Saturday, September 6, 2014

Benarkah Sudah Ketahap Hadi Awang Cabar Ketum Anwar Ibrahim Paksa 3 Adun Bukan Islam Mengucap Dua Kalimah Syahadah?


Sekilas pandang dengan kedudukan Adun-Adun DAP (15) PKR (13) campur 2 pembelot (Saari Sungib dan Hasnul Baharudin) dari PAS, sudah cukup untuk gabungan sejumlah 30 orang itu menubuhkan kerajaan, tanpa penyertaan PAS.

Hadi dapat menghidu, jka keadaan ini berlaku (PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat) maka akan terbentuklah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh bukan Islam.

Meskipun PKR mempunyai 13 Adun campur 2 pembelot PAS, maka jumlah adalah setara dengan DAP yang juga mempunyai 15 Adun. Akan tetapi, dari 13 Adun PKR, 3 adalah bukan beragama Islam iaitu Gan Pei Ni, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jeyakumar.

Dari kedudukan itu maka komposisi pengawalan Kerajaan Negeri Selangor (dengan andaian PAS ditendang dari Pakatan Rakyat) adalah 12 Adun Islam dan 18 Adun bukan Islam. Maka ketika itu, kesemua 26 pembangkang adalah terdiri dari Adun Islam.

Memikirkan keadaan demikian, maka timbul cerita mengatakan Hadi menawarkan jawatan MB kepada Azmin, dengan syarat Azmin kena membawa sekali beberapa orang lagi Adun PKR bersamanya.

Kini mula menampakan kegigihan Hadi untuk menyelamat umat Islam dan Melayu di Selangor. Khabarnya, Hadi akan melancarkan road show pertamanya di Dataran Surau An Nur, Seksyen 3 Bangi bermula 9.30 malam.

Kecuali Ketum Anwar boleh memaksa 3 Adun bukan Islam PKR mengucap 2 kalimah syahadah, mungkin Hadi akan membatalkan road shownya ke seluruh Selangor.

"Jangan cenderung pada orang zalim, nanti disambar api neraka," Nasihat Hadi Pada Anwar Ibrahim & Guan Eng


Khalid Samad Naik Angin - Demi Ketum Buat Cabaran Berdebat Dengan Golongan Muda Pro Ulamak Dalam PAS

"Saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut. Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah. 
"Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak sanggup menganjurkannya, lebih-lebih lagi sekiranya di bawah naungan Dewan Pemuda Pusat," - Khalid Samad
Satu kekurangan yang dihadapai oleh kelompok anwarinas dalam PAS ialah ketiadaan back-up dari golongan muda terhadap mereka.

Harus diakui bahawa bahawa kedudukan kelompok anwarinas tersebut, bagai terkapit di tengah-tengah antara kumpulan ulamak (melalui komposisi anggota Majlis Syura Ulamak) dengan golongan muda pro ulamak yang ada dalam Dewan Pemuda Pusat.

Khalid Samad meluahkan ras tidak senangnya kepada golongan muda malah mengsyaki bahawa mereka adalah polis cawangan khas (SB) yang menyusup dalam PAS dan dilabelkan dengan gelaran 'musta'jiun' (orang gopoh).

Pada Muktamar PAS 2012, memang dapat disaksikan kebangkitan golongan muda ini seperti yang dipaparkan dalam video bawah;


Khalid turut menganggap bahawa golongan muda ini melakukan kerja-kerja UMNO dan ini mungkin merujuk kepada kenyataan terbaru Pemuda PAS yang mahukan 'ketuanan Melayu', seperti didedahkan SINI.

Dalam pada Khalid menuduh golongan muda ini cuba mengubah destini politik PAS, beliau terlupa yang beliau dan kumpulannya juga telah melakukan perkara yang sama terhadap destini politik parti berkenaan.

Satu contoh yang ketara ialah apabila berlaku perubahan mendadak pimpinan PAS berkenaan 'Dokumen Negara Islam PAS 2003', bila mereka membuat keputusan mengenepikan falsafah yang didokumen, malah menerima pakai konsep 'Negara Berkebajikan' yang tidak menyebut sama sekali nama 'Islam' disamping berbeza pula konsepnya.

Baca kejayaan kumpulan Khalid mempedaya ulamak PAS di SINI.

Friday, September 5, 2014

Kini Terbukti Permainan Bangsat Ketum - Sejak 11 Ogos Lagi Hadi Awang Nak Dikenakan.........


