Saturday, March 3, 2012

PKR Dalam Keadaan Yakin Melayu Tidak Menyokong Najib

Duduk berbual-bual dengan seorang ahli majlis PBT Selangor (berbangsa Cina) dari PKR. DIa melahirkan keyakinan bahawa BN akan tewas pada PRU13. Keyakinan disandarkan kepada rasa tidak senang dikalangan orang Melayu terhadap bantuan yang banyak dicurahkan kepada sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina.

Malas untuk mencelah, tetapi sekadar mengangguk-angguk yang bukan tanda setuju tetapi mengangguk atas rasa terima kasih atas maklumat yang disampaikan.

Malangnya, kerana ada urusan yang lebih penting dan kalau diajukan maka akan menjadi perbahasan yang lebih panjang, maka masih disimpan soalan yang berkenaan.

Sebenarnya soalan yang hendak ditanya, "habis tu orang Melayu nak undi siapa?".



Friday, March 2, 2012

Poster Anwar & Badrolamin Yang Telah Diluluskan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR


Idea poster PRU13 diambil dari blog Melanau Blogger.

Husam Musa & Ariffahmi Gunakan Khidmat Wanita Yang Sama?

Mungkin sama tapi tak serupa. Tapi jangan salah anggap, wanita (atau wanita-wanita) ini sekadar pemandu pelancung atau mungkin jurubahasa semasa lawatan mereka ke China.

Nak tahu lebih lanjut kisah sama tapi tak serupa?

Najib Kena Fikirkan Pembebasan Total Bayaran Tol Ke 'Laluan Sate'

Aku tinggal di Pelabuhan Klang. Bila anak mula pandai dan suka makan sate, dalam sebulan sekurang-kurangnya sekali aku akan pergi ke Kompleks Sate di Kajang.

Tapi bila semua laluan ke Kajang, khususnya laluan melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mengenakan tol, maka rutin tersebut dihentikan. Sebabnya, perjalanan aku ke Kajang dari rumah tidak sama sekali mempunyai laluan alternatif tanpa tol.

Bila kerajaan memansuhkan tol di laluan Metramac, bermakna ia susut menjadi 4 plaza tol. Dengan pengumuman terbaru, pemansuhan tol untuk laluan Cheras-Kajang, maka semakin kuranglah plaza tol yang ditempuh.

Aku sebenarnya menanti-nantikan pembebasan tol di 'laluan sate' dan itu sebabnya, bila ada cadangan pemansuhan tol di Sungai Rasau dan Bukit Raja oleh UMNO Bahagian Shah Alam, amat aku alu-alukan [baca SINI].

Memanglah telah ada outlet sate kajang yang berhampiran seperti di Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Guthrie, malah di Kompleks PKNS Shah Alam. Tapi sekali-sekala, anak-anak aku perlu tahu tapak asal-usul sate Kajang. Jadi link ke Kajang mesti dipermudahkan.

Thursday, March 1, 2012

Khalid Samad Buta Geografi - Tak Tahu Kilang Rare Earth Magnet Bukan Terletak Dalam Kawasan Parlimennya?



Sepatutnya MP Shah Alam Khalid Samad, cakap terus terang apabila portal The Mole ingin mendapatkan komen beliau dalam isu pengeluaran rare earth magnet, bahawa kilang Shin-Etsu di Seksyen 26 berkenaan bukan terletak di kawasannya. Sebaliknya, ia terletak di kawasan parlimen Kota Raja yang diwakili oleh Dr Mariah Mahmud.


Samada ia terlalu suka bercakap dengan wartawan, atau tidak tahu sempadan kawasan atau pun terlebih suka mendahului Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Rani Osman dalam menjawab segala isu di Selangor?

Jadi dalam hal ini, Dr Mariah pun harus diheret kerana tidak sedar kewujudan kilang berasaskan rare earth di kawasan yang diwakilinya. Selepas ini, maka terkial-kiallah Dr Mariah mencipta data-data pekerja Shin-Etsu yang terkena radioaktif.

Geruh Di Sabak Bernam - Ketua UMNO Dihukum Penjara, Ketua PKR Ditangkap Khalwat

MP Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri yang juga Ketua UMO Bahagian Sabak Bernam hari ini telah dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM400,000 atau penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.

Andai PRU berlangsung dalam masa yang terdekat, bermakna kedua-dua pemimpin dari utara Selangor ini (Sungai Besar Dan Sabak Bernam) pasti terkeluar dari senarai calon BN.

Kebetulan pula Badrolamin Bahron yang ditangkap khalwat hujung minggu lalu adalah Ketua PKR Cabang Sabak Bernam.

Badrolamin Dijerat Untuk Disungkit Dari Jawatan Pengarah Penerangan Selangor?

