Saturday, May 26, 2012

Ahli Parlimen PAS Bersalam Dengan Artis Wanita Di Himpunan Sejuta Belia


Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga pakar nuklear Dr Che Rosli Che Mat dikesan bersalaman dengan seorang artis wanita minit (4:11 video di bawah), ketika menyertai rombongan Menteri dan Timbalan Menteri Belia & Sukan ke Himpunan Sejuta Belia di Putra Jaya.

Teringat kata-kata ulamak Indonesia Allahyarham Dr Hamka yang beliau tidak akan menolak bersalaman dengan wanita, jika wanita berkenaan yang menghulurkan tangan. Alasannya adalah untuk tidak memalukan wanita berkenaan.

Wallahualam.

Anwar Enggan Beri Ucaptama Himpunan Belia Selangor Bila Ramai Bunian Dari Orang


Anwar Ibrahim tersingung bila melihat wajahnya diletakkan no. 3 selepas MB dan Exco Belia pada bunting Himpunan & Konvesyen Belia Selangor. Oleh kerana penganjuran adalah oleh agensi Kerajaan Negeri, maka wajarlah wajah Anwar diletakkan di kedudukan ke 3 dan bukan paling atas.

Menurut aporan awal yang disiarkan oleh portal Selangorku, Anwar akan memberikan ucaptama.


Dengan kehadiran Anwar, Pakatan Rakyat berharap dapat mengurangkan kehadiran anak-anak muda ke Himpunan Sejuta di Putra Jaya.

Namun begitu, ia tidak menarik kehadiran yang diharapkan. Menurut anggota unit amal yang bertugas di Kompleks Belia Selangor di Shah Alam, Anwar sepatutnya hadir, tetapi masih tidak muncul (ketika saya tiba di perkarangan kompleks tersebut pada jam 10.30 pagi).

Tentunya Anwar enggan hadir kalau lebih ramai bunian dari manusia yang hadir di majlis berkenaan.

Saksikan sendiri foto-foto menarik di bawah.






Friday, May 25, 2012

Azmin Pelengkap Minggu Malang Pemimpin-Pemimpin PKR


Azmin menjadi pelengkap kepada minggu malang pemimpin PKR.

Jika Anwar menjadi menjadi sasaran lontaran telur busuk, Azmin pula berdepan kepanasan dialog dengan penduduk SS7, Kelana Jaya gara-gara kontroversi pembangunan padang Komplek Sukan PKNS.

Pengakuan Nurul Izzah - Peristiwa Paling Hitam Yang Saya Alami


Bagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah pengalaman di kawasan parlimennya sendiri malam tadi adalah yang terburuk yang dialaminya.

Kenyataan dibawah adalah dipetik dari The Malaysian Insider.


Lantaran batu dan telor berterbangan di ceramah Nurul Izzah (yang difahamkan turut dihadiri papa kesayangannya Anwar Ibrahim), seperti biasa pemuda UMNO dipersalahkan.

Namun begitu, ada satu lagi versi yang mengatakan ia adalah berpunca dari AMK yang turut berada di tempat kejadian.

Baca pendedahan blog Joe Pisang di SINI.

Tak Mahu Kalah Dengan PAS - Wan Azizah Umum Bukan 1 Tapi 4


Semalam Presiden PKR DS Wan Azizah mengumumkan 4 profesional menyertai PKR.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah adalah nama-nama mereka yang telah pun bergelumang dalam 'kubang kerbau' PKR.

Ternyata ia sekadar untuk memaklumkan kepada umum bahawa "kalau bekas bekas Pengarah JSJ PDRM Fauzi Shaari sertai PAS, PKR pun juga diminati oleh profesional pencen. Bukan 1 tapi 4".

Thursday, May 24, 2012

Hanya Orang Gila Sahaja Yang Percaya - MP Kapar Manickavasagam Dakwa Ditawar Presiden MIC Kalau Keluar PKR


MP PKR Kapar S. Manickavasagam menambah lagi cerita karut.

Dalam kenyataan terbarunya di portal Selangorku, dia mendakwa ditawarkan jawatan Presiden MIC jika sanggup keluar dari PKR.

Banyak sangatkah sumbangannya kepada rakyat dan kepada masyarakat berketurunan India di Malaysia.