Rupa-rupanya, perjumpaan pada 31 Ogos di Kota Baru bukan untuk membincangkan penubuhan PasMa seperti laporan awal SINI. Sebaliknya, PasMa sudah sah untuk beroperasi dari sudut perundangan untuk mengenakan Hadi Awang.

Kemungkinan besar PasMa ditubuhkan sejurus keputusan Majlis Syura Ulamak PAS mengumumkan menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor pada mesyuarat mereka pada 6 Ogos lalu.

Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang didedahkan menunjukkan, PasMa telah diluluskan pada 11 Ogos 2014 dengan No Pendaftaran PPM-021-02-11082014.


Jelas bahawa ini adalah suatu permainan paling bangsat Ketum terhadap Hadi.

Senarai Jawatan Kuasa PasMa boleh dilihat SINI.

Mat Sabu Malu Sertai DAP Bersaksikan Anwar - Mohon Pertimbangan Diberikan Jawatan Presiden PasMa (Parti Serpihan PAS)


Malu yang amat sangat bagi Mat Sabu bila mendapati bila mendapati namanya sekadar diletakkan sebagai AJK Penaja PasMa (bakal parti serpihan PAS), yang senarai penuh boleh dilihat SINI.

Malahan akan malu berganda, jika Mat Sabu mengambil keputusan merajuk dan bertindak menyertai DAP dengan bersaksikan Ketum Anwar Ibrahim.

Hari ini, Mat Sabu mengedarkan siaran media kepada pihak media, yang antara lain mendakwa beliau tidak terlibat sama sekali dan tidak maklum berkenaan ketiadaan nama isteri Ketum dalam senarai pencalonan MB Selangor yang dipersembahkan oleh PAS kepada istana, dengan harapan dapat ditimbangkan menjadi Presiden PasMa menggantikan Husam.

Didorong oleh kekecelaruan fikirannya yang diganggu oleh penyisihan keatas dirinya samada dalam PAS mahu pun PasMa, Mat Sabu telah tersilap mencatatkan tarikh pada edaran media tersebut.

Perhatikan tarikh yang ditanda dengan garisan merah di bawah:-

Mat Sabu Mungkin Sertai DAP Bila Diturun Pangkat Dari Timbalan Kepada AJK Pusat


Pertembungan kelompok ulamak dan kumpulan anwarinas semakin ketara.

Bila ada gerakan menubuhkan PasMa (imbas SINI), saya yakin untuk menyimpulkan bahawa ini adalah proses penubuhan parti alternatif kepada PAS, sebagai menghadapi sebarang kemungkinan prinsip PAS berbeza dengan kehendak Ketum Anwar Ibrahim.

Dalam pertembungan ini, saya melihat bahawa Mat Sabu yang walau pun pada posisi Timbalan Presiden PAS akan menjadi tokoh yang paling terkesan, yang kemungkinan 'mati beragan' rentetan dari pertembungan antara dua puak dalam PAS tersebut.

AIDC mendedahkan Mat Sabu adalah berfahaman sosialis yang menumpang dalam PAS.

Agak memeranjatkan, apabila senarai Jawatan Kuasa yang didedah oleh blog Apanama, sekadar menamakan Mat Sabu sebaga AJK.


Hakikatnya, ini adalah suatu penghinaan terhadap Timbalan Presiden PAS. Walhal, Husam yang berjawatan Naib Presiden PAS pula yang diletakkan sebagai Presiden.

Berpandukan kedudukan Mat Sabu dalam senarai di atas, jelas bahawa ini adalah isyarat untuk menyisihkan Mat Sabu dari kumpulan Anwarinas.

Oleh itu, pilihan terbaik bagi Mat Sabu ialah menyambung perjuangan sisa-sisa fahaman sosialis bersama DAP. Jika itulah pilihannya, pasti Lim Guan Eng akan menerimanya malah tidak akan berkeberatan untuk mengangkat beliau sebagai Pengerusi DAP Nasional.

Thursday, September 4, 2014

Hadi Awang Enggan Jawab Panggilan Telefon Dari Ketum Anwar Ibrahim


Presiden PAS DS Hadi Awang dan Ketum PKR DS Anwar Ibrahim bolehlah disifatkan sudah tidak boleh saling berpandangan.

Malah boleh disimpulkan bahawa Hadi sudah samapai keperingkat tidak mahu menjawab panggilan telefon dari Ketum Anwar, apabila Malaysikini melaporkan ketidakpastian pihak PKR dalam menentukan bila pertemuan pimpinan tertinggi PKR - PAS akan diadakan, yang sekadar mampu menyebut malam ini atau esok.

