Saturday, July 7, 2012

Khalid Ibrahim Berbelanja RM1.33 Juta Semata-Mata Nak Tengok Pusat Wanita?


Kelakar bunyinya bila RM1.33 Juta diperuntukkan untuk 'Pusat Wanita Berdaya' oleh MB Selangor Khalid Ibrahim melalui Geran Selangorku.

Memang hasrat itu memang baik, tetapi nama projek itu tidak berapa kena. Mengapa tidak memilih 'Bengkel Usahanita' atau 'Bengkel Latihan Wanita' atau nama-nama lain yang tidak menjadi persendaan.

Tambahan pula, apakah dengan peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para wanita yang sememang telah mempunyai bermacam-macam kemudahan melalui Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Masyarakat & Wanita, Kolej Komuniti, Amanah Ikhtiar dan lain-lain agensi yang berkenaan.

Dikhuatiri, dana tersebut akan dilencongkan untuk kegunaan Wanita PKR. Sementelahan pula, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli telah pun meminta Bajet Selangor 2013 disalurkan terus untuk aktiviti parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

No comments: