Saturday, March 19, 2011

Apa Punya Loyar Buruk Lancarkan Ops Pisang Daaa......

Apa benda OPS P.I.S.A.N.G ni?

Pantau dan Intai Si Anwar & Gang

Perempuan Ingin, Sekali-sekala Aku Nak Gay

Ingin tahu? Baca ceritanya di [SINI]

TPM Suruh Tolak Hantu Kak Limah Masuk Berkempen Di Sarawak

Tolak "hantu dan jembalang" dari semenanjung ketika pilihan raya - Muhyiddin - [Utusan Malaysia]

19/03/2011 5:37pm

SRI AMAN 19 Mac — Penduduk Sarawak perlu menolak ”hantu dan jembalang” yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang merupakan asas terpenting kepada kestabilan politik.

"Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang. Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari sini hari ini.

Muhyiddin berkata hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. — Bernama

Mungkinkah hantu dan jembalang termasuk Zuraidah Kamarudin yang kini dikenali sebagai Mak Lampir dan turut dikenali sebagai Hantu Kak Limah?

MB Selangor Wajar Undur Diri - Kerugian Dan Penyelewengan Di Yayasan Selangor Berpunca Dari Kelemahan Tadbir Urus Khalid Ibrahim

Kerugian yang berjumlah RM7.41juta yang dialami oleh Yayasan Selangor [laporannya di SINI] seolah-olah sesuatu yang telah ditempah oleh MB Selangor, TS Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, telah banyak pendedahan dibuat di laman blog, berhubung kepincangan pengurusan. Blog "Kita Gempur" misalnya, telah memperincikan kepincangan tersebut [di SINI]. Malah khabarnya, Lembaga Pemegang Amanah telah sebulat suara memecat Ilham Marzuki, Pengurus Besar YS tetapi telah ditolak oleh Khalid Ibrahim [laporannya di SINI].

Disamping, Ilham Marzuki terlantik sebagai Pengurus Besar yang bukan pilihan panel pemilihan, Timbalan Pengurus Besar, Mohd Saifulrudin Sulaiman pula didakwa sebagai seorang muflis.

Kesimpulan dari kronologi yang berlaku, kerugian yang dilaporkan sebenarnya adalah rentetan dari kelemahan tadbir urus Khalid Ibrahim sendiri. Oleh itu, Khalid Ibrahim adalah wajar mengundur diri sebagai MB. Syukur kepada Allah kerana DYMM Sultan Selangor menolak SUK pilihan Khalid Ibrahim!

Ekor Pun Boleh Jadi Isu Politik!

Sebelum ni Karpal Singh bangkitkan supaya legalise aktiviti nombor ekor di Kelantan.

Kemudian Mahfuz Omar pula sebok dengan roadshow bantah saman ekor [SINI].

Ekor pun dah jadi political mileage Pakatan Rakyat!

Friday, March 18, 2011

YB PAS Bongok Main Cedok Tulisan Orang

Sebijak-bijak sarjana seperti Drs Khalil Idham Lim pun ada bongoknya. Kalau tak baca buku Tun Dr Mahahir, jangan main copy & paste tulisan orang lain kat blog sendiri.

Kisah sebenarnya, TDM hendak menunjukkan perbezaan protokol antara Lee Kuan Yew (PM Singapura) dengan Benjamin Henry Sheares (Presiden Singapura). Peristiwa berlaku di tempat dan masa yang berbeza. Memang patut pun TDM bengang, sebab dia kena tunggu 15 minit nak jumpa LKY di pejabatnya.

Idham Lim cuba nak tunjukkan kepada semua orang yang kononnya TDM dah nyanyuk, walhal di muka surat 419,buku A Doctor In The House, TDM nak bagi tahu orang yang baghal macam Idham Lim, kalau menemankan MB Kelantan melawat Singapura, yang bakal sambut Nik Aziz hanyalah pembantu pejabat dan bukannya LKY sendiri.

Lain kali Idham Lim kena siasat dulu jangan main dengar cerita orang. Pulak tu yang dia copy tu cerita dari JURAGAN bukannya NAKHODA.

P/s Idham Lim, lu punya drs tu beli punyakah?

Nak Bagi Tahu Kat Nik Nazmi, Kat Sini Ada Orang Bantai Awak!

Nik Nazmi mula menyerang Zaid Ibrahim, ekoran kenyataan Zaid berhubung saranan penyerahan sampel DNA secara sukarela oleh Anwar Ibrahim.