Selanjut portal berkenaan melaporkan butiran yang amat memeranjatkan;
Beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu, bukan sahaja presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail, malah timbalannya Azmin Ali juga tidak dihantar PAS kepada pihak istana.  
Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini. 
Seorang sumber yang enggan dinamakan menganggap tindakan itu "mempermain-mainkan PKR" dan mereka akan bertemu dengan PAS bagi mendapatkan penjelasannya sebelum ini.

Anwar Terpaksa Tunduk Pada Sultan dan Hadi Awang - PKR Namakan Dr Idris Ahmad Disamping Wan Azizah


Maklumat yang diterima dari seorang pemimpin cabang sebentar tadi, memaklumkan PKR akan menamakan Adun Ijok Dr Idris Ahmad sebagai salah seorang calon disamping Wan Azizah.

Sebulan yang lalu telah pun terdengar desas-desus berkenaan PAS akan mencalon Adun berkenaan sebagai calon kompromi. Malah, Idris dalam reaksinya kepada media telah pun menyatakan kesediaannya.


Jika benar maklumat yang diterima oleh kami, tentunya ia akan menimbulkan masalah dalaman baru kepada PKR.

Kem Azmin Ali awal-awal lagi telah mencadangkan nama Timbalan Presiden PKR itu sebagai salah seorang calon, namun telah ditolak mentah-mentah oleh Ketum Anwar Ibrahim.

Dengan kemasukan nama Idris, maka Azmin Ali terlepas peluang untuk dicalonkan untuk jawatan MB Selangor, apabila menarik diri dari calonkan, walhal PAS awal-awal lagi telah pun mencadangkan beliau.

Alahai Azmin Si Lebai Malang!

Ini Baru Betul Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia - Kali Ni Anwar & Guan Eng Terpaksa Ikut Cakap Hadi


Membelek foto lama DS Abdul Hadi Awang memperaga senapang patah ditangan, terserlah ketampanannya meskipun sekadar berkain pelikat dan berkemeja T pagoda.

Kalau benar laporan The Star, maka selayaknya Hadi sebagai Presiden PAS dan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia kerana keberaniannya dan atas demi agama, apabila beliau menamakan 3 calon PAS untuk perkenan Duli Tuanku Sultan Selangor sebagai calon MB Selangor.

Barangkali, hanya dengan mengangkat senapang patah sahaja yang boleh memaksa Ketum Anwar dan Lim Guan Eng untuk akur dengan cakap Hadi.

Alasan yang sama boleh digunakan oleh Hadi (seperti digunakan oleh 2 Adun PAS yang berpaling tadah menyokong Wan Azizah) kepada kedua orang sahabatnya tersebut, iaitu 'demi menyelamat Pakatan Rakyat Selangor'.

Soalnya sekarang, relakah Anwar dan Guan Eng berkorban seperti yang dituntutnya dari PAS sebelum ini?

Tindakan Hadi ini (jika sahih laporan akhbar berkenaan) adalah tindakan yang amat berani dan dilihat sebagai menjaga kemaslahatan agama dan negeri Selangor, yang tentunya mengatasi kepentingan Pakatan Rakyat.

Memeningkan Hadi Awang - Langkah Kajang Memasukkan Agenda Meminggirkan PAS Dari Pakatan

"Langkah Kajang  bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan" - Subky Latif
Subky Latif bukanlah sembarangan orang. Beliau merupakan wartawan politik yang pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia dan Watan (akhbar politik asal), malah pernah beberapa kali bertanding dalam PRU. Kemunculan pertamanya ialah pada PRK kawasan parlimen Pelabuhan Klang pada tahun 1979, selepas kematian bekas Presiden MIC, mendiang Tan Sri V. Manickavasagam.

Pengalamannya dalam persekitaran poltik negara, membuatkan beliau amat faham dengan permainan politik negara secara amnya.

Beliau dengan berani menulis dalam lidah rasmi PAS Harakah Daily dengan menyifakan Langkah Kajang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

Tentunya luahan tersebut berpunca dari sikap DAP dan PKR yang terlalu menekan PAS, malah dengan terang-terang meletakkan kesalahan kepada PAS berhubung belum selesainya isu meletakkan isteri Ketum PKR (Wan Azizah) sebagai MB Selangor.

Kenyataan demi kenyataan dibuat samada melalui pemimpin-pemimpin kedua-dua parti berkenaan serta disokong oleh para penganalis politik yang lebih bersifat menekan PAS untuk menerima Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Walhal pada masa yang sama PAS samada suka atau tidak, harus mengambil kira pendirian umum PAS yang disandarkan kepada prinsip Islam, menjaga kemaslahatan umum dan yang paling penting menjaga hubungan baik dengan istana.

Pendirian PAS juga menyebabkan pening yang bukan kepalang kepada Ketum PKR Anwar Ibrahim untuk mengisytiharkan kerajaan Selangor hari ini sebagai kerajaan haram. Ini adalah ekoran 4 orang anggota Exco dari PAS masih meneruskan perkhidmatan mereka dalam kerajaan.

Namun, kenyataan demi kenyataan yang menyelar tindakan PAS yang berlawanan dengan apa yang disifatkan sebagai konsesus Pakatan Rakyat, amat menyinggung perasaan Subky. Apatah lagi ada yang menyerang terus Presiden PAS DS Hadi Awang melalui media sosial. Dari keadaan ini, tidak hairanlah Subky membuat kenyataan bahawa Langkah Kajang turut memasukkan agenda meminggirkan PAS dari Pakatan.

Dalam pada itu, daripada kenyataan-kenyataan Mat Sabu dan Husam yang dibuat 2 - 3 hari lepas, masih menunjukkan minat mereka terus bersama DAP dan PKR, meski pun boss mereka dibelasah teruk oleh rakan-rakan sepakatan.

Wednesday, September 3, 2014

PasMa Siap Sedia Ditubuhkan, Jika Nik Aziz Bubar PAS Untuk Bergabung Dengan UMNO

"Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," Nik Aziz (1 Oktober 2010)
Sememangnya pun dah banyak kali ungkapan itu dituturkan oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat, malah seingatan saya ia bermula sejak awal 1980an,

Namun kalau merujuk pada hari ini, adalah amat mustahil untuk Nik Aziz meraih sokongan, kalau ditakdirkan UMNO menyahut cabaran beliau.

Dilaporkan oleh TMI, kumpulan tertentu dalam PAS telah mengadakan perjumpaan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang bertujuan secara langsung untuk menidakkan hasrat Nik Aziz.

Ternyata kata-kata Nik Aziz sudah tidak diterima pakai lagi oleh kalangan PAS sendiri.

Perkara ini sememangnya telah dijangka, seperti yang telah diramalkan SINI.

Tuesday, September 2, 2014

Mat Sabu Terus-terusan Rela Makan Babi Sama Guan Eng


Kenyataan terbaru Mat Sabu yang disiarkan di Detik Daily membayangkan bahawa beliau terus-terusan lebih rela makan babi bersama Lim Guang Eng dari makan ayam dengan Najib.

Mat Sabu dalam menyimpulkan bahawa konsep Negara Kebajikan dan tahaluf siyasi dapat melonjakkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, berpandukan kepada undi popular pada PRU13 sebanyak 52% yang memihak kepada mereka.

Namun begitu, secara umumnya jika berdasarkan angka untuk Pakatan rakyat mungkin ada kebenarannya, tetapi secara khusus ia tidak memihak kepada diri Mat Sabu dan PAS.

Mat Sabu kalah dalam di Pendang, sementara kerusi PAS di parlimen merosot dari 23 kepada 21.

Kenyataan Mat Sabu itu bagai untuk menambah pandangan Wong Chin Huat yang dibuat kelmarin (melalui rencana yang tersiar di TMI), yang bertujuan memalukan Hadi Awang. Wong menulis, Dr Siti Mariah Mahmud memenangi kawasan Kota Raja yang mempunyai 48% pengundi Melayu dengan 68% undi, jauh lebih tinggi daripada 52% yang dimenangi oleh Tok Guru Hadi Awang di Marang yang mempunyai 98% pengundi Melayu.

Hal ini bagai ungkitan bahawa kemenangan PAS adalah dari sokongan dari pengundi-pengundi bukan Islam yang kebetulan sememangnya itulah hakikatnya.

Dengan keadaan yang demikian, perlu diakui bahawa adalah terlalu amat sukar bagi PAS untuk merealisasikan aspirasi membentuk kerajaan Islam di Malaysia.

Menyedari keselesaan yang dinikmati bersama DAP (duduk sebaga Lembaga Pengarah Perbadan Air Pulau Pinang), maka Mat Sabu mengambil keputusan untuk terus duduk semeja dengan Guan Eng yang makan babi, dari mempertahankan prinsip dan jati diri PAS yang beliau sendiri adalah antara pemimpin utamanya.

Husam Bayangkan 2 Adun PAS Sokong Wan Azizah Bakal Terlepas Dari Tindakan Disiplin

"Tanpa diurus, dua ADUN PAS misalnya telah mengambil pendirian sendiri. Saya difahamkan, sepanjang masa itu Perhubungan PAS Selangor tidak pun bersidang," - Husam Musa
Jika diamati kenyataan Naib Presiden PAS Husam Musa, dengan sendirinya membayangkan bahawa 2 Adun PAS yang menandatangani perakuan berkanun menyokong DS Wan Azizah sebagai MB Selangor (Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin) bakal terlepas dari tindakan disiplin.

Meskipun Dewan Ulamak PAS Selangor telah meluluskan usul mengecam tindakan 2 Adun berkenaan, disamping mencadangkan tindakan disiplin diambil kepada mereka, Husam sebaliknya menyalahkan PAS Selangor kerana gagal mengurus krisis.

Atau apakah Husam adalah antara anggota kumpulan pelobi Azizah yang menawarkan sesuatu kepada baki 13 Adun PAS untuk menandatangani perakuan berkanan menyokong Azizah, seperti didakwa oleh Setia Usaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman?

Monday, September 1, 2014

Mampukah Hadi Awang Bangun Setelah Dilanyak Teruk Oleh Penyokong-Penyokong DAP?


Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai politikus yang berfikiran sempit disamping punya sifat yang terlalu mementingkan diri dan perkiraan peribadi, melalui rencana Malaysiakini yang anda boleh baca SINI, berhubung pendiriannya dan PAS dalam penyelesaian isu penggantian MB Selangor.

Rencana tersebut  turut dipaparkan di laman FB Malaysikini, malangnya mendapat respons yang membidas dengan kata nesta dan cacian oleh para penyokong DAP, yang seolah-olah menggambarkan PAS tidak punya sebarang sumbangan dalam membina kekuatan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam menghadapi kemelut ini, Hadi sebenarnya terperangkap dengan perjalanan politiknya. Sebagai pemain lama dalam gelanggang politik Malaysia, apatah lagi sudah menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, tentunya istiqamah adalah keutamaan dalam perjuangannya.

Hadi telah diperhatikan sejak dekad 80an lagi yang setiap patah perkataan mahu pun perbuatan adalah didokumenkan, meliputi samada bercetak mahu pun rakaman audio dan video.

Selepas PRU 2008, PAS yang dipimpin oleh Hadi, sedikit demi sedikit tergelincir dari landasan awal ciptaannya bersama rakan-rakannya yang bermula pada dekad 80an. Pendirian Hadi tentang konsep Negara Islam dan fatwa berhubung kerjasama politik dengan orang bukan Islam adalah antara contoh-contoh perubahan pendirian Hadi.

Adalah amat sukar untuk lari dari pendirian asalnya kerana jika beliau berbuat demikian bermakna kata-kata yang dilafaz, serta perbuatan yang dilakukan adalah fitnah terhadap UMNO, Barisan Nasional apatah lagi terhadap Tun Dr Mahathir dan Hadi tidaklah berbeza dengan politikus-politikus lain yang bermain dengan retorik politik.

Kini, Hadi sekadar mampu baring sambil memikirkan kesilapan tindakan politiknya, serta bertanya pada diri sendiri, "Berdosakah aku?".

Mampukah Hadi untuk bangun selepas terkena lanyakan ini?

Teruskan membaca perbandingan Hadi dulu dan sekarang SINI.

Dalam Alpa Hadi Awang Dilawan Muslimat PAS Dek Kerana Mabuk Terminum Air Botol Mengandungi Ketum


Ketika merasmikan Nadwah Permekasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat pagi tadi, Presiden PAS mengingat bahawa bahawa PAS adalah tidak sama dengan PKR dan DAP. Malah, beliau dengan yakin dan tegas mengatakan,
“Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama,” (dipetik dari The Malaysian Times)
Lain pula yang dilakukan oleh Dewan Muslimat PAS Pusat yang bagai mabuk KETUM, bila mengeluarkan pernyataan bersama dengan sayap-sayap wanita dalam Pakatan Rakyat, menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.
KUALA LUMPUR: The Pakatan Rakyat women’s wings have thrown their weight behind Wan Azizah as the new Menteri Besar of Selangor. 
The three party leaders: PKR women’s wing chief, Zuraidah Kamaruddin; DAP women’s wing chief Chong Eng; and PAS Muslimat chief Siti Zailah Mohd Yusoff issued a statement supporting Wan Azizah. 
“We are united and we strengthen our support for Wan Azizah as the Selangor Menteri Besar,” the statement read. - FMT
KETUM PKR Anwar Ibrahim bersandarkan kepada pendapat Dr Yusuf Qardhawi, sementara majoriti ulamak PAS berpegang pada hadis nabi.



