Saturday, October 8, 2011

Bro Najib, Masalahnya Memang Emak Bapak Tak Kisah Sangat Tapi Anak Yang Dah Meroyan

Masalahnya PM DS Najib Razak telah umumkan yang semua murid sekolah rendah dan menengah dapat RM100.00. Budak-budak ni semua dah bersorak.

Contoh status FB anak lelaki aku yang berumur 13 tahun di bawah:

Bro Najib kata, terpulanglah kepada ibu bapa samada hendak claim atau tidak.

Memanglah awalnya bercadang tak nak claim sebab khabarnya Azmin Ali tak nak elaun MP dinaikkan.

Sorrylah Bro Najib..... Budak-budak tu dah anggap angpau tu hak mereka!

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 Pakatan Rakyat : Anwar Terjerat Dek Kebebalan Diri Sendiri

PM DS Najib Razak telah pun membentangkan Bajet Rasmi 2012. Ia bukan bajet angan-angan seperti yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim Selasa lalu.

Antara lain Bajet PR menjanjikan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan, seperti di bawah:-

Namun begitu, apakah Anwar sedari yang beliau sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah bersubahat dengan Khalid Ibrahim mengguna pakai perunding luar? Baca petikan di bawah untuk pengesahan:-

Lantik perunding tak ikut prosedur
Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my
2010/11/21

PKNS didakwa ketepi semua peraturan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di bawah pentadbiran baru didakwa melanggar peraturan am kerajaan terutama berhubung pelantikan kumpulan perunding luar yang tidak mengikut prosedur hingga menyebabkan agensi terbabit menghadapi masalah dalaman.
Difahamkan, pelantikan dilakukan secara terus tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib PKNS, selain imbuhan diterima pegawai perunding luar jauh lebih tinggi berbanding pegawai dan kakitangan asal PKNS, terutama yang sudah lama berkhidmat.
Malah, pelantikan pegawai perunding luar secara kontrak juga tidak dimaklumkan dalam belanjawan hingga agensi terbabit terpaksa menanggung lebihan kos operasi. Bagi mengatasi keadaan itu, PKNS didakwa terpaksa bergantung kepada sumber diragui hingga menyalahi prosedur sepatutnya dipatuhi.

Sumber memberitahu Berita Minggu, sekurang-kurangnya 10 perunding korporat dilantik pengurusan baru PKNS, dengan sebahagian besarnya berjawatan tinggi dan mengetuai pelbagai jabatan penting dalam perbadanan itu.

Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pegawai serta kakitangan perbadanan itu. [Berita Harian]

Update Bajet 2012 : Ahli Parlimen Bersorak Kerana Hanya Dapat Pertimbangan Untuk Kenaikan Elaun Bersyarat

Berikut mereka yang dapat manfaat dari ehsan kerajaan BN.

- Pemberian one off RM500 untuk ketua isirumah golongan bawah RM3,000.

- Bantuan RM100 murid sekolah kepada murid sekolah.

- Voucher buku RM200 kepada semua pelajar IPT dan pra-U.

- Bonus tambahan 1/2 bulan kepada penjawat awam dan pesara.

- Ahli parlimen dapat kenaikan elaun bulanan bersyarat yang mesti dapat persetujuan MP BN dan pembangkang.

Update Bajet 2012 : Tak Serik Terseliuh Kerana Futsal, Najib Tambah 150 Gelanggang

1 Gelanggang futsal 1 mukim dilaksanakan dengan tambahan 150 gelanggang seluruh negara.

Najib ni tak serik-serik terseliuh kerana futsal.

Update Bajet 2012 : Mat Sabu Kecewa Bekas Polis Zaman Dharurat Dapat RM3,000

Polis khas, polis tambahan, border scout dan jungle scout yang pernah berkhidmat semasa dharurat dapat RM3,000 one off.

Kepala Mat Sabu bakal dihantukkan ke dinding oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Update Bajet 2012 : Gaji Mati Kakitangan Perkhidmatan Hidup Semula

Berita bagi kakitangan kerajaaan yang sudah mencapai tanggagaji tahap maksimum.

Gaji mereka bakal naik lagi, ekoran kenaikan gaji tahap maksimum.

Bagi mereka yang nak pencen dua tiga tahun lagi tentu gembira.

Update Bajet 2012 : Yuran Sekolah 2012 Dimansuhkan

YAHOO!!! Yuran sekolah rendah dan menengah 2012 dimansuhkan. PM DS Najib mengumumkan sebentar tadi

Gang Papa Gomo, RBF, Parpu Kari, GAP & Flying Kick Perlukan RM13,000 Untuk Berdepan S292, Kanun Keseksaan

Berdasarkan teladan kehakiman, Dato' Trio telah didenda berjumlah RM5,500 berhubung dakwaan penayangan video lucah dan tuduhan tersebut adalah melalui S292, Kanun Keseksaan.

Hal inilah yang barangkali menjadikan Papa Gomo teragak-agak dengan penayangan video terbaru aksi lelaki mirip Anwar Ibrahim yang dilaporkan dirakam di Thailand.


Bila keadaan menjadi saling pass baton antara Papa Gomo, RBF, Parpu Kari, GAP dan Flying Kick, maka mudah difahami bahawa sekurang-kurangnya RM6,000 mesti dikumpul sebagai persediaan berdepan dengan tindakan S292, Kanun Keseksaan.

Andaikan yuran guaman RM5,000 dan makan minum RM2,000, justeru dana minimum yang mesti dikumpul ialah RM13,000.

Ada sesiapa sanggup menyumbang kepada DANA PEMBELAAN PENAYANGAN VIDEO AKSI SUMBANG ANWAR IBRAHIM?

Harap-harap entri ini tak akan mengganggu Solat Jumaat anda hari ini!

Dalam Diam Azmin Ali Menanam Ranjau Untuk Khalid Ibrahim

Dalam 1 tahun ini, sudah 3 kali saya disoalselidik (survey) melalui telefon dan sekali melalui temu bual di rumah, oleh pihak yang saya pasti oleh pihak PKR.

Semalam adalah yang terbaru soalselidik melalui telefon diajukan kepada saya.

Soalan adalah berkisar tentang isu-isu terkini dan meminta pandangan responden berhubung pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Antara yang maklum balas yang dipinta ialah berkenaan buletin Selangorkini, konsep Selangorku dan juga isu JAIS berhubung DUMC disamping skim-skim kerajaan negeri seperti TAWAS, SUME dan lain-lain lagi.

Menariknya, soalselidik berkenaan meminta respons pilihan antara PM DS Najib dengan De Facto PKR DS Anwar Ibrahim diperingkat nasional dan juga pilihan antara MB TS Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar.


Seperkara yang menimbulkan tandatanya, dari ketiga-tiga perbualan telefon saya dengan pihak berkenaan, diakhir sessi mereka meminta respons terhadap Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali. Saya berasa syak, PKR Selangor sedang mengumpulkan maklumat yang bermotifkan untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali sebagai MB Selangor. Tang tu, saya amat yakin sekali kewujudan agenda itu!

Apa Punya Suweh Khalid Ibrahim Bawa Ke Ijok?

Satu lagi sejarah tercatat di Ijok dalam tempoh Khalid Ibrahim mewakili DUN berkenaan.

Semalam, rompakan terbesar dalam sejarah Ijok telah berlaku yang membabitkan sejumlah wang RM1.9 juta.

Apa punya suweh Khalid Ibrahim bawa ke Ijok?
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Sebuah van keselamatan yang membawa kira-kira RM1.9 juta dilarikan lima lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol dalam satu rompakan di sebuah stesen minyak di pekan Ijok, Kuala Selangor hari ini. [Bernama/Utusan]

Thursday, October 6, 2011

"Jijah Tolong Keluar Jap, Ini Rahsia Lelaki" - Anwar Ibrahim

Bila arahkan pintu kamar ditutup maknanya mengundang bermacam-macam andaian. Malah jadi bahan sendaan.

Hantamlah Nuwar!
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kira-kira 20 minit perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung untuk sesi petang, barisan pembelaan memohon agar perbicaraan dbuat secara tertutup memandangakn saksi pembela ketujuh, pakar bedah ortopedik, Dr. Thomas Hoogland akan dirujuk kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan berhubung kejadian liwat. - Utusan

Khalid Samad 'Declare' Dah Pancit - Tidak Ada Duit Bertanding PRU13


Ternyata Khalid Samad dah pancit.

Tidak punya wang untuk hadapi pilihanraya.

Mungkin dia baru tahu bukan senang jadi wakil rakyat. Dia juga baru celik betapa dia dizalimi rakyat?

Jihadkah namanya sumbangan untuk tabung pilihanraya Khalid Samad? Walhal dia yang kompromi kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Dia juga yang hentam MPSJ yang kuatkuasa larangan pekerja Islam di premis Islam. Dia juga yang hentam tindakan JAIS di dalam isu murtad di Damansara Utama.

Jangan simpati dan bazirkan wang untuk menyumbang ke dana pilihanrayanya sebab Khalid Samad berkelakuan SUMBANG dalam hal ehwal Islam di Selangor.

Khalid Ibrahim Akhirnya 'Surrender' Kepada Najib


Akhirnya MB Selangor TS Khalid Ibrahim terpaksa surrender kepada PM DS Najib Razak.

Projek menampal jalan di kawasan DUN Ijok yang diwakilinya menjadi persendaan.

Jalan begini punya cantik pun rakyat tak puas hati.

Pulak tu, lusa Najib akan 'menceroboh' kawasan DUNnya yang majoriti pengundinya berbangsa India iaitu Ladang Tuan Mee.
Program ini adalah siri pertama program jelajah Perdana Menteri di Selangor untuk bertemu, mendengar masalah dan membantu rakyat.

"Kita jangkakan seramai 40,000 orang akan turut serta dalam program ini nanti," kata
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat mengenai tinjauan mesra itu di sini, hari ini.

Najib dijadual memulakan tinjauan mesranya di lapang Ladang Tuan Mee di Ijok, Kuala Selangor sebelum ke Bandar Tasik Puteri di Kuang dan seterusnya ke Pekan Rawang. [Bernama/Berita Harian]

Nik Aziz Zuhud Di Depan, Mewah Di Belakang

Di Malaysia nampak zuhud

Lena dengan puji-pujian manusia

Di Mekah tak nampak zuhud

Lupa Allah dan teknologi terkini menyaksikan

Wednesday, October 5, 2011

Anwar Dalam Bergurau Mengaku Beristeri 8, Rupanya Memang Betul Kot?

Saksikan temberang Anwar yang rupanya sejak dari dalam kerajaan.

Dah jadi ketua pembangkang, bertambah kuat temberangnya.

Tajuddin Ramli Tak Sampai Hati Saman Din Pudu Sentral?


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mungkin bernasib baik kerana tidak disaman oleh TS Tajudin Ramli, seperti yang dihadapi oleh oleh The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider mohon maaf kepada Tajuddin Ramli

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Portal berita propembangkang The Malaysian Insider hari ini mengemukakan permohonan maaf terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli kerana penerbitan berita tanpa fakta dan fitnah.

Ia ekoran penyiaran satu perenggan yang menyebut mengenai Tajudin di dalam artikel bertarikh 31 Mei 2011 bertajuk, MACC Clears AG of Graft Allegations di dalam portal itu.

“Malaysian Insider melahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada beliau atas semua keaiban dan kesulitan dihadapinya disebabkan oleh tuduhan fitnah itu,” kata portal itu.

Selain itu, The Malaysian Insider serta-merta menarik balik artikel tersebut yang telah disiarkan di portal berita mereka dan berjanji tidak mengulangi perkataan yang membawa maksud sama pada masa akan datang.

Pernyataan maaf itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dan wartawan portal itu, Shazwan Mustafa Kamal. - Utusan

Guan Eng Terkedu Bila Pulau Pinang Dihempap Kren


KM Pulau Pinang Lim Guan Eng begitu riak mengatakan negerinya lebih selamat dari Johor.

Bila musibah menimpa dengan kren pembinaan runtuh, apakah Pulau Pinang negeri paling selamat?

Perangai Guan Eng umpama salesman yang memburuk-burukkan barangan orang lain.

Tuan KM sudah lawat mangsakah?

A giant comes to grief: A seven-storey-high crane tower lying on its side after toppling over and crashing onto three pre-war houses in Penang early Tuesday. -MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Berak Di Tempat Terbuka - Juara-Juaranya Ialah.........


Berikut adalah dipetik dari berita lawan web dari Indonesia;
VIVAnews - UNICEF, badan Perserikatan Bangsa-bangsa untuk perlindungan anak, melansir hasil survei yang menemukan Indonesia bersama India dan China adalah juara-juara dunia untuk buang air besar di tempat terbuka. Indonesia bersama China berada di posisi dua dunia.

Di posisi nomor satu adalah India. UNICEF melansir, 58 persen dari populasi dunia yang buang air besar di alam terbuka berada di India. China dan Indonesia dinyatakan masing-masing memiliki 5 persen warganya yang masih membuang hajat di alam terbuka. Pakistan menempati posisi nomor tiga bersama Ethiopia, masing-masing 4,5 persen. Total, menurut data UNICEF/WHO pada 2010, 1,1 miliar orang di dunia masih buang air besar di alam terbuka. [Laporan penuh klik VIVAnews]

Tuesday, October 4, 2011

Anwar Ibrahim & Najwan Halimi Bawa Suweh Kepada Plaza Perangsang?

Semenjak tersergamnya Plaza Perangsang di Shah Alam, belum pernah saya melihat banner yang seperti di atas terpampang di bangunan tersebut. Namun kini, jika anda melalui bangunan tersebut terpampang banner besar yang seperti di atas di bahagian belakang (yang menghadap ke Lebuhraya Persekutuan) dan di sisi bangunan (menghadap Bank Negara Shah Alam).

Bila terpampangnya banner yang sedemikian, bermakna bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri tersebut telah mulai lengang tanpa penyewa.

