Friday, March 25, 2011

Isu Pariah : Megapa Perlu Hipokrit?

Saya tidak memandang sesuatu yang merendahkan komuniti India di Malaysia. Tapi merasa pelik bila istilah 'pariah' didalam novel Interlok dijadikan isu oleh NGO India sendiri.

Semalam, seorang sahabat berbangsa India menerangkan kepada saya bagaimana suatu masa dulu, beliau akan dimarahi dan diarahkan mandi (umpama buang sial) jika baru balik dari berkumpul dengan rakan-rakanya dari kasta pariah.

Begitu juga kalau lepas bergunting rambut, beliau akan diarahkan cepat-cepat mandi kerana kebanyakan tugang gunting rambut adalah dari kasta pariah.

Disamping itu, kasta pariah tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Beliau juga memberitahu bahawa mereka (dikalangan yang berbangsa India), boleh mengenali mereka yang berkasta pariah, berdasarkan raut wajah, kulit dan beberapa ciri lain yang dikalangan masyarakat India sahaja yang memaklumi.

Saya yakin, bagi orang Melayu mahu pun Cina tidak akan seperti dinyatakan dia atas. Samada pariah mahu pun bangsawan tetap diterima sebagai rakan oleh orang Melayu pun Cina.

Jadi apalah sangatnya lalu menjadi isu besar perkataan 'pariah' didalam novel 'Interlok"? Wakil-wakil rakyat berbangsa India tetap dipanggil YANG BERHORMAT!

Baca "Frasa Rasis Gugur" [Berita Harian]

Thursday, March 24, 2011

KANTOI!!!!! Alibi Bohong Anwar Ibrahim

Nampak sangat juak-juak Anwar Ibrahim nak bohong rakyat Malaysia. Siap bagi dalih waktu twitternya kurang 1 jam, malah sebar kat 'facebook'.

Dia ingat kita ni bongok macam dia. Waktu tu boleh diubah, dengan reset zon waktu di setting twitter tersebut. Kalau reset ke zon waktu Jakarta, memanglah lewat 1 jam.

Ini macam punya orang pun ada...... Nasib baik blogger UMNO lebih cekap dari dia orang yang baghal tu!!!!!!

Terima kasih kepada [M.I.M] yang awal-awal buat siasatan.

Sesiapa Kenal Raden Shamsul Kamar, Tolong Nasihatkan Dia Jangan Terjun Tingkap

Ada sesiapa yang kenal dengan Raden Shamsul Kamar? Khabarnya, beliau Setiausaha Pengelola PKR Pusat.

Kalau sesiapa kenal beliau, tolong nasihat beliau supaya jangan terjun tingkap.

Ada sesuatu yang telah dilalui oleh Raden Shamsul, berhubung salah guna dana MBI - Selangor. Baca [BERNAMA].

Kalau Benar Itu Anwar Ibrahim, Maknanya Dia Menzalimi Dirinya Sendiri!

Ramai di kalangan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat beranggapan bahawa isu Video Lucah yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah satu lagi ‘Filem’ keluaran ‘B* production’ yang sama motifnya tetapi agak berbeza dari skrip dan jalan ceritanya. Ramai yang menanti-nanti apa pula jalan cerita seterusnya. Sejauh mana benarnya anggapan itu, ayuh sama-sama kita saksikan, sejauh mana bagusnya skrip penulisan, jalan cerita, pelakon dan arahannya jika ianya betul-betul sebuah ‘Filem’ genre politik kejam yang lebih hebat dari ‘Filem’ sebelumnya. [Huzir Sulaiman - Harakahdaily]
Harakahdaily mengibaratkan isu video aksi lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Dato' T umpama sebuah filem yang berskrip.

Walhal, mereka sebenarnya terlupa dua perkara:-

1. Filem itu umpama filem dokumentari tanpa skrip
2. Identiti pelakon aksi lucah tersebut.

Namun begitu, saya amat bersetuju dengan perenggan terakhir Huzir,
[Ayuh!!!, sama-sama kita mendoakan agar mereka yang zalim ini dan juga mereka yang menyokong kezaliman ini diadili oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat kerana doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang.]
Moga-moga doa ini akan terkena juga kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri (yang melakukan aksi lucah tersebut), waimah pun jika benar pelaku itu Anwar Ibrahim!

Ribut Bakal Melanda Selangor

Warga Selangor diingatkan bahawa mereka bakal terdedah kepada ribut petir dan hujan lebat hingga Khamis.

PETALING JAYA 24 Mac - Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Petaling) dan N.Sembilan (Daerah Port Dickson, Seremban dan Rembau) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Khamis 24 Mac.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP K.Lumpur, WP Putrajaya, N.Sembilan (Daerah Kuala Pilah) dan Melaka.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang serta banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berhampiran tebing-tebing sungai. [Selangorkini]

Wednesday, March 23, 2011

Anwar Ibahim Jadi Hero!

