Saturday, May 4, 2013

L-A-I-N-K-A-L-I-L-A-H




Tic Toc Tic Toc - Kerajaan Baru Selepas 5 Mei 2013


Dalam membuat pemerhatian terhadap mood pengundi, saya melihat bahawa kecenderungan memilih kali ini berpihak kepada BN.

Samada sebelum tempoh kempen, mahu pun sepanjang tempoh kempen sambutan terhadap program-program nampaknya lebih berpihak kepada BN.

BN mempunyai kekuatan jentera dari atas hinggalah ke akar umbi. Maka oleh itu, kepada mereka yang suka memerhati pasti akan dapat melihat betapa markas BN lebih hidup dan ceria berbanding markas PR.

Kesuraman dipihak PR, hakikatnya dirasai oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Hakikatnya, para pemimpin PR sudah nampak bayang-bayang kekalahan. Oleh itu belum pun pembuangan undi, mereka sudah pun memulakan tuduhan terhadapa BN, malah tergamak pula menjadikan SPR sebagai sasaran.

MB Selangor Khalid Ibrahim misalnya, mendakwa kononya ada percubaaan untuk membeli bilik gerakan PKR di kawasan yang ditandinginya, Pelabuhan Klang. Walhal hakikatnya sememangnya mereka kekurangan dari segi sambutan dan jentera.

Dalam pada itu, SPR menjadi fokus serangan dengan menimbulkan persepsi dikalangan rakyat bahawa SPR mempunyai senarai daftar pemilih yang meragukan. Malahan, PR tergamak mendakwa kononnya terdapat bukan warga negara didaftarkan sebagai pemilih, daftar pemilih yang bertindan kononnya didaftarkan banyak  kali di tempat pengundi yang berbeza.

Perkara-perkara yang ditohmahkan ini, kemudian dikaitkan dengan pengundi hantu tanpa menyandarkan tohmahan mereka pada hakikat yang berlaku mobiliti terhadap pengundi atas faktor berpindah tempat kerja atau faktor lain yang mendorong penghijrahan pengundi dan pada yang sama pengundi tidak menukarkan lokasi mengundi mereka.

Hal ini diperbesarkan, kononnya ada usaha-usaha untuk membawa pengundi secara besar-besaran ke lokasi-lokasi tertentu untuk memenangkan BN.

Sesungguhnya hal ini sengaja dibangkitkan kerana PR telah merasakan yang mereka berada diambang kekalahan.

Apa pun yang bakal berlaku terhadap keputusan PRU13 pada 5 Mei 2013, kita akan memperolehi kerajaan  baru di negeri-negeri pemerintahan PR dan dalam ertikata pembaharuan mandat rakyat terhadap kerajaan BN diperingkat persekutuan.

Mood rakyat terhadap BN adalah satu kelebihan.

Friday, May 3, 2013

Khalid Ibrahim Isytihar 6 Mei 2013 Cuti Umum Di Selangor - Muslihat Untuk Bawa Keluar Fail-Fail Sulit Jualan Tanah Milik Kerajaan Kepada Pada Kroni DAP


Portal Media Selangorku melaporkan cuti umum di Selangor pada 6 Mei 2013 yang telah diisytihar oleh MB Khalid Ibrahim.

Tindakan ini adalah dilihat sebagai suatu usaha untuk memanjangkan operasi membawa keluar fail-fail sulit dari Bangunan SUK di Shah Alam, yang mana operasi ini telah pun bermula sejak 3 hari lepas.

Antara fail-fail yang bakal dibawa keluar ialah dokumen berkaitan tanah milik kerajaan negeri Selangor yang terletak di Kota Kemuning, Cyberjaya dan Puchong dengan harga RM22 sekaki berbanding harga sebenar RM100 sekaki kepada kroni DAP.

Transaksi penjualan aset-aset milik kerajaan negeri berkenaan dibuat selepas pembubaran DUN Selangor, yang bermakna kapasiti Khalid adalah MB untuk care taker government di Selangor.

Nik Aziz Pernah Mimpi Lim Kit Siang Masuk Islam


Banyak aktiviti-aktiviti Nik Aziz tidur dirakam dan disebarkan oleh para penyokong PAS sendiri.

