Sunday, July 1, 2012

Lagi Double Standard Kerajaan PR Selangor - Pusat Kebudayaan Cina Di Tengah Bandar Klang Tapi Pusat Kebudayaan Melayu & India Diletakkan Di Ceruk


Adakah patut hanya Pusat Kebudayaan Cina sahaja yang dapat keistimewaan tersergam di Bandar Diraja Klang?

Tapi itulah yang dilakukan Khalid Ibrahim.


Peta Lokasi

Ini bermakna  tanah milik Yayasan Selangor bakal menjadi korban [baca SINI] sebagai memberi laluan kepada Pusat Kebudayaan Cina tersebut.

Bunyinya mungkin sedap, bila Khalid mengumumkan pembinaan ketiga-tiga pusat kebudayaan berkenaan akan menjajar di sepanjang Sungai Klang.

Namun kalau para pembaca ingin tahu, Pusat Kebudayaan Cina yang dicadangkan terletak di pusat Bandar Kalang. Sebaliknya Pusat Kebudayaan Melayu dan India terletak di ceruk-ceruk.

Pusat Kebudayaan Melayu dicadangkan di Kampung Kuantan, iaitu kawasan yang tidak terletak di laluan utama. Begitu juga Pusat Kebudayaan India yang bakal dibina di Kampung Pandan, merupakan kawasan 'jalan mati'.

Walau bagaimana pun Pusat Kebudayaan India lebih beruntung dari Pusat Kebudayaan Melayu, kerana ia boleh dilihat oleh para pengguna komuter KTM. Sementara, Kampung Kuantan yang bukan laluan utama mana-mana 'mode of transport', bakal terperap di ceruk.

Melainkan Khalid yang gagap itu punya perancangan untuk menaiktaraf seperti Venice, maka bolehlah para pelancung menyusuri Sungai Klang untuk melihat pemandangan dan singgah di tiap-tiap jeti. Itu pun kalau ada!

No comments: