Wednesday, January 27, 2016

Teori Tony Pua : Biarkan Rakyat Tak Cukup Makan, Nanti Mereka Akan Sokong DAP


Berdolak dalik kononnya DAP lebih mementingkan isu pentadbiran berbanding isu perkauman dan agama, namun hakikatnya Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua lebih suka kalau masyarakat luar bandar yang majoritinya adalah Melayu dan bumiputera dalam keadaan tidak cukup makan.
"Apabila mereka (masyarakat luar bandar) tidak mampu hidup "kais pagi makan pagi", mungkin itu akan membuatkan mereka memikirkan tentang faktor ekonomi lebih daripada isu perkauman dan agama. 
"Itu yang Pakatan Harapan harapkan, iaitu ada kesedaran di mana terdapat hubungan antara pentadbiran dan kos sara hidup serta keperitan yang dihadapi hari ini." (dipetik dari TMI)
Bermakna, apa juga yang berlaku terhadap kenaikan kos sara hidup yang menjejaskan kehidupan rakyat adalah sesuatu yang diharapkan oleh DAP.

Jika ini adalah sebahagian dari strategi politik DAP, mungkinkah mereka terlibat dalam aktiviti mensabotaj ekonomi negara dalam mencipta kesengsaraan rakyat dan pada masa yang sama mengikis keyakinan terhadap pentadbiran BN?

Kiranya itulah pendirian DAP, bermakna mereka memperjudikan kehidupan rakyat dan sukar bagi parti berkenaan untuk menafikan bahawa kesengsaraan rakyat ekoran dari kenaikan harga barangan pada hari ini, adalah sebahagian dari pelan tindakan ciptaan mereka.

Mungkin merasakan kartel DAP punya kekuatan dan penguasaan dalam penentuan harga, maka mereka menjaja dan mengancam rakyat dengan slogan 'Undi BN, Barang Naik' sejak PRU12 dan PRU13.

Suatu perkara yang harus diambil serius dari kenyataan tersirat Tony Pua tersebut.