Friday, January 21, 2011

Noh Omar Vs Khalid Ibrahim : Siapa Derhaka?

Saya tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh Aspan Alias, SEBENARNYA SIAPA YANG DERHAKA?

Aspan telah memberi huraian sebagai bimbingan untuk menjawab persoalan yang beliau ajukan:-

"Noh seterusnya menuduh yang TS Khalid Ibrahim durhaka kepada Sultan kerana Khalid mahu kuasa perlantikan pegawai itu dibahagi-bahagikan dengan Tuanku Sultan. Dengan kenyataan Noh itu menunjukkan yang UMNO sedang mencari helah untuk menutup malu kerana sebenarnya UMNO tidak mahu pindaan itu diluluskan untuk memberikan kuasa itu kembali kepada Tuanku Sultan.

Apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO, kita mesti ingat satu perkara; mahu kah atau tidak UMNO mengembalikan kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan dikembalikan kepada Tuanku. Jika mahu, UMNO tidak payah bercakap banyak, hanya sokong sahaja pindaan itu untuk membuktikan yang UMNO benar-benar jujur untuk melihat Tuanku mendapatkan kembali kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan."

Dalam pada huraian yang dibentangkan oleh Aspan, suka saya menarik perhatian beliau bahawa cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor adalah rentetan dari "tidak berkenannya TS Khalid Ibrahim terhadap perkenan Sultan keatas perlantikan Dato' Mohamed Khusrin Munawi SUK". Isu inilah pokok utamanya. Walhal, JPA telah tanpa membelakangkan Sultan telah mempersembahkan nama-nama calon dan akhirnya Khusrin yang telah diperkenankan oleh baginda.

Kita juga harus tidak mengabaikan kenyataan Istana Selangor,

"Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor." Sumber SELANGOR DAILY.

Saya berpandangan adalah tidak adil bagi Aspan untuk cenderung meletakkan soal kederhakaan kepada UMNO kerana pokok perkara juga harus diambil kira dalam menjawab soalan yang diajukan.

Sedangkan dalam hal antara Tuah dan Jebat yang telah berlaku berkurun lalu; masih lagi diperbahaskan siapa yang derhaka, inikan pula isu Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang hanya akan dibentangkan pada 24 Januari 2011!

No comments: