Tuesday, May 28, 2013

Khalid Bukan Lagi MB Selangor - Kini Diganti Oleh Sahar Ibrahim


Khabarnya MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah diarahkan untuk membawa masuk Saifudin Nasution dalam pentadbiran Selangor. Tugasan Setia Usaha Agong PKR ialah sebagai pemantau hubungan politik dikalangan PR Selangor.

Namun begitu, hakikat melantik Saifudin sebagai salah seorang pegawai tinggi di Selangor, tidak lain hanyalah untuk menyediakan punca pendapatan kepadanya, yang kalah bertanding untuk kerusi Kulim - Bandar Baharu pada PRU13.

Adalah dikhuatiri juga dengan meletakkan Saifudin untuk campurtangan di Selangor, akan membawa kepada  kemusnahan kepada hasil mahsul negeri Selangor.

Semasa Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya, Khalid telah berjanji untuk membuang sifat kedekutnya.


Khalid yang memberitahu para perwakilan PKR memberitahu bahawa nama kampungnya ialah 'Sahar'.

Jadi, dengan semangat nama timangannya 'Sahar' itu, mungkin Khalid akan lebih berani.

Pertama, berani untuk berbelanja lebih dan pada masa yang sama memberi keuntungan kepada 'kantung' PKR.

Kedua, berani menyisihkan 'orang-orang' Azmin Ali untuk jawatan Exco. Khabarnya kuota PKR untuk jawatan Exco, Sahar akan membawa masuk ADUN Ijok Dr Idris Ahmad, disamping mengekalkan Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail. Jika ini berlaku, bermakna Dr Xavier Jeyakumar dan Yaakob Sapari bakal digugiurkan. 

Ketiga, Sahar akan kelihatan lebih berani jika berjaya meletakkan komposisi jawatan Exco iaitu 4 untuk PAS, 3 DAP dan 3 PKR. [Rujuk Antara Pos]

Namun disebalik keberanian Sahar, tanpa disedari beliau telah dikacip oleh kuasa-kuasa politik tertinggi PKR dalam mentadbir Selangor, iaitu masing-masing adalah Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali yang juga adalah Pengerusi PKR Selangor) dan Setia Usaha Agong PKR (Saifudin yang dikatakan akan dilantik sebagai pegawai pemantau di Selangor)

Alahai malang nasib Si Sahar!

2 comments:

Anonymous said...

... orang melayu terkenal dengan bahasa halus dan sindiran halusnya. Khalil diminta angkat sumpai adalah sebagai sindiran yang tahapnya hanyalah setakat pengawal jaga pintu istana. Tengok filem-filem melayu lama, hanya pengawal istana sahaja yang pegang tombak masa menghadap Sultan. Orang-kanan kanan,dato'-dato pegawai istana hanya membawa keris dan bila mengucap sumpah dengan menghunus dan mengucup keris.... Inikah taraf Khalid di selangor sekadar......

Anonymous said...

Lantak merekalah, Selangors gone to the DAPigs anyway...