Zaid Ibrahim tidak perlu respons kepada budak kecik tersebut, sebaliknya ada pihak ketiga yang respons melalui e-mel yang saya terima, seperti berikut:-

ANWAR’S SODOMY TRIAL: A RESPONSE TO NIK NAZMI

Nik Nazmi’s response on 16 March to Zaid Ibrahim’s advice to Anwar Ibrahim about giving up his DNA sample appears to be an overreaction and surprisingly defensive.

He claims that Zaid while in PKR had enthusiastically advocated that the case against Anwar was made up. Very conveniently and self-servingly, Nik Nazmi had neglected to provide the instances as to exactly when and where Zaid had done so. Suffice it seems that Zaid was a party member and all PKR party members have to close their minds and subscribe to the dogma that Anwar is being framed. Any sense of objectivity or objective opinion in viewing the Anwar sodomy trial apparently is considered an act of heresy. What a fine progressive political organisation PKR is turning out to be.

What Zaid has advised of Anwar is shared by many other people. Zaid is right when he said should Anwar be unwilling to volunteer facts that can clear his name, it will be difficult for the majority of the rakyat to swallow. It’s no use for Nik Nazmi to paint people who hold such a reasonable opinion to be of the same level as Perkasa or GAP or what not. He should learn to distinguish the message from the messenger.

One undeniable fact is that PAS has been rather silent about it. And that silence, as Zaid had pointed out, is rather deafening. Such was Nik Nazmi’s defensiveness over this that he came quite close to claiming to be a spokesperson for PAS with regard to the party’s stand over recent revelations in the sodomy trial. Sorry, sir, we would rather wait for a PAS person to speak up about this.

As for other matters related to the trial that Nik Nazmi took exception in his statement, they have all been dealt with during the trial. The full court transcripts show that proceedings have been quite unlike what Anwar’s followers have tried to hold it out to be. Defence lawyers have had every chance to cross-examine witnesses and challenge their credibility and the evidence thus far adduced. Yes, on some occasions the court ruled against the defence but in others, the court did rule in its favour. It’s this latter fact that people like Nik Nazmi and PKR have so studiously ignored or glossed over in their efforts to equate sodomy I with sodomy II in the public perception.

They seem to forget that such efforts appear quite dishonest and futile when unlike sodomy I where the defendant actually was deprived of every possible avenue for clearing his name, in sodomy II, as Zaid Ibrahim pointed out, he has a very good opportunity to do so.


ZHARRIF AZRAI

Alamak!!!!!! Gobalakrishnan Dah Bersekongkol Dengan Noh Omar

Bukan berita sedih tapi BERITA PEDIH!

Tiba-tiba Gobala minta Noh Omar ubah Selangor kerana telah disalahguna oleh Anwar Ibrahim.

Baca perkembangan di MARAHKU.

Lesen Membunuh Telah Dikeluarkan

Tiada siapa yang untung dari pemberontakan di Libya. Apabila PBB telah mengundi untuk membenarkan serangan udara di Libya maka bermulalah era penjajahan di sana.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan PBB mengundi membenarkan serangan udara bagi menghentikan asakan tentera Muammar Gaddafi terhadap kawasan yang dikuasai pemberontak dengan pengeboman dijangka dilancarkan tidak lama lagi. - AFP [Berita Harian]

Thursday, March 17, 2011

Ketua Cabang PKR Tg Karang Sebok BerSMS Tatkala Noh Omar Sebok Membantu Orang Miskin

Sekurang-kurangnya Ketua UMNO Bahagian Tg Karang ada juga membantu rakyat miskin di kawasannya di Tg Karang, melalui program baik pulih rumah dibawah Projek Nadi Kasih. [Baca SINI].

Sebaliknya, Ketua Cabang PKR Tg Karang Yahaya Saari sibuk bermain SMS yang berbunyi:
“Salam, sokongan DSAI di mahkamah amat merosot hampir tiada. Saya ingin mencadangkan agar kita atur kawan-kawan kita drp cabang turun beri sokongan moral, klu kita bergilir pun ok, satu cabang klu hantar 20 org pun dah ok. Jadual mahkamah akan saya sms.” - Joceline Tan [The Star]

Malaysia Pusat Transit Senjata Pemusnah?

PELABUHAN KLANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Bukit Aman masih menunggu laporan Lembaga Perlesenan Atom Malaysia bagi mengenalpasti sama ada peralatan ditemui dalam dua kontena minggu lalu boleh digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.

Ismail berkata, peralatan yang ditemui dalam dua kontena itu kelihatan seperti dandang dan polis meminta bantuan agensi yang mempunyai kepakaran untuk menentukan apa sebenarnya peralatan yang ditemui.

