EMN ketika peringkat awal bersama UMNO, begitu mendadak bintangnya di Bahagian Petaling Jaya Selatan. Daripada Ketua Pemuda, beliau melompat terus sebagai Timbalan Ketua Bahagian, meskipun masih berusia awal 30an.
Tidak menghairankan kerana kedudukannya sebagai setpol DSAI ketika itu, menyebabkan beliau antara pelopor Gerakan Reformasi 1999. Malah EMN telah menggadaikan dirinya merengkok dalam tahanan ISA dan penjara atas nama perjuangan.
Kedewasaan mungkin mengajar EMN erti perjuangan yang sebenarnya. Usia muda biasanya lebih terdorong dengan emosi dan proses kedewasaan mengajar diri untuk membuat pertimbangan.
Meskipun perlantikannya sebagai senator mungkin melukakan sesetengah pihak, namun saya yakin yang EMN tetap boleh memainkan peranan kerana:-
1. EMN telah terbukti secara semula jadi mempunyai ciri-ciri seorang pejuang;
2. Beliau semakin dewasa untuk mengenal baik buruk dalam menentukan haluan politiknya;
3. Kembali menyertai UMNO ketika ia sedang lemah dan sedia untuk sama-sama membangkit kekuatan;
4. Membawa bersama mereka yang dulu pernah bersama reformis-reformis yang tidak berparti untuk menyertai UMNO.
Apapun, mungkin ada sesuatu peranan dibelakang tabir yang telah dilaksanakan oleh EMN. Kalau tidak masakan beliau telah dilantik ke jawatan tersebut. Perlukah EMN menjaja ke sana sini, samada di sidang akhbar atau pun di pentas ceramah tentang apa yang telah disumbangkan disaat-saat kritikal krisis kepercayaan terhadap UMNO? Tanpa suatu perkara besar yang dilaksanakan oleh EMN tentunya hari ini beliau tidak akan bergelar YB Senator.
Kepada Pak Sedaro, saya pohon supaya bersangka baik kepada insan yang bernama Ezam Mohd Nor.