Monday, March 21, 2016

Pemuda PAS Pulau Pinang Gesa Lim Guan Eng Bercuti Sehingga Selesai Siasatan SPRM


Bagai menganggap punya kes untuk disiasat, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang ini menggesa KM Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti sehingga selesai siasatan SPRM keatas isu banglo yang didakwa dibeli dibawah harga sebenar.

Dalam kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan gesaan berkenaan demi ketelusan dan kelancaran siasatan yang bakal dibuat.

Jika itulah pendirian Pemuda PAS Pulau Pinang, adalah lebih wajar jika mereka mengusulkan penarikan balik gelaran 'Umar Abdul Aziz' terhadap Guan Eng, atau sekurang-kurangnya menggantung gelaran berkenaan!