"Kita tidak tahu apa peralatan itu sebenarnya. Kita sedang bekerjasama dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan kita sedang menunggu laporan daripada agensi berkenaan.

"Kita percaya ia adalah dandang dan kita tidak tahu untuk apa dandang itu. Polis sedang menyiasat perkara ini mengikut Akta Perdagangan Strategik," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan pihak berkuasa menahan kontena mengandungi pelbagai komponen itu.

Hishammuddin berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa bagi mengenal pasti kegunaan sebenar komponen yang dirampas itu. -
Berita Harian

Sudah sampai masanya kerajaan menyiasat kegiatan agen-agen penghantaran yang bukan dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Kedudukan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan bebas, memudahkannya dimanipulasi sebagai pusat transit bagi komponen senjata.

Polis dan Tentera, melalui SB dan Intelligence masing-masing sewajarnya mengambil langkah-langkah untuk memantau di kawasan bebas cukai kerana syarikat-syarikat asing mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ekoran sekatan ekonomi yang dikenakan kepada negara-negara seperti Iran dan Korea Utara.

Syarikat-syarikat ini akan membawa masuk kargo ke Pelabuhan Klang sebagai pusat transit dan kemudiannya melakukan pembungkusan semula dan ia seolah-olah merupakan eksport dari Malaysia. Akhirnya, Malaysia dianggap sebagai menyokong keganasan, walhal negara petualang yang sebenar terlepas begitu sahaja.

Demi Nak Selamatkan Iman PKR Senipis Kertas Tisu!


MP Shah Alam, Khalid Samad kata iman orang UMNO senipis kulit bawang [Baca GAP].

Jadi, larangan pengedaran Bible berbahasa Melayu di Selangor nak selamatkan iman orang UMNO atau nak selamatkan iman orang PKR yang senipis kertas tisu?

Apa komen Khalid Samad?

Mungkinkah RPK Akan Keluar Dari Pertapaan?

Mungkinkah ini petanda pertapaan Raja Petra Kamarudin akan khatam tidak lama lagi?

Ada mesej yang dibawa dari gua pertapaan RPK yang antara lain berbunyi:-

"If we want to look at it on the basis of elected then only Barisan Nasional has been elected. The rest, Pakatan Rakyat included, are just ‘dogs barking at a hill’, as the Malays would say. And that would make everyone else illegitimate, hypocritical and self-appointed."

Itu baru secebis madah, kalau ingin tahu keseluruhan warkah RPK, baca di S I N I.

Moga tutur kata RPK bukan disebabkan demam yang belum kebah!

Wednesday, March 16, 2011

Akhirnya Tengku Zafrul (CEO Maybank Investment) Terpaksa Menyorok Bawah Meja!

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah tidak berasas dan tidak relevan."- Malaysiakini
Kalau PM sendiri, merangkap Menteri Kewangan memberi penjelasan yang TS Mohd Isa Abdul Samad bukan penyebab kepincangan dalam kepincangan pasaran saham, maka dengan sendirinya bermakna Tengku Zafrul Aziz (pencetus dakwaan tersebut) tidak relevan duduk di kerusi CEO Maybank Investment Berhad.

Jadi, nampak gayanya Tengku Zafrul terpaksa menyorok di bawah meja!

"Royal DNA Circus" Will Include Anwar Ibrahim As Main Clown!

A new circus group called "Royal DNA Circus" was founded recently. Royal DNA Circus which managed by prominent local circus promoter Saifudin Nasution Ismail will be at major towns throughout the nation will include a crowd puller clown, Anwar Ibrahim.

Below is an e-mail from a circus lover which highlighting the event:-

IS SANTA CLAUS INVOLVED IN THE CONSPIRACY AGAINST ANWAR?

PKR’s decision to launch the nationwide roadshow labeled “Datuk Najib Altantuya (DNA)” is ridiculous, almost farcical. Tit-for-Tat as reported by the news portal, Malaysian Insider. It is so infantile.

PKR has sunk to UMNO’s level. When UMNO set-up Umi Hafilda’s ceramah across the road from where Anwar was speaking during the recent by-election in Kerdau, I was amused. When PKR announced the DNA roadshow, I was rolling on the ground laughing. It is so UMNO.

What happened to the promise “we will not only be doing things better, we will be doing things differently”?. It sounds so hollow now.

The stark truth is that Anwar is under pressure to submit his DNA to prove his innocence. To divert attention from Anwar’s quandary, PKR decides to resurrect the Altantuya murder case to hit back at Najib Razak. It is like flogging a dead horse.

