Friday, July 15, 2011

Gobalakrishnan Untung RM2,000 Setelah Tinggalkan Anwar

MP Padang Serai S. Gobalakrishnan berjaya mengenepikan hukuman keatasnya, apabila Mahakamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan yang memihak kepadanya.

GEORGE TOWN 15 Julai — Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu.

Sehubungan itu mahkamah perlu menggantikan semula wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas.

Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. [Bernama/Utusan]

No comments: