Friday, May 31, 2013

Ramai Tak Perasan Pada 2009 Teng Chang Khim Pernah Perjuangkan Autonomi DAP Dalam Urus DUN Selangor - Terbaru Dia Isytihar Akan Cuba Lagi


Selepas dilantik sebagai Exco Kerajaan Selangor, bekas Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim membuat kenyataan bahawa beliau akan meneruskan hasrat untuk memastikan draf Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri Selangor (SELESA) dibentang dan diluluskan oleh DUN.

Dalam laporan yang dipetik dari The Star,
Teng said one of the democratic reforms needed to be carried out would be to pass the Selangor Legislative Assembly Service Commission Enactment (Selesa) drafted in 2009, which was not passed previously "due to some obstacles".
The draft defines the function and role of the executive and legislative branches of government in the state, including clearer roles and functions of the legislative assembly through the state assembly, executive council through the Mentri Besar and state exco members and judiciary under the Federal Constitution.
Asked what the obstacles were, Teng said the previous exco had blocked it.
"Now that I'm in the exco, I will get rid of these obstacles," he said.
Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa draf enakmen berkenaan telah dirangka pada 2009 yang dikaburi dengan matlamat pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Hakikatnya, Teng yang ketika itu merupakan Speaker DUN Selangor mahukan autonomi terhadapnya melalui Suruhanjaya Perkhidmatan DUN Selangor (SELESA).

Speaker melalui Suruhanjaya berkenaan adalah berkuasa dalam mengetuai pengurusan, pejawatan, kewangan dan perkhidmatan, malah juga bertanggungjawab dalam pengurusan aset milik DUN Selangor.

Malahan melalui usaha berkenaan, DUN dan semua aset dan sumber manusianya bukan secara lansung dibawah perkhidmatan kerajaan negeri.

Dari kenyataan Teng di atas, jelas bahawa halangan utama terhadap kegagalan pembentangan draf enakmen berkenaan ialah Majlis Exco sendiri.

Nampaknya beliau masih tidak berputus asa untuk meletakkan pengawalan dan penguasaan DAP terhadap pengurusan perkhidmatan DUN Selangor, apatah pula seorang lagi ADUN DAP Hanna Yeoh telah dilantik ke jawatan tersebut.

Soalnya, apakah kali ini MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan menuruti telunjuk Teng?

Maklumat kandungan draf enakmen berkenaan boleh dibaca SINI.

Thursday, May 30, 2013

Dr Khir Toyo Turuti Dato' Harun Sebagai Bekas MB Selangor Ke Penjara - Tapi Yang Pasti Dengan 2 Perjalanan Yang Berbeza


Foto atas adalah rakaman ketika hari perbicaraan Allahyarham Dato' Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor yang berdepan dengan kes rasuah pada dekan 70an.

Meskipun tidak lagi menjadi Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Dato' Harun tetap diiringi oleh para penyokong setianya ke mahkamah. Malah, para penyokong-penyokong Harun berkawal di kediamannya untuk menghalang pihak berkuasa membawanya ke penjara.

Hingga dikatakan bahawa Harun telah dengan rela dan telah dibawa melalui pintu belakang tanpa disedari serta melepasi kawalan para penyokongnya.

Petang tadi, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Khir Toyo keatas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 yang mensabitkan kesalahan salah guna kuasa terhadap pembelian hartanah RM3.5 juta yang dikatakan sebagai dibawah harga pasaran.

Seperti Harun, Khir juga akan menambah bilangan bekas MB Selangor yang dipenjara.

Cuma yang menjadi perbezaan perjalanan antara kedua mereka, apakah penyokong-penyokong Khir  berkawal di kediamannya?

Kelebihan Harun ialah beliau tetap menang jawatan Naib Presiden UMNO meskipun masih berada dalam penjara dan akhirnya telah mendapat ehsan pengampunan Diraja.

Tentu Ada Istimewanya Elizabeth Wong Dari Kaca Mata Khalid Ibrahim Hingga Dilantik Semula Sebagai Exco Selangor


Barisan Exco dipersembahkan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi, tidak mewakili samada geografikal mahu pun geo-politik Selangor.

Kalau mengikut daerah, 4 dari 10 anggota exco yang dilantik adalah dari daerah Klang. Mereka adalah Dato' Teng Chang Khim (Sg. Pinang), Dr Halimah Ali (Selat Klang), Dr Daroyah Alwi (Sementa) dan V. Ganabati Rao (Kota Alam Shah).

Malah angka ini bertambah menjadi 5 bagi daerah Klang, jika mengambilkira kedudukan Khalid sebagai MB yang juga adalah ADUN Pelabuhan Klang.

Walhal dalam kedudukan 9 daerah yang ada di Selangor dan ditambah dengan majoriti selesa 44 kerusi DUN yang dimenangi oleh PR, maka adalah tidak wajar jumlah jawatan yang lebih diperuntukkan kepada ADUN dari daerah berkenaan.

Daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor tidak mempunyai wakil dalam komposisi tersebut.

Malah kalau mengambil kira kawasan parlimen yang berjumlah 22 di Selangor, Kapar mempunyai 3 exco (Teng, Dr Halimah dan Dr Daroyah) dan Klang mempunya 2 exco termasuk MB (Ganabati dan Khalid).

Agihan ini jelas tidak seimbang jika mengambil kira samada mengikut sempadan daerah mahupun sempadan parlimen.

Seperkara lagi, memasukkan semula Elizabeth Wong hingga terpaksa mengorbankan Dr Xavier Jeyakumar dan Yaakob Sapari adalah sesuatu yang tidak kena. Perlu diingat bahawa pada penggal lepas  Eli pernah menghantar surat perletakan apabila tersebar foto separuh lucahnya di alam siber.

Justeru, dengan surat perletakan jawatan yang pernah ditandatanganinya itu, Khalid boleh untuk tidak memasukkan Eli dalam jemaah Exco Selangor.

Soalnya, apa istimewanya Eli Wong? Mungkinkah ia bakal mengetuai 'Angels' Khalid, apabila kesemua 3  kuota PKR telah diisi oleh wanita iaitu Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi disamping Eli?

Senarai penuh jemaah Exco Selangor yang mengangkat sumpah hari ini ialah  Iskandar Samad (PAS Chempaka),  Dr Halimah Ali (PAS Selat Klang), Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS Sijangkang), Sallehen Mukhyi (PAS Sabak), Datuk Teng Chang Khim (DAP Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (DAP Seri Kembangan), V. Ganabati Rao (DAP Kota Alam Shah), Rodziah Ismail (PKR Batu Tiga), Elizabeth Wong Keat Ping (PKR Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (PKR Sementa).

Wednesday, May 29, 2013

Akhirnya Dato' Bandar Shah Alam Korbankan Diri Untuk Dituduh Sebagai Agen UMNO


Apa yang pasti ialah Dato' Bandar Shah Alam Dato' Mohd Jaafar Mohd Atan ialah orang kepercayaan MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Ini adalah berdasarkan kepada perlantikannya sebagai Dato' Bandar dibuat semasa pemerintahan Khalid.

Hari ini, Jaafar cuba berlakon kononnya ia adalah agen UMNO dengan mengambil kesempatan dari tidak berfungsinya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (ekoran belum ada perlantikan), dengan mengumumkan kenaikan 50% caj parkir di PBT berkenaan, daripada 40 sen kepada 60 sen sejam.


Apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kembali berfungsi, gerenti para Exco akan membatalkan kenaikan tersebut dan dengan sendirinya Khalid Ibrahim akan dilihat sebagai hero.

Barangan Dapur (Beras, Gula, Minyak Masak & Tepung) Naib Presiden PAS Dan Setia Usaha Agung PKR Akan Ditanggung Oleh Kerajaan Selangor Selama 5 Tahun


Bila pecah berita Setia Usaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail bakal dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Hubungan Politik di Selangor, lantas PAS juga turut tidak mahu ketinggalan dengan cadangan balas untuk meletakkan salah seorang dari Naib Presiden

YDP PAS Pandan Iskandar Samad dalam cadangan balasnya menuntut supaya wakil PAS dilantik untuk memantau pentadbiran negeri Selangor.

Dikalangan 3 Naib Presiden PAS, meskipun Husam Musa kalah di Putra Jaya tapi masih menang di kerusi DUN, sementara Mahfuz Omar berjaya mengekalkan kerusi parlimen yang ditandinginya. Sebaliknya, Salahudin Ayub kalah di kedua-dua kerusi DUN dan parlimen yang ditandingi.

Dalam keadaan demikian jika perlantikan berkenaan diterima dan dilaksana, maka jelas memihak kepada Salahudin.

Walau bagaimana pun, cadangan terhadap perlatikan Saifudin dan Salahudin dilihat sebagai percubaan untuk memberi ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti yang kalah dalam PRU13 mendapatkan punca pendapatan.

Jika ini berlaku, bermakna barangan dapur (beras, gula, minyak masak dan tepung) untuk kedua-dua pemimpin PKR dan PAS adalah ditaja dan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tempoh selama 5 tahun!

Tuesday, May 28, 2013

Dokumen Dedahkan Mat Sabu Loya Nak Makan Itik Dengan Guan Eng


Tahun lepas kita dikejutkan dengan kenyataan kontroversi Mat Sabu yang mengatakan betapa dia lebih rela makan babi dengan Guan Eng, dari makan ayam dengan Najib.

Namun begitu, hakikatnya 25 tahun dulu Mat Sabu amat loya walau pun makan itik dengan Guan Eng.