Oleh kerana terlalu kerap tidur, maka kerap juga bermimpi.

Mungkin juga Nik Aziz pernah bermimpi Lim Kit Siang menerima konsep Negara Islam PAS.

Hakikatnya, yang lebih istiqmah ialah Lim Kit Siang tapi bukannya Nik Aziz.

Hadi Awang Kecam Lim Kit Siang Tidak Layak Jadi Pemerintah


Walau pun Hadi Awang pernah dirakamkan berpelukan dengan Lim Kit Siang, tetapi Hadi tetap dengan pendirian bahawa sebagai orang kafir Lim tidak layak menjadi pemimpin.

Sesungguhnya tambah Hadi, Lim Kit Siang hanya layak sebagai rakyat dan tidak layak sebagai pemerintah.

Calon PAS Shah Alam Khalid Samad Dikenal Pasti Antara Mangsa Kejutan Elektrik


Calon PAS Shah Alam Khalid Samad dikenal pasti antara mangsa kejutan elektrik.

Walaupun tidak memegang tangan Azlan Mohd Lazim (bapa mangsa liwat Saiful Bukhari) secara terus ketika meraikan penyertaan Azlan kePKR, namun tangan Khalid kelihatan jelas memegang tangan Saifudin Nasution.

Andai ada arus elektrik, Khalid Samad juga akan menjadi mangsa kejutan elektrik.

Khalid Samad tentunya terkejut dengan sumpah laknat Saiful di depan Kaabah.

Masakan ada orang yang beribu batu perjalanannya ke tanah suci semata-mata memohon dari Allah untuk ke neraka?

Thursday, May 2, 2013

Bekas Timbalan Kepada Wan Azizah Mengaruk


Bekas timbalan kepada Presiden PKR DS Wan Azizah mula mengaruk.

Dr Chandra Muzafar yang pernah menjadi kepada Wan Azizah diawal penubuhan KeAdilan telah membuat edaran surat rayuan supaya tidak memilih Pakatan Rakyat pada hari pengundian 5 Mei nanti.

Baca keseluruhan surat terbuka beliau di bawah.

******************************

Dear fellow Malaysians,

Peace.

I am writing this Open Letter because I am deeply concerned about two trends within the electorate which may have an adverse impact upon the future of our nation. The first is a trend associated with a segment of the Malay electorate, both rural and urban. The second is a trend associated with a segment of the non-Malay communities. If these two trends are enthroned through the 13th General Election on the 5th of May, 2013, it could be catastrophic for our people.

The Malay Electorate.

Some Malays, disillusioned with elite corruption and the widening gap between the have-a-lot and the have-a-little, regard a hudud-oriented Islamic State as the solution. They should ask themselves the following questions.

One, is there any such State in the contemporary world that serves as a model worthy of emulation? Saudi Arabia? Sudan? Afghanistan?

Two, why is it that the vast majority of Muslim states have not opted for a hudud oriented Administration?

Three, why have the people in the world’s largest Muslim country, namely Indonesia, rejected hudud oriented parties over and over again in elections?

Four, why has Turkey whose ruling party has an Islamic root, eschewed hudud and a fiqh oriented legal system in favour of a democratic, constitutional, secular system of  governance?

Five, if the mainstay of the ruling coalition in Malaysia since 1957 was PAS and not UMNO, what would be the socio-economic situation of the Malays today? Would poverty have been reduced from 64% to 1.7%? Would there have been the phenomenal transformation of an entire people, sustained over two generations, which has resulted in a significant Malay role in education, the professions, commerce and industry, compared to what it was at the time of Merdeka? Would the Malays have emerged as an important component of the Malaysian middle-class which has undoubtedly helped to stabilise ethnic relations and politics in the country and allowed democracy to function?

One just has to look at PAS’s 22 year rule in Kelantan to get an idea of what its version of Islam can do to a people. From its dismal failure to provide jobs for tens of thousands of well-qualified Kelantanese to its utter inability to curb rising drug addiction, Kelantan is Malaysia’s first and only failed state.  Malaysian voters should have no illusions about the type of Islamic State that PAS seeks.

