Saturday, July 16, 2011

Adusss Tolong! Hadi Awang Pening Memilih Agama & Politik

Sebenarnya jawapan Hadi Awang sudah ada. Cuma sumpah syaitannya bersama Anwar dan Kit Siang yang membebalkan fikiran serta menutupi rapat mulutnya!

Tuan Guru, tolong nafikan kenyataan anda di bawah:-

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata terserah kepada kebijaksanaan pimpinan kerajaan negeri Kedah dalam menangani pertikaian dengan DAP berhubung larangan operasi 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

"Pandangan saya, kita serah kepada Kedah untuk mereka menanganinya dengan penuh bijaksana. Mereka pandai perintah negeri, mereka boleh berunding.

"Di sana ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini," katanya kepada wartawan di Kuala Terengganu Sabtu. [AgendaDaily]

Mencari Popeye Sampai Ke India!


Popeye The Sailor Man adalah watak kartun yang telah menjangkau usia 80 tahun, mengisahkan watak pelaut.

Namun dalam industri maritim negara, zahirnya kita masih kekurangan dari segi modal insan dan sumber manusia domestik tidak mencukupi untuk keperluan tempatan.

Di rantau ASEAN, Filipina dan Indonesia banyak melahirkan pelaut-pelaut yang berkhidmat dalam pelbagai syarikat perkapalan antarabangsa.

Saya pernah mendengar taklimat dari MISC dan dimaklumkan bahawa bagi mereka yang berminat memasuki Akademi Laut Malaysia (ALAM), pengangguran adalah sifar. Kerja sedia menanti mereka kerana setiap tahun lulusan akademi berkenaan masih tidak dapat menampung keperluaan sumber manusia untuk industri maritim tempatan.

Seperkara yang perlu diketahui oleh semua, AET Tanker Holdings milik MISC adalah antara pengendali kapal tangki yang terbesar di dunia.

Malangnya, kita masih kekurangan anak-anak kapal untuk mengendalikan kapal milik sendiri. Malah, MISC terpaksa mencari sumber manusi hingga ke India! Dimanakah anak-anak tempatan?

Kepada sesiapa tidak mahu dicari LHDN, sertailah industri maritim kerana kerjaya ini adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.

CHENNAI 16 Julai - MISC Berhad, syarikat perkapalan terkemuka dunia telah ‘berlabuh’ di bandar bahagian India Selatan, untuk mencari pekerja maritim berkemahiran di India.

India, pada masa ini telah membekalkan hampir lapan peratus pelaut untuk industri maritim dunia atau kira-kira 100,000 warga India bekerja di kapal pedagang antarabangsa.

"Pada masa ini, kami mempunyai lebih 8,000 pekerja profesional laut yang 25 peratus daripadanya terdiri daripada warga India sementara yang lain ialah warga Malaysia, Filipina dan lain-lain," kata Kapten Rajalingam Subramaniam, Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Kapal MISC dalam satu kenyataan. [Bernama/Utusan]

Bob Lokman Pasti Boikot Mereka!


Loudness akan datang ke KL pada 24/7/2011. Bob Lokman tidak akan hadir untuk menyaksikan.

Zahid Hamidi Suka, Satim Diman Suka, Khir Toyo Lagilah Suka!

SURABAYA 15 Julai – Kerajaan bersedia memberi kebenaran kepada syarikat media gergasi Indonesia, Kumpulan Jawa Pos untuk membuka operasi penerbitan akhbarnya di Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa beliau akan membantu syarikat itu jika ia berminat menerbitkan akhbar itu di Malaysia.

"Jika ada permohonan, saya boleh meminta Menteri untuk mengeluarkan permit penerbitan,” katanya pada majlis perjumpaan dengan lebih 20 editor kanan Kumpulan Jawa Pos di sini, hari ini. [Bernama/Utusan]

Kuasa Veto Karpal Singh Akan Tentukan Samada Boleh Buka Atau Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadhan Di Kedah!

Kalau ada telur teruskan arahan penutupan pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan ramadhan.

Kalau tarik balik keputusan asal, maknanya Ustaz Azizan tak ada telur.

Jangan dek kerana Karpal Singh bersuara, maka berubah keputusan.