Berdasarkan pendedahan dokumen Kertas Putih Ops Lalang (Kertas Perintah 14 Tahun 1988) oleh blog Jebat Must Die, Mat Sabu disebut dalam dokumen tersebut telah memainkan sentimen kristianisasi untuk mencetuskan kegelisahan rakyat.


Disamping Mat Sabu, Khalid Samad yang pada tahun 1987 merupakan Setia Usaha Pemuda PAS Pusat pernah menyebut bahawa seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000.

Malang sekali apabila Negara Kristian Malaysia tidak tertubuh pada tahun 2000, Khalid Samad pula bertukar dari seorang anti kristianisasi, kepada seorang yang mesra gereja.

Baca seterusnya berkenaan Dokumen Ops Lalang klik SINI.

Khalid Bukan Lagi MB Selangor - Kini Diganti Oleh Sahar Ibrahim


Khabarnya MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah diarahkan untuk membawa masuk Saifudin Nasution dalam pentadbiran Selangor. Tugasan Setia Usaha Agong PKR ialah sebagai pemantau hubungan politik dikalangan PR Selangor.

Namun begitu, hakikat melantik Saifudin sebagai salah seorang pegawai tinggi di Selangor, tidak lain hanyalah untuk menyediakan punca pendapatan kepadanya, yang kalah bertanding untuk kerusi Kulim - Bandar Baharu pada PRU13.

Adalah dikhuatiri juga dengan meletakkan Saifudin untuk campurtangan di Selangor, akan membawa kepada  kemusnahan kepada hasil mahsul negeri Selangor.

Semasa Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya, Khalid telah berjanji untuk membuang sifat kedekutnya.


Khalid yang memberitahu para perwakilan PKR memberitahu bahawa nama kampungnya ialah 'Sahar'.

Jadi, dengan semangat nama timangannya 'Sahar' itu, mungkin Khalid akan lebih berani.

Pertama, berani untuk berbelanja lebih dan pada masa yang sama memberi keuntungan kepada 'kantung' PKR.

Kedua, berani menyisihkan 'orang-orang' Azmin Ali untuk jawatan Exco. Khabarnya kuota PKR untuk jawatan Exco, Sahar akan membawa masuk ADUN Ijok Dr Idris Ahmad, disamping mengekalkan Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail. Jika ini berlaku, bermakna Dr Xavier Jeyakumar dan Yaakob Sapari bakal digugiurkan. 

Ketiga, Sahar akan kelihatan lebih berani jika berjaya meletakkan komposisi jawatan Exco iaitu 4 untuk PAS, 3 DAP dan 3 PKR. [Rujuk Antara Pos]

Namun disebalik keberanian Sahar, tanpa disedari beliau telah dikacip oleh kuasa-kuasa politik tertinggi PKR dalam mentadbir Selangor, iaitu masing-masing adalah Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali yang juga adalah Pengerusi PKR Selangor) dan Setia Usaha Agong PKR (Saifudin yang dikatakan akan dilantik sebagai pegawai pemantau di Selangor)

Alahai malang nasib Si Sahar!

Monday, May 27, 2013

Zuraida Kamarudin Tidak Senada Walau Anwar Ibrahim Asyik Menyalahkan SPR

Foto Asal : Jinggo Fotopages
Tidak seperti Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin lebih memandang kedalam parti sendiri dari menyalahkan SPR dalam menghurai punca kekalahan PKR pada PRU13.

Jelas sekali Ketua Wanita PKR itu lebih bersikap realistik berbanding membangkit retorika yang menjadikan SPR sebagai 'kambing hitam', diatas pencapaian PKR yang paling rendah berbanding DAP dan PAS.

Sunday, May 26, 2013

Kerajaan Kena Tubuh Agensi Macam Tabung Haji Untuk Bawa Masuk 40,000 Pengundi Bangla


Menjelang hari pengundian PRU13 yang lalu, foto atas adalah antara yang banyak terpapar di media alternatif dan media sosial.

Ia adalah bertujuan untuk menguat dakwaan Anwar Ibrahim, kononnya 40,000 orang pengundi dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia untuk mengundi.

Terasa amat bodoh benarlah penyokong-penyokong pembangkang yang begitu mudah mempercayai kenyataan karut Anwar.

Bayangkan untuk mengendali seramai 28,000 jemaah haji Malaysia setiap tahun, ada badan berkanun khusus untuk mengelolakan untuk tujuan tersebut (Lembaga Urusan dan Tabung Haji), inikan pula untuk mengurus 40,000 'jemaah pengundi' dari Bangladesh.

Bercakap dari hal pengurusan penginapan pun, sudah cukup untuk memeningkan.

Malang sungguh bagi kita rakyat Malaysia yang tidak dapat menyaksikan 'jemaah pengundi Bangladesh'  khemah-khemah di Padang Merbok, Kuala Lumpur, seperti lazim yang kelihatan di Padang Arafah semasa hari wukuf, sepanjang tempoh berlansungnya PRU13 yang lalu!