Saturday, July 2, 2011

Kedudukan Nazir Tun Razak Dalam CIMB Tergugat?

Samada melalui sumber dalaman mahu pun kenyataan akhbar, CEO CIMB Bank Dato' Nazir Tun Razak beberapa kali menafikan minat CIMB untuk mengambialih bank tempatan. Sebaliknya, Nazir menyatakan minat untuk meletakkan CIMB antara yang terkuat di rantau Asia Tenggara.

Namun, khabar dari seberang membuat spekulasi tentang pengambilalihan RHB Capital keatas CIMB.
Meskipun ada suara-suara mengatakan tidak mungkin bank kecil mengambilalih bank yang lebih besar, perlu diingat sejarah CIMB sendiri yang bermula dengan Bank Of Commerce (BOC) telah mengambilalih United Asian Bank Bhd (UAB). Bermula dari situ, BOC mengorak langkah mengambilalih Bank Bumiputera dan seterusnya membentuk entiti BCB. Akhirnya BCB bertukar nama kepada CIMB dengan penyerapan Southern Bank kedalam entiti yang baru tersebut.

Begitu juga RHB yang terhasil dari Sime Bank dan D&C Bank, pernah dikuasai oleh Bank Utama yang saiznya lebih kecil.

Kini, terletak kepada Khazanah Holdings yang memegang 29% kepentingan dalam CIMB samada menerima atau menolak RM20 bilion keuntungan jika urusniaga dimuktamatkan.
KUALA LUMPUR: If the price is right, Khazanah Holdings Bhd may just say "yes" to RHB Capital Bhd's (RHBCap) offer for the former's stake in CIMB Bank, banking analysts said yesterday.


However, some were quick to ask whether such offer is really in the works, while a few others wondered if a merger between the two banks is being strongly recommended by "the powers that be".

Asked if Khazanah is willing to sell off its stake in CIMB, its senior vice-president for communications Mohd Asuki Abas, when contacted yesterday, could only say: "We do not comment on speculations".

By that, he was referring to an online article yesterday stating that RHBCap's cash bid for the 29 per cent stake may just make Khazanah RM20 billion richer, if the deal takes place. [Business Times]

Friday, July 1, 2011

Demo Pulau Pinang : Ezam & 7 Yang Lain Bermalam Di Lokap

Sehingga saat ini, usaha-usaha untuk mengeluarkan Ezam Mohd Nor dan 7 yang lain boleh dianggap gagal.

Difahamkan, pihak polis tidak membenarkan mereka dijamin meski pun usaha telah dibuat.

Kebarangkalian untuk mereka bermalam di lokap adalah tinggi.

Dalam perkembangan yang lain, difahamkan kesesakan lalu lintasan di jambatan Pulau Pinang menghala ke tanah besar adalah sejauh 30km.

Specially Dedicated to CM Lim Guan Eng - "Goodbye Bridge"

PULAU PINANG 1 Julai - Jambatan Pulau pinang sesak teruk apabila kira-Kira 20 ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di tengah-tengah jambatan.

Sambil membawa kain rentang, mereka melaungkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyokong perhimpunan haram pada 9 Julai ini. - Utusan

Ezam Mohd Nor Kena ISA? Tentu Tidak Sebab Guan Eng Anti-ISA!

Tidak ada apa yang perlukan dikhuatirkan oleh Ezam Mohd Nor. Difahamkan beliau masih di IPK. Tidak mungkin beliau akan dikenakan ISA, kerana KM Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri menentang ISA!

Khabarnya demontrator berada di tengah-tengah jambatan. Sesak hingga melekat!

Saya sudah jangka Pulau Pinang bakal lumpuh kalau ada demontrasi di Jambatan Pulau Pinang. Baca [SINI].

Sudah damai atau suka huru hara? Jadikan iktibar.

Bandaraya Pulau Pinang Lumpuh! Ezam Mohd Nor & 4 Yang Lain Ditahan?

Menurut sumber Ezam Mohd Nor sedang berada di IPK Pulau Pinang, sementara 4 yang lain berada di IPD (tidak dapat dipastikan). Mungkin ditahan.

Kira-kira 2,000 sedang berarak.

Pusat bandar khabarnya sesak.

Kemana pula selepas ini?

Kalau perarakan BERSHIT, KL tak sesakkah?