KUALA LUMPUR 15 Julai – DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang. [Bernama/Utusan]

Friday, July 15, 2011

Anwar Teleng Bakal Berbohong Dibulan Ramadhan

Difahamkan Anwar Ibrahim akan menjadi saksi pertama dalam pembelaan kes liwat yang dihadapinya, pada 8 -26 Ogos 2011 yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan.

By hook by crook kalau perlu untuk melepaskan diri, Anwar akan berbohong diRamadhan tahun ini.

AIDCNews – 14/07/11 -”Kita dapat tarikh 8 Ogos, tapi peguam (saya) merasakan tunggu (dulu) untuk menemui saksi-saksi yang diserahkan kepada kami termasuk Perdana Menteri Datuk Najib, Datuk Rosmah yang mengelak daripada cuba memberi keterangan. Ini mempersulit kita dalam proses pembelaan”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hadir di Mahkamah Tinggi untuk mendengar prosiding kes liwat yang membabitkan dirinya, 13 Julai lalu.

Semasa dalam prosiding di mahkamah, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan pada 8 hingga 26 Ogos sebagai tarikh pihak pembela memberi keterangan membela diri.

Keputusan tarikh itu dibuat selepas dua kali perbincangan di antara peguam Anwar dan pihak pendakwa di kamar hakim, setelah Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan kes tersebut dengan alasan mahu membuat rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Sankara Nair, salah seorang peguam Anwar memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa mengikut Kanun Acara Jenayah, tertuduh iaitu Anwar Ibrahim sendiri adalah saksi pertama yang akan memberi keterangan dalam kes pembelaan tersebut. [AIDC]

Lagi Satu Bukti Penderaan (Video) Demo Untuk Perhatian Suhakam & Nasruddin Tantawi


Macha dalam video di atas dah tersalah masuk lubuk. Dah tau, lubuk Liverpool yang sengaja cari pasal apa hal?

Yang kelakar 2 helai baju ditawarkan kat dia, tapi tak berganjak pendirian.

Silap-silap gaya, benda macam ni pun Suhakam dan PR akan spin!

Gobalakrishnan Untung RM2,000 Setelah Tinggalkan Anwar

MP Padang Serai S. Gobalakrishnan berjaya mengenepikan hukuman keatasnya, apabila Mahakamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan yang memihak kepadanya.

GEORGE TOWN 15 Julai — Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu.

Sehubungan itu mahkamah perlu menggantikan semula wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas.

Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. [Bernama/Utusan]

Memang Sah Peserta Demo Baju Kuning Ditampar! (Video Inside)

Imej : GAP

Baju Merah : You'll Never Walk Alone!

Selamat Datang ke Malaysia!

Foto : Utusan

Jangan Bazirkan Wang Kerajaan Beli CCTV Kerana Hadi Awang Bela Penjenayah

KUALA LUMPUR 14 Julai – Dalam usaha mencegah jenayah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memasang 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 28 ibu pejabat polis daerah (IPD) dan 25 ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara. [Bernama/Utusan]

Thursday, July 14, 2011

Pesuruhjaya PAS Selangor Didera Dikhalayak Ramai

Akibat absent Solat Hajat & Pidato Khas pada 29 Jun 2011 di Stadium Melawati, Shah Alam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman didera menolak wheelchair Mat Sabu dikhalayak ramai.

Apa punya baghal Pesuruhjaya! Kalaulah Dr Hasan Ali masih memegang jawatan Pesuruhjaya, pasti tak ingin nak bodek Mat Sabu macam tu.

Berita Baik Buat Marina Mahathir & Peluang Untuk Pesakit Aids

Setelah menyertai BERSIH, aktivis AIDS Marina Mahathir tentu gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif EPF, Tan Sri Azlan Zainol.

EPF telah menyenaraikan AIDS sebagai penyakit kritikal dan membolehkan sipesakit mengeluarkan carumannya.
"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit,” - Tan Sri Azlan Zainol

Bekas Pembantu Anwar Ibrahim Sudah Pecah Lubang

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata, begitu juga dengan dakwaan lain seperti ugutan bunuh, sabotaj kenderaan, racun arsenik dan suntikan HIV yang kesemuanya itu bertujuan mendapatkan simpati rakyat.

