Monday, July 2, 2012

Siapa Lagi Khalid's Angels Selain Faekah?


Rupanya bukan Faekah Husin sahaja yang berdampingan dengan Khalid Ibrahim, tetapi ada 2 orang lagi yang berkuasa dalam Jawatankuasa Geran Selangorku. Khabarnya Datin Alina (CEO Lembaga Perumahan) dan Rohany Talib (Pentadbir MBI).

Ketiga-tiga mereka dah jadi 'angels' Khalid. Mereka punya kuasa arah itu ini pada para pengarah jabatan dan pegawai-pegawai kanan di Selangor.

Dipendekkan cerita, pegawai-pegawai kanan di Selangor telah dikesampingkan dan seolah-olah tidak punya kuasa apa-apa.

Mungkin Khalid dah perasan hal pegawai-pegawai kanan terpinggir, khabarnya mereka telah dikumpulkan untuk satu 'tournament' golf. Anak-anak syarikat kerajaan negeri telah diarahkan jadi penaja.

Pertandingan golf yang berlangsung minggu lepas mendapat sambutan dari pegawai-pegawai kanan. Malangnya bila selesai permainan, masing-masing telah meninggalkan lapangan golf dan terus balik.

Mungkin mereka merajuk dan makan tengahari yang disediakan tidak dijamah. Bukan itu sahaja, majlis penyampaian hadiah berlangsung tanpa penerima/pemenang tampil mengambil hadiah!

Faekah tolong sahkan cerita ini!

No comments: