Berbalik kepada Perhimpunan BERSIH 2, penganjurnya menganggap bahawa perhimpunan mereka adalah perhimpunan aman. Betulkah boleh aman?
Maka pula KL dipilih sebagai lokasi perhimpunan dan ada pula perarakan, meski pun dianggap aman, tetap akan mengundang kesesakan trafik. Di KL, sudah cukup kalau seorang lelaki jalan berbogel di Jalan Kuching, boleh 'jam' satu KL. Ini kan pula kalau 1,000 orang berpiket.
Dalam entri saya sebelum ini [SINI], ada komen yang berikut;
kalau dia orang nak buat juga perhimpunan "Bersih", kita buat kat tengah highway pulau pinang, baru DAP tau betapa peritnya nanti...!!!!
Nampaknya dah ada cadangan.
Apa kata kalau PDRM luluskan permit di KL dan pada masa yang sama luluskan juga permit di Pulau Pinang kalau ada pihak-pihak yang memohon permit untuk perhimpunan. Adilkan?
Masa tu barulah Lim Guan Eng tahu tinggi rendahnya langit ni. Juga, pada masa itulah nanti PDRM juga tempat meminta pertolongan, meski pun mereka inilah (puak-puak pembangkang) yang sering merendahkan imej polis.
No comments:
Post a Comment