Saturday, June 2, 2012

Objek Salib Muncul Dalam Video Nizar - Petanda Buruk Buat PAS?


Mengapa objek salib muncul dalam video Nizar di bawah?

Sabotaj UMNO atau sememangnya petanda buruk buat PAS?

Dedicated To Ambiga - Najib Tampilkan Pengundi-Pengundi Berumur Lebih 100 Tahun


Nah tengok sendiri!

PM mengangkat tangan salah seorang pengundi yang berumur 100 tahun untuk perhatian Ambiga.


3 orang di sebelah kiri PM adalah daripada 4 orang pengundi berumur 100 tahun dan lebih yang diraikan dalam majlis Hari Ibubapa di Pandamaran, Klang.

Gambar-gambar di atas diedit dari gambar asal milik Darul Ehsan Today di SINI.

Iri Hati Kehadiran 10,000 Rakyat, Juak-Juak PAS Tabur Fitnah Kononnya Ah Jib Gor Hadiri Majlis Tahlil Pengerusi MCA Klang


Mungkin iri hati dengan kehadiran 10,000 rakyat ke Majlis Makan Malam Sambutan Hari Ibubapa di Pandamaran, Klang juak-juak PAS secara sinis mengatakan kononnya PM DS Najib Razak menghadiri majlis tahlil kematian ibu Pengerusi MCA Bahagian Klang Dato' Teh Kim Poo.

Kebetulan, kediaman ibu Teh hanya sejarak 600 meter dari lokasi majlis berlangsung.

Walhal majlis berkenaan telah dirancang lebih awal. Malahan, kelibat Teh tidak kelihatan di majlis berkenaan kerana masih dalam tempoh berkabung.

Aura Ah Jib Gor begitu ketara dengan sambutan dari masyarakat setempat, yang majoritinya adalah keturunan Cina.






Friday, June 1, 2012

Live Bersama PM Dari Pandamaran - 10,000 Sertai Ah Jib Gor Di DUN Ronnie Liu



Laporan awal kunjungan PM DS Najib ke DUN Pandamaran mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 10,000 orang.

Program anjuran Beliawanis MCA Kebangsaan adalah sempena Hari Ibubapa.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Penangan Hasan Ali - Hadi Awang Akhirnya Angkat Jari Telunjuk


Sebelum ini PAS begitu lancang dengan mengatakan sesiapa sahaja (iaitu merujuk kepada bukan Melayu asalkan Islam) boleh menjadi  Perdana Menteri.

Namun, setelah menilai impak gerakan gelombang Dr Hasan Ali, melalui JATI yang menjadikan teras Islam, Melayu dan Raja sebagai matlamat perjuangannya, mendorong PAS menyemak kembali kedudukan mereka dalam meraih kepercayaan orang Melayu.

Lantaran itu, maka terhamburlah kata-kata yang dicatatkan oleh Harakahdaily seperti di bawah;


Suatu yang tak dapat disangkal bahawa PAS kini ingin kembali menjadi MELAYU.

Hebat penangan Hasan Ali!

Hadi Awang Nekad Pilih Gandingan Baru Ke Putra Jaya?


Apakah Hadi Awang memilih gandingan baru ke Putra Jaya?

Indikasi telah diberi melalui gandingan foto di atas, bila masing-masing mengangkat tangan kanan dan kiri.

Saling melengkapi?

Idea asal : My Massa

Rahsia Yang Bukan Rahsia Lagi - Azmin Mengaku Dapat Ration RM4,500 Sebulan Dari Anwar Ketika Jadi Setpol


Kini rahsia telah tidak menjadi rahsia lagi.

Berdasarkan kertas penyataan SPRM, pada tahun Azmin mengaku kepada SPRM (dulu BPR) menerima ration berjumlah RM4,5000 dari Anwar Ibrahim.


Pernyataan penuh boleh dibaca SINI.