Hanya orang gila sahaja yang percaya.

Pasangan 'Cinta Kilat' Raja Pasir Kampar Disiasat Dibawah Kes Khianat Awam


Raja Pasir Kampar Samshuri Mat Zin harus bersyukur kerana hubungannya dengan Nizar Jamaludin hanya ibarat 'cinta kilat'.

Pagi tadi, pasangan 'cinta kilat' Samshuri telah disiasat polis dibawah keslahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam (dipetik dari Utusan).

Gara-Gara Penarikan Balik Sokongan Hindraf - Ahli Parlimen PAS Berkumpul Di Rumah Ambiga Minta Talian Hayat


Beberapa orang ahli parlimen pembangkang di lihat berkumpul di rumah Ambiga, sebagai tanda sokongan terhadap privacy peneraju Bersih tersebut.

Menariknya MP Kota Raja, Shah Alam dan Kuala Selangor yang masing-masing adalah Dr Siti Mariah, Khalid Samad dan Dr Dzul turut hadir. Ketiga-tiga kawasan parlimen berkenaan mempunyai pengundi India yang ramai.

Ekoran kenyataan pemimpin Hindraf Uthayakumar Ahad lepas, bahawa mereka menarikbalik sokongan terhadap Pakatan Rakyat, malah akan meletakkan calon mereka di sendiri di kawasan Kota Raja.

Hal ini amat mengecewakan Dr Mariah, lantas menzahir simpati dan sokongan kepada Ambiga tidak lain untuk menyambung talian hayat untuk dalam meraih sokongan pengundi-pengundi India.

Wednesday, May 23, 2012

Pengganti Dr Hasan Ali Mengaku Kalah


Pengganti Dr Hasan Ali dalam Jemaah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi awal-awal lagi mengangkat bendera putih.

Dalam kenyataannya di portal Selangorku, beliau hanya terdaya mengumpulkan seramai 2,500 orang belia ke Himpunan Belia Selangor 2012.


Meskipun bannernya kelihatan gah, namun itu sahaja sasaran yang termampu diberikan untuk menyambut Anwar dalam menyaingi Himpunan Jutaan Belia di Putra Jaya, pada tarikh yang sama.

Apa pun, tahniah diatas sikap realistik Dr Ahmad Yunus!

YDP PAS Kawasan Pandan Dedahkan Pertelingkahan PAS-DAP Dalam Mesyuarat Exco Selangor Kepada Portal Pro BN?


Sesuatu yang agak janggal apabila YDP PAS Kawasan Pandan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor mengutus e-mel untuk siaran ke portal Agenda Daily.

Adalah kurang manis bagi Iskandar untuk memanjangkan masalahnya kepada media kerana kedudunkannya dalam pentadbiran negeri. Tambahan pula, beliau boleh juga menyalurkan pandangan tersebut melalui PAS Selangor.


Adalah jelas bahawa Iskandar memohon supaya Agenda Daily memberi ruang untuk memberi soroton usul PAS Kawasan Pandan berkenaan 'coalition agreement' yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung mereka pada 21 April 2012. (Baca Usul 3 di SINI)

Bagi saya, ada sesuatu yang tidak kena pada Iskandar. Ia seolah-olah menggambarkan kesukaran bagi dirinya untuk mempertahankan pendirian PAS dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Tanpa pengalaman itu, pastinya beliau tidak akan meminta PAS Kawasan Pandan yang diketuainya, membentangkangkan usul berkenaan di mesyuarat agung.

Pastinya, Iskandar memendam rasa lantaran 2 lagi rakannya dalam Mesyuarat Exco iaitu Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus Khairi tidak dapat membantunya, khususnya dalam perkara membabitkan isu berkenaan Islam dan Melayu.

Dr Ahmad Yunus tentunya amat sukar untuk menandingi Dr Hasan Ali, walhal beliaulah yang mengambilalih kekosongan yang ditinggalkan, lantaran pemecatan Dr Hasan dari PAS. Perlantikan Dr Ahmad Yunus tidak lain hanyalah berperanan untuk diam dan tidak vokal seperti Dr Hasan.

Sementara Dr Halimah pula pastinya akan bersikap diam diri lantaran terlalu bergantung kepada pengundi Pulau Ketam yang hampir 100% adalah Cina.

