Friday, August 10, 2012

Anwar Ibrahim Tersandar & Riak Wajah Berubah Bila Husam Musa Rampas Mikrofon


Di atas adalah reaksi Anwar Ibrahim dalam sidang media Pakatan Rakyat yang berlangsung semalam. Beliau jelas kelihatan tersandar dan riak wajahnya jelas berubah.

Mulanya Anwar mengumumkan yang 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diterima sebagai tema Hari Kebangsaan bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Namun, Husam telah mencelah dan memberitahu sidang media bahawa Kelantan tetap kekal menggunakan tema yang telah diumumkan, "Kelantan Menerajui Perubahan" disamping tema yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat.

Tonton reaksi Anwar bila Husam merampas mikrofon pada minit 1.37 yang menjelaskan perbedaan pendapat antara mereka.

Thursday, August 9, 2012

Peter Chin Akan Diheret Ke Mahkamah?


Dalam respons terhadap pengumuman Pengerusi Jawatan Kabinet Mengenai Isu Air Selangor TS Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Pusat tetap akan meneruskan Projek Empangan Langat 2 hari ini, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang projek tersebut.

Ini bermakna Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air DS Peter Chin hampir pasti diheret ke mahkamah.

Pada masa yang sama, ini menjelaskan kebodohan Kerajaan PR Selangor yang menolak infrastruktur air di negeri berkenaan. Inilah dinamakan 'bodoh yang tak boleh diikut'.

Wednesday, August 8, 2012

Khalid Ibrahim Aniaya Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Selangor


Editor Kanan Utusan Malaysia Dato' Zaini Hassan pernah menulis mengenai grand design pentadbiran MB Azizan Razak di Kedah untuk mengenakan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) melalui arahan kepada SPRM untuk menyelongkar fail-fail untuk mencari salah mereka. [ Baca SINI].

Khabarnya juga, ia turut berlaku di Selangor. Namun ia dalam bentuk yang berlainan.

Contoh utama ialah dalam isu perkenan Sultan Selangor terhadap perlantik SUK Selangor Dato' Mohamed Khusrin Munawi. MB Tan Sri Khalid Ibrahim, awal dalam aluan (protes) perlantikan Khusrin menyatakan bahawa SUK tidak akan dipanggil kesemua mesyuarat exco dan ia adalah jemputan berpilih yang bergantung kepada agenda.

Tidak pasti samada Khalid melaksanakan ikrar tersebut, namun jika ditonton sidang media pasca mesyuarat exco yang disiarkan oleh vlog TV Selangor, amat sukar untuk melihat SUK berada disamping MB ketika sidang media berkenaan berlangsung.

Khabarnya juga, beberapa orang penjawat jawatan utama telah diluluskan kenaikan gred oleh JPA, akan tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

Sehingga kini, kekosongan YDP di sebuah PBT di Selangor masih tidak diisi, melainkan ia dipangku oleh pegawai terkanan dalam PBT berkenaan. Mungkin untuk menutup mulut pemangku YDP PBT berkenaan, jemaah exco telah meluluskan elaun memangku RM5,000 kepada pemangku berkenaan.

Jika diamati, tindakan ini mungkin boleh meredakan perasaan individu yang memangku, namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat kepada keseluruhan anggota perkhidmatan awam di Selangor.

Dalam keadaan sekarang pun, Khalid Ibrahim secara langsung memperlekehkan perkhidmatan awam di Selangor, bila mana memberi kuasa kepada mereka yang bukan dikalangan perkhidmatan awam untuk mengendalikan dan mengurus 'Geran Selangorku'.

Perbuatan Khalid seolah-olah sengaja untuk tidak mengiktirafkan perkhidmatan awam di Selangor. Maka tidak hairanlah maka mereka pernah meninggalkan Khalid dalam satu program khusus untuk mereka. [Baca SINI].

Tuesday, August 7, 2012

Andai Kit Siang Atau Karpal Jadi KM Pulau Pinang 1982, Pasti Jambatan Pulau Pinang Terima Nasib Seperti Empangan Langat 2


Pada 3 Ogos yang lalu, genaplah 27 tahun perasmian Jambatan Pulau Pinang oleh Tun Dr Mahathir Mohammad (pembinaan bermula pada tahun 1982 dan dirasmikan pada 1985).

Mengimbas kembali ke tahun 1982, dalam usia remaja, pemikiran saya sering diasak oleh seorang oleh seorang pemuda berbangsa Cina yang mengatakan bahawa kita sebagai anak Malaysia akan menanggung hutang hingga ke generasi cucu cicit kita. Ini disebabkan, kos pembinaan jambatan berkenaan adalah melalui pinjaman luar. Bukan itu sahaja, tambah pemuda Cina berkenaan, Malaysia akan tergadai, akibat dari projek tersebut.

Bayangkan jika Karpal Singh atau Lim Kit Siang yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apakah projek jambatan berkenaan dapat direalisasikan? Mujurlah, mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang menjadi Ketua Menteri, maka dapatlah kita melihat kewujudan Jambatan Pulalu Pinang.

Begitulah persepsi sebenar pembangkang terhadap projek-projek yang diinisiatifkan oleh BN. Generasi hari ini telah dapat menyaksikan betapa silapnya persepsi pembangkang. Kerajaan Pulau Pinang dibawah regim Lim Guan Eng, kini mengakui bahawa keperluan satu lagi jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

Berbalik kepada realiti pada hari ini, Empangan Langat 2 adalah suatu contoh dan satu pembuktian keatas sikap negatif pembangkang. Selangor Daily dalam mengupas perbezaan pendapat antara Kerajaan PR Selangor [baca SINI], mendedahkan betapa regim Khalid Ibrahim menjadi pengkhianat kepada rakyat Selangor.

Perlu diingat bahawa idea Projek Empangan Langat 2 adalah rentetan dari krisis air Selangor 1998 dan ketika itu Dr Mahathir masih lagi menjadi PM.

Andai tertangguhnya Projek Jambatan Pulau Pinang hingga ke waktu pentadbiran Lim Guan Eng dihari ini, apakah KM Pulau Pinang itu akan merelakan 'dvelopment order' diberikan kepada projek tersebut? Kalau dilihat dari dari perangai Khalid Ibrahim, pasti Lim Guan Eng akan menurutinya!

Anda fikirkanlah, apakah PR layak untuk diberi mandat?