Saturday, October 22, 2011

Walau Pun Sebok, Semalam Anwar Ibrahim Sempat Pengerusikan Mesyuarat Penanggah Majlis Bersunat (Berkhatan) Di Permatang Pauh

Bila tengok gambar di atas, aku ingatkan Anwar Ibrahim sedang mempengerusikan mesyuarat penanggah untuk kenduri anak bini mudanya nak bersunat, rupa-rupanya salah telahan aku.

Majlis sebenar ialah majlis "Sepetang Bersama Anwar" dengan pengundinya di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Gambar dan laporan aku jumpa di SINI.

Sudah Pecah Tembelang!!! PAS Menangguk Dibawah Gelombang HIMPUN

PAS Selangor sebenarnya menipu!!!

Sebentar tadi, saya telah membuat tinjauan tapak di Stadium Shah Alam dan terkejut dengan terpampangnya banner Karnival Ilmu Anak Muda 2011 yang berlansung 2 hari, 22-23 Oktober 2011. Karnival ini melibatkan Kerajaan Negeri kerana terpampang muka MB Selangor dan Exco Pendidikan Selangor.

Malang kamera saya tidak cukup bateri, maka foto berkenaan tidak dapat diupload untuk tatapan. Anda saksikanlah sendiri petang nanti.

Mereka sebenarnya menipu umat Kristian kononnya tidak terlibat dengan HIMPUN, sedangkan Exco Kerajaan Selangor, merangkap ADUN PAS Selat Klang membiayai karnival dengan memperalatkan GAMIS untuk menunjukkan kepada mereka yang hadir ke majlis HIMPUN, kononnya PAS menyokong.

Blog rasmi karnival anjuran GAMIS diwujudkan pada 17 Oktober 2011 [SINI] dan bersamaan pula dengan tarikh sidang media PAS Selangor yang menyatakan ketidakbersetujuan mereka terhadap HIMPUN. Cuba semak tarikh sidang media PAS Selangor dalam video di bawah.

Jelas bahawa Presiden PAS telah diperguna malah diberikan maklumat yang salah oleh PAS Selangor dalam menentukan pendirian PAS terhadap HIMPUN.

Hasan Ali Sindir Khalid Samad - Apa Soalan Nak Jawab Didepan Allah SWT?

Bandingkan pendirian antara Exco Agama Selangor Dato' Dr Hasan Ali dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dalam isu HIMPUN yang bakal berlansung jam 2.00 petang nanti.

Saksikan 2 video yang berikut untuk penilaian.



Khalid gunakan media rasmi PAS, sementara Dr Hasan gunakan media rasmi kerajaan Selangor.

Berlaga angin dua orang ni.

Guru Cemerlang Dituduh Mencabul?

Carian di Google menemukan bahawa guru yang dituduh mencabul ialah seorang guru cemerlang, malah pernah dianugerahkan dengan pingat kebesaran dari YDPA. [KLik SINI].

Malahan juga guru berkenaan merupakan penulis bersama buku berjodol "Bacaan Berpandu".

Malang.......

PETALING JAYA 21 Okt. - Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun, Mac lalu.

Mohd. Radzi Misran, 55, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sekolah tempat dia mengajar di Bandar Sunway, Subang Jaya di sini antara pukul 1.30 petang dan 6 petang, 29 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid membenarkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Datuk Suraj Singh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes. - Utusan

Friday, October 21, 2011

Maka Akan Kelihatan Dayus, Kalau Hadi Awang Tak Ceraikan(?)

Tokoh Gerakan Anti-Kristianisasi Negara

Foto di atas merakamkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Hasan Ali sedang berucap di Seminar Menangani Gerakan Kristianisasi Di Malaysia anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), minggu lepas. [Intipati seminar klik SINI].

Kalau HIMPUN dikatakan boleh menimbulkan ketegangan antara agama, bagaimana pula dengan seminar anjuran JAIS?

Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang akan dilihat sebagai dayus kalau tidak memecat Hasan Ali. Ada berani???