Beliau berkata, pada peringkat ini Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjadi seorang pelakon yang hebat asalkan cita-cita politiknya tercapai.

''Sandiwara terlampau Anwar ini adalah usaha terancang dan berterusan Anwar selagi cita-cita peribadinya tidak tercapai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar mendakwa beliau telah dicederakan pihak polis hingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dipercayai ada komplot yang merancang satu drama bagi memperlihatkan Anwar telah dicederakan oleh polis pada perhimpunan itu.

Sementara itu, Anuar berkata, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga pernah melakukan sandiwara serupa seperti suaminya.

''Dalam satu demonstrasi di Lebuh Raya Kesas pada 1999, Wan Azizah dakwa polis cuba menembaknya menggunakan tabung gas dari jarak dekat. Kemudian ada seorang hero yang telah berdarah mukanya menepis dan kisahnya seperti cerita Anwar pada perhimpunan Bersih lalu,'' katanya lagi.

Mengulas isu sama, seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osmanyakin rakyat semakin dapat menilai watak Penasihat PKR itu.

''Kata terkena gas pemedih mata tetapi pengawal kata terjatuh. Kononnya kepala dan lutut tercedera tetapi yang hairannya pakai pula penyokong leher.

''Anwar sudah jadi bahan jenaka seperti badut. Dia cuba raih simpati tetapi rakyat bukannya bodoh. Percayalah, jika orang ini jadi Perdana Menteri, negara bukan sahaja porak-peranda malah akan ditertawakan,'' katanya.

Bagi bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin, apa yang dilakukan Anwar itu adalah sandiwara ulangan bagi tujuan menagih simpati rakyat dan pihak antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwatnya.

''Dakwaan kononnya beliau dikasari dan tercedera adalah permulaan drama musim kedua yang pasti akan berlanjutan. Realitinya, tiada apa yang diperjuangkan oleh Anwar ketika ini melainkan perjuangan nasib politiknya.

''Diharap rakyat berfikir dengan baik supaya kita bersama-sama menolak kepimpinan Anwar. Beliau kini bergelut dengan kes liwatnya serta dakwaan penglibatannya dalam rakaman video seks. Orang seperti ini harus ditolak,'' katanya. [Dipetik dari Utusan Malaysia]

Serangan Bom Di Mumbai


MUMBAI: Police say at least eight people have been killed and 70 others injured in three blasts that have rocked India's financial capital of Mumbai.

An official at the city's Police Control Room said one blast was the crowded neighborhood of Dadar in central Mumbai. The others were at the famed jewellery market Jhaveri Bazaar and the busy business district of Opera House.

The official spoke on condition of anonymity because of office policy.

The explosions happened around 7pm (9.30pm Malaysian time) Wednesday, when all the neighborhoods would have been packed with office workers and commuters. [AFP/The Star]

Wednesday, July 13, 2011

Bila PAS Nak Piket Depan Pejabat Pemberi Pas?


Bila agaknya Mat Sabu nak arahkan PAS berpiket menentang Konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2011 di I-City, Shah Alam pada 24 Julai 2011?

Video Penuh Serangan Najib Keatas Anwar Ibrahim


Video di atas didedikasikan kepada seluruh rakyat di akar umbi setelah adanya komen seorang pengunjung blog saya yang berikut:
Anonymous said...

Inilah nya silap kerajaan... slelalunya kempen penerangan oleh kerjaaan dijalankan secara tertutup... penjelasan drpd pemimpin tertinggi kerajaan sepatutnya disiarkan ke seluruh negara... bukam melalui ngo atau komponen bn... message tak samapi kalau buat begitu.. bukan semua mereka tu turun padang pun

July 10, 2011 10:37 AM

Ambiga Dah Insaf?

Baik Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Mat Sabu, masing mengatakan BERSIH 2.0 adalah satu permulaan.

Sebaliknya, Ambiga memberikan respons yang berbeza.

On an assertion that Bersih was just a front for opposition parties as Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim played a prominent role in Saturday’s rally, Sreenevasan said it was unfair (to state as such) because the group had invited all political parties, including Barisan Nasional (BN), to support the rally.


“We invited all political parties, including BN, to support us. How can you say the cause for free and fair elections is only for the opposition?