Pantang Dicabar! Benarkah Waris "Bush Jacket Hitam" Telah Muncul Di Pulau Pinang?

Desas-desus mengatakan telah muncul pewaris "Bush Jacket Hitam" di Pulau Pinang.

Blog MIK melaporkan perarakan aman di Pulau Pinang, laporan baca [SINI].

Niat mengajar bukan membelasah?

Mencari Pewaris 'Bush Jacket' Hitam

Tiada harta bertimbun yang diwariskan kepada saya. Foto Dato' Harun Idris (ber'bush jacket' hitam) di atas adalah antara barang peninggalan arwah ayah saya.

Pohon Alfatihah untuk kedua-dua mereka.

Pesuruhjaya PAS Selangor Larikan Diri Kerana Tak Sanggup Tengok Muka Mat Sabu!


Sah, melalui kata aluan dalam video di atas, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tidak hadir dalam Solat Hajat & Pidato Khas anjuran Dewan Pemuda PAS di Stadium Melawati Shah Alam pada 29 Jun 2011 yang lalu.

Mungkin pada Dr Rani Osman, lebih baik beliau bersama dengan pengundi-pengundinya di masjid dalam majlis sambutan Irak Mikraj dari membuang masa bersama Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.

Atau mungkin juga beliau tidak sanggup menatap wajah baru Mat Sabu, disamping tidak tahan menahan gelak dengan wajah tersebut.

Thursday, June 30, 2011

Malam Ini Giliran Mat Sabu, Besok Giliran Kita Pula!

Ada ubi ada batas.....

Silakan Mat Sabu, giliran anda dulu......

Jangan marah bila tiba giliran kami besok!

Kalau Nak BERSIH, Kena SAPU Dulu......

Kalau teringin sangat nak BERSIH, kamu kena sapu dulu.

Tapi hati-hati dengan penyapu!

Kisah Benar!!! Isa Samad Bikin Kepala Tengku Zafrul Terhantuk Di Pintu Masuk Menara Maybank!

Mohd. Isa Abdul Samad (kanan) menunjukkan dagangan MSM yang pertama kali disenaraikan di Bursa Malaysia sambil diperhatikan oleh Dzulkifli Abd. Wahab (tengah) dan Sabri Ahmad.
Sebelum ini bukan main celupar mulut Tengku Zafrul Aziz CEO Maybank Investment mengata TS Isa Samad. Baca [SINI]

Kelmarin, Isa Samad telah menghantuk kepala Tengku Zafrul ke pintu masuk Menara Maybank bila saham MSM Malaysia Holdings Bhd mencatat premium RM1.39 dalam penampilan sulung MSM di Bursa Malaysia.

Meskipun ada penurunan untuk urusniaga 29 Jun 2011, tetapi MSM ditutup pada paras selesa, RM4.70.

KUALA LUMPUR 28 Jun - MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) membuat penampilan sulung yang cukup manis di Bursa Malaysia hari ini apabila mencatatkan harga runcit sahamnya melonjak sebanyak RM1.07 kepada RM4.45 dengan 7.289 juta saham bertukar tangan pada awal dagangan.

Para penganalisis menyifatkan saham MSM itu memperlihatkan prestasi pulangan terbaik pada hari pertama penyenaraiannya.

Harga runcit MSM ditetapkan pada harga RM3.38 sen sesaham dan institusi RM3.50.

Saham MSM ditutup petang ini pada harga RM4.89 sesaham.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, beliau berpuas hati dengan sambutan pelabur-pelabur terhadap saham MSM. [Utusan]

Semenjak Berkawan Dengan DAP, Nik Aziz Rela KB Jadi Serambi Haadyai

Kalau dari Serambi Mekah bertukar jadi berandah Mekah, masih juga boleh dimaafkan.

Tapi keadaan dah semakin melampau. Dek kerana boleh berkawan dengan syaitan, Nik Aziz bukannya boleh memujuk syaitan, sebaliknya bisikan syaitan yang mempengaruhi Nik Aziz. Tunggulah saat kehancuran, bila Kota Baru berubah nama menjadi Newcastle dan menjadi 'Serambi Haadyai'.

Setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, kerajaan Pas Kelantan menerima notis saman pemula yang difailkan tiga peniaga terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) kerana mengharamkan penjualan tiket loteri kebajikan. - Bernama/Utusan

Wednesday, June 29, 2011

Sekali Pun Didapati Pakai Seluar Dalam Berunsur Hasutan Pun Boleh Ditahan!

Bila dah diperturunkan kuasa oleh KDN kepada PDRM, maka polis telah membuat keputusan akan menangkap sesiapa sahaja yang memiliki barangan yang berunsur hasutan.
"Bukan sahaja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa sahaja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai,” - KPN Tan Sri Ismail Omar
Syabas PDRM kerana telah memulakan langkah-langkah pencegahan.

Ketua-Ketua Ranting PAS Tinggalkan Sambutan Israk Mikraj Di Kariah Masing-Masing Kerana Mahu Solat Dengan Mat Sabu

Mana satu program yang menjadi keutamaan Ketua-Ketua Ranting PAS Selangor? Samada sambutan Irak Mikraj di kariah masing-masing atau solat berjamaah dengan Mat Sabu di Stadium Melawati, Shah Alam?

Tinggallah anak-anak kariah bersama orang-orang UMNO.

Pening!
SHAH ALAM, 28 Jun: Satu program Solat Hajat dan pidato khas bakal diadakan 29 Jun (Rabu) bermula 7.30 malam di Stadium Malawati, dekat sini. [Selangorkini]

Serbu Jangan Tak Serbu

Maka telah bermula serbuan......

Polis serbu pejabat komuniti Bersih di Petaling Jaya

29/06/2011 2:19pm

PETALING JAYA 29 Jun – Pejabat komuniti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Seksyen 4 di sini, hari ini diserbu oleh sepasukan 15 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pejabat yang berselindung di sebalik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diserbu pukul 12 tengah hari. – Utusan

Konsert Ramli Sarip 'Confirmed' Tangguh, Ratu Cantik Guan Eng Bila Pula Nak Digagalkan?

Sudah mula terasa bahang. Khabarnya Konsert 2 Raksasa yang menggabungkan Sweet Charity dan Blues Gang yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 telah ditunda ke 1 Oktober 2011. Laporan di [SINI]

Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana anda menang kali ini.

Ada sesiapa yang boleh kasi batalkan Pertandingan Ratu Cantik IT di Pulau Pinang pada 1-3 Julai 2011?

Kita tunggu....... sesiapa ada berani?

Guan Eng! Gua Takda Kacau Lu, Lu Jangan Mula Kacau Gua

Sesiapa pun tidak suka kekacauan. Semua suka aman.

Berbalik kepada Perhimpunan BERSIH 2, penganjurnya menganggap bahawa perhimpunan mereka adalah perhimpunan aman. Betulkah boleh aman?

Maka pula KL dipilih sebagai lokasi perhimpunan dan ada pula perarakan, meski pun dianggap aman, tetap akan mengundang kesesakan trafik. Di KL, sudah cukup kalau seorang lelaki jalan berbogel di Jalan Kuching, boleh 'jam' satu KL. Ini kan pula kalau 1,000 orang berpiket.

Dalam entri saya sebelum ini [SINI], ada komen yang berikut;
kalau dia orang nak buat juga perhimpunan "Bersih", kita buat kat tengah highway pulau pinang, baru DAP tau betapa peritnya nanti...!!!!
Nampaknya dah ada cadangan.

Apa kata kalau PDRM luluskan permit di KL dan pada masa yang sama luluskan juga permit di Pulau Pinang kalau ada pihak-pihak yang memohon permit untuk perhimpunan. Adilkan?

Masa tu barulah Lim Guan Eng tahu tinggi rendahnya langit ni. Juga, pada masa itulah nanti PDRM juga tempat meminta pertolongan, meski pun mereka inilah (puak-puak pembangkang) yang sering merendahkan imej polis.

Tuesday, June 28, 2011

2 Orang Berpiket Di Jampatan Pulau Pinang Sudah Cukup Untuk Lumpuhkan Lim Guan Eng!

Percayakah anda bahawa dengan hanya 2 orang berpiket di Jambatan Pulau Pinang, sudah cukup untuk melumpuhkan seluruh Pulau Pinang.

Kalau tak percaya cuba anda berpakat dengan rakan anda untuk mempamerkan poster bogel Anwar Ibrahim di kiri kanan jambatan. Pasti kesesakan akan melanda seluruh Pulau Pinang. Walau bagai mana pun ini tertakluk kepada berapa lama jangkamasa anda dapat mengelakkan diri dari ditangkap pihak berkuasa.

Sebenarnya, begitulah ukuran dedahan risiko yang dihadapi oleh Lim Guan Eng.

Jadi, jangan cakap besar dan suka-suka sokong BERSIH. Jangan susahkan rakyat lain yang tidak bersetuju dengan sebarang perarakan tunjuk perasaan.


"Dengar Ini Cerita" (Anwar Ibrahim)

Cerita Sebenar

Cerita Dibelit Kepada Rakyat

Ahli PAS Hampa, Mat Sabu Tidak Diberi Peluang Imamkan Solat Hajat

Solat Hajat sekali lagi akan diadakan oleh Pakatan Rakyat Selangor (anjuran PAS) yang kebetulan bersempena dengan sambutan Israk Mikraj esok di Stadium Melawati Shah Alam.

Rasanya, lebih molek kalau diberikan peluang Timbalan Presiden PAS yang baru Mat Sabu untuk menjadi imam untuk solat hajat tersebut. Sebaliknya, solat hajat tersebut akan diimamkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.

Untuk solat hajat Pakatan Rakyat kali ini, sama-sama kita tunggu apa lagi skandal Anwar yang bakal terburai selepas ini. Mungkinkah Anwar akan bertambah 'termalu' di mahkamah? Sama-samalah kita tunggu.

SHAH ALAM, 28 Jun: Satu program Solat Hajat dan pidato khas bakal diadakan 29 Jun (Rabu) bermula 7.30 malam di Stadium Malawati, dekat sini.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dijangka akan turut berucap.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, jumlah kehadiran dijangka menjangkau 40,000 hingga 50,000.

Ini kerana, ujarnya, rakyat ingin mendengar perkembangan semasa daripada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri setelah berbagai berita dimanipulasikan oleh media milik Umno BN.

Beliau memaklumkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman juga turut serta.

Selepas solat hajat, mereka berdua akan berucap sebelum Mohamad mengambil tempat untuk berbuat demikian.
Sebelum itu, Dr Rani akan mengimamkan sendiri solat hajat yang diadakan di kawasan arena dalam stadium tersebut.
Program ini bermula pada pukul 6.30 petang lagi dengan ketibaan tetamu dari seluruh negeri dan diikuti solat Maghrib berjemaah.

Pada jam 7.50 malam diadakan tazkirah yang disampaikan oleh wakil Dewan Ulamak negeri, solat Isyak bersama-sama pada pukul 8.35 malam diikuti solat hajat.

Jam 9.10 malam, pidato bermula dengan hadirin akan dapat mendengar ucapan Ustaz Nasrudin, wakil PKR dan DAP serta Dr Rani sebelum acara kemuncak, ucap tama dari Mohamad.

Penganjur berharap semua hadirin dapat datang seawal mungkin dan juga diminta untuk membawa kain sejadah sendiri. [Selangorkini]

Apa Perasaan Guan Eng Bila Ambiga Anjur Perarakan BERSIH Di Atas Jambatan Pulau Pinang?

Mudah! Terlalu mudah untuk menawan dan menyerang ibu pejabat PKR. Tahniah anak-anak muda yang telah berjaya melaksanakan tugas yang begitu bersahaja. So, what next?

Pada awal 1980an dan ketika remaja pada masa itu, aku selalu lepak di kedai kaset (dulu-dulu belum ada CD) milik seorang anak muda bangsa China. Dia ni pro DAP. Maka berceritalah si anak muda China ini tentang pembinaan Jambatan Pulau Pinang (yang pada masa itu masih diperingkat pembinaan), yang generasi kita akan diwariskan dengan hutang kerajaan hingga ke anak cucu untuk kos pembinaan jambatan tersebut.

Kebetulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari ini dibawah pentadbiran DAP, aku teringin benar mahu melihat rakyat Pulau Pinang tanpa jambatan.

Bagaimana keadaannya, kalau ada dikalangan kita yang sanggup jadi jeneral untuk memimpin perarakan aman di atas jambatan Pulau Pinang. Lim Guang Eng mungkin tidak rasa apa-apa sebab dia boleh sewa helikopter. Tapi bagaimana pula rasanya perasaan pengundi-pengundi DAP.

Jom Ambiga, kita cuba perarakan BERSIH di Jambatan Pulau Pinang!

Monday, June 27, 2011

Berarak Rakyat Sosialis, Islam Habis = BERSIH

PAS mencontohi Ikwanul Muslim di Mesir?

Di sana lain, bila rata-rata rakyatnya beragama Islam.

Di Malaysia, BERSIH dianggotai MLCM, sosialis, komunis dan opportunis DAP dan PKR.

Dimana PAS? Jawapannya, membawa Islam tersungkur.

Berarak Rakyat Sosialis, Islam Habis = BERSIH

PAS Nak Pimpin Pakatan Rakyat? Maaf Langkah Mayat Karpal Dulu!

Harakahdaily menyiarkan artikel bertajuk "Ikhwanul Muslimin Pimpin Pakatan Rakyat Mesir Terajui Negara". Mungkinkah dengan penyiaran artikel ini bermakna, PAS juga punya impian untuk memimpin Pakatan Rakyat Malaysia?

Realitinya, jauh panggang dari api jika peranan dan fungsi PAS masih lagi ditakuk lama. Meskipun Harakahdaily mendakwa, Dr Badi'e Abdul Majid menyifatkan PAS sebagai istiqamah dalam perjuangan, namun dari segi realitinya PAS kini terpesong dari landasan perjuangan yang sebenarnya.

Hasrat untuk memimpin Pakatan Rakyat adalah umpama panggang dari api dan sekadar menjadi baruah kepada DAP dan PKR dalam merencanakan perjuangan menentang Barisan Nasional. Beranikah PAS dengan Karpal Singh?

Sunday, June 26, 2011

Kemungkinan KJ Dibunuh Adalah Sifar, Kemungkinan Mati Beragan Pasti!

Aku tidak fikir ada orang nak bunuh KJ.

Tapi, kemungkinan mati beragan adalah pasti!

Berubah atau berundur, itulah pilihan untuk KJ.

SEPANG 26 Jun. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menerima ugutan bunuh yang dituju kepada Pemuda UMNO berhubung penyertaan mereka dalam Perhimpunan Patroit pada 9 Julai ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) yang dihantar pada tengah malam tadi.

“Satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima sms yang sama,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. - Utusan

Rahsia Disebalik Kuning Anwar Ibrahim & Ambiga

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dan protes terhadap tindakan Umno memperalat polis dengan menangkap rakyat tidak bersalah.
Oleh kerana Anwar Ibrahim gemar warna kuning, baca tafsiran berikut berkenaan KUNING:-

Suhu Najib Mula Ke Tahap Didih, Cabar Anwar Jadi Anak Jantan

Mungkin sikap barisan pembangkang yang bersikap dayus mendorong PM DS Najib Razak mencabar mereka menjadi anak jantan.

KUALA LUMPUR 26 - Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani ibarat 'anak jantan' dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Bersih 2 adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara.

Katanya, jika Barisan Nasional (BN) benar-benar memanipulasi sistem pilihan raya secara kotor, parti itu tidak akan membiarkan pembangkang menguasai lima negeri seperti pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti PPP Ke-58 di sini hari ini. - Utusan

Aktifkan akaun FB anda dan saksikan video berkenaan konspirasi Anwar dan Ambiga di [SINI].

Anwar Ibrahim Hantukkan Kepala Johari Abdul Ke Dinding!

Saya yakin bahawa sebenar majoriti dari rakyat tidak lagi berminat untuk menonton mahu pun ambil peduli tentang video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim (mungkin juga memang Anwar).

Tetapi pendekatan defensif yang diambil oleh Johari Abdul sebenarnya bukan akan memadam persoalan rakyat, sebaliknya mengundang malah menyemarakkan semula keinginan sesiapa juga yang menonton video khas Johari Abdul tersebut.

Tentunya, tindakan yang diambil oleh Johari Abdul tersebut bertentangan dengan kehendak Anwar yang ingin memadamkan terus cerita berkenaan video tersebut. Video Johari sebenarnya umpama bola getah yang bakal dibaling kedinding dan melantun semula semula ke muka Johari dan bossnya, Anwar Ibrahim!

Apa pun, kita ucapkan terima kasih kepada Johari Abdul atas "sokongan yang membawa rebah".