Hasan Ali takkan keluar dari PAS kerana sudah baiah talak 3. Tapi kalau kena pecat, rela kot?

Ini Dia Wajah Mamat Yang Akan Mendapat Anugerah Tokoh Mahasiswa Dari Saifuddin Abdullah

Mamat ni kalau disingkir oleh pihak universiti atas kegagalan akademik, akan dikatakan disingkir atas sebab demo.

Tahniah, kerana wajah anda tetap di hati Saifudin Abdullah aka winnable candidate Parlimen Temerloh.
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Kira-kira 700 pelajar berhimpun di kawasan masjid dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak membantah tindakan pengurusan pusat pengajian tinggi itu menggantung perkhidmatan pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari. [MI]

Portal Rasmi Kerajaan Selangor Bantai Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim Kerana Tak Buat Kerja Di Kawasannya

Adalah memelikkan dengan laporan Selangorkini seperti di atas. Tajuk berita ialah "Penderitaan Penduduk Dapat Perhatian ADUN".

Perlu diingat bahawa Selangorkini adalah lidah rasmi Kerajaan PR Selangor. Tetapi ada yang pelik dengan laporan berita lidah rasmi regim Khalid Ibrahim ini.

Ini kerana Rantau Panjang bukan terletak dalam DUN Batu Tiga yang diwakili oleh Rodziah Ismail, sebaliknya ia terletak dibawah DUN Sungai Pinang yang diwakili oleh Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim.

Imej di atas dipetik dari web SPR dan dengan jelas menunjukkan Rantau Panjang terletak dalam DUN Sungai Pinang. Untuk makluman, Teluk Kapas juga adalah sebahagian dari Mukim Rantau Panjang dan Pusat Daerah Mengundi tersebut juga terletak dalam DUN berkenaan.

Oleh itu, adalah mudah untuk kesimpulan bahawa Teng Chang Khim tidak berkhidmat didalam kawasan DUN yang diwakilinya, hingga memerlukan Rodziah Ismail untuk campur tangan di DUN tersebut (?).

Adalah jelas bahawa Selangorkini menghentam Teng Chang Khim secara halus.

Kes Raba Nenen - Kit Siang & Guan Eng Tunjukkan Kegelabahan Melampau, Akan Dedah Konspirasi Muhyiddin?


Nampak benar kegelabahan melampau ditunjukkan oleh 2 beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Yang peliknya, mengapa dalam menjawab isu ini hanya Pengetua SJKC Heng Ee yang membuat kenyataan, walhal biasanya isu seperti ini Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri atau pun Menteri Pelajaran sendiri yang akan membuat kenyataan.
“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider
Isu ini bukan kecil, kerana ia melibat anak seorang VVIP di Pulau Pinang. Mungkinkah laporan telah sampai ke tangan Menteri Pelajaran TS Muhyiddin Yassin? Atau pun mungkin Muhyiddin telah sedia maklum kesahihan kes, hingga tidak sampai hati memalukan Guan Eng?

Sudah sampai masanya Kit Siang & Guan Eng mendedahkan konspirasi Muhyiddin dan Kementerian Pelajaran untuk menjatuhkan regim DAP di Pulau Pinang, jika benar cucu/anak tidak raba nenen!

Tak Takutkah Khalid Samad Jadi Orang Depan Anwar Ibrahim?


MP Shah Alam Khalid Samad sekadar menyebut loteri, sekularisme dan materialisme tetapi tidak menyebut langsung berkenaan pluralisme?

Ternyata beliau ingin menyelamat ketua pembangkangnya, Anwar Ibrahim dari turut dikecam.

Kalau nak rembat, rembatlah semuanya. Jangan berpilih-pilih pula.

Nasihat kepada Khalid Samad, jangan cuba-cuba jadi orang depan Anwar.

Dalam pada itu tonton dan dengarkan hujah Dr Yusri berhubung pluralisme yang didokong oleh Anwar.

Khalid Samad Tak Dapat Nak Sanggah - Jadikan HIMPUN Sebagai Kambing Hitam Untuk Balas Dendam Terhadap Dr Hasan Ali


Mengapa PAS perlu double standard dalam membuat pendirian terhadap HIMPUN, walhal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dibawah portfolio Dato' Dr Hasan Ali telah pun lebih awal menganjurkan seminar yang hampir serupa dengan objektif HIMPUN?

Perkara ini perlu dijelaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

Kenapa tak pecat Dr Hasan kerana beliau yang telah menyerang kerajaan PR di Selangor?

Gambar di atas menunjukkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Hasan Ali melancarkan buku "Kristianisasi Dan Gejala Murtad Di Malaysia' ditulis oleh Ust Muhammad Farhan sempena Seminar Menangani Gerakan Kristianisasi Di Malaysia yang telah berlangsung minggu lepas di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Baca laporan berkenaan Seminar anjuran JAIS tersebut di [SINI].

Thursday, October 20, 2011

Aziz Bari Akan Cari Ezam Mohd Nor Hingga Ke Lobang Cacing

Dan akhirnya seruan Senator Ezam Mohd Nor agar Majlis Senat UIAM mengambil tindakan keatas Aziz Bari menjadi kenyataan.

Ezam pada 13 Oktober, disamping telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Aziz Baru yang menyentuh DYMM Sultan Selangor telah turut mendesak tindakan diambil keatas Aziz Baru oleh pihak UIAM. [Baca laporan SINI]

Wednesday, October 19, 2011

Apa Salah Dr Khir??? Tidak Layakkah Jadi MB Selepas PRU12?

Tajuk artikel ini bukan datangnya dari saya. Sebaliknya ia adalah komen ringkas yang ditinggalkan oleh pengunjung blog Akar Umbi dibawah tajuk "Ezam Bakal MB Selangor?".

Apa salah Dr Khir??? Maksud komen tersebut hakikatnya adalah subjektif. Pertama, mungkin bermaksud mengapa tidak diberi peluang kali kedua untuk Dr Khir Toyo atau kedua, hanya sekadar bertanya apakah kesalahan Dr Khir?

Cara langkah menaiki tangga hiraki UMNO antara Dr Khir Toyo dan Senator Ezam Mohd Nor ternyata berbeza. Dr Khir bermula dari bawah, iaitu menjadi AJK Pemuda Bahagian, Ketua Pemuda dan akhirnya Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang.

Khir tidak semudah Ezam menaiki tangga hiraki tersebut. Dalam persaingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang pada, Khir cuma menang 3 undi. Lawannya ketika itu ialah Haji Baharudin Ali Masrom bekas Pengarah Biro Tatanegara Selangor malah pernah terlibat dalam pasukan kempen TS Muhammad Mohd Taib dalam persaingan Naib Presiden UMNO 1995. Haji Baharudin adalah Naib Ketua Pemuda ketika itu, berbanding Khir yang cuma AJK Pemuda Bahagian.

Malah ketika bertanding untuk DUN Sungai Panjang untuk kali pertama, Khir cuma menang tipis dengan beberapa ratus majoriti sahaja.

Cuma, Khir bernasib baik kerana diberikan laluan percuma oleh Dato' Aini Taib untuk jawatan Ketua Bahagian, disamping Dato' Noh Omar sebagai Timbalan Ketua Bahagian Tanjung Karang dalam pemilihan 2001.

Itu pun kita kena mengambil kira kedudukan Khir pada waktu itu. Khir telah pun dalam kedudukan sebagai MB Selangor ketika itu. Tambahan pula, Aini juga duduk sebagai Ketua UMNO Tanjung Karang secara percuma sementelah kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang begitu disayangi oleh MB Muhammad Mohd Taib. Kecuali pada tahun 1998, Aini telah disaingi oleh Dato' Sumadi Alias (Sumadi adalah nama yang disebut di mahkamah sebagai orang tengah dalam urusniaga banglo Khir). Oleh sebab Aini telah biasa dengan penerimaan jawatan ketua begitu mudah, maka mudahlah juga baginya menyerahkan kepada Khir.

