Saturday, January 22, 2011
PRK Tenang : Cikgu Mala (Kerbau), ADO Azahar (Kereta Kebal)
PRK Tenang : Laluan Sukar Buat Calon BN?
Andai Khusrin Tergucil, Beri Dia Peluang Bertanding DUN Pelabuhan Klang
Stastik Ketua Kampung & Pengerusi JKKK Negeri Selangor
Ketua Kampung Tradisi : 368
Pengerusi JKKK Kampung Baru : 42
Pengerusi JKKK Kampung Bagan : 19
Pengerusi JKKK Kampung Tersusun : 17
Jumlah 466
Di atas ialah jumlah Ketua Kampung di seluruh Selangor.
Kalau tiap-tiap kampung menghantar minimum 2 orang wakil untuk tujuan menghimpunkan wakil-wakil ke Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat bermakna bilangan yang dapat dikumpulkan ialah 932 orang. Takkan Dr Rani ADUN Meru, Khalid Samad MP Shah Alam, Shamsul Mat Akin Ketua AMK PKR masing-masing tak boleh bawa turun penyokong 10 orang. Itu belum campur lagi orang-orang Klang sendiri di sekitar masjid, jadi sekali petik sahaja boleh kumpul keseluruhan 1,000 orang, sebab banner pelawaan kepada orang terpasang di beberapa tempat di Bandar Klang.
Harakahdaily lapor ada 600 orang sertai perhimpunan.
Malaysiakini lapor Cuma 100 orang.
Selangorkini malu nak lapor bilangan sebab sikit sangat.
Kesimpulan perhimpunan yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri ternyata gagal menarik sokongan rakyat.
Apa punya bingai para pemimpin PR, bila menganjurkan perhimpunan tersebut di Klang. Takkan mereka tak tahu yang Khusrin tu anak kelahiran Daerah Klang. Membesar dan bersekolah di Klang. Masakan orang-orang Klang sendiri tidak tumpang berbangga Khusrin menjadi SUK Selangor.
Satu lagi yang terselah dari kegagalan ini ialah pemimpin-pemimpin PR mahu pun Ketua-Ketua Kampungnya tidak mempunyai pengaruh pun. Mereka hanya berjaya membawa batang tubuh mereka sendiri sahaja. Jadi, bolehkah mereka mewakili seluruh rakyat?
Kalau dah ternyata respons tak menggalakkan, maka wakil-wakil rakyat PR kena rajin-rajinlah buat kerja sementara menunggu habis penggal perkhidmatan.
Andai terjadi sesuatu kepada Khusrin selepas Sidang Khas DUN Selangor dan kebetulan pula DUN Pelabuhan Klang pula diisytiharkan kosong, maka apa kata Khusrin diberi peluang oleh Dato’ Najib untuk membuktikan bahawa dirinya adalah pilihan rakyat!
Friday, January 21, 2011
PRK DUN Pelabuhan Klang Hampir Pasti
Memandangkan waktu urusan di mahkamah telah pun berakhir dan tiada sebarang berita yang melaporkan Badrul Hisham Abdullah telah berusaha untuk mendapat injunksi mahkamah bagi membolehkannya menghadiri Sidang Khas DUN Selangorpada 24 Januari 2011.
Sebaliknya, Speaker DUN Selangor, Dato’ Teng Chang Khim dilaporkan telah menghantar makluman kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kepada SPR. Teng menambah, pihak SPR telah mengesahkan penerimaan surat dari beliau. Berita penuh rujuk DI SINI.
Berpandukan kepada petunjuk-petunjuk tersebut kemungkinan besar, kemungkinan besar PRK Pelabuhan Klang pasti akan diadakan.
Setakat ini Perhubungan UMNO Selangor tidak membuat sebarang kenyataan, mungkin lebih cenderung untuk persaingan melalui PRK, memandangkan Badrul Hisham memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR.
PRK Tenang : Jom Sakat Cikgu Mala
Mulai esok, selepas penamaan calon maka akan bermula kempen bagi calon dan parti yang bertanding di PRK Tenang.
Apakah agaknya bahan kempen Cikgu Mala? Negara Islam, ekonomi Islam atau pendidikan Islam?
Sebagai bekas seorang guru dan ditambah pula dengan pengalaman sebagai guru pemulihan serta pernah pula menerima anugerah guru cemerlang peringkat daerah, pastinya Cikgu Mala keletah orangnya.
Dek kerana terlampau keletah dan didorong pula dek gelaran guru cemerlang, janganlah sampai menganggap hadirin yang datang majlis cerama PAS sebagai murid-murid lembam.
Sebelum bermula kempen malam esok, apa kata kita pakat-pakat sakat Cikgu Mala.
Aku minta-minta, biarlah berlaku scene yang macam gini:-
CIKGU MALA : Sebagai parti yang bertunjangkan Islam, marilah sama-sama menegakkan syiar Islam di Johor ini........