Berbalik kepada usul PAS Kawasan Pandan ini, ternyata ia tidak mendapat liputan, apatah lagi reaksi mahu pun sokongan dari media pro PAS serta dipandang sepi oleh PAS Pusat. Setelah sebulan berlalu, Iskandar membuat langkah berani dengan memperguna media pro BN untuk melaporkan usul tersebut.

Malang bagi Iskandar, apabila terpaksa berkeseorangan dalam hal ini. Mungkin, acapkali bertelingkah di mesyuarat exco, Teressa Kok akan mengadu kepada Khalid Samad dan akhirnya Iskandar pula yang dijerkah oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Namun, mungkin itulah langkah terbaik yang dapat dilakukan oleh Iskandar. Kalau beliau menggunakan Utusan Malaysia, pasti beliau akan menerima nasib yang sama seperti Dr Hasan Ali.

Hadi Awang Gementar Diapit Bekas Orang Yang Berkaitan Jenayah


Hadi Awang kelihatan tampan dan kontrol hensem bila diapit oleh bekas nama-nama besar berkaitan jenayah.

Disebelah kanan ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM yang menyerahkan borang keahlian PAS, sementara di sebelah kirinya pula ialah bekas OKT jenayah syariah di Kelantan, yang sekarang adalah Timbalan Presiden PAS.

Bekas Pengarah JSJ PDRM itu menganggap penyertaaannya ke PAS adalah untuk menerangkan jasa dan sumbangan polis yang tidak diketahui oleh penyokong-penyokong PAS.

Apa pula peranan bekas OKT jenayah syariah? Pastinya adalah untuk menutup pembebasan teknikal keatas tuduhan khalwatnya di sebuah hotel di Kota Bahru (kisah kes klik SINI), sebagai tidak bersalah.

Mungkin berdetik dihati Hadi, kalau boleh biarlah bekas pembenteras jenayah boleh kasi betul bekas OKT jenayah syariah yang berada di kirinya.

Tuesday, May 22, 2012

Sahih Shamsidar Wanita Kedua Selepas Wan Azizah Disamping Anwar Ibrahim


Kini sahih bahawa Shamsidar adalah wanita kedua selepas Wan Azizah disamping Anwar Ibrahim. Selain dari itu, yang mengelilingi Anwar dalam sidang medianya di mahkamah adalah lelaki belaka.


Dalam sidang media tersebut, kembang kuncup bontot bekas Pendakwaraya 'Kes Liwat 2 Anwar' dipuji oleh bekas OKT liwat berkenaan.

Dalam pujian, bekas Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden sebenarnya dihina oleh Anwar. Betapa tidaknya, orang yang petah seperti Yusof hanya layak diberikan pengiktirafan paling rendah oleh Anwar, apabila diarah untuk mengendalikan kes di mahkamah majistret.

Moga selepas ini Yusof akan lebih berhati-hati memilih kes. Sekarang, Anwar dan gelak besar mentertawakan kerana berjaya memperbodohkan pendakwa yang mengendalikan kesnya.

Pengakuan Terus Terang Tapi Kelakar - Nyaris Masuk DAP Tanpa Niat


Bila bermulanya episod amukan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar merangkap Ahli Majlis Daerah Kampar, saya memerhatikannya bak lawak terhangat hujung minggu lalu.

Gelagat amarah Samshuri Mat Zin mengundang geletek yang amat sangat terhadap diri saya, bila mana ketawa terbahak-bahak sepanjang menonton video berkaitan.

Kini amarah bertukar penyesalan. Kesilapan diri sendiri hampir menjadikannya ahli DAP tanpa niat.


Maaf kerana tiada rasa simpati pada Samshuri kerana beliau dalam kedudukan yang lebih baik dari saya.

Saya juga pernah berada dikedudukan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri termaju di Malaysia tapi tidaklah sebertuah seperti Samshuri yang diberi kepercayaan duduk sebagai anggota ahli majlis PBT. Malah tidak juga mendapat kontrak kerajaan atau kawasan pasir.

Saya pun berniaga, tapi tidak pernah sama sekali memohon kontrak kerajaan, sebaliknya lebih tertumpu kepada swasta.