Berbeza keadaan yang dilalui oleh Ezam, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan ketika menjadi Setpol Anwar Ibrahim yang kebetulan berada di zaman kemuncaknya pada 1995, malah amat mudah bagi beliau menjawat jawatan tersebut.

Ketika masih lagi boleh bergelumang dalam politik pemuda, Ezam telah melompat ke jawatan yang lebih senior, Timbalan Ketua Bahagian pada umur yang begitu muda.

Dari sini, tampak bahawa kelebihan Khir dengan Ezam ialah dari segi grass root yang dimilikkinya. Maka oleh sebab itulah, dalam tulisan saya berkenaan Ezam ia lebih fokus kepada betapa perlunya Ezam mengikuti rentak yang dimainkan oleh Najib, iaitu rapatkan diri dengan golongan bawahan supaya tidak dilihat sebagai terlalu elitis.

Populariti yang ada pada Ezam sebenarnya menarik minat bagi parasit politik untuk naik di dalam UMNO. Samada Ezam sedar atau tidak, saya sering melihat seorang anak muda yang pada saya ia kelihatan sebagai seorang opportunist dalam perjuangan, walhal bapanya seorang aktivis didalam PKR. Jadi dalam keadaan ini, wajar bagi Ezam menyemak samada anak muda tersebut ingin berpaut di bahu Ezam atas kepentingan peribadi atau betul-betul berjuang diatas suatu ideologi membela bangsa?

Berbalik kepada Khir, saya masih menganggap bahawa beliau adalah seoang 'budak baik'. Beliau telah menjadi mangsa keadaan dan telah dikaburi akibat dikelilingi oleh mereka yang sebenarnya tidak membantu malah mungkin juga tidak mengundinya dalam persaingan menduduki Exco Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2000. Untuk rekod Khir menduduki tempat terakhir dalam senarai Exco yang menang ketika itu. Khir menang adalah atas faktor kekuatan idealisme dan pidatonya ketika bertemu dengan dengan para perwakilan

Diandaikan Khir diberi peluang kali kedua oleh Najib, Khir mesti berani membersihkan orang-orang yang pernah berada disekelilingnya. Saya yakin, Khir kini kesunyian kerana rakan-rakan yang pernah menghurungnya ketika berada di kemuncak, tidak lagi bersamanya. Hanya mungkin Selamat Dolah, bekas Pegawai Khasnya yang masih berada disisinya.

Soalnya sekarang, masih adakah peluang itu bagi Khir tatkala kesnya yang masih belum selesai?

Blogger Pro Kerajaan Terlibat Sebarkan SMS Larangan Terhadap Ahli PAS Sertai HIMPUN?

Berikut adalah untuk makluman dan perhatian ahli-ahli PAS Selangor.

Dalam pada itu, kajilah sendiri pendirian dan karekter pemimpin-pemimpin anda samada layak atau tidak untuk memimpin Islam.

Yang pasti, mereka menggadai perpaduan ummah.

PAS Terlebih Makan Iblis?

Selepas terpandang gambar di atas di FB, mata aku tersilap terjemah tajuk "MAKAN IBLIS PUN MENANGIS KEGEMBIRAAN" di blog GAP, walhal tajuk sebenarnya "MAKA IBLIS PUN MENANGIS KEGEMBIRAAN".

Baca artikel penuh di SINI.

Barangkali pemimpim PAS terlebih makan sambal iblis?

Samy Vellu Akan Beri Taklimat Kepada Najib Lusa?

Apa lagi yang nak ditaklimatkan oleh Samy Vellu kepada PM lusa?