(Belum sempat Cikgu Mala menyambung ayat berikut, Wak Girin yang kebetulan ada dalam mula naik angin dan bangun mencelah).
WAK GIRIN : Cikgu Mala!! Cikgu Mala ingat kami ni murid kelas pemulihan ke? Kalau Cikgu Mala nak tahu, operasi Sekolah Rendah Agama Johor menjadi model ikutan negeri -negeri dalam Malaysia. Kalau nak cakap pasal Islam, Johor dah mula lama dah.....
Perkembangan di Tenang boleh diikuti di blog-blog PRK Tenang dan PRK DUN Tenang.
Noh Omar Vs Khalid Ibrahim : Siapa Derhaka?
Thursday, January 20, 2011
DUN Pelabuhan Klang : PR Pukul Badrul, Cabar UMNO?
Dalam menjangkakan PRK di DUN Pelabuhan Klang, takdir Allah menentukan PRK DUN Merlimau bakal mendahului. Dengan anggapan bahawa laporan Utusan On-Line sebagai reliable source saya telah turut membuat hebahan yang mendahului kematian Dato’ Mohamad Hidhir Abu Hasan dan telah pun memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan takziah kepada seluruh anggota keluarganya.
Berbalik kepada DUN Pelabuhan Klang, isunya kini semakin kompleks dan menjadi perbahasan yang akademik. Terjadinya demikian kerana kecenderungan sikap kerajaan PR sendiri yang terlalu bergantung kepada isu untuk terus survive di persada politik Negeri Selangor. Saya sendiri semakin kurang yakin dengan keupayaan PR mentadbir Selangor.
Saya tidak nampak sebarang perancangan yang dibuat oleh pimpinan TS Khalid Ibrahim dalam meneruskan kesinambungan dan kerancakan Selangor sebagai ‘Gerbang Ekonomi Negara’. Sebaliknya yang terserlah hanyalah penciptaan isu yang bermula dengan isu Syabas, isu SUK hinggalah membawa kepada isu larangan pekerja Islam di premis arak di PBT MPSJ dan yang terbaru isu pengosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang.
Sepatutnya, inilah masa bagi Khalid dan semua ADUN PR menyibukkan diri bagaimanakah bentuk penggunaan peruntukan RM1 juta bagi semua ADUN PR untuk menaiktaraf kawasan masing-masing dalam tempoh 3 bulan seperti yang diumumkan baru-baru ini. Timbul keraguan pada diri saya, apakah isu demi isu ini diserlahkan semata-mata untuk menutup dari rakyat untuk tahu RM1 juta itu, sebenarnya adalah faraid kepada setiap setiap wakil rakyat sebagai modal untuk PRU yang akan datang?
Terpulang kepada Khalid, samada akan meneruskan isu DUN Pelabuhan Klang sebagai topik perbahasan umum atau mematikan isu ini. Saya sebagai pengundi di DUN Pelabuhan Klang, malah kebanyakan pengundi di sini tidak merasa untung atau pun rugi. Badrul Hisham Abdullah muncul dari perut PKR dan kemudiannya mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas dan akhirnya menyertai UMNO. Badrul Hisham bukannya dilahirkan sebagai ADUN oleh UMNO dan samada Badrul harus dikekal atau dinyahkan sebagai ADUN bukanlah menjadi satu masalah besar. Tambahan pula Badrul bukan orang tempatan, sebaliknya beliau dari DUN Pandamaran yang sekarang diwakili oleh Ronnie Liu.
Kini Badrul umpama anak yang terbuang dan umpama induknya sendiri yang bakal menamatkan riwayat politiknya. Kalau “pukul anak, sindir ibu tumpang”, ayuh PKR dan PR sila teruskan, akan kami sambut dengan sinsingan lengan!
Salah Lapor Kematian ADUN Merlimau : Utusan Malaysia Dikhianati?
ADUN Merlimau Meninggal Dunia
PRK Tenang : Suami Cikgu Mala Terselamat Kerana Jawa?
PRK Tenang : Hobi Cikgu Mala
Wednesday, January 19, 2011
Aku Ada Peluang : Kerusi DUN Pelabuhan Klang Diisytihar Kosong
PRK Tenang : Ketua Penerangan PAS Pusat Akui Keprihatinan PM
Telah mula ada tanda-tanda PAS bakal mengangkat bendera putih di PRK Tenang. Atas kedudukannya sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, tulisan Idris Ahmad di blog beliau dengan sendirinya adalah mewakili pendirian parti.
Saya sendiri khuatir, mungkin selepas ini Idris bakal diberi peringatan/amaran, kritikan dari para blogger pro PAS dan PR dan malah mungkin juga dinasihatkan tutup mulut atau yang lebih teruk, diminta letak jawatan.
Idris di blognya menulis,
“Pas memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam dewan Undangan negeri Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.”
Saya memandang kenyataan Idris Ahmad ini, meskipun memberi kredit kepada ANAK tetapi beliau sekurang-kurangnya mengakui dan mengiktiraf keperihatinan PM sebagai pembuat keputusan dalam perkara tersebut.
Petanda-petanda PAS memberikan signal untuk mengangkat ‘bendera putih’ semakin jelas apabila merujuk kenyataan Idris,
“Pas yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan. Pas mengharapkan Datuk Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka.”
Kenyataan penuh Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat boleh rujuk di SINI
Dinilai kenyataan Idris diatas, beliau dengan sendirinya membayangkan ketidakyakinan PAS untuk meraih undi generasi ke2 Felda untuk PRK Tenang.
Terima kasih kepada Idris Ahmad kerana walau pun tidak secara terang mengarahkan pengundi untuk mengundi BN, namun kami dipihak yang menyokong BN amat yakin bahawa kenyataan tersebut sedikit sebanyak bakal membantu menambah majoriti BN di Tenang.
Dalam pada itu, adalah amat diharapkan akan tidak timbul cerita-cerita dari pihak PAS yang menyatakan PM telah melakukan ‘rasuah politik’ di DUN Tenang. Oleh itu, kerjasama dari Idris dan pemimpin ANAK, Mazlan Alimin amat diharapkan dalam membetulkan tohmahan dan fitnah dari rakan-rakan didalam PAS dan PR. Ingatkanlah mereka, bahawa sesungguh kurnian dan pengumuman PM itu adalah semata-mata untuk kesejahteraan generasi ke2 Felda, insyaallah.
Tuesday, January 18, 2011
DAP Selangor Sumbang Tabung Ayam Bantu Pekerja Islam Di Premis Arak
”Kita ada 1.5 juta pekerja asing yang duduk di negeri Selangor, saya minta setiap majikan bayar saya RM100 setahun dan maknanya RM10 sebulan untuk saya gunakan bagi melatih belia-belia ini sebagai usaha untuk mengurangkan tekanan buruh asing. Saya dapat mengutip RM150 juta setahun. Dari segi skill saya kena ajar. Itu sebab saya kena ada dana untuk mengajar latihan itu semua.”
– Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
DAP sebenarnya nak sumbang dana, atau nak sumbang tabung? Kalau setakat sumbang tabung ayam, sekarang pejabat MB telefon, 30 minit aku sampai, hantarkan tabung ayam.
Sekarang semua reverse, sebab nak menunjukkan kesepakatan berhubung isu larangan MPSJ terhadap premis menjual arak yang menggunakan tenaga kerja beragama Islam.
Hari 18 Januari 2011, aku nak tengok sejauh mana perkembangan tabung. Sebab aku takkan percaya lagi dengan Khalid Ibrahim. Dulu dia nak cari dana tabung kemahiran (rujuk kenyataan di atas dan kenyataan penuh boleh dibaca DI SINI, tapi mana tabungnya dan mana institutnya? Malah lebih teruk dia tutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Bagan Terap dan juga rampas balik tanah YBK yang cadang nak bina kampus UiTM di Serendah.
Apa punya perancangan kerajaan negeri macam ni? Cakap kasarnya, nak berak baru sebok nak gali lubang.
Tambah aku tak percaya, bila Khalid Ibrahim sendiri arahkan Tabung Budi Syabas, dihentikan. Dah banyak kali Khalid kelentong kita, kali ni sorrylah aku nak percaya. Agak-agak bila isu dah mula reda, lepas tu tabung pun lesap entah ke mana!
Cikgu Mala : Sudirman bin Suratman Pernah Dihukum Gelap Harta Syarikat?
Perhatian kepada Cikgu Normala binti Sudirman, calon PAS PRK Tenang.
Sila nafikan bahawa Sudirman bin Suratman pernah dengan niat jahat menggelapkan harta syarikat, tempat yang dia sepatutnya secara amanah menjaganya. Kalau tak percaya INI BUKTINYA.
Apa macam terkejut ke? Jangan panik, ini baru warm-up. Kebetulan nama pemuda Indonesia itu sama dengan nama bapa cikgu!
Monday, January 17, 2011
Khalid Samad Gagal : Sekadar Penumpang Dalam PAS
"Pada dasarnya kita bersetuju dengan undang-undang ini dan tidak ada salah padanya, hukumnya jelas tidak boleh dipertikai, cuma dari segi pelaksanaan perlu ada siasah syariahnya."
"Sedarkan masyarakat kita tentang undang-undang ini, beri pilihan pekerjaan kepada mereka yang terlibat. Kita tidak boleh ambil mudah dan gopoh mahu terus berubah,"
(Ulasan Khalid Samad, MP PAS Shah Alam berhubung keputusan MPSJ yang mahu menguatkuasakan larangan terhadap orang Islam dari bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan arak.) Sumber Harakahdaily
__________________________________________________________________________
Dari komen Khalid Samad di atas, adakah bermakna gerakan dakwah di negara kita gagal? UMNO sendiri, telah menjangkau 65 tahun sementara PAS yang lahir dari batang tubuh UMNO, juga melepasi usia setengah abad. Hanya dengan pertimbangan dari sudut siasah syariah telah mempengaruhi Khalid untuk mencadangkan pendekatan dakwah dari bawah dan bukan melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas.
Gerakan Islam di negara ini telah bertapak lama. Selain UMNO dan PAS, gerakan dakwah juga dilakukan oleh ABIM (yang Anwar Ibrahim sendiri taja dan ketuai), Al-Arqam, Perkim, JIM, Jemaah Tabligh dan pelbagai lagi pertubuhan yang menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan telah berdakwah semenjak tahun 1950an lagi. Itu belum lagi sekolah pondok, sekolah agama rakyat, sekolah agama persekutuan dan subjek Pemikiran dan Tamaddun Islam yang telah diajar di IPT.
Isunya sekarang, bukannya menyalahkan MPSJ untuk menguatkuasakan undang-undang syariah yang sedia ada, sebaliknya untuk menarik keluar pekerja Islam dari berkerja di premis menjual arak. Memandangkan gerakan dakwah telah bergerak lama dan malah murid di PASTI mahu pun Tadika KEMAS tahu yang arak itu haram.
Khalid barangkali telah lama bersama PAS. Pernah bertanding sebagai calon PAS di Shah Alam, sebelum menang pada PRU2008. Apabila ingin ‘berpatah balik ke bawah dalam hal dakwah’, dengan sendirinya bermakna Khalid sendiri gagal didalam menegakkan syiar Islam melalui PAS. Mungkinkah Khalid hanya seorang penumpang dalam PAS dan hanya menjadikan PAS sebagai platform untuk menjulang namanya dipersada politik negara?
Hairan bin Ajaib! Kenyataan Khalid ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Hadi Awang, Nik Aziz malah Anwar Ibrahim yang pernah mengepalai ABIM gagal menggerakkan dakwah secara berkesan.
Barangkali juga ini bermakna bahawa gerakan dakwah Islam di negara kita, lebih tertumpu menyalahkan mufti, saling berbalah sesama ulama hanya kerana berbeza pandangan politik dan lebih retorik dari menyeru ke jalan Allah.
Akhirnya, saya sendiri dapat membayangkan nada kenyataan Khalid, andainya PAS masih lagi berfungsi sebagai pembangkang di Selangor!
Alahai Cikgu Mala!
Masih Ada Masa Untuk Normala Sudirman Menarik Diri
Sunday, January 16, 2011
Bendahari UMNO Selangor Bikin Orang Awam Panik
PAS Pilih Dunia Macam UMNO Jugakah?
Mula-mula PAS Pusat beri peringatan pada pimpinannya di Selangor yang bercanggah, RUJUK SINI.
DAP saja-saja nak menduga kot-kot ‘kail panjang sedepa’, RUJUK SINI.
PAS Selangor melenting ‘jangan lautan hendak diduga’, RUJUK SINI.
Yang ikut arahan PAS Pusat cuma Khalid Samad sebab kenyataannya dengan rakan kongsi, Ronnie Liu senada:-
“KLANG: Reiterating his call on the lifting of the ban on Muslims working in outlets selling liquor, Local Government Committee chairman Ronnie Liu said Subang Jaya Municipal Council should have consulted the state on the move.
The ban by MPSJ would have chaotic consequences in the state and country, Liu said.
"What if other districts want to follow if we allow MPSJ to go ahead with the ban.
"What happens if other states also find themselves having to implement the ban?" said Liu, adding that it could result in a domino effect on hotels, restaurants, airlines and even resorts.
"Just imagine the number of people who will be jobless and the outlets will be forced to close," he said adding that the exco agreed that the ban be lifted.
He said many people (including cooks and waiters) would be jobless eventhough their work do not require them to handle liquor.
MPSJ had said that licenses of entertainment outlets will be revoked if they go against the Selangor Syariah Criminal Enactment that bans Muslims from working in outlets selling liquor.
Its president Datuk Adnan Mohd Ikshan had said the decision to implement the ban was made last year and by virtue of this it took effect this year.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said on Friday that he would be meeting all local council presidents and mayors to explain the consequences of MPSJ's action.
Meanwhile, Shah Alam MP Khalid Samad said MPSJ's move to implement the ban was unIslamic.
He said there should be proper planning and in-depth discussion by all relevant parties before the ban was implemented.” Sumber The Star.
PAS NAK PILIH DUNIA ATAU AKHIRAT?