Why the submission of the DNA is a contentious issue is beyond me. If I were charged with a sex crime and there was DNA evidence to prove my innocence, I would be kicking and screaming to give my DNA for testing.

Even if his DNA matches the DNA of male Y found on Saiful, Anwar still has room to manoeuvre. He could claim that his semen was carried by a white stork, smeared on Saiful by the tooth-fairy, egged by Santa Claus. I bet the defence would call the tooth-fairy and Santa Claus as witnesses.

To implicate Najib with the Altantuya murder case is absurd. His only link is that one of the suspects was a personal friend. That suspect was later acquitted by the court. The connection is so remote. It is akin to saying that since I am renting a house owned by Effendi Norwawi, I am also partying with Maya Karin.

In Anwar’s sodomy case, the scenario and circumstances are wholly different. He was named by the complainant and he was proven to be at the place where the crime was committed during material time. The DNA, of course, is the smoking gun.

Notwithstanding all I have said above, I would still love to attend the DNA roadshow. It has been a long time since the last circus came to town.



PIETER D’CRUZ

Kerajaan PR Selangor Dikuasai Kumpulan Gangster?

Barangkali Kerajaan PR Selangor sudah dikuasai oleh kumpulan gangster. Jika tidak, apa hal ada sampai ada ugutan bunuh.

Berebut pasir? Kalau tiada sesuatu yang serius masakan sampai nak bunuh-membunuh.

Tuesday, March 15, 2011

Najib Kata Orang Kampung Pun Boleh Jawab Misteri Lelaki Y


Kehadiran di Majlis Pelancaran Nadi Kasih oleh PM, DS Najib Razak begitu menggalakkan. Dianggarkan 20 ribu orang hadir ke majlis yang berlangsung di Sg Gulang-Gulang, Tanjung Karang petang tadi.

Menariknya, dalam ucapannya beliau tidak begitu menghiraukan dan menjawab tohmahan yang sedang direka dan dicanang oleh Pakatan Rakyat.

Beliau sebaliknya hanya menyebut beberapa ayat antaranya, kalau mahukan keadilan (mahkamah) misteri lelaki Y mesti dijawab. Orang kampung pun boleh jawab misteri lelaki Y, tambahnya.

Nak Bagi Tahu Kat Mr Karpal Singh, Kita Dah Bersedia Menyambut Anwar Di Pintu Penjara


Apa ada hal masuk penjara kerana nak buktikan Anwar bersalah.

Ezam Mohd Nor pernah masuk penjara kerana mempertahankan Anwar kini lebih ramai lagi pemuda-pemuda yang sanggup masuk penjara kerana masing-masing dah pakat menyambut Anwar Ibrahim di pintu penjara.

Moga kita semua ditempatkan sepenjara dengan Anwar!

GEMPAR!!! Hadi Awang Juga Sokong Saranan Anwar Ibrahim Serah DNA?

Pelik malah melucukan apabila ada dua artikel berhubung isu serahan sampel DNA oleh Anwar Ibrahim yang tersiar di Harakahdaily. Jelas sekali, editor PAS cuai dan mudah dipermainkan hingga terlepas dua artikel berkenaan.

Presiden PAS DSTG Hadi Awang, meskipun tidak secara khusus samada Anwar patut atau tidak menyerahkan sampel DNA, tetapi menganggap bahawa Demontrasi DNA bukti kes liwat bermotif politik.[Rujuk S I N I]

Sebelum ini, kebanyakan media PR menggunakan "Kes Fitnah 2" tetapi kali ini dengan berani telah menggunakan istilah "Kes Liwat".

Lebih memeranjatkan Harakahdaily bersetuju dengan saranan penyerahan sampel DNA Anwar Ibrahim. Mungkin editor Harakahdaily cuma baca tajuk dan bukan kandungan artikel, walhal saya juga menerima e-mail yang serupa! [Rujuk S I N I].

Khuatir artikel asal akan ditarikbalik oleh Harakahdaily, diperturunkan dibawah foto skrin 2 laporan berkenaan:-


Monday, March 14, 2011

Tinggal Tunggu Masa - Satu Hari Nanti Saifudin Nasution Akan Makan Penampar Sahlan

Ai???? Dah mula menyalak! [Aspirasi Bangsa]

Kalaulah DS Najib sambut cabaran Setia Usaha Agong PKR, bukan tak cukup tanah lagi Anwar Ibrahim lari, bahkan tak kira lubuk mana asalkan jumpa, Anwar akan terjun.

Aku kira, kini tinggal tunggu masa sahaja Saifudin akan makan penampar Dato' Sahlan (Setpol PM) atas keceluparannya di SINI.