Saya tidak pernah marah kerana saya tidak pernah meminta.

Pesanan kepada Samshuri, kalau hendak meletakkan diri sebagai pejuang kena faham erti perjuangan. Malah seperkara yang perlu Samshuri ketahui, seorang pejuang biasanya tidak akan menjadi jutawan. Kalau hendak menjadi jutawan, tinggalkan dunia politik dan tumpukanlah pada perniagaan. Kalau kamu kelek kedua-dua gelaran iaitu ahli politik dan jutawan sekali gus, bermakna kamu bukanlah pejuang sejati.

Pendedahan Pakar - Khalid Samad & Manickavasagam Adalah Antara 3 MP Bermasalah Di Selangor


Pendedahan Pakar (Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional Selangor) menunjukkan bahawa masalah PBT adalah antara isu utama yang menjadi aduan rakyat yang dikemukakan kepada pusat panggilan yang dikendalikan oleh BN Selangor.

Berpangkalan di Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor pusat panggilan itu telah menerima 3,269 panggilan sejak beroperasi pada 9 April 2012.

Dalam tempoh seminggu dirasmikan oleh Pengerusi BN Selangor DS Najib Razak, peningkatan panggilan adalah 37%  (1,306 panggilan).

Daripada 1,306 panggilan, 72% telah berjaya di selesaikan dan 28% samada masih dalam siasatan atau tidak dapat diselesaikan kerana dibawah bidang kuasa kerajaaan negeri.

Aduan-aduan yang tidak dapat diselesaikan tersebut kebanyakannya adalah berkaitan PBT.

3 kawasan parlimen bermasalah ialah:-

  • Kota Raja ( Dr Siti Mariah - PAS) - 42 kes
  • Kapar (S. Manickavasagam - PKR) - 32 kes
  • Shah Alam (Khalid Samad - PAS) - 20 kes

Monday, May 21, 2012

Unit Amal PAS Tak Mengaku Ceroboh


Mungkin ini kaedah operasi Unit Amal PAS bila menafikan mereka tidak merempuh polis.


Hindraf Enggan Bertempur Di Jalanan - Isytihar Tolak Pakatan Rakyat


Pemimpin Hindraf P. Uthayakumar semalam mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas di Selangor.

Kecewa dengan sikap Pakatan Rakyat yang tidak mempedulikan nasib rakyat berketurunan India, Uthayakumar juga membuat kenyataan yang Hindraf menolak gabungan tersebut.

Sunday, May 20, 2012

Bomoh Besar Tak Sanggup Pulihkan Bakal Ahli DAP Yang Kerasukan Hantu Pasir


Penipu punya Samhuri Md Zin.

Dia auta penonon You-Tube, kononnya MB Perak buat panggilan kepadanya.

MB dah nafi. Kantoi!!!

Hadi Awang Akui Sudah Tidak Upaya & Letih - Enggan Bertanding PRU13


Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendirian untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Alasan yang diberikan ialah kerana berasa letih untuk menjaga kawasan (sebagai wakil rakyat) dan menjelajah ke seluruh negara (sebagai Presiden PAS).

Menurut laporan portal The Malaysia Insider [baca SINI], Hadi walau bagaiman pun masih berminat untuk terus menerajui PAS.

Persoalannya, apakah Hadi mampu untuk mengawal badan eksekutif (jika PR menawan Putra Jaya) hanya atas kapasiti Presiden komponen parti dalam PR? Secara negatifnya, tindakan Hadi ini seolah-olah mahu melarikan diri dari dipertanggungjawabkan dengan keputusan-keputusan tidak Islamik yang dibuat oleh badan eksekutif.

Dari sudut dalaman parti pula, tindakan Hadi ini jelas akan mencatatkan namanya sebagai ulamak terakhir sebagai pemimpin PAS.

Lawak Dari Guan Eng - Ambiga Hadapi Gangguan Seksual

Masuk akalkah dakwaan CM Lim Guan Eng bahawa DBKL dan PDRM gagal bertindak terhadap 'gangguan seksual' ke atas Ambiga?

Namun itulah dakwaan Lim yang dilaporkan The Malaysian Insider, melalui headline di bawah:-


Ada sesiapa yang berahikan Ambiga?