Thursday, July 19, 2012
Siapa Bakal Jadi Pak Sanggup Dalam Adegan Drama Latheefa Koya? Azmin Atau Anwar?
Jika diamati kenyataan MB Selangor dalam TMT maka tidak mustahil bakal ada 'adegan pujuk memujuk' dalam drama perletakan jawatan Latheefa Koya sebagai ahli majlis MBPJ.
Justeru, siapa yang bakal menjadi 'Pak Sanggup' untuk memegang watak utama dalam memujuk Latheefa. Mungkin Azmin atau mungkin juga Anwar kot?
Kita tunggu kenyataan Latheefa yang bakal menarik balik perletakan jawatan tersebut.
Wednesday, July 18, 2012
Anwar Malu Nak Kata Sokong Homoseksual Didepan Wan Azizah
Dalam kenyataan Anwar yang dilaporkan oleh Keadilan Daily hari ini,
“Defendan cuba memaksa saya dari pagi tadi untuk mengaku saya halalkan homoseksual, padahal saya menentang perbuatan itu,” kata Anwar.
“Terang-terangan saya katakan, saya setuju dan sokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan sebaliknya,”
Tapi mengapa pula Mak Nyah seolah-olah kata Anwar sokong?
Pelanggan Tergigit Ekor Tikus Dalam Burger McDonalds!
Terkejut dengan laporan penemuan ekor tikus dalam burger oleh NST.
Lega kerana ia didalam burger babi dan berlaku di Chile.
Pingat Emas Ditarik Balik - Anggota Kuartet 4X400M Sukan SEA Disahkan Guna Dadah Terlarang
Malang bagi kuartet 4X400M negara yang menyertai Sukan SEA Palembang 2011.
Bermula tanpa sebarang harapan emas, akhirnya mereka dijulang sebagai wira bila memenangi acara berkenaan. Tambah tragis bila mereka tidak bekesempatan menerima kalungan emas di majlis penyampaian hadiah kerana terpaksa pulang awal, gara-gara tidak mendapat pembiayaan MOM. Sebaliknya, kos penyertaan mereka adalah atas inisiatif KOAM.
Kegembiraan mereka tidak kekal, apabila salah seorang anggota kuartet Muhammad Yunus Lasaleh didapati gagal ujian doping.
Dalam kenyataan awal Yunus kepada Harian Metro 18 Februari lalu, beliau mendedahkan,
Akhirnya, semalam pingat emas mereka telah dilucut secara rasmi oleh Persekutuan Sukan SEA.
Tuesday, July 17, 2012
Persoalan Yang Perlu Dijawab - Mengapa Semenjak Terlucut Jawatan CEO Guthrie, Khalid Ibrahim Semakin Bangang?
Kerja-kerja menggali sumber air bawah tanah di Jeli |
Kekurangan sumber air di Kelantan, memaksa Tok Pa menggunakan kreativiti mencari sumber air.
Sebaliknya, Khalid lebih bangang dari Pak Pandir. Terowong air dari Pahang ke Selangor telah pun siap, tetapi masih berfikir nak mencari sumber air alternatif.
Wan Azizah Dipujuk Bertanding di DUN Sementa
Malaysikini melaporkan tawaran Ketua Cabang PKR Kapar Azizi Ayob kepada DS Wan Azizah untuk bertanding di DUN N43 Sementa, Selangor.
Untuk rekod kerusi DUN Sementa disandang oleh Dato' Abdul Rahman Palil (BN) yang dimenangi tanpa bertanding dalam PRU2008.
Calon PKR yang ditauliahkan untuk bertanding di kawasan berkenaan telah tidak muncul semasa penamaan calon.
Strategi untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di Sementa mungkin setelah ada desas-desus bahawa BN akan meletakkan calon MIC di DUN berkenaan.
Anwar Ibrahim Mohon Suaka Di Indonesia Untuk Elak Ditelanjang & Kemaluan Diukur?
Kalau diambilkira komen Anwar Ibrahim bila berdepan dengan kes liwat Saiful, yang mendakwa beliau ditelanjangi dan kemaluannya diukur, tentunya kali ini Anwar tidak mahu lagi melalui pengalaman tersebut.
Semalam blog Papa Gomo melaporkan ada lagi laporan polis terhadap aktiviti liwat Anwar di utara Semenanjung.
Dalam pada itu, hari ini Anwar dijadualkan berada di Jakarta (rujuk laporan di bawah).
Andai benar laporan blog Papa Gomo, kemungkinan besar Anwar berusaha mendapatkan suaka di Indonesia adalah besar.
Betapa tidaknya, Anwar pasti tidak ingin kemaluannya diukur sekali lagi.
Monday, July 16, 2012
Beberapa Blog Pembangkang Dikesan Sebar Video Kisah Azmin Ali
Kisah Azmin Ali berkongsi iteri dikesan tersebar di beberapa blog pro pembangkang.
Di bawah adalah petikan dari blog Anak Sungai Derhaka:-
Dalam pada itu, saksikan video suntingan Milo Suam berkenaan 'kongsi isteri';
"Bye bye Khalid Ibrahim" - Latheefa Koya
Sah Latheefa Koya merajuk.
Laporan dari Malaysiakini menyatakan Latheefa telah meletak jawatan sebagai ahli majlis MBPJ.
Sekurang-kurangnya, Latheefa meninggalkan Khalid Ibrahim yang dalam keadaan puas (?).
Penyokong PAS Bersorak Bila Wan Azizah Menyebut Mat Sabu Sebagai Kawan Lamanya
Semasa Himpunan Hijau yang berlangsung di Kuala Selangor, Presiden PKR Wan Azizah membuatkan penyokong-penyokong PAS menjadi gamat, apabila Mat Sabu disebut sebagai kawan lamanya.
Mungkinkah mereka gamat kerana mengetahui kisah lama Mat Sabu-Wan Azizah seperti diceritakan di SINI?
Bagi pemilik video Minaq Jinggo, penyertaan Wan Azizah dalam majlis berkenaan dianggap sebagai sesi pemanas badan menjelang PRU13.
Dari apa yang diucapkan oleh Wan Azizah, ternyata yang didahulukan adalah proseskan mempertahankan suaminya, Anwar Ibrahim.
Andai PR berjaya mengambilalih Putra Jaya pun, pastinya Wan Azizah anak beranak jenuh mempertahankan suaminya. Masalahnya sekarang, serangan-serangan keatas Anwar datangnya dari kalangan mereka yang pernah bersama Anwar (bekas ahli-ahli parlimen PKR yang kini Bebas), malah termasuk serangan dari Dr Hasan Ali.
Hakikat ini yang perlu disedari oleh Wan Azizah.
Subscribe to:
Posts (Atom)