Saturday, July 14, 2012

Isu Penurunan Cukai Pintu Flat Kos Rendah - "Nanti semua orang cari saya," Dalih Khalid Ibrahim


Dalam riuh sekampung, kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menurunkan kadar cukai pintu flat kos rendah sebanyak 25%, namun hakikatnya tidak semua pemilik unit berkenaan layak menerimanya.

Khalid Ibrahim secara terang-terang menyatakan bahawa insentif berkenaan bukan untuk semua orang tetapi terhad kepada pemilik unit yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan yang insentif berkenaan kepada pemilik-pemilik unit yang mendiami unit masing-masing. Akan tetapi, rupanya ada lagi syarat tambahan bahawa ia adalah terhad kepada mereka yang berpendapatan bulanan kurang RM1,500.

Ternyata bahawa kerajaan negeri Selangor lebih auta dalam setiap pengumumannya.

Thursday, July 12, 2012

Aksi Super Spontan - Riuh Bila Ketua Dewan Ulamak Terlupa Pakai Kopiah!


Saksikan aksi super spontan bila Ketua Dewan Ulamak PAS terlupa pakai kopiah dan menimbulkan kegamatan dalam sidang DUN Terengganu di minit 6.56 video di bawah:-

Larangan 'Merendek' Dalam Panggung Wayang - PAS Selangor Kata Hanya Sekadar Notis Tanpa Penguatkuasaan


Meskipun tidak dikatakan sebagai 'notis tanpa penguatkuasaan', PAS Selangor ternyata berdolak-dalik dalam isu larangan kepada pasangan bukan muhrim duduk bersebelahan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor, hingga seolah-olah membawa maksud hanya sekadar notis tanpa penguatkuasaan.

Hakikatnya, PAS Selangor dalam kenyataannya itu lebih menjaga hati Ronnie Liu.

Apa pun, notis MDKS tersebut hanyalah gimik YDP PBT berkenaan untuk menebus dosanya. [Klik SINI]

Wednesday, July 11, 2012

Saifudin Nasution Timbang Untuk Jual 'Istana'nya Di Kelantan



Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.

Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.

Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.

Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.

Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.

Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.

Dari satu segi, langkah PAS 'meminta' PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.

Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.

Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.

Namun begitu jangan dilupa akan nasib mantan Timbalan Presiden PAS Nasarudin Md Isa. Beliau juga adalah antara yang hampir pasti tidak dicalonkan semula.

Jika ini berlaku, maka akan melengkapkan "3 DIN" yang berasal dari luar Kelantan bakal tidak menjadi calon di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Khusus kepada Saifudin, sudah tiba masa baginya untuk menjual 'istana hinggap'nya di Kelantan.

Disunting dari idea asal Beruang Biru

Jawapan Kak Wan Yang Boleh Menimbulkan Kemarahan Suaminya


Jawapan yang tergagap-gagap dan kesimpulan bahawa penyerang Pejabat PM adalah 'membunuh diri', boleh menimbulkan kemarahan suami terhadap Kak Wan.

Lain kali buat perangai macam suami - KASI SPIN!

Tuesday, July 10, 2012

Faekah Buat Hal Lagi - Arah MD Kuala Selangor Roboh Billboard Najib & Noh


Mungkin untuk memenangi hati Azmin dan konco-konconya, Faekah dalam kenyataan di Media Selangorku telah mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor merobohkan 7 billboard PM dan Menteri Pertanian yang didakwa didirikan dalam kawasan PBT berkenaan.

Tindakan ini juga dilihat sebagai satu proses pembersihan dosa-dosa kecurangan YDP MDKS Noraini Roslan yang memandai-manda meminda zoning status MBPJ (ketika menyandang jawatan Pengarah Perancang Bandar), lantas mencetuskan kontroversi dalam kelulusan projek pembangunan di atas padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

Girl Friend Khalid Ibrahim Ingin Tebus Dosa


Bagai ingin menebus dosanya sewaktu menyandang jawatan Pengarah Perancang Bandar MBPJ dengan kesilapan besarnya meminda RTPJ2 yang seterusnya membawa kepada kelulusan pembangunan padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, Noraini Roslan yang kini YDP MD Kuala Selangor mebuat peraturan baru.

MDKS telah mengeluar notis larangan kepada pasangan bukan muhrim duduk berdua-duan dalam pangung wayang.

Monday, July 9, 2012

PAS Selangor Rayu Dr Hasan Ali Bagi Tempoh 30-45 Hari Untuk Debat PAS Vs Jati Di Meru


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman merayu agar Dr Hasan Ali memberi tempoh 30 - 45 hari bagi merealisasikan Debat PAS Vs JATI.

Melalui banner yang telah pun dipasang, debat tersebut dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2012 di suatu lokasi di kawasan DUN Meru.


Malahan juga, kegentaran Rani amat terserlah apabila mengalihkan perdebatan yang ditawarkan kepada timbalannya, Khalid Samad.

Sememangnya sedia maklum kepada pengetahuan umum bahawa Rani hanyalah Pesuruhjaya pada nama sahaja, walhal dari segi tindakan Khalid dilihat bertindak melebihi Pesuruhjaya.

Wan Azizah Teringin Nak Jadi ADUNlah Pulak!


Agak-agak di DUN mana yang menjadi sasaran Wan Azizah untuk membolehkan impiannya menjadi ADUN tercapai?


Jangan-jangan di Pulau Pinang kot?

Kalau di Pulau Pinang paling kurang pun tentu boleh jadi Timbalan Ketua Menteri I. Masakan Pakatan Rakyat nak biarkan Presiden PKR itu menjadi ADUN biasa.

Cuma yang agak meragukan ialah apakah PKR masih mempunyai pengaruh di Pulau Pinang.

Diteliti dari laporan dan foto yang tersiar di Utusan Malaysia, hanya seramai 200 orang yang hadir dalam Konvensyen Pilihanraya PKR Pulau Pinang yang berlangsung di Bayan Baru semalam.



Tamparan Hebat - Sambutan Hangat Ceramah Kadir Sheikh Fadzir Di Pasir Putih, Kelantan


Nak Debat Atau Nak Liwat?


Debat antara dua orang ahli politik di Jordan menjadi medan pergaduhan dengan balingan kasut dan acuan pistol.