"It is for everybody. Pakatan Rakyat members are also citizens of this country. Are they not entitled to support a movement for free and fair elections?,” she asked.


Read more: [NST]

Mat Sabu Tertiarap Mengejar Jersi Kuning

Kalau tak tertiarap masakan lutut boleh cedera.

Itulah yang dialami oleh Mat Sabu yang berbaju kuning ketika bermotosikal semasa demontrasi haram BERSIH Sabtu lalu.

Kalau dalam perlumbaan basikal lebuhraya, biasanya pendahulu perlumbaan akan dianugerah jesi kuning.

Tapi malang sungguh Mat Sabu tertiarap ketika berbaju kuning!

Gambar seorang pendahulu perlumbaan

Tuesday, July 12, 2011

Mamat Seekor Ni Gila Tak Dapat Jadi Ketua Polis Negarakah?

Entah berapa pucuk surat terbuka yang ditulis oleh mamat yang seekor ni. Mula-mula seronok juga baca surat mamat ni. Tapi, bila makin banyak yang ditulis, makin menyampah pula aku membacanya. Dah macam marah kerana tak naik pangkat jadi Ketua Polis Negara pulak.

PDRM tolong buka balik fail mamat seekor ni. Bagus sangatkah dia, seolah-olah orang lain semua salah?

(The Malaysian Inisder) - Datuk Mat Zain Ibrahim urged today Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to step in and relook the Attorney-General’s (A-G) prosecution of two policemen now on death row for the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

The retired cop accused the A-G of mishandling the case, which reflects a miscarriage of justice as the motive for murder was never found. [MT]

Singapura Kembali Ke Pangkuan Malaysia

Kata sepakat akhirnya bakal menyaksikan Singapura kembali ke persada bola sepak Malaysia, melalui pasukan B23nya, sementara skuad B23 Malaysia bakal bermain di Liga S mulai tahun depan.

Dalam perkembangan yang sama, pemain import juga dibenarkan untuk liga musim depan.

PETALING JAYA: The Lions return to Malaysian football next year.

After a lapse of 17 years, Singapore will be playing in the Malaysian Super League (MSL) with their Under-23 squad - Singapore Young Lions - playing in the top flight of the 14-team Super League.

Football Association of Malaysia (FAM) deputy president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah announced the new collaboration between the FAM and the FA of Singapore (FAS), after a signing ceremony at the Wisma FAM in Kelana Jaya Tuesday.

Under the four-year agreement between the two countries, the Singapore Young Lions will be playing in the MSL while the Malaysian Harimau Muda A squad under coach Ong Kim Swee will be playing in the S-League.

The Young Lions are set to to include five senior players, including foreign signings, while the Malaysian Harimau Muda A squad will not be fielding any foreign players.

Tengku Abdullah said he hoped that the spark between the two nations would revive the rivalry that everyone remembered of the glory days.

"We hope to rekindle the glory days of the past shared between Malaysia and Singapore, when they made waves in the Malaysia Cup competition," he added. [The Star]

Doa Wanita Termakbul Untuk Anwar Ibrahim & Mat Sabu


Alhamdulillah doa wanita (dalam video) telah dimakbulkan dan hasilnya..........

Mat Sabu cedera lutut tak boleh meniarap

Anwar terkehel leher tak boleh tunduk

Legenda M.O.K.H.T.A.R


Semalam genap 20 tahun legenda bolasepak negara Mokhtar Dahari meninggal kita. Beliau kembali kerahmatullah pada 11/7/1991.

Alfatihah.

Monday, July 11, 2011

Hansard Sidang Selangor Yang Membuktikan Khalid Ibrahim Berbohong Bila Nafi Kerajaan Selangor Tidak Pernah Sasar Royalti Pasir RM150 Juta

Khabarnya hari ini MB Selangor TS Khalid Ibrahim menafikan Kerajaan Negeri mensasarkan hasil pasir Rm150 juta.

SHAH ALAM 11 Julai – Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meletakkan sasaran mengutip hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta setahun, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, sebaliknya kutipan hasil daripada aktiviti tersebut di Selangor hanyalah melebihi RM100,000 setahun.