The Non-Malay Electorate.

If some Malaysare under an illusion about PAS’s Islam, a lot more non-Malays, especially many middle-class Chinese and some middle-class Indians are labouring under a huge misconception about what their vote would deliver. They are convinced that it would be able to “eliminate ethnic discrimination” and bring to an end alleged “Malay supremacy.”  Since those who have been pedalling these cliches, have never really explained in detail what they mean by eliminating ethnic discrimination or Malay supremacy, non-Malays exposed to this rhetoric have drawn different conclusions.

For many, the perception is that the Pakatan Rakyat is going to set aside the Special Position of the Malays and the Bumiputras of Sabah and Sarawak.   This cannot be done.TheArticles in the Malaysian Constitution pertaining to places in the public services, licences, scholarships and land reserves (like some other Articles) cannot be amended or abrogated by Parliament even if the PR wins 100% of the seats. Special Position is safeguarded by the Conference of Malay Rulers.

Publicly, all three PR parties, including the DAP, have endorsed Special Position. However, at the hustings some of the DAP and PKR activists give the impression that it is discriminatory and is therefore unacceptable. This is why their leaders should be honest with their members and supporters. Tell the whole truth. Neither Special Position nor any of the other iron-clad Articles in the Constitution pertaining to citizenship, language and the Rulers will change one iota if PR comes to power.

Since PR cannot do anything about Special Position, what sort of discrimination is it going to eliminate? Will it abolish the NEP?  In theory, the NEP does not exist anymore. It came to an end in 1990 though one of its twin objectives of restructuring society in order to reduce the identification of ethnicity with economic function continues in certain specific areas. Given the nature of this objective, it would be wrong to view it as ethnic discrimination. Rather it is an attempt to enhance national integration.

1Malaysia

Everything considered, the actual flaws with the NEP are related to its implementation --- its excesses and its abuses. These should be rectified. In the last four years, Prime MinisterMohdNajib has made a concerted attempt to do so. Federal scholarships for students are based largely on academic merit; there is a serious endeavour to increase the number of Chinese and Indian public servants; and their mobility in the public services has improved through some high profile appointments. At the same time, all 1Malaysia ventures --- from its retail trade outlets to its affordable housing programme --- are non-ethnic. 1Malaysia in its concrete manifestation is an all-embracing, inclusive idea. Najib is also paying close attention to the needs of different ethnic and sub-ethnic communities and engaging them at the social and cultural level as part and parcel of his 1Malaysia drive.

There is a lucid message he is attempting to put across. There must be understanding and empathy among us, whatever our religious or cultural differences.   We must respect one another.

Respecting one another means that we should never ever manipulate each other. This is what happened in the recent DAP symbol episode. Though there was no question at all about whether the DAP could use its own rocket symbol, in the high drama that the leadership staged it opted to use PAS’s symbol, rather than the PKR symbol on the Peninsula. Wouldn’t it have been more logical for the DAP to use PKR’s symbol since the DAP wants PKR leader Anwar Ibrahim, to be the Prime Minister if PR won the General Election?  Why did it prefer the symbol of a party whose goal of a hudud oriented Islamic state it vehemently opposes? Is it because Pas has much more Malay support on the Peninsula than PKR and the DAP was hoping to capitalise on its support? Isn’t this rank opportunism?

Isn’t this what the PAS-DAP-PKR grouping is all about?  An opportunistic grouping hell-bent on power but opposed to each other. If an illusion on the one hand, and a misconception, on the other, makes the grouping a catastrophe, its opportunism renders it an even greater catastrophe.


THINK CAREFULLY!   VOTE  WISELY!!


With warm regards,




Chandra Muzaffar.

Wednesday, May 1, 2013

Belum Pun Cukup 3 Bulan Sertai PKR, Bapa Saiful Bahari Bakal Berdepan Dengan Pemecatan


Belum pun cukup 3 bulan menyertai PKR, Azlan Mohd Lazim (bapa kepada mangsa Kes Liwat 2 Anwar, Saiful Bukhari - foto atas - tengah) hari ini bertindak keluar dari parti berkenaan.

Azlan menyertai PKR pada 11 Mac 2013 setelah membuat permohonan maaf terbuka kepada OKT kes berkenaan DS Anwar Ibrahim.

Setelah membuat pusingan 180 darjah pada pada 8 Mac 2013, hari ini Azlan menambah pusingan 180 darjah menggenapkan 360 darjah yang akhirnya kembali kepangkuan keluarganya bila membatalkan semua kenyataan yang menuduh DS Najib mengepalai konspirasi terhadap Anwar, dengan menggunakan isu liwat keatas anaknya Saifuk Bukhari.

Pada sidang akhbar sekitar 10 minit yang berlansung petang tadi, Azlan mengumumkan bahawa dia 'kembali ke pangkal jalan',dan mengakui sudah khianati anaknya Saiful Bukhari serta iystihar keluar PKR serta merta.

Baca selanjutnya klik SINI.

Anwar Ibrahim Tinggalkan Khalid Ibrahim Terkangkang Bersendirian di Pelabuhan Klang - Terpaksa Gunakan Kaedah Jual Air Liur Bagai Penjual Ubat


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah membuat keputusan yang silap apabila berpindah kawasan ke DUN Pelabuhan Klang dalam PRU13.

Terus terang dikatakan bahawa Khalid dalam keadaan bersendirian tanpa sokongan cabang PKR Klang, PKR Selangor mahupun PKR Pusat.

Tanpa sokongan dan jentera kempen yang teratur, Khalid terpaksa megambil pendekatan penjualan ubat menjual air liur di tempat-tempat yang ada ramai orang untuk berkempen.

Foto atas dirakam jam 10 pagi tadi di hadapan sebuah restoran dan mini market di Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Khalid dilihat berdiri dan berucap di atas kenderaan pacuan 4-roda untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.

Dari pemerhatian kami ke beberapa bilik gerakan PKR di sekitar Pelabuhan Klang ternyata kebanyakannya tanpa penghuni, malah difahamkan mereka tidak punya jentera diperingkat tempatan dan terpaksa membayar 'askar upahan' dari luar untuk memasang poster dan banner.

Dengan pilihanraya yang akan berlansung beberapa hari lagi, jika Anwar tidak muncul di Pelabuhan Klang, maka sah Khalid dihantar untuk dikuburkan di Pelabuhan Klang.

Hakikatnya, semenjak tempoh kempen tiada rally besar PKR di Pelabuhan Klang yang boleh menggugatkan impak BN di kawasan di kawasan berkenaan.

Tuesday, April 30, 2013

Kehijauan Projek Kangkung Nik Aziz Di Kota Bharu


Semalam beberapa blog mendedahkan hasil carian pemilikan hartanah MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat di beberapa kawasan di Kota Bharu yang dilakukan oleh calon Bebas Pasir Mas Dato' Ibrahim Ali.

Melihat satu persatu butiran hartanah yang didedahkan tersebut, saya dapati tanah-tanah tersebut adalah kurang dari seekar (1 ekar bersamaan 0.4 hektar) dan kesesuaian tanah pertanian sekangkang kera itu hanyalah tanaman kangkung. Namun, ia harus diusahakan secara intensif tetapi tidak sesuai untuk orang yang seusia dengan Nik Aziz.

12 lot tanah dari keseluruhan 14 lot yang dimiliki oleh Nik Aziz merupakan tanah yang berstatus pertanian dan bersaiz antara 0.04 - 0.26 hektar dan beliau hanya erlu membayar cukai tahunan antara RM1 - RM2.


Di atas adalah ringkasan dari butiran yang didedahkan hasil carian di pejabat tanah.

Rumusan dari butiran tersebut, bukanlah projek kangkung menjadi keutamaan Nik Aziz. Sebaliknya ia merupakan perancangan jangka panjang Nik Aziz untuk memperturunkan harta-harta berkenaan sebagai tapak rumah kepada anaknya.

Dengan berselindung disebalik status pertanian, Nik Aziz cuma membayar cukai tahunan antara RM1 - RM3  setahun.

