Friday, January 15, 2016

OKT Pecah Amanah Lebih RM30 Juta Dicadang Sebagai Ketua Sektor Pelaburan Lajnah PAS Pusat


Sarchu Sawal ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2013

AJK PAS Pusat Razman Zakaria akan memohon kepada Presiden dan AJK PAS Pusat untuk melantik bekas CEO KPF Quality Foods Sdn Bhd (anak syarikat Felda), Datuk Sarchu Sawa untuk dilantik sebagai AJK Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal, dengan tugasan mengetuai sektor pelaburan, Unit Felda, lapor Harakah Daily.

Dalam kedudukan Sarchu masih dibawah kontroversi pertuduhan pecah amanah lebih RM30 juta yang belum selesai di mahkamah, ada juga dikalangan pimpinan PAS yang beranggapan bekas CEO itu sebagai aset kepada PAS, dalam meraih sokongan peneroka Felda seluruh negara.

Sarchu telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM30 juta yang boleh dibaca SINI.

Teruskan usaha itu wahai PAS!

Thursday, January 14, 2016

Pengarah Pilihan Raya DAP Pusat Dedah Pemimpin Tertingginya Tidak Setuju Bilangan Melayu Yang Ramai Sertai DAP


Apakah kempen menarik ramai penyertaan orang Melayu benar-benar untuk menjadikan DAP sebagai parti berbilang kaum, atau sekadar komestik untuk tatapan umum?

Cuba amati dan tafsirkan kenyataan berikut:-
“Kita (DAP) ada dua dilema. Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambah keahlian daripada Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya rasa ini satu niat dan strategi yang baik untuk mengurangkan imej cauvinis DAP
“Tetapi pada masa sama apabila niat sebegini dibentangkan dalam lingkungan parti, bukan sahaja pemimpin tetapi ada juga ahli DAP yang tidak senang dengan cadangan DAP nak mencapai 50 peratus daripada ahlinya Melayu dan bumiputera,” - Ong Kian Ming, Pengarah Pilihan Raya DAP Pusat.
Dari kenyataan itu, sudah cukup untuk membuktikan cauvinisme yang menyelubungi kepimpinan DAP.

Hanya Melayu yang gedik dan terhegeh-hegeh sahaja yang sanggup menyertai parti berkenaan.

Wednesday, January 13, 2016

Bisikan Hadi Kepada Najib 'Ta'wun ok, tahaluf no'


Membaca artikel-artikel yang menyentuh hubungan UMNO - PAS di Harakah Daily semalam dan hari ini, bolehlah dirumuskan bahawa kebanyakannya selari dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.

Bak kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, 'Ta'wun ok, tahaluf no," yang bermaksud tidak akan ada kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, melainkan tentang perkara yang membabitkan perkara-perkara kebajikan, ekonomi dan Islam.

Umumnya setakat ini PAS dilihat mahu bergerak sendirian dalam berpolitik, malah membariskan DAP, PAN dan UMNO sebagai seteru. Sebaliknya, PAS menganggap PKR sebagai rakan sekutu politik yang terbaik.

Pada pandangan PAS, mereka mempunyai kekuatan tanpa bersekutu samada Pakatan Harapan mahu pun dengan Barisan Nasional, walhal mereka bagai mengabaikan realiti lanskap politik negara dewasa ini lebih terarah kepada sistem dua parti.

Bagai tidak melihat kegagalan percubaan pihak-pihak yang lebih dulu cuba mewujudkan 3rd forces seperti dilakukan oleh Gerakan 'Civil Society' diketuai Haris Ibrahim dan penubuhan (menghidupkan semula) parti KITA oleh Zaid Ibrahim, namun hakikatnya pendekatan itu pula yang diambil oleh PAS.

Setelah melangkaui usia 60 tahun penubuhannya, tindakan PAS ini secara langsung sekadar mahu memposisi diri mereka sebagai pembangkang. Malah tidak keterlaluan untuk kita meletakkan sekadar pertubuhan yang setaraf dengan Hindraf, yang bersifat opportunist dalam perjuangannya.

Jika ini berlaku, bermakna PAS tidak berminat untuk menubuhkan kerajaan dan dimanakah maruah PAS yang mengaku sebagai pejuang harakah menegakkan negara yang mendaulatkan syariah dalam pemerintahan negara?

Berpandukan kepada kejayaan mengumpul 200 NGO (yang tidak diketahui sejauh mana kekuatan pengaruhnya) dalam Kongres Rakyat di Shah Alam pada 12 September 2015, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkeyakinan bahawa parti berkenaan mampu secara sendirian mengatasi UMNO dan Pakatan Harapan.

Namun begitu, Ahmad Amzad bagai terlena dengan kejayaan tersebut hingga terlupa pada janji yang dibuat sejurus Kongres Rakyat yang masih tidak tertunai. Tonton klip video di bawah:-


Kebanyakan peserta-peserta kongres anjuran PAS mungkin sudah terlupa bila seronok bercakap dalam kongres, hingga setakat hari ini tidak menampakkan sebarang hasilnya.

Kami cuba mencari artikel mahu pun kertas Pelan Tindakan Rakyat yang dijanji untuk dilancarkan pada 14 Oktober 2015, namun gagal. Ini termasuklah carian di arkib laman web rasmi PAS yang turut gagal ditemui.

Cukup untuk anda semua membayangkan, betapa perkara semudah Pelan Tindakan Rakyat pun gagal disiapkan, apatah lagi untuk melakarkan agenda negara.

Monday, January 11, 2016

Pemimpin Akar Umbi DAP Semakin Berani Terhadap Lim Guan Eng Bila Menghamburkan "DAP Bukan Bapa Kau Punya"


Kalau diibaratkan ludahan, maka pasti ia sudah bertepek ke dahi Lim Guan Eng.

Itulah hakikat yang harus diterima oleh Setiausaha Agung DAP itu, bila menerima sindiran pedas dari pemimpin-pemimpin akar umbi DAP.

Khabarnya, ayat-ayat berikut dihamburkan ketika majlis makan malam yang berlangsung di Johor Baru, Jumaat lepas;
“I hope leaders who have left the DAP will come back. The DAP does not belong to Norman or to my dad!” - Dr Boo Cheng Hau, Adun Skudai
 “I would like to remind that the DAP does not belong to your father, and that you can do whatever you like. There is no such thing. DAP does not belong to anyone’s father. DAP belongs to all of us,” - Sim Tong Hin, Ahli Parlimen Kota Melaka
Ini semua berpunca dari keceluparan Lim Guan Eng sendiri dan kini ia menjadi ikutan dan teladan kepada pemimpin-pemimpin bawahan, seperti ditunjukkan dalam klip video di bawah:-