Thursday, May 31, 2012

Perjumpaan Najib Dengan Pengundi DUN Pandamaran - Ronnie Liu Garu Kepala


PM DS Najib sekali lagi akan bertemu dengan para pengundi kawasan DUN Pandamaran yang diwakili oleh Exco Selangor Ronnie Liu (DAP) - yang kalau tak silap saya kali ke3 sejak menjadi PM; pada 1 Jun 2012, jam 7.30 malam bertempat di SRJK (C) Pandamaran.

Ronnie Liu bakal garu kepala dengan kerapnya Najib mengganggu kawasannya.

Logo Paling Sesuai Untuk Parti IKATAN Tajaan Kadir Sheikh Fadzir


Kalau susah untuk mencari logo, Kadir Sheikh Fadzir boleh menjadi yang di atas sebagai logo Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang ditaja olehnya.

Selasa lepas, Kadir telah mengumumkan penajaan parti berkenaan yang dikenali sebagai IKATAN dan sekali gus meninggalkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang beliau anggotai atas kedudukan Timbalan Presiden. Sebelum ini beliau telah pun meninggalkan UMNO dan telah pun berucap di beberapa majlis anjuran pembangkang.

Mengulas tindakan Kadir meninggalkan AMANAH, saya melihat kemungkinan bahawa beliau telah gagal mempengaruhi pimpinan tertinggi untuk menguatkuasakan fasal 22, Perlembagaan Amanah (baca kandungan fasal tersebut di bawah), yang membawa maksud AMANAH boleh diubah menjadi pertubuhan politik.


Disamping itu, Presiden AMANAH Ku Li sendiri telah membuat pengakuan menyokong PM DS Najib dan memilih untuk kekal bersama BN.

Yang terbaru, salah seorang Timbalan Presiden NGO berkenaan DS Ong Tee Kiat (mantan Presiden MCA) juga dilihat tidak memberi sebarang signal untuk meninggalkan BN.

Meskipun tidak dinyatakan secara khusus, namun temu bual dengan Ong dalam video di bawah, tidak menunjukkan sebarang riak kearah menuruti Kadir.


Jelas bahawa Kadir keseorangan dalam hal tindakan ini.

Lelaki Mirip Anwar Ibrahim - Rakaman Video Di Bilik Hotel Mana Pula Ni?


Rakaman di bilik hotel mana pula ni?


Kalau mengajuk-ngajuk cakap Kadazan macam ni tak disukai oleh sekumpulan komuniti India Puchong.

Kalau dia buat macam ni di Bangunan MPSJ, Subang Jaya alamat kena tunjal macam video di bawah.

Wednesday, May 30, 2012

Ucapan ADUN PAS Di Tanjung Tokong - "Terima Kasih JAKIM"


ADUN PAS Permatang Pasir Datuk Salleh Man yang pernah dirakamkan gambarnya sedang bergurau dan ketawa dengan penuh mesra bersama Penyelaras DUN BN Permatang Pasir, semalam telah membuat kenyataan 'terima kasih kepada JAKIM'.

Harakahdaily telah melaporkan seperti berikut;


Kenyataan tersebut dizahirkan oleh Salleh, atas kapasiti Timbalan Pengerusi MAIPP ketika berucap di Ijtimak Guru-Guru Takmir Pulau Pinang 2012 yang berlansung di Tanjung Tokong.

Terkini Dari KeadilanDaily - Azmin Akui Dirinya Berdosa Lawan UMNO


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali membuat kenyataan di twitternya dan menjadi bahan berita di KeadilanDaily, bahawa dosa dirinya ialah LAWAN UMNO.

Berdosa kena taubat!


Gempar!!! Elizabeth Wong Tampil Sebagai Pengganti Ikon 3R


Jangan terkejut dengan penampilan Exco Selangor yang paling sensasi Elizabeth Wong sebagai ikon 3R.

Tapi penampilannya bukan untuk menggantikan mek-mek yang comel loteh (gambar atas) untuk program tv khusus untuk remaja, yang popular suatu ketika dulu.



Sebaliknya, exco sensasi ini tampil sebagai ikon 3R Kerajaan Negeri Selangor.


Headline Media Selangorku melaporkan, Eli melancarkan 'Kotak 3R' yang penuh ceria.

Apa pula maksud 3R?