Bagi para penyokong Anwar Ibrahim beliau dianggap hero. Seorang wira yang teraniaya.

Bagi golongan atas pagar, Anwar Ibrahim lemah iman kerana mudah terperangkap dengan umpanan seks.

Bagi golongan anti Anwar, mereka akan berkata "padan muka dia".

Bagi peminat pornografi, Anwar adalah Hero Porno!!!

Bagi Dr Mahathir, hal itulah yang ditakutinya kalau Anwar menjadi PM Malaysia. Anwar akan terdedah dengan "black mail" dan tidak layak menjadi PM!

Hadi Awang Mesti Hafal Skrip, Kalau Berhajat Jadi Pelakon Handalan


Samada mesti mahir menghafal skrip atau mereka dailog sendiri, adalah faktor penting untuk menandingi Anwar Ibrahim sebagai pelakon handalan.

Hadi Awang masih kekok dalam hal ini dan perlu berlatih lebih giat, sebelum terjun ke dunia lakonan yang penuh fantasi dan kepura-puraan.

Nak tanya Hadi Awang, siapa yang sediakan skrip tu?

Johari Abdul Akan Tandatangan Perakuan Berkanun Untuk Selamatkan Anwar Ibrahim?

Taktik Anwar Ibrahim memang sudah dijangka. Meskipun, telahan awal saya meleset, dengan menjangkakan akan keluar perakuan berkanun [SINI], namun sekurang-kurangnya hampir tepat.

Hari ini ada seorang samdol, telah membuat kenyataan akhbar seperti berikut:
KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullahmenjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chikkerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Dipetik dari [Tukar Tiub]
Dah memang faham sangat putar belit Anwar!

Alamak!!!!!! Anwar Ibrahim Sudah Cuak, Itu Hakim Sudah Tukarlah.....

Foto : The Star

Anwar Ibrahim gembira dalam gelabah.

Berita baik buat Anwar, permohonan oleh pihak pendakwa untuk dapatkan DNA ditolak. Berita tidak baik, spesimen dari lokap telah diterima sebagai bahan bukti!

BigDog melaporkan di [SINI].

DAHSYAT!!!!! Nizar Dikirim Tuhan Untuk Ganti Anwar Ibrahim

Tetapi, jika nak tahu juga, siapakah yang layak, "pengganti itu" sebenarnya sudah pun menunggu di Parlimen. Dikirimkan Tuhan ke sana sejurus sahaja negerinya dirampas secara biadab oleh seorang manusia yang rakus kuasa. [Greenboc]
Dahsyat beb!!!! Nizar dikirimkan Tuhan untuk menggantikan Anwar.

Psikologi pembangkang sudah tewaskah?

Tuesday, March 22, 2011

Nasihat Kepada Jurufoto - Elakkan Diri Anda Dari Flying Kick Anwar Ibrahim

Foto: The Star

Mungkin sperti ini juga reaksi Anwar Ibrahim kalau keputusan mahkamah tidak memihak beliau besok pagi.

Para jurufoto harus ambil perhatian, hindari diri anda dari mendekati Anwar Ibrahim!

Mahfuz Omar Boleh Jatuh Bankrap

"Cetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) oleh panel yang dilantik dan sebarkan ke serata pelosok tanah air bagi tujuan memahamkan masyarakat tentang sikap zalim Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar. [Harakadaily]
Hasrat Mahfuz Omar hendak menjadi taukeh CD bakal terbantut dan kemungkinan besar akan bankrap.

Saingan yang bakal dihadapinya ialah dari pendatang baru, Dato' T yang telah pun mengadakan preview klip video khusus untuk para editor dan wartawan media utama negara ini.

Klip video sepanjang 21 minit itu, khabarnya telah pun mendapat tempahan yang sungguh menggalakkan, meskipun belum berada di pasaran!

Dato' T Rakan Karib Afdlin Shauki?

Wanita berkenaan, selepas membersihkan dirinya dengan kertas isu, menggeledah barang milik pemimpin politik itu dan mengambil sesuatu, dipercayai jam tangan Omega miliknya.[GerakanTimur]
Syabas Afdlin Shauki, anda setaraf dengan TS P. Ramlee! (Isunya berkenaan jam tangan walaupun jalan cerita berlainan).

Selamat Menyambut Hari Air Sedunia Kepada Anwar & Khalid Ibrahim

Hari ini 22 Mac 2011 dan merupakan Hari Air Sedunia.

