuasa kepada adiknya, Raul pada ketika perwakilan bersedia untuk mengundi terhadap perubahan yang menghadkan tempoh jawatan utama. [Berita Harian]
Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan kini berumur 80 tahun dan mungkin akan meletakkan jawatan sebagai Mursyidul Am dan MB Kelatan ketika umur menjangkau 84 tahun (?)

Lee San Choon Pernah Bulldoze Pengerusi DAP Kebangsaan

Tan Sri Lee San Choon semasa menjawat Presiden MCA pernah dengan berani meninggalkan kerusi selamatnya, lalu memilih Seremban untuk menentang penyandang jawatan, Dr Chen Man Hin (Pengerusi DAP Nasional) semasa PRU1982.

Akhirnya beliau telah memenanginya dengan majoriti 825 undi. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA dengan penuh bergaya pada tahun berikutnya, 1983.

Satu fakta yang perlu diketahui oleh generasi pada hari ini.

Monday, April 18, 2011

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah Kembali Menjadi Bebas?

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mendapat 2 bebas.

Bebas yang pertama, ia bukan bebas dalam erti kata sebagai ADUN Bebas. Sebaliknya bebas dari ikatan suami isteri dengan Ramizah Mazlan apabila melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh hari ini.

Berita selanjutnya di [SINI]

Sementara bebas yang kedua, ialah bebas dari affidavit Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim. Hari ini Badrul Hisham Abdullah diisytihar kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang setelah mahkamah hari ini menolak affidavit Speaker Selangor.

Laporan penuh baca [SINI]

Trio Dato' T Bakal Jadi Lilin Membakar Jembalang

Mungkin trio Dato' T sengaja mendambakan diri mereka untuk membakar jembalang yang lebih besar.

Pendakwaan yang bakal diambil keatas mereka akan menjadi ruang dan pentas mereka untuk menerangkan secara terperinci bagi menentukan misteri imej lelaki mirip Anwar Ibrahim.

Selanjutnya terungkai segala yang terkunci selama ini.

Kita tunggu di mahkamah.

KUALA LUMPUR 18 April — Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini. [Utusan]

Majlis Akikah Anak Sulung Isteri Baru (Orang Sarawak) Pemimpin PAS Kedah Bertukar Menjadi Majlis Tahlil

Undangan kepada orang kampung telah disampaikan. Tak cukup dengan itu, hebahan juga telah dilakukan. Namun, kuasa Allah juga yang menentukan.

Manusia sekadar boleh berhajat dan berharap.

Apakah 'anak sulong' PAS bakal lahir di Sarawak?

Marilah kita mengikuti kupasan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang akan diadakan di Stadium Mini Jitra, 16 April 2011, jam 9.30 malam. Turut berceramah bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Razak dan Ahli Parlimen Padang Terap, YB. Nasir Zakaria. [KedahLanie]

KITA Pun UMNO Bayarkah?

Berapa banyak duit UMNO bayar pada KITA, hingga Parti Kesejahteraan Insan Tanahair pun serang Anwar Ibrahim?

Tang tu kita kena faham, yang hal itu adalah rentetan krisis dalaman Bani Ibrahim Malaysia.
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman trio “Datuk T” dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. [Utusan]

Sunday, April 17, 2011

Khalid Ibrahim Menyesal Taja 100 Bilik Hotel Di Petaling Jaya

“Adakah salah saya membayar tetamu saya dari Sabah dan Sarawak; teman-teman dari Puak Penan, Orang laut dan Murut yang mahu melihat sendiri bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Selangor,” tegas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. [PASPB]
Bila kita komplen pasal wang MBI (Selangor Menteri Besar Incorporated) diselewengkan untuk taja 100 bilik untuk perwakilan PKR di Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya, itulah (di atas) jawawapan Khalid.

Hasilnya, cuma menang 3 kerusi dari 49 yang ditandingi. Lagi sedih, 6 calon telah hilang pertaruhan!

Pakatan Rakyat Kecundang Kerana Tangkal Zentrum?

Pakatan Rakyat disarankan jangan mempamerkan tangkal di atas di ibu pejabat kerana ia membawa sial kepada mereka.

Selepas ini jangan gunakan lagi tangkal Zentrum.

PKR Bukan Menyumbangkan Tetapi Berbuat Sumbang Kepada Pakatan Rakyat

Azmin Ali melalui twitternya menyatakan kenaikan undi popular PR kepada 41.6%.

Persoalannya dari 41.6%, berapa peratus yang disumbangkan oleh PKR?

Daripada 49 kerusi yang ditandingi oleh PKR, mereka cuma menang 3 kerusi.

Kesimpulannya, PKR MENYUMBANGKAN rentak kempen PR di Sarawak.

(*Nota : Menyumbangkan bukan bermaksud contribute tetapi bermaksud rentak menjadi sumbang!)