Badrolamin Bahron bukanlah seorang pengurus yang baik. Dia hanya pandai cakap saja.

Kalau berceramah, mesti nak selitkan promosi songkok Bugis, seolah-olah dia adalah peragawan dan duta dalam promosi jualan songkok berkenaan.

Sebagai penjawat awam dalam kerajaan Selangor, rasanya kurang manis kalau Badrolamin berbuat demikian.

Kalau dilihat pada pada portal Selangorkini di atas, sejak 15 Februari iaitu lebih kurang 10 hari Badrolamin ditangkap, portal tersebut tidak beroperasi. Ini bermakna Selangorkini lebih awal bercuti, sebelum Badrolamin dicutikan.

Seolah-olah ada masalah dalaman. Perlu diingatkan Selangorkini bukan macam pengendali blog yang tak bergaji. Ia milik kerajaan negeri dan antara agensi yang dibiayai dibawah peruntukan RM15 juta, seperti yang diumumkan oleh MB Selangor.

Ini mungkin sabotaj dalaman terhadap Badrolamin.

Tapi dia masih tembak sipi kononnya ia adalah perangkap luar parti dan bukan parti.


Pendedahan Surat Pajak Milik Bapa Anwar (1966)

Apa yang Anwar mampu ia sekadar mengeluarkan surat pajak seperti di SINI.

Di bawah ialah surat-surat dari Tun Dr Mahathir yang didakwa oleh Anwar sebagai menyokong Israel.

************************************************************************
PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
*****************************************************
PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama Tuan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel Jerusalem,

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
********************************************************************
PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad
*****************************************************

Wednesday, February 29, 2012

Dasar Syaitan Gondol Badrolamin - Dalam Sel Menangis Terbayang Liang Lahad, Dalam Bilik 8365 Tersengih Terbayang Syurga

Dasar syaitan gondol Badrolamin. Badrolamin menangis teresak-esak dalam mahkamah yang katanya sel tahanan didiaminya mengingatkannya pada liang lahad.

Baca keratan di atas yang dipetik dari Malaysiakini.

Tapi tidak pula kita mendengar atau membaca laporan yang Badrolamin meraung semasa memberi keterangan di JAIP dalam kes khalwatnya. Mungkin semua pihak boleh bersimpati, kalau dia meraung di pejabat JAIP kerana terbayang api neraka di bilik 8365.

Barangkali dia terbayang sorga!!!

ABIM Mahu Negara Barakah, Anwar Bin Ibrahim Mahu 'Arab Spring'


ABIM dalam kenyataannya menggesa semua pihak mengangkat prinsip 'negara barakah' dan menolak politik keganasan.

Sebelum ini, mantan Presiden ABIM a.k.a Anwar bin Ibrahim begitu mengharapkan kedatangan 'Arab Spring' ke Malaysia. Namun, hakikatnya apa yang berlaku pada hari tidak lain adalah anjalan spring ke yang menampar ke muka mantan Presiden itu sendiri.

Protes demi protes yang berlaku jika dalam bentuk keganasan dikaitkan dengan samseng UMNO. Tapi pernah difikirkan bahawa ia adalah satu bentuk protes rakyat kepada Anwar bin Ibrahim dan rakan-rakannya dalam PR?

Kenapa pula pada bab ni tak suka pada 'spring'?

Lelaki Misteri @ Sood Tawar 100% Cash Pada Zatiwani Untuk Putuskan Hubungan Dengan Angrybirdrole

Lelaki misteri Sood menawarkan cinta 100% demi menyelamatkan Zatiwani dari meneruskan hubungan dengan Angbirdrole yang telah beristeri-isteri.

Azmin Terlibat Pukul Lelaki Khalwat??? Rakaman Foto Lelaki Mirip Azmin Terpapar Di Tempat Kejadian



Ada juga permulaan kronologinya di SINI.

Monday, February 27, 2012

Anwar Lembik, 1 Orang Pukul Mata Lebam; Badrulamin Handal, 20 Orang Pukul Masih Boleh Tersengih

Bila dah sesak maka bini tua yang dicari. Itulah perangai lelaki yang mengamalkan poligami, termasuklah Badrulamin. Gambar dipetik dari Utusan Malaysia di perkarangan pejabat JAIP Kuantan, tidak menunjukkan sebarang kecederaan dialami Badrulamin malah masih boleh tersengih-sengih, walau pun dia mendakwa dipukul oleh 20 orang lelaki.

Handal!

Kehandalan Badrulamin memang tak dinafikan. Blog The Unspinners mendedahkan Badrulamin adalah seorang kaki pukul. [Baca SINI]

Tapi boss Badrulamin, Anwar Ibrahim sampai lebam biji mata yang cuma dipukul oleh seorang penyerang.

Lembik!

Wanita di atas dikatakan teman khalwat Badrulamin.

Dia sanggup datang lebih dari 2 marhalah hanya untuk dapatkan nasihat Badrulamin (?). Tapi yang dua-dua piha tak boleh nafi, mereka punya contact number dan sering 'calling2'. Habis tu takkan wanita tu boleh jejaki Badrulamin di Kuantan?

Najib Takut Langau


Unggas di atas ialah langau dan yang paling ditakuti malah dibenci oleh PM DS Najib Razak. Ini dinyatakan oleh beliau dalam perhimpunan jentera pilihanraya BN Selangor, di Pelabuhan Klang yang berlangsung petang semalam.

Betapa seriusnya PM dalam hal ini hingga beliau memberi penekanan supaya semua orang tulis apa yang bakal dikatakannya.

Beliau kata, "kalau tak boleh jadi garam, jangan jadi langau". Maksudnya, garam boleh jadi pengawet kepada ikan daripada menjadi busuk. Sementara langau pula mempercepatkan proses ikan menjadi busuk. Dalam erti kata sebenar, kalau tak terpilih jadi calon, jangan sabotaj parti yang boleh membawa kekalahan kepada BN.

Apa pun, jangan dilupakan kepada mereka yang basah kuyup berhujan menunggu ketibaan PM ke majlis tersebut.


Hancusss!!!!! PAS Lebih Percaya Auta Ronnie Liu Dari Fakta Dr Rosli Che Mat


Dr Che Rosli Che Mat adalah seorang saintis nuklear, malah beliau juga adalah ahli PAS dan merupakan MP Hulu Langat, Selangor.

Berbanding dengan ADUN DAP Pandamaran, Selangor Ronnie Liu yang tidak diketahui asal usulnya (kerana tidak ada biodata peribadinya), pandangan Dr Che Rosli tidak diambil pakai oleh PAS sendiri.

Sedih..... PAS lebih percaya pada auta Ronnie Liu berbanding fakta Dr Che Rosli.

Nyata sekali PAS tidak bercakap dari sudut ilmu tapi dari perspektif politik yang boleh membawa kemunduran ummah.

Rakaman Deti-Detik Kerusi Melayang Di Padang Kota Yang Boleh Mencetuskan Pergaduhan Yang Lebih Besar

Ah Eng (bukan nama sebenar) di bawah bukan baling batu sembunyi tangan, tapi baling kerusi sembunyi tangan.

Perbuatan Ah Eng amat merbahaya dan boleh mencetuskan pergaduhan yang lebih besar, sebab perbuatan itu balingan yang tertumpu kepada crowd.







Najib Dedah Penyakit Pisang Layu Di Cabang PKR Badrulamin Bahron

Jelajah sehari PM DS Najib Razak ke Selangor pada bermula di DUN Sg Air Tawar, Sabak Bernam.

Di sana, Najib telah dimaklumkan bahawa pisang yang ditanam para petani telah diancam dengan penyakit pisang layu.

Kebetulan Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat dan dibelasah oleh 20 orang lelaki (seperti yang didakwa oleh Badrul sendiri) merupakan Ketua PKR Cabang Sabak Bernam.

Tatkala pisang petani menjadi layu, pisang Badrul tetap segar!

Selain Sg Air Tawar, Najib turut ke Sekinchan, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Kapar.

Gambar di bawah adalah semasa Pelancaran Jentera Pilihanraya BN Selangor di Pelabuhan Klang.








Hadi Awang Tak Setuju Bab Nuklear Dirujuk Pada Fuziah Salleh


Gambar-Gambar Kandid Pemimpin-Pemimpin PAS

Anak Nik Aziz yang sorang ni, kalau nak korek hidung pun janganlah depan public. Lagi satu, jangan gunakan tangan kanan. Tanpa disedari nanti boleh aniaya orang lain bila bersalam.

Bagi MB Kedah dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor pula, tabiat mereka cium jari kanan. Ada sesiapa yang tahu apa sebabnya?


Sunday, February 26, 2012

Najib Sindir Badrulamin - Jentera BN Kena Kerja Kuat-Kuat Tapi Jangan Sampai Lewat, Nanti Kena Tangkap Khalwat


Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 petugas Pilihanraya BN Selangor, berkumpul untuk mendengar amanat BN Selangor DS Najib Razak dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Jentera Pilihanraya BN Selangor.

Dalam nada sinikal (mungkin merujuk kepada Badrulamin Bahron), Najib mengingatkan jentera BN supaya bekerja kuat, tetapi jangan terlalu lewat hingga ke malam, takut nanti ditangkap khalwat.

Najib selanjutnya memberitahu, apabila orang-orang BN dalam keadaan kuat dan berani, maka beliau tidak teragak-agak akan mengadakan PRU.

Pelancaran Jentera BN Selangor telah berlangsung di Pelabuhan Klang petang tadi.