Saturday, November 12, 2011

Australia Dimalukan

Malaysia muncul juara sulung perlawanan hoki Piala Sultan Johor selepas berjaya mengejutkan Australia 3-2 melalui jaringan emas ketua pasukan negara, Muhammad Noor Faeez Ibrahim empat minit selepas masa tambahan.

Perlawanan hoki Piala Sultan Johor itu diadakan buat pertama kali yang menyaksikan enam pasukan bersaing di Johor Bahru. - Utusan

Kesonsangan Saifuddin Nasution Didedahkan - Lebih Suka Bujur Menegak Pada Lambang PKR

Rupanya, pemikiran Saifuddin Nasution Ismail menyonsang dengan pemikiran biasa ahli-ahli PKR.

Akhirnya terbongkar bahawa Saifuddin lebih suka bentuk bujur atau lonjong lambang PKR dilihat dalam membentuk bujur menegak, berbanding dengan bujur melintang (lihat gambar di atas). Imaginisasi Saifuddin dipampangkan di bahagian depan rumah besarnya di Machang.

Kesergaman rumah besarnya boleh dilihat di blog Sanggah Tok Janggut.

Bentuk lambang yang disukai Saifuddin

Twitter Lawak Haji Anwar - Rindu Pada Kawan-Kawan Lama Di Sungai Buloh

Walau pun dalam tawa, mungkinkah Haji Anwar Ibrahim sudah menjangka yang beliau bakal kembali ke Penjara Sungai Buloh?

Friday, November 11, 2011

Akhirnya Haji Anwar Merayu Dan Kalau Boleh Nak Melutut Depan Bro Najib Dalam Kes Video Seksnya

Haji Anwar telah mengarahkan tambinya N. Surendran supaya merayu pada PM DS Najib supaya polis menghentikan siasatan video seks yang melibatkan dirinya.

Apa hal pulak Najib nak campurtangan dalam urusan polis?

Fakta Yang Wajib Semua Ahli PAS Tahu - 'Your Bosses Were Being Fooled On April Fool'



Haji Anwar sebenar bukan temberang. Dia betul apabila mengatakan bahawa 'Hudud' tidak dibincangkan dan diutamakan dalam Pakatan Rakyat.

Perlu diingat bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRU12 dan diisytihar secara rasmi bersempena haril April Fool 2008. Justeru itu, tidak hairan kalu PAS telah jadi mangsa bloody fool DAP dan PKR.

Merujuk kepada kes Selangor dalam pra PRU12, hanya PAS dan PKR yang mengeluarkan manifesto bersama atas nama Barisan Alternatif, melalui inisiatif Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pengerusi PKR Selangor ketika itu, yang masing-masing dipegang oleh Dato' Dr Mohd Hasan Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Persefahaman dengan DAP hanyalah dalam penentuan kerusi dalam memastikan pertembungan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional.

Tertubuhnya Pakatan Rakyat adalah tidak lain semata-mata untuk penubuhan kerajaan negeri yang dalam kedudukan tidak ada sebuah parti pun yang mempunyai majoriti, khususnya dalam kes Perak dan Selangor. Dalam pada itu, untuk kedua-dua buah negeri tersebut BN mempunyai kerusi yang paling banyak, berbanding dengan PAS, DAP dan PKR.

Motif utama penubuhan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan bersempena dengan April Fool itu, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang BN dari terus berkuasa di Perak dan Selangor. Oleh yang demikian, ideologi bersama adalah perkara nombor 2, sebaliknya mendapatkan pemerintahan di 2 negeri berkenaan adalah perkara utama.

Cuba kita imbas kembali perlancaran Buku Jingga dan konsep Negara Kebajikan oleh PAS, menjelaskan kepada kita satu bentuk meredakan ketegangan ideologi antara 3 parti berkenaan, lantaran ideologi antara DAP dan PAS khususnya yang saling bertentangan. Cuma yang menyelamatkan mereka adalah 'talam dua muka' PKR yang membolehkan 2 parti ini dapat terus berkongsi bantal di atas katil yang penuh dengan pepijat yang disediakan oleh PKR.

Berbalik kepada isu 'Hudud', PAS janganlah berangan-angan untuk ianya diterima oleh DAP dan 'talam dua muka' PKR. Justeru, dalam kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor Dato' Dr Mahfodz Mohamad yang menempelak Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim diatas kenyataannya yang 'Hudud' tidak dibincangkan dalam Pakatan Rakyat, kepada ketua komuniti dan Dewan Perniagaan Cina di Subang Jaya, hanyalah satu perkara yang membuang masa.

Hakikat yang Dr Mahfodz dan semua ahli PAS perlu tahu ialah the leaders of PAS were being fooled by Anwar Ibrahim on April Fool 2008! Oleh yang demikian, anda tentu sudah mengenalpasti dari sumber kekuatan mana Negara Islam dapat terdiri dan sokongan puak mana yang membolehkan perlaksanaan hudud di negara ini? Jawapan anda bergantung kepada betapa rasionalnya pertimbangan anda.

InsyaAllah!

Thursday, November 10, 2011

Makluman Penting!!! Ang Pau Sudah Turun

BANTING : The Education Ministry has started disbursing RM100 allowance to some 5.5 million students nationwide, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday.

Muhyiddin, who is also the Education Minister, said the funds, amounting to RM550 million, will be paid to Bank Simpanan Nasional (BSN) accounts of schools, who will then pay the amount to students or their parents.

"The allowances will be paid for students between Standard 1 and Form 4.


"For those entering Standard 1 and Form 1, the money will be disbursed in January as we do not know which school they will be placed at," Muhyiddin told a 4,000 strong crowd while visiting the Selangor Matriculation College here yesterday.

He added that BSN had agreed to open up temporary accounts for schools which do not have accounts with them. [NST]

Video Haji Anwar Pakai Seluar Yang Dipakai Ketika 'Dating' Dengan China Doll

Bila terpandang seluar yang dipakai oleh Haji Anwar di atas, teringat pattern seluar yang dipakainya ketika dating dengan China Doll tempohari.

Gambar di atas adalah sebahagian dari video di bawah. Saksikan untuk hiburan.

Takkan Bila Bro Najib Lepak Dengan Putera Mahkota Saudi Pun Haji Anwar Nak Bengang!

“Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif (Abdul Aziz) dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah,” - PM DS Najib Razak

Sultan Selangor Paksa Wakil Rakyat Beri Kuasa Pada Baginda?

Tidak pasti sejauh mana kebenaran laporan Portal Free Malaysia Today yang mendakwa berlakunya tekanan keatas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor berhubung suatu pindaan enakmen Negeri Selangor.

Portal tersebut, semalam telah melaporkan kononnya Sultan Selangor telah mencampuri bidang kuasa Dewan Undangan Negeri dengan satu surat arahan dari baginda untuk menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. [Baca laporan penuh FMT di SINI].

Malahan juga UMNO sekali lagi dituduh sebagai dalang yang mempengaruhi keputusan Sultan.

Namun begitu, isu-isu yang dibangkitkan, sebenarnya telah pun berkuatkuasa, iaitu merujuk kuasa Sultan dalam Majlis Agama Islam Selangor. Naskhah penuh enakmen berkenaan boleh dirujuk [SINI].

Pindaan-pindaan yang dicadangkan (seperti didakwa oleh FMT) adalah seperti bertanda dan diikuti kandungan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang sememangnya sedang berkuatkuasa.

Make the administration of all mosques and suraus fall under the purview of the Selangor Islamic Religious Council (MAIS).

Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya.

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam Negeri Selangor.

(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini
.

This responsibility was previously held by the director of Selangor Islamic Religious Department (JAIS).

Tanggung jawab ini adalah seperti terkandung dalam dalam enakmen tahun 2000 dan ia telah dimansuhkan mengikut enakmen tahun 2003 seperti di atas. Bermakna ia telah pun dipinda semenjak pentadbiran BN.

Give the Sultan the right to directly appoint anyone to the post of MAIS secretary.

Seksyen 16. Setiausaha.

(1) Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.

(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas-tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.

Give MAIS the power to appoint anyone as mosque officials.

Seksyen 104. Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid.
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan bagi—

(a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

(b)
menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

(c)
menetapkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah itu; dan

(d)
penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Masjid, pelantikannya dan penamatannya dan fungsi-fungsi Jawatankuasan Pengurusan Masjid.

(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—

(a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;

(b)
bertanggungjawab bagi kelakuan anak kariah masjid itu dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

(c)
memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.

(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini, MAIS boleh, demi kelicinan dan manfaat pentadbiran sesuatu masjid atau atas alasan-alasan lain yang boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini—

(a) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid bagi sesuatu kariah masjid; atau

(b)
membatalkan penubuhan sesuatu jawatankuasa kariah bagi sesuatu kariah masjid dan sebagai gantinya menubuhkan suatu Jawatankuasa Pengurusan Masjid dengan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai dan wajar

Give MAIS the right to control and direct the duties of mosque committees.

Seksyen 103. Kawalan dan arahan atas Pegawai Masjid.

Dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, Pegawai Masjid hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

Daripada semakan-semakan di atas, dakwaan yang disiarkan oleh FMT adalah amat meragukan.