Mungkin kerana Nik Aziz banyak menyimpan hartanah dalam bentuk demikian, pihak berkuasa kerajaan negeri takut untuk meletakkan syarat kepada tanah berkeluasan kurang 1/2 ekar (0.2 hektar) tidak boleh dikategorikan sebagai tanah pertanian.

Logiknya pun tanah berkeluasan sedemikian hanya sesuai untuk bangunan. Sepatutnya Nik Aziz mesti membayar cukai yang lebih tinggi dan bukannya cukai tahunan RM1.

Kadir Sheikh Fadzir Hilangkan Diri


Sukar untuk melihat kelibat Kadir Sheikh Fadzir sepanjang tempoh kempen PRU13.

Sebelum ini beliau kerap naik ke pentas-pentas Pakatan Rakyat memburuk-burukkan UMNO dan Barisan Nasional. 

Malah beliau turut dilihat dalam demo Bersih 3.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Kali terakhir kenyataan Kadir ialah pada 15 April 2013 (5 hari sebelum penamaan calon), melalui edaran medianya yang mempertahankan Setia Usaha Agong PAS Mustafa Ali a.k.a Stopa Spender dalam isu video seksnya.

Selepas penamaan calon dan dituruti dengan tempoh berkempen Kadir tiba-tiba menghilangkan diri.

Sebelum ini beliau dikatakan melobi untuk bertanding samada atas tiket PAS di Kedah atau tiket PKR di Selangor.

Barangkali menyedari namanya tak naik dan tidak lagi diperlukan Pakatan Rakyat, Kadir terus ambil keputusan duduk rumah mendiamkan diri.

Monday, April 29, 2013

Kesian Khalid Ibrahim - Dipermainkan Jentera Pilihan Raya PKR DUN Pelabuhan Klang


Kesian bila melihat calon PKR untuk DUN Pelabuhan Klang TS Khalid Ibrahim dipermainkan oleh jentera pilihan rayanya sendiri.

Satu program telah diadakan oleh jentera pilihanraya PKR bagi DUN berkenaan untuk Khalid di Bandar Armada Putera, Pulau Indah. Antara acara yang turut dihadir oleh isteri Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut ialah pertandingan memasak dan pertunjukan fesyen busana untuk muslimah.

Meskipun kawasan tersebut mempunyai ramai penduduk, namun kebanyakan mereka mengundi di luar dari kawasan DUN Pelabuhan Klang. Kebanyakan dari mereka tidak membuang undi di situ, sebaliknya ramai yang mengundi di kawasan-kawasan parlimen Kapar, Kota Raja, Kuala Langat atau di tempat tinggal mereka sebelum berpindah ke kawasan kediaman baru di Bandar Armada Putera. Majoriti mereka tidak menukar tempat mengundi masing-masing.

Menurut Ketua Jentera BN bagi Pusat Daerah Mengundi Pulau Indah Utara Amir Hamzah Husin, pengundi-pengundi dari Bandar  Armada Putera berjumlah di bawah 80 orang. Jadi kehadiran pengundi itu tidak menggambarkan jumlah undi  sebenar untuk Khalid.

Sebelum ini Khalid mendakwa bahawa beliau lebih pandai dari PM DS Najib Razak. Namun dalam bab kempen ini, beliau telah dipedaya dan diperbodohkan oleh jenteranya sendiri.

Sebaliknya, Najib secara naturalnya diterima oleh para pengundi di Pelabuhan Klang.

Semalam Najib tampil membantu kempen lawan Khalid di Pelabuhan Klang, Dato' Nasaruddin di Pendamaran Jaya. Bak kata salah seorang penduduk Pendamaran Jaya, ia melihat rakyat bagai histeria menyambut Najib di kawasan mereka.

Najib memberitahu rakyat di Pendamaran Jaya, Khalid telah angkat punggung lari tengah dari Ijok ke Pelabuhan Klang kerana tidak diterima lagi oleh rakyat di sana.

Foto-foto di bawah adalah gambar sisi di luar khemah utama.