Khabarnya, pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor turut menghuni bangunan berkenaan.

Pelik juga, kerana Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bukan calang-calang orang. Jawatan tersebut disandang oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sepatutnya, bangunan tersebut meriah. Tetapi semenjak pejabat Anwar berada di situ, ruang-ruang pejabat menjadi semakin lengang.

Apakah Anwar dan Najwan Halimi (saksi misteri kes Anwar) membawa SUWEH kepada bangunan berkenaan?

Belanjawan Pembangkang Ibarat Poket Kosong - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 4 Okt. - “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja,” kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini. - Bernama/Utusan

Mat Sabu Buat Hal Lagi! Kini Nak Ubah Fakta Sejarah Parti PASlah Pulak

"Mungkin nama Asri alergik kepada Mat Sabu di atas apa yang berlaku maka Mat Sabu merasakan tidak wajar nama Asri keluar dari mulutnya. Tetapi Mat Sabu dan Pas serta sekalian orang dalam Pas yang benci Asri perlu ingat dan sedar bahawa ada juga mereka yang terkenang kepada Asri." - Mohd Sayuti Omar

Allah Maha Adil.

Sememangnya ditakdirkan Mat Sabu gagal dalam pendidikan dan tidak diizinkan menjadi professor sejarah.

Andai ditakdirkan Mat Sabu menjadi penulis buku sejarah, maka sejarah akan ditulis mengikut KEPALA HOTAKnya.

Monday, October 3, 2011

Penafian Yaakop Sapari Terhadap Video Adegan Asmara Di Pejabat ADUN Kota Anggerik Undang Persoalan


Penafian yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakop Sapari berhubung dengan video skandal di pejabat perkhidmatannya bukan dapat mematikan isu tersebut, malah telah menimbulkan tandatanya.

Pertama, mengapa Yaakop Sapari cuma membuat penafian terhadap pelakon wanita dan tidak menafikan pelakon lelaki?

Kedua, mengapa perlu ditunjukkan sijil cuti sakit pembantu tadbir, Norlela Idris?

Oleh kerana, Yaakop tidak menafikan yang beliau kenal dengan pelakon lelaki dalam video berkenaan, tidakkah ini membuka ruang untuk diperbahaskan?

Mungkin ada teori yang mengatakan bahawa lelaki berkenaan mengambil kesempatan tatkala pembantu tadbir sedang bercuti, lantas membawa seorang wanita untuk melakukan adegan asmara di pejabat Yaakop.

Andainya ia benar berlaku di pejabat Yaakop, bermakna ia dilakukan oleh orang PKR sendiri dan tentunya ia tiada kena mengena dengan UMNO, seperti didakwa oleh Yaakop.

Raja Nong Chik Tertiarap Di Kg Baru Tapi Mahu Ber'Tai-Chi' di Chinatown?

Ada 2 berita menarik tersiar di Utusan Malaysia.

Pertama, berita yang menjadikan pihak pembangkang menjadi gah dan mendakwa Raja Nong Chik terpaksa tunduk dengan desakan mereka.
Kedua, laporan berkenaan penolakan usul untuk membicang pengambilalihan tanah di Jalan Sultan (Chinatown).
Apakah Raja Nong Chik memilih untuk tertiarap dikedua-dua gelanggang atau memilih untuk bertaichi di Chinatown?

Perlu juga diingat, antara Kg Baru dan Jalan Sultan ada perbezaan. Di Kg Baru adalah pembangunan semula, sementara di Jalan Sultan pula ia pembangunan infra. Berdasarkan pengalaman yang lalu, pembangunan infra biasanya tiada kompromi.

Jadi, apakah pilihan bagi Raja Nong Chik?

Kempen Nyahkan Anwar Ibrahim Dari Pakatan Rakyat

Sunday, October 2, 2011

Betulkah Ada Ketua Ranting PKR Cabul Anak Tiri?

Biar betul dengan status FB di atas.

Ini boleh mendatangkan kemarahan pada Anwar Ibrahim.

KITA Tidak Akan Sertai BN, Tapi Mungkin Hanya Zahid Ibrahim?

Mungkin tidak bagi KITA untuk menyertai BN, tapi bagaimana dengan Zaid sendiri?

"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.

"Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun,” - Zaid Ibrahim

Persoalannya apakah ideologi yang ingin diterap dan dibawa oleh Zaid melalui kita? Janganlah sekadar untuk meletakkan diri setaraf dengan rakan dan lawan politik. Zaid kena ingat bahawa dalam konteks hari ini kebanyakan parti, khususnya pembangkang hanya terus hidup dalam mencipta isu.

Malah Zaid sendiri pun kini sedang berdepan dengan keraguan dikalangan ahli partinya, ekoran pemecatan dan penarikan diri kepimpinan tertinggi parti KITA.