"Kami tidak pernah meletak sasaran hasil kutipan pasir pada kadar RM150 juta setahun.

"Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan awal tahun 2008, seluruh industri pasir (di Selangor) memberi pulangan melebihi RM100,000,” katanya ketika menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) mengenai hasil kutipan pasir di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan bajet negeri telah menyatakan sasaran hasil kutipan perlombongan pasir di negeri tersebut sebanyak RM150 juta setahun melalui penubuhan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Bagaimanapun ketika pembentangan Bajet 2011 negeri pada November tahun lalu, Abdul Khalid menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta. – Bernama/Utusan

Baca petikan jawapan Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari di Sidang DUN Selangor ke 12, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga pada 23 Oktober 2008 seperti berikut:

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B TUAN DR SHAFIE BIN ABU BAKAR
(BANGI)
TAJUK : PENGELUARAN PASIR
23. Kerajaan negeri Selangor mengarahkan mulai 1 Julai 2008 semua aktiviti
mengeluarkan pasir dihentikan.
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar :
a) Apakah polisi dan mekanisma yang digunakan kerajaan bagi pengurusan pasir di Selangor selepas itu.
b) Beri nama syarikat-syarikat pengurusan pasir di Selangor sebelum dihentikan.
c) Apakah jangkaan pendapatan dari hasil pasir selepas polisi baru dilaksanakan?

Y.B. TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berkaitan dengan soalan Bangi yang juga dibangkitkan oleh Sungai Panjang. Setelah saya berada di pejabat EXCO, saya mendapat taklimat daripada pegawai. Saya bertanyakan berapakah pendapatan royalti daripada hasil batuan kerajaan negeri. Pegawai memberitahu bahawa pendapatan sekitar dua puluh satu juta dan hasil daripada royalti pasir sekitar tujuh belas juta. Bila saya bertanya kepada REHDA berapakah demand dengan izin untuk pasir seluruh Selangor setahun. Jawapannya sekitar lima puluh juta metrik tan. Kalau satu tan dikenakan royalti tiga ringgit sepatutnya kerajaan negeri mengutip seratus lima puluh juta matriks setahun, tetapi kenapa tujuh belas juta. Hasil perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, akhirnya kerajaan negeri memutuskan supaya hasil batuan ini diuruskan sendiri oleh Kerajaan negeri. Ekoran daripada itu kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah syarikat di bawah MBI namanya Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan syarikat ini akan mengendalikan hasil batuan di kerajaan negeri dengan itu sistem pengurusan hasil batuan negeri akan lebih teratur. Senarai syarikat-syarikat yang lepas yang telah mendapat , ada senarai dalam senarai yang diberikan masih ada enam syarikat lagi yang masih beroperasi sampai bulan dua belas. Saya dapati syarikat-syarikat ini ada yang berkait rapat sebahagian besar dengan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terdahulu. Untuk soalan ketiga, berdasarkan jangkaan yang kita ada kita menganggarkan sekurang-kurangnya seratus dua puluh juta yang akan dikutip daripada hasil batuan negeri Selangor dan semua hasil-hasil ini kita akan berikan kepada rakyat sebagai janji kita dalam manifesto menjadikan Selangor sebuah negara maju, bersih dan berkebajikan. Terima kasih

(Hansard penuh boleh dibaca di S.I.N.I - muka surat 10 & 11)

Balasan Tuhan Untuk Anugerah Syaitan?

Mat Isa Sabu Nak Serah Perlis Kat Mat Sabu?

Kalau diihat dari gerak kerja UMNO Perlis mempertahankan negeri, seolah-olah tidak bersemangat.

Diukur dari jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh UMNO Perlis, ia sekadar 646 orang berbanding PAS dengan jumlah 1,140 orang.

Begitu juga di Pulau Pinang, pengundi baru di pihak BN 16,000 berbanding PR 45,000. Koh Tsu Koon seolah-olah dah surrender.

Kebetulan kedua-dua tokoh BN negeri-negeri tersebut merupakan pemegang PHD!