Saksikan sendiri foto-foto sambutan hangat untuk Najib klik SINI.


Petanda Kebangkitan BN Di Selangor - Sambutan Hangat Bagai Raja Pop Untuk Najib Di Pelabuhan Klang


Amat jarang bagi saya melihat sambutan bak menyambut 'Raja Pop' yang begitu hangat diberikan oleh rakyat dalam sesuatu rally politik.

Tetapi itulah realiti politik, hingga PM DS Najib sejurus naik keatas pentas terpaksa memainkan karakter sebagai 'Raja Pop' dengan menyambut huluran tangan rakyat di hujung pentas (foto atas) di Pelabuhan Klang malam tadi.

Sesuatu yang diluar jangkaan, kerana Najib sendiri meletakkan sasaran 3,000 kehadiran dalam perjumpaannya dengan rakyat dan pengundi kawasan DUN Pelabuhan Klang yang bakal menyaksikan pertembungan antara MB Selangor TS Khalid Ibrahim dengan muka baru Dato' Nasaruddin M. Zin.

Namun, rally yang berlansung di kawasan pengundi teramai di DUN Pelabuhan Klang, iaitu Pendamaran Jaya telah dihadiri 3 kali  ganda sasaran awal, dengan jumlah kehadirin hampir mencecah 10,000 orang.


Pergerakan Najib ke pentas utama tertangguh buat seketika lantaran terpaksa melalui banjiran manusia di kiri dan kanan lorong yang disediakan.

Najib sendiri dalam ucapannya mengakui betapa meremang bulu romanya, malah berharap ia adalah petanda  kepada gelombang biru di seluruh Selangor.

Kehadiran saya di rally berkenaan lebih fokus kepada reaksi penerimaan rakyat terhadap Najib dan BN. Rakaman foto-foto di bawah adalah sebahagian dari reaksi sebenar rakyat terhadap Najib.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, reaksi yang ditunjukkan ini menjadi suatu isyarat yang merunsing Pakatan Rakyat di Selangor.





Sunday, April 28, 2013

Benarkah Khalid Ibrahim Akan Luluskan Kontrak Projek PKNS RM170 Juta Beberapa Hari Sebelum PRU13 Berlansung?


Semua sedia maklum yang projek Laman PKNS yang bakal menjadi ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di pusat bandaraya Shah Alam telah terbengkalai.

Panggilan tender semula telah dibuat. Khabarnya 3 syarikat telah disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga oleh Jawatankuasa Teknikal PKNS.

Dari maklumat yang didengar, ketiga-tiga kontraktor berkenaan akan mengadap jawatankuasa berkenaan pada esok, Isnin 29 April 2013. Didengar juga bahawa nilai projek yang disebut oleh mereka adalah pada sekitar RM170 juta.

Dilihat dari gerakerja PKNS ini, seolah-olah membayangkan bahawa Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh MB TS Khalid Ibrahim akan bersidang untuk memutuskan penganugerahan kepada salah satu dari 3 kontraktor berkenaan sebelum berlansungnya PRU13 iaitu pada 5 Mei 2013.

Jika ini benar-benar berlaku, maka ini adalah salah laku Khalid kerana duduknya beliau sebagai Pengerusi PKNS adalah atas kapasiti MB Selangor.

Rasanya, tidak perlulah PKNS dalam tergopoh gapah kerana hanya seminggu sahaja lagi Selangor akan mendapat kerajaan baru.

Jentera PAS Kelantan Diangkut Jadi Pelakon Tambahan Penggambaran Filem Hindustan


Kalau pun Shahrukh Khan solat Jumaat di Masjid Besi Putra Jaya, rasa tidak akan berasak-asak orang mengiringi dan cuba menyerbu dari dalam masjid, jika kebanyakan jemaah tidak maklum akan kehadirannya menunaikan solat di sana.

Namun, Husam Musa yang hanya seorang calon PAS yang bertanding di Putra Jaya tiba-tiba muncul dengan lagak seorang hero ketika berjalan keluar dari masjid (foto atas).

Ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah suatu perencanaan terancang dari kem Husam untuk mencuri tumpuan khalayak di Putra Jaya.