Dia bukan lagi Presiden MIC.
"I will brief Prime Minister Dato' Seri Najib Tun Razak upon my return to Malaysia (on Friday) - Samy Vellu

Che Khalib, Cakap SajalahTerus Terang - TNB Nak Naikkan Tariff Pada 2012, Habis Cerita

Seolah-olah malu nak berterus terang. Maka CEO Tenaga Nasional Bhd Che Khalib Mohamad Noh menjangkakan kerugian TNB sepanjang tahun kewangan 2012.

Apakah ini adalah petunjuk dan isyarat kepada PM Najib bahawa kenaikan tarif elektrik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan?
Tenaga Nasional Bhd, Malaysia’s biggest power producer, may report next year a full-year loss for the first time in more than a decade because of rising costs.

The company this month will post a second, straight quarterly loss as its rising fuel bill is hurting margins, Chief Executive Officer Che Khalib Mohamad Noh said yesterday in an interview. The Kuala Lumpur-based utility is scheduled to report fourth-quarter earnings and 2011 annual profit on Oct. 28. [Bloomberg/Business Times]

Hishamuddin Hussein Punya Kuasa Arahkan Polis Larang Mat Sabu Aktif Politik?

Kalau di Korea, mungkinkah Mat Sabu dilarang dari melibatkan diri secara aktif dalam politik?
SEOUL: Polis Korea Selatan mengarahkan seorang juruterbang syarikat Korean Air yang disyaki menyokong Korea Utara supaya berhenti daripada bertugas kerana bimbang dia boleh melarikan kapal terbang ke negara komunis, kata pegawai hari ini. Juruterbang berusia 44 tahun itu dikenali sebagai Kim yang disoal siasat polis atas dakwaan menyiarkan pujiannya kepada Korea Utara dan pemimpin, Kim Jong-II menerusi laman web peribadi beliau didapati melanggar undang-undang keselamatan.
Korea Selatan mengharamkan pengedaran bahan penerbitan atau bahan bacaan yang memuji Korea Utara dan menghubungi orang yang tidak dikenali. Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara. - AFP

Dek Kerana Mencungap Nik Aziz Arahkan Husam Bentang Bajet Kelantan 2012

Masjid Beijing : Brainchild Nik Aziz?

MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat barangkali uzur dalam keadaan tercungap-cungap untuk membentang Bajet Kelantan 2012, lantas pembentangan dibuat oleh Exco Husam Musa.

Dalam laporan Bajet Kelantan 2012, Harakahdaily melaporkan bahawa Kerajaan Kelantan telah berjaya mematikan cakap-cakap yang mendakwa 21 tahun pemerintahan PAS, tiada sebarang masjid dibina di negeri berkenaan.

Masjid Beijing (gambar atas) atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang telah diwar-warkan oleh Harakahdaily sebagai mercu tanda kelansungan kejayaan PAS membina masjid di Kelantan selepas 20 tahun tidak melakukan apa-apa kearah tersebut.

Cuma yang kurang enaknya ialah kenyataan Harakahdaily yang seperti berikut;
Penyokong Umno yang tinggal berdekatan juga menjadikan masjid tersebut tempat menunaikan solat Jumaat. Begitu juga Masjid Kota Darulnaim berhampiran kompleks Kota Darulnaim.
Persoalannya, apakah PAS membina masjid hanya untuk ahli-ahlinya sahaja? Ajaran sesat mana ni?

Antara masjid-masjid yang turut disebut oleh Husam bagi pihak Nik Aziz yang semakin uzur semasa pembentangan bajet ialah Masjid Keputeraan di Paloh 2, Gua Musang yang masih dalam pembinaan, disamping merancang untuk membina Masjid Keputeraan di Lojing dan Masjid Sultan Muhammad V, Bandar Baru Tunjong.

Dalam kata lain, sebuah telah siap, sebuah masih dalam pembinaan dan 2 buah masih dalam perancangan sepanjang pemerintahan regim Nik Aziz di Kelantan.Itu pun umpama terperasan akan pil vitamin yang hampir tamat tempoh, maka PAS Kelantan 4 biji sekali gus untuk kelihatan lebih bertenaga.