Sunday, July 10, 2011

Perarakan Aman Najib Di Jalan TAR & Masjid India

Anwar semakin bengang, apabila Najib tidak dikenakan sebarang tindakan ketika berarak di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini melakukan tinjauan mesra ke kawasan "syurga" membeli belah di ibu kota iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Najib memulakan tinjauan mesra pada kira-kira 5 petang di pusat beli-belah Sogo yang terletak di Jalan TAR.
Selepas beramah mesra dan bersalaman dengan pekerja dan pengunjung pusat beli-belah itu, beliau meneruskan tinjauan ke Jalan TAR dan Jalan Masjid India yang menempatkan puluhan deretan kedai menjual kain, pakaian, barang kemas dan pelbagai barangan lain. [Berita Harian]

Najib Serang Habisan-Habisan Anwar Ibrahim & Mat Sabu

Dalam banyak ucapan PM DS Najib Razak yang saya ikuti, jarang beliau menghentam secara terus peribadi Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim. Namun, pagi tadi Najib telah menyerang Anwar dengan secara khusus.

Najib menghuraikan watak-watak Anwar dan juga Mat Sabu yang merupakan dalang dalam demontrasi BERSIH 2.0.

Seperti label yang diberikan oleh para blogger pro-kerajaan keatas Anwar dengan gelaran 'Drama King', Najib menyifatkan Anwar sebagai pelakon setaraf Amitabh Bachan. Baru terkena gas pemedih mata, tapi lakonannya bak orang yang dipukul teruk.

Najib juga menimbulkan persoalan logiknya mengadakan pertemuan dengan pembantunya (merujuk kepada kes liwat 2 Anwar) di unit kondo, walhal hal tersebut boleh dibincang di pejabat. Justeru, Najib secara menyatakan ia adalah sebagai "perundingan sulit yang dibuat di tempat yang sulit".

Anwar juga disifatkan sebagai pengacau kepada semua Perdana Menteri Malaysia, kecuali Tunku Abdul Rahman. Anwar menjadi dalang demontrasi bermula dizaman Tun Razak, Tun Husin, Tun Dr Mahathir, Pak Lah dan Najib sendiri semata-mata nafsu besar Anwar untuk menjadi PM.

Secara berjenaka, dengan latar belakang Mat Sabu dan kes yang pernah dilakukannya, Najib mengibarat Mat Sabu sebagai "boleh duduk dibawah sesiapa sahaja", bila sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga dalam menggerakkan demontrasi BERSIH 2.0.

Tak Cukup Masa Kepala Hotak Dia - Najib

Mungkin dah geram sangat maka PM DS Najib menghamburkan kata-kata di atas.

Kenyataan ini adalah merujuk kepada tututan BERSIH supaya jangkamasa berkempen dipanjangkan, walhal pihak pembangkang tiap-tiap hari berkempen.

Bagi Najib, tuntutan BERSIH tidak berasas kerana mereka berkempen sepanjang tahun, sementara dipihak BN sebok melaksanakan agenda memajukan negara.

Begitu juga dalam hal undi POS. Najib menjelaskan tidak wujud undi POS, sebaliknya mengundi lebih awal kerana pengundi-pengundi berkenaan bertugas semasa pilihanraya, khususnya petugas SPR dan anggota pasukan keelamatan.

Saya secara peribadi pernah terlibat menyaksikan pengendalian kertas undi POS di kawasan Parlimen Klang semasa PRU2008. Apa yang saya lihat sendiri, calon-calon DAP baik Charles Santiago, Ronnie Liu mahupun Manoharan (Hindraf) tidak menghantar wakil-wakil mereka semasa pengendalian kertas-kertas undi tersebut.

Dalam konteks ini, apakah SPR tidak telus? Bertambah pelik ketiga-tiga mereka menang di kawasan masing-masing!

Dalam perkembangan yang sama, ucapan Najib ini adalah semasa Ceramah Penerangan Perdana khusus kepada pemimpin-pemimpin semua peringkat UMNO, wakil-wakil NGO Melayu, wakil-wakil Persilatan dan juga CEO GLC dan swasta Melayu yang berlansung pagi tadi di PWTC. Seramai 6,000 wakil dari seluruh negara hadir untuk mendengar amanat PM.

Difahamkan notis ceramah ini hanya dalam tempoh 2 hari dan kehadiran amat menggalakkan, hingga suasana di PWTC seolah-olah semasa Perhimpunan Agong UMNO.