Lihat sendiri pada logo di bawah untuk jawapannya.


Apakah anda tahu kandungan 'Kotak 3R' yang penuh ceria itu?

Klik SINI untuk melihat kandungan item reduce, reuse dan recycle tersebut.

Tuesday, May 29, 2012

Kalau Nik Aziz Kata Ada Lebuhraya Ke Syurga Tentu Ada Empangan Air Ke Syurga


Khabarnya MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat telah menderma RM5,000 untuk Lebuhraya Kota Bahru - Kuala Krai.

Ya, pahala sudah pasti untuk Nik Aziz. Sedangkan mengalih halangan di jalanan pun adalah sebahagian dari iman, apatah pula membina lebuhraya.

Kalau ada lebuhraya ke syurga, tentunya ada pula empangan ke syurga.

Hal ini yang tidak dilihat oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim. Sedangkan pelacur yang memberi minum anjing yang kehausan pun dijanjikan syurga, apatah pula membina empangan air untuk minuman lebih 7 juta rakyat Selangor.

Harap-harap Nik Aziz boleh nasihatkan Khalid Ibrahim agar jangan menghalangi bekalan air kepada rakyat Selangor.

Khalid wajib bagi kelulusan pembangunan untuk Empangan Langat 2. Dosa besar kalau batalkan projek berkenaan.

Din Pudu Raya Bayangkan Kemungkinan Akan Pergi 2


Ini bab masa depan Din Pudu Raya.

Din telah membayangkan kemungkinan akan bertanding DUN dan parlimen dalam PRU13.

Mari Dengar Jeritan 'Pundek' Dalam Video Majlis Kendalian Dr Xavier Jayakumar


Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar mendakwa Pakatan Rakyat membawa orang India keluar dari estet.

Baca petikan dari Media Selangorku di bawah.



Walhal kalau diamati, kawasan-kawasan estet di Selangor telah pun menjadi kawasan perumahan dan perbandaran sejak pemerintahan BN di pertengahan 1970an. Malah kawasan kediaman Xavier sendiri pun asalnya bernama Ladang Tremelbye yang kini dikenali sebagai Seri Andalas.

Itu belum lagi Harun Estate yang kini menjadi Alam Impian, Shah Alam, Ladang Bukit Tinggi menjadi Bandar Bukit Tinggi Klang,

Begitu juga Ladang Sungai Renggam telah pun menjadi Bandaraya Shah Alam, ibu negeri Selangor.

Pendek kata, kini sukar mencari kawasan estet di Selangor yang terletak di kawasan pendalaman. Kini semuanya mempunyai hubungan dengan kawasan bandar.

Ini bermakna, dalam membawa keluar masyarakat India keluar dari estet di Selangor telah pun dilakukan semenjak pemerintahan BN.

Xavier sebenarnya tidak layak mendakwa yang PR yang bertanggungjawab dalam hal ini. Sebaliknya, jasa PR khususnya Xavier adalah bertanggungjawab dalam pergaduhan sesama masyarakat India.

Saksikan pergaduhan tersebut dalam video di bawah dan pastikan diri anda mendengar jeritan 'pundek' mana minit 4:38.

Monday, May 28, 2012

Harakahdaily Sengaja Persoal Siapa Yang Akan Bayar Bil JPJ Untuk Nombor Plat Sultan Johor dan YDP Agong


PAS sengaja memainkan sentimen untuk memalukan Raja-Raja Melayu.

Dalam edisi Bahasa Inggeris Harakahdaily, membangkitkan persoalan pihak mana yang akan membayar amaun tender kepada JPJ untuk nombor plat WWW1 dan WWW5 yang masing-masing dianugerahkan kepada DYMM Sultan Johor dan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong.

Khalid Ibrahim Menyakat Noh Omar - Nak Tunjuk Cara Togok Air Dari Loji Mudahalih


Barangkali yang di atas adalah portable water treatment plant yang didakwa oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim lebih murah dari Empangan Langat 2.