Dalam pada itu, laporan dari pemerhati di Kelantan menyebut bahawa jentera PAS tidak begitu berfungsi di sana. Markas dan gerakerja PAS di sana dilihat berlainan sekali dengan PRU mahu pun PRK sebelum ini yang tidak menampakkan perang poster dan ceramah PAS vs BN.

Keanihan ini menimbulkan tandatanya. Apakah jentera PAS Kelantan diangkut untuk makan angin ke ibu negara disamping membantu gerakerja Husam di Putra Jaya.

Baca seterusnya di The Unspinner.

Sindiran Najib Pada Khalid Ibrahim Di Sekolah Tamil Batang Berjuntai - "Dia lari tengah malam untuk bertanding di Pelabuhan Klang. Dia sudah tipu orang Ijok, mahu tipu orang Pelabuhan Klang"

Sebentar tadi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya (dulu dikenali sebagai Batang Berjuntai) dalam kawasan DUN Ijok, PM DS Najib menyindir MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

"Dia lari tengah malam untuk bertanding di Pelabuhan Klang. Dia sudah tipu orang Ijok, mahu tipu orang Pelabuhan Klang," ujar Najib. [laporan penuh baca Utusan]

Pada sebelah malam ini pula, Najib dijadualkan membantu kempen calon BN DUN Pelabuhan Klang Dato' Nasaruddin M. Zin dalam majlis bersama rakyat di Jalan 97, Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Nampaknya, hari ini Najib hambat Khalid dari Ijok hingga ke Pelabuhan Klang.

Persiapan Kemunculan PM Di Pelabuhan Klang Sudah Bermula - Mampukah Najib Atasi 2 Digit Khalid Ibrahim?


Petang semalam kelihatan petugas-petugas memasang khemah, sebagai persiapan menyambut kehadiran PM  DS Najib ke Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang yang bakal berlansung malam ini jam 8.30 malam. Ia bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada muka baru calon BN Pelabuhan Klang, Dato' Nasaruddin M. Zin.

Difahamkan, Najib sendiri tidak meletakkan sasaran kehadiran yang ramai, cukup sekadar pada angka 3,000 orang.

Bagi Najib itu adalah memadai untuk mencabar calon PKR Pelabuhan Klang TS Khalid Ibrahim, memandang tahap Khalid adalah pada 2 digit. [Rujuk SINI untuk mengetahui makna 2 digit]

Malah angka disasarkan itu sudah memadai untuk memalukan Khalid yang terlalu cakap besar, kononnya dia  lebih pandai dari Najib.

Tahukah Anda Wujud Kekecelaruan Dalam Pakatan Rakyat Selangor Ketika Menghadapi PRU13?


Mungkin ramai yang tidak sedar dengan kekecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat Selangor dalam menghadapi PRU13.

Apa yang terserlah, samada parti-parti anggota PR mahupun calon-calon lebih terarah memenangkan diri masing-masing tanpa koordinisasi.

Jarang kita dengar kenyataan bersama mereka, khususnya melihat Azmin Ali (Pengerusi PKR Selangor), Dr Rani Osman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Teresa Kok (Pengerusi DAP Selangor) duduk membuat sidang media dalam menentukan hala tuju PR Selangor.

Sebaliknya apa yang terserlah, peranan itu diambil oleh anggota tertinggi kerajaan Selangor iaitu merujuk kepada MB Khalid Ibrahim dan anggota exco yang kelihatan setia kepada Khalid seperti Teresa Kok, Dr Halimah, Dr Ahmad Yunus dan bekas Speaker Teng Chang Khim.

Sidang media mereka tidak menggunakan pejabat parti, sebaliknya mereka menggunakan dewan di Kompleks Perumahan Exco, Shah Alam.

Manifesto tambahan PR untuk Selangor juga dilihat bagai dibuat dalam keadaan kelam kabut dan dalam soal  promosi keatas manifesto berkenaan banyak bergantung kepada Khalid dan anggota exco.

Ketidaktelitian dalam merangka manifesto menjadikan ia longgar dari apa yang ditawar oleh BN Selangor.