Saturday, May 4, 2013

Tic Toc Tic Toc - Kerajaan Baru Selepas 5 Mei 2013


Dalam membuat pemerhatian terhadap mood pengundi, saya melihat bahawa kecenderungan memilih kali ini berpihak kepada BN.

Samada sebelum tempoh kempen, mahu pun sepanjang tempoh kempen sambutan terhadap program-program nampaknya lebih berpihak kepada BN.

BN mempunyai kekuatan jentera dari atas hinggalah ke akar umbi. Maka oleh itu, kepada mereka yang suka memerhati pasti akan dapat melihat betapa markas BN lebih hidup dan ceria berbanding markas PR.

Kesuraman dipihak PR, hakikatnya dirasai oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Hakikatnya, para pemimpin PR sudah nampak bayang-bayang kekalahan. Oleh itu belum pun pembuangan undi, mereka sudah pun memulakan tuduhan terhadapa BN, malah tergamak pula menjadikan SPR sebagai sasaran.

MB Selangor Khalid Ibrahim misalnya, mendakwa kononya ada percubaaan untuk membeli bilik gerakan PKR di kawasan yang ditandinginya, Pelabuhan Klang. Walhal hakikatnya sememangnya mereka kekurangan dari segi sambutan dan jentera.

Dalam pada itu, SPR menjadi fokus serangan dengan menimbulkan persepsi dikalangan rakyat bahawa SPR mempunyai senarai daftar pemilih yang meragukan. Malahan, PR tergamak mendakwa kononnya terdapat bukan warga negara didaftarkan sebagai pemilih, daftar pemilih yang bertindan kononnya didaftarkan banyak  kali di tempat pengundi yang berbeza.

Perkara-perkara yang ditohmahkan ini, kemudian dikaitkan dengan pengundi hantu tanpa menyandarkan tohmahan mereka pada hakikat yang berlaku mobiliti terhadap pengundi atas faktor berpindah tempat kerja atau faktor lain yang mendorong penghijrahan pengundi dan pada yang sama pengundi tidak menukarkan lokasi mengundi mereka.

Hal ini diperbesarkan, kononnya ada usaha-usaha untuk membawa pengundi secara besar-besaran ke lokasi-lokasi tertentu untuk memenangkan BN.

Sesungguhnya hal ini sengaja dibangkitkan kerana PR telah merasakan yang mereka berada diambang kekalahan.

Apa pun yang bakal berlaku terhadap keputusan PRU13 pada 5 Mei 2013, kita akan memperolehi kerajaan  baru di negeri-negeri pemerintahan PR dan dalam ertikata pembaharuan mandat rakyat terhadap kerajaan BN diperingkat persekutuan.

Mood rakyat terhadap BN adalah satu kelebihan.

1 comment:

Anonymous said...

CUBA PERHATIKAN UMNO BAHAGIAN KLANG,DI SITU ADA PRTOTES DARI PENYOKONG KETUA BAHGIAN BILA KETUA BAHAGIAN TAK DAPAT JADI CALON N46 PELABUHAN KLANG.KEPADA UMNO PUSAT TOLONG TURUN KLANG ANDA AKAN DENGAR CERITA BAGAIMANA PROTES INI TELAH DAN AKAN BERLAKU DIKALANGAN PENYOKONG KETUA BAHAGIAN .

BAHKAN PADA 1 MAY TELAH BEREDAR SURAT LAYANG MEBGUTUK PEMILIHAN DATUK NASARUDDIN MAT ZAIN SEBAGAI CALON.DISERTAKAN 20 DALIL MENGAPA DATUK NASA TAK PATUT DIPILIH PENGUNDI N46.DI MINTA PULAK UNTUK UNDI KHALID.AKU DAH BACA SURAT TU DAN PERCAYA INI KERJA ORANG UMNO JUGAK.

JIKA KHALID MENANG PASTIKAN PARASIT DIBUANG DARI UMNO BAHAGIAN KLANG