PAS Selangor Dah Mula Syak Ketum Cuba Main Bangsat


Tiada angin masakan pohon bergoyang.

Itulah hakikatnya, apabila PAS Selangor mengugut untuk mendedah-dedahkan pelobi-pelobi yang membuat tawaran yang menarik supaya Adun-Adun PAS berpaling tadah kepada Wan Azizah, melalui penandatanganan  perakuan berkanun yang menyokong isteri KETUM PKR sebagai MB Selangor.

Menurut laporan The Star, Setia Usaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman mendakwa mereka memaklumi hal berkenaan.

"Kami tahu siapa yang terlibat. Kami ada maklumat penuh. Dan kami akan mendedahkan nama mereka, jika berterusan dengan permainan mereka," ujarnya.

Dewan Ulamak PAS Selangor Geram Pada Ketum - Desak 2 Adun Berpaling Tadah Dikenakan Tindakan Disiplin


Tindakan 2 Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS, awal-awal lagi membawa aib yang bukan kepalang kepada badan tertinggi dan paling dihormati dalam struktur organisasi PAS.

Betapa tidaknya, kedua-dua berkenaan telah melanggari keputusan Majlis Syura Ulamak yang memutuskan menyokong TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Perlu diingat bahawa dalam tarbiyah PAS, semua ahli mesti ikut cakap ulamak.

Apabila 2 ahli yang bertaraf Adun melanggari keputusan badan yang paling dihormati dalam PAS itu, tentunya memberi teladan yang negatif kepada ahli-ahli biasa, mahu pun para pengikut PAS.

Demi menjaga maruah para ulamak, Dewan Ulamak PAS Selangor telah membuat ketetapan dalam Muktamar Tahunan Ulamak PAS Selangor telah membuat ketetapan sebulat suara mengutuk dan mengecam tindakan Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Malah, dewan berkenaan mendesak kedua-dua mereka dikenakan tindakan disiplin mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS.

Fasal berkenaan berbunyi seperti berikut:-

Sunday, August 31, 2014

Bertambah Celaru - DAP & PKR Tersinggung Bila Pemuda PAS Nakkan Ketuanan Melayu


Bagai termakan dengan gertakan Mat Taib terhadap PAS [baca SINI], tiba-tiba PAS membuat satu lagi 'U-Turn' dari politik Islam kepada politik Melayu.

The Malaysian Insider melaporkan kenyataan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Fadhli Ghani yang kononnya;
  • PAS berkeras Melayu mesti ditegaskan hak ketuanannya, tetapi Umno berkata hak istimewa,yang bermaksud orang Melayu mesti menjadi 'tuan' dalam negara ini
  • PAS sentiasa mahu Islam dijadikan agama rasmi negara, bukan seperti Umno yang menjadikan Islam agama Persekutuan yang dengan sendiri menjadikan Malaysia sebagai berfahaman sekular
  • PAS tidak bersetuju dengan UMNO berkaitan kerakyatan yang diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang Cina dan India di bawah kontrak sosial pada kerana PAS yang mahu seseorang warganegara itu diiktiraf berdasarkan kesetiaan mereka kepada negara dan bukan atas  keinginan menetap di negara ini.
Kenyataan yang begitu lunak oleh AJK Pemuda PAS Pusat itu tidak lain adalah bertujuan untuk menarik perhatian orang Melayu supaya menyokong PAS.

Jelas bahawa krisis menukar MB Selangor ciptaan Anwar Ibrahim membawa musibah kepada PAS berbanding DAP dan PKR, lantas ini yang menggusarkan Pemuda PAS. 

Baru sekarang baru nak bercakap hal Melayu?

Mursyidul Am Menembak Lagi - Kali Ni Bab Hubungan Anwar - Erdogan



Bedekan-bedekan lain lihat SINI.