Sunday, April 28, 2013
Tahukah Anda Wujud Kekecelaruan Dalam Pakatan Rakyat Selangor Ketika Menghadapi PRU13?
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan kekecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat Selangor dalam menghadapi PRU13.
Apa yang terserlah, samada parti-parti anggota PR mahupun calon-calon lebih terarah memenangkan diri masing-masing tanpa koordinisasi.
Jarang kita dengar kenyataan bersama mereka, khususnya melihat Azmin Ali (Pengerusi PKR Selangor), Dr Rani Osman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Teresa Kok (Pengerusi DAP Selangor) duduk membuat sidang media dalam menentukan hala tuju PR Selangor.
Sebaliknya apa yang terserlah, peranan itu diambil oleh anggota tertinggi kerajaan Selangor iaitu merujuk kepada MB Khalid Ibrahim dan anggota exco yang kelihatan setia kepada Khalid seperti Teresa Kok, Dr Halimah, Dr Ahmad Yunus dan bekas Speaker Teng Chang Khim.
Sidang media mereka tidak menggunakan pejabat parti, sebaliknya mereka menggunakan dewan di Kompleks Perumahan Exco, Shah Alam.
Manifesto tambahan PR untuk Selangor juga dilihat bagai dibuat dalam keadaan kelam kabut dan dalam soal promosi keatas manifesto berkenaan banyak bergantung kepada Khalid dan anggota exco.
Ketidaktelitian dalam merangka manifesto menjadikan ia longgar dari apa yang ditawar oleh BN Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Fikirkanlah…
1) Dulu mengata kerajaan mengamal nepotisma, tapi sendiri punya parti angkat semua keluarga di pucuk pimpinan. PKR – Anwar, Azizah & Izzah. DAP – Lim Kit Siang, Lim Guan Eng PAS – Nik Aziz, Nik Abduh
2) Dulu mengata pucuk pimpinan kerajaan perlu hadkan term, tapi sendiri punya jadi leader dari zaman Tuanku Abdul Rahman sampai ke DS Najib, tak pernak tukar. Jadi MB Kelantan, sampai dah tua nyanyuk tak nak tukar.
3) Dulu mengata kat SPR tak pandai jaga pilihanraya, tapi sendiri punya pilih DAP - CEC pon siap salah kira kata kira dua kali sebab spreadsheet software. Bila jumlah undi bahagi dua, tak pulak dapat jawapan sama.
4) Asyik kata memperjuangkan Islam, mangata orang lain bukan tidak memperjuangkan Islam, Tapi peliknya negeri yang diperintah 23 tahun, satu mesjid pon tak terbina. Tokong Siam semakin bertambah. Babi berkeliaran.
5) Asyik kata parti lain menjahanamkan Islam, Parti sendiri memperjuankan Islam, Tapi berapa banyak system Islam diperkenalkan? Mana “Tabung Haji”, mana Bank berteraskan system Islam? Mana institusi Islam di wujudkan seperti JAKIM ? Oh …kami bukan kerajaan..pandai excuses! Orang Cina kenapa boleh wujudkan berbagai instutisi..mereka tak perlu jadi kerajaan?
6) Asyik kat kerajaan menipu, kerajaan zalim, kerajaan tak betul…. Bila sendiri buat decision, orang bawahan kena pecat tanpa bicara, Yang ketua-ketua …. Buat senyap aje… kes China doll and spender putih, apa cerita? Ingat Menisfeto itu bukan janji (kata MB (PKR))… Janji tak pernah tunaikan… (Ini namanya munafik kan?)
7) Asyik kata memperjaungkan hudud, tapi di Kelantan dah pon diluluskan hudud bertahun lamanya…. Sampai sekarang tak dilaksana pon.
8) Asyik dok kata kita pandai memerintah…. Bila tengok Kelantan, hutang tak pernah habis, penagih dadah adalah paling ramai di Malaysia, penduduk berhijrah keluar Kelantan sebab tak ada kerja, isu Air tak pernah selesai. Jurang kemeskinan cukup besar… rajin-rajin le pi Kelantan… bersepah. Berapa banyakkah rumah mampu milik dibina? Bina batu asas cukup banyak… habuk pon tara..batu asas pon dah runtuh. Apa cerita projeck pokok Depu? Apa cerita project kambing? Kat Kedah..perumah Jabi, Pokok Sena ..apa cerita?
9) Bial kita memerintah pendidikan akan percuma…. KUIN di Kedah naikkan yuran. Kerajaan hold sat aje PTPTN, Unisel di Selangor gabrah gile… dok kata tak adil pulak?
10) Kononnya ready untuk perintah negara. Tapi... siapa yang nak jadi PM pon tak sattle lagi.
Banyak lagi le….
Tepuk Dada Tanya Iman….
JANGAN SAMPAI GENERASI ANAK KITA MELUDAH PUSARA KITA NANTI KERANA KEGAGALAN KITA BERFIKIR SEBELUM MENGUNDI
Post a Comment