Kalau berani, Khalid minum dan tunjukkan kepada seluruh rakyat Selangor keberkesanan melalui togokan air seperti gambar di atas, seperti dicabar oleh DS Noh Omar.

Post Mortem Kegagalan Himpunan Belia Selangor 2012 - Khalid Ibrahim Disaran Guna Balai Raya Sebagai Venue Program Belia Pakatan Rakyat


Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 sah gagal. Kesesuaian mengadakan event tersebut di Kompleks Belia Selangor, Shah Alam ternyata tidak relevan. Malah selayaknya, ia dianjurkan di Balai Raya Kg Sijangkang, kampung asal Exco Belia Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi dan Setpol MB Faekah Husin.

Punca utama kegagalan himpunan kerana beranggapan bahawa Pakatan Rakyat Selangor terlalu kuat dan mendapat sokongan anak muda. Justeru, Dr Ahmad Yunus dengan berani menganjurkan event, serentak dengan Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia & Sukan.


Dek kerana tersalah jangka, maka dewan besar di Kompleks Belia berkenaan nyata sepi tanpa sambutan menggalakkan.

Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim awal-awal lagi telaah menunjukkan permusuhan dengan pertubuhan-pertubuhan belia di Selangor. Mereka under rate Majlis Belia Selangor, yang disifatkan oleh Khalid bahawa koordinasi MBS keatas pertubuhan-pertubuhan belia seluruh Selangor adalah tidak berkesan. Bukan itu sahaja, MBS tidak diberi sokongan malah dikenakan sewa yang tinggi untuk menduduki ruang premis di Komplek Belia Selangor.

Bagi Khalid pertubuhan-pertubuhan belia tidak penting, lantas menggunakan strategi terus ke dasar melalui kewujudan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap sektor/kawasan dalam PBT-PBT Selangor. Namun, strategi ini ternyata gagal apabila perlantikan PeBT ternyata bukan dikalangan mereka yang berpengaruh dalam komuniti mereka. Andainya PeBT ini berkesan, pastinya kehadiran anak muda bukannya 150 orang di himpunan berkenaan.

Pertubuhan-pertubuhan belia di Selangor ternyata tidak diiktiraf di Selangor. Hal-ehwal belia hanya diurus oleh Bahagian Pembangunan Belia dibawah Majlis Sukan Negeri Selangor, berbanding dengan Jabatan Belia di bawah KBS. Persoalannya, tanpa jabatan khusus ini dan urusan yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Belia, MSN Selangor ini mampu mengurus hal-ehwal belia?

Akhirnya, Anwar Ibrahim sendiri enggan memberi ucaptama dan yang terserlah adalah kelemahan pentadbiran negeri oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibawah pimpinan Khalid Ibrahim.

Janji Anwar Di Rally Indraf 2.0 - Seorang Achi Nak Dilantik Sebagai Penasihat


Anwar sedang menunjukkan jari (gambar atas) ke arah seorang wanita India dalam rally Indraf 2.0 di Brickfields, Kuala Lumpur dan berjanji untuk melantiknya sebagai penasihat. Dengar janji Anwar di minit 15:13 video di bawah.

Janji Anwar semakin mengarut terhadap kaum India, bila kehadiran cuma 1,000 orang berbanding dengan rally 2007 ketika Hindraf menyokong Anwar.

Hindraf, minggu lepas telah mengisytiharkan tidak menyokong Pakatan Rakyat.

Sunday, May 27, 2012

Noh Omar Sifatkan Khalid Ibrahim Sebagai Kerajaan Papantanda



Bagi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar, Kerajaan PR Negeri Selangor pimpinan MB TS Khalid Ibrahim tidak melakukan apa-apa. Beliau mengibaratkan kerajaan PR hanyalah papan tanda sahaja.

Dengan mengambil contoh dua papan tanda yang terdiri di Kuala Selangor, mereka (kerajaan PR) bermegah dengan slogan "SELAMAT DATANG KE PEKAN IKAN SEGAR", walhal tiada peranan pun dalam membantu nelayan di kawasan berkenaan.

Sebaliknya, PR menekan nelayan-nelayan seperti yang berlaku di Pasir Penambang.