Sempena tarikh ini, blog Akar Umbi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Air Sedunia kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang banyak berjasa kepada industri air dan ucapan yang sama ditujukan kepada Khalid Ibrahim, MB Selangor yang telah mencatat tinta sejarah; sebagai MB pertama berdemontrasi pasal air.

Namun jangan kita lupa, kepayahan Siti Hajar untuk mencari titisan-titisan air di padang pasir untuk anaknya Ismail bin Ibrahim!

Monday, March 21, 2011

Lelaki 'Buncit' = Lelaki 'Y'?

Belum pun dapat merungkai misteri lelaki 'Y', kini masalah menjadi semakin complicated untuk menyelesaikan misteri lelaki 'buncit'.

URGENT!!!! Sukarelawan Surat Sumpah Diperlukan - Sila Datang Ke Pejabat Anwar Di Bangunan Peransang

Sesiapa yang sanggup tanda tangan surat sumpah (Perakuan Berkanun) sila datang ke Pejabat Penasihat Ekonomi, Selangor malam ini jam 9.30 malam [SINI].

Penginapan dan makanan percuma disediakan di hotel bersebelahan dan kalau bernasib baik mungkin dikurung hingga 3 hari.

Calon-calon juga dinasihatkan menjauhi dari individu yang dikenali sebagai Dato' T, kerana beliau dikatakan menyimpan [foto ini].

Najib Seberani Sultan Negeri Beringin Rendang!

Seperti yang telah dijangka [SINI], Karpal Singh telah menyata hasrat mempertimbangkan untuk mengheret DS Najib ke mahkamah [SINI].

Samada Karpal mahu pun Anwar Ibrahim, merupakan pendokong Ketuanan Rakyat. Saya yakin, semua rakyat, samada pro mahu pun anti Pakatan Rakyat ingin tahu di sebalik misteri lelaki Y.

Realitinya, Najib juga seolah-olah serius mempertaruhkan kerusi PMnya kepada Anwar Ibrahim dalam merungkai misteri lelaki Y.

Tidak ramai PM yang seberani Sultan Negeri Beringin Rendang [Nujum Pak Belalalang].

Khabar terbaru, ada aksi-aksi menarik pemimpin parti pembangkang [Malaysiakini]. Jawapannya dah sedia ada - PERANGKAP. (Kepala hotak dia.... sendiri yang pilih)

Mungkin Aziz Bari Mahu Lihat Najib Didakwa Atas Contempt of Court


Pastinya, balaci-balaci Anwar Ibrahim semakin terhimpit untuk mencari helah dan berdalih berhubung dengan isu DNA lelaki misteri Y [tvsnews].

Mudah sahaja, jangan bicara soal Ketuanan Rakyat kalau takut DNA Anwar Ibrahim diketahui seluruh rakyat!

Bersambungnya, perbicaraan liwat Anwar Ibrahim pagi ini, mungkinkah dimulakan dengan permohonan Karpal Singh untuk memenjarakan anggota kabinet Malaysia, termasuk PM sekali?

Sunday, March 20, 2011

Mahfuz Omar Buat Anwar Ibrahim Terperangkap!

Mahfuz Omar dipetik sebagai berkata
"Saya yakin saman ekor, debat Anwar dengan Najib dan Buku Jingga akan menamatkan pemerintahan BN di Malaysia," [Harakahdaily]
Namun beliau terlupa yang PM telah menyatakan kesediaan untuk menyerahkan DNAnya, jika benar-benar diperlukan.

Kesediaan itu, sudah cukup untuk checkmate Anwar!

Roadshow Najib Sanggup Serah DNA, Roadshow Anwar Meraban Takut Serah DNA

DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim masing-masing akan menjelajah seluruh negara.

Yang membezakan mereka, Najib menjelajah seluruh negara untuk mendegar dan menyelesaikan permasalahan rakyat [baca SINI], sementara Anwar Ibrahim sebok buat roadshow untuk menyelesaikan masalah peribadinya [baca SINI].

Khabarnya, semalam Najib sanggup menyerahkan DNAnya, andainya dipinta. Soalnya sekarang, apakah Anwar turut berani?

Kalau Ini Perangai Anwar Ibrahim, Suatu Hari Nanti Usahkan Makan Nasi, Makan Pasir Pun Tak Dapat

MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak layak bercakap berkenaan tadbir urus yang baik. Sudahlah Yayasan Selangor rugi, kini ditambah pula kerja-kerja mengorek pasir yang tidak terkawal.

Utusan Malaysia melaporkan [SINI], kerja-kerja mengorek pasir di kawasan Orang Asli di Mukim Tanjung 12.

Anwar Ibrahim, sebagai Penasihat Ekonomi, apa komen ada? Jangan pandai bercakap sahaja [baca SINI].

Satu hari nanti, generasi di Selangor usahkan makan nasi, makan pasir pun tak dapat!