Thursday, May 30, 2013

Tentu Ada Istimewanya Elizabeth Wong Dari Kaca Mata Khalid Ibrahim Hingga Dilantik Semula Sebagai Exco Selangor


Barisan Exco dipersembahkan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi, tidak mewakili samada geografikal mahu pun geo-politik Selangor.

Kalau mengikut daerah, 4 dari 10 anggota exco yang dilantik adalah dari daerah Klang. Mereka adalah Dato' Teng Chang Khim (Sg. Pinang), Dr Halimah Ali (Selat Klang), Dr Daroyah Alwi (Sementa) dan V. Ganabati Rao (Kota Alam Shah).

Malah angka ini bertambah menjadi 5 bagi daerah Klang, jika mengambilkira kedudukan Khalid sebagai MB yang juga adalah ADUN Pelabuhan Klang.

Walhal dalam kedudukan 9 daerah yang ada di Selangor dan ditambah dengan majoriti selesa 44 kerusi DUN yang dimenangi oleh PR, maka adalah tidak wajar jumlah jawatan yang lebih diperuntukkan kepada ADUN dari daerah berkenaan.

Daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor tidak mempunyai wakil dalam komposisi tersebut.

Malah kalau mengambil kira kawasan parlimen yang berjumlah 22 di Selangor, Kapar mempunyai 3 exco (Teng, Dr Halimah dan Dr Daroyah) dan Klang mempunya 2 exco termasuk MB (Ganabati dan Khalid).

Agihan ini jelas tidak seimbang jika mengambil kira samada mengikut sempadan daerah mahupun sempadan parlimen.

Seperkara lagi, memasukkan semula Elizabeth Wong hingga terpaksa mengorbankan Dr Xavier Jeyakumar dan Yaakob Sapari adalah sesuatu yang tidak kena. Perlu diingat bahawa pada penggal lepas  Eli pernah menghantar surat perletakan apabila tersebar foto separuh lucahnya di alam siber.

Justeru, dengan surat perletakan jawatan yang pernah ditandatanganinya itu, Khalid boleh untuk tidak memasukkan Eli dalam jemaah Exco Selangor.

Soalnya, apa istimewanya Eli Wong? Mungkinkah ia bakal mengetuai 'Angels' Khalid, apabila kesemua 3  kuota PKR telah diisi oleh wanita iaitu Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi disamping Eli?

Senarai penuh jemaah Exco Selangor yang mengangkat sumpah hari ini ialah  Iskandar Samad (PAS Chempaka),  Dr Halimah Ali (PAS Selat Klang), Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS Sijangkang), Sallehen Mukhyi (PAS Sabak), Datuk Teng Chang Khim (DAP Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (DAP Seri Kembangan), V. Ganabati Rao (DAP Kota Alam Shah), Rodziah Ismail (PKR Batu Tiga), Elizabeth Wong Keat Ping (PKR Